Kami pasti korang mesti selalu dapat mesej berangkai di Whatsapp atau Telegram yang ntah diberi oleh sesiapa, kemudiannya dihantar kepada kawan-kawan yang lain. Macam-macam informasi yang diberikan tapi kesahihannya tidak diketahui.
Ads
Kirim mesej berangkai berkongsi foto hidangan calamari ring ataupun sotong sejuk beku yang dipotong bulat seperti cincin. Produk berkenaan didakwa tidak dihasilkan menggunakan sotong sebenar, sebaliknya ia diperbuat daripada bahagian dubur babi sedangkan produk itu juga terpapar logo halal yang diiktiraf JAKIM.
Walaupun sudah dijelaskan ia merupakan info palsu, masih tetap ada segelintir individu yang menyokong mesej tersebut.
Penyebaran info itu telah mencetuskan perdebatan netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh memperdayakan golongan berusia yang mudah mempercayai berita sebegini.
Bertambah parah apabila mesej yang sama turut disebarkan ke group WhatsApp lain dan ditokok tambah dengan kata-kata yang boleh mencetuskan kebimbangan pengguna beragama Islam.
Ads
“Mengerikan kalau nak makan sotong celup tepung sekarang terutamanya di kedai tom yam siam sebab mereka banyak barang-barang frozen di kedai cina,” kata Hajjah Rahana.
Bagaimanapun, netizen menasihatkan orang ramai tidak mudah terus percaya dengan info tersebut. Sebaliknya, siasat dan cari maklumat mengenai produk itu sebelum terus mempercayainya.
Ads
Atas inisiatif sendiri, ada netizen yang menghubungi pengiktiraf logo halal pada produk itu melalui emel. Maklum balas yang diterima, pihak Shandong Halal Certificate Service (Badan Pensijilan Halal diiktiraf JAKIM) mengesahkan, produk tersebut didaftarkan oleh Fujian Dayou Guowang Bio-tech Co. Ltd. Produk sejuk beku yang ditularkan itu juga adalah gegelung sotong.
Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama dengan beberapa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil maklum mengenai penularan info tersebut dan akan menjalankan siasatan.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang akan mengeruhkan keadaan. Sebaiknya menunggu hasil siasatan yang akan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa.
Kesedaran ini sedikit sebanyak membuka mata masyarakat Malaysia namun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menyebarkan info-info yang tidak sahih.
NEW YORK – Seorang remaja 15 tahun sempat meminta air selepas cedera parah ditetak sekumpulan lelaki yang mengheretnya keluar dari sebuah kedai di Bronx, New York dan mencederakannya dengan parang tanpa belas kasihan.
Dalam kejadian Rabu lalu, pembunuhan kejam Lesandro Guzman-Feliz itu dirakam CCTV di Zesarina Grocey kira-kira jam 11.40 malam.
Berdasarkan rakaman itu, polis kini memburu sekurang-kurangnya enam suspek berkaitan kes itu yang kali terakhir dilihat melarikan diri dengan kereta berwarna putih.
Daily Mail melaporkan, menurut Jabatan Polis New York (NYPD), mangsa dikatakan bertengkar dengan beberapa lelaki.
Sebelum kejadian, Guzman-Feliz memberitahu ibunya dia mahu keluar sama ada untuk membayar hutang atau meminjamkan wang AS$5 (RM20) kepada rakannya, namun dia tidak pulang selepas itu.
Rakaman CCTV yang dimuat naik pengguna Facebook menggunakan akaun Riichy Rich kelmarin, menunjukkan mangsa diseret sekumpulan lelaki sebelum ditikam dan ditetak dengan parang.
Mangsa diserang sekumpulan lelaki tanpa belas kasihan
Mangsa kemudian kelihatan berdiri di sudut jalan dalam keadaan berlumuran darah pada lehernya sebelum berlari menuju ke Hospital St. Barnabas.
Bagaimanapun, menurut polis, mangsa tidak sempat sampai ke hospital apabila rebah tidak jauh dari tempat kejadian.
Dalam satu lagi rakaman video yang dimuat naik pengguna lain, Guzman-Feliz yang berlumuran darah seluruh badan, duduk bersandar di tepi dinding kaki lima.
Seorang wanita cuba menghentikan pendarahan pada lehernya sebelum pegawai polis dan paramedik tiba.
Pegawai polis berkata, mangsa yang tenat ketika itu sempat meminta air, lapor ABC 7 New York.
Menurut polis, dia dipercayai mengenali penyerangnya dan kejadian itu mungkin berkaitan dengan kegiatan geng. – AGENSI/BH ONLINE
Hari demi hari makin ramai individu yang berani untuk menghina agama, malah yang dihina itu adalah agama yang dianuti sendiri oleh mereka. Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang pasangan kekasih yang didakwa menghina Islam, dan kemudiannya seorang lelaki turut tampil berani mempersendakan Nabi Muhammad SAW.
Tindakan lelaki itu membawa padah apabila pihak polis berjaya menahan suspek berusia 35 tahun itu di Machang, Kelantan. Suspek yang merupakan seorang penghantar makanan didenda sebanyak RM50,000 namun terpaksa menjalani hukuman selepas gagal membayar denda itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, Orang Kena Saman (OKS) Mohd Nor’Muzil Mohd Razalli, 39, akan menjalani hukuman penjara enam bulan bermula hari ini.
Sebelum ini Hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM50,000 selepas OKS mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik video menghina agama Islam di laman YouTube minggu lalu. Mahkamah turut memerintahkan OKS dikenakan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Akhirnya, lelaki itu dipenjara kerana tidak mampu untuk melunaskan jumlah denda yang dikenakan.
Ha, itulah padahnya jika tidak berfikir terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan. Jangan pernah menganggap perkara ini remeh dan kononnya ‘suka-suka’ untuk menjadi viral. Akhirnya diri sendiri menerima padah dan tak pasal-pasal pula dikenakan hukuman penjara.
Ingat, fikir dahulu sebelum memuat naik apa sahaja di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Teringat kembali sewaktu zaman persekolahan dahulu, setiap malam akan kemas buku yang perlu dibawa ke sekolah mengikut jadual yang telah diberikan oleh guru. Buku teks antara yang paling tebal dan jika sehari ada 5 subjek yang dipelajari, maka pelajar perlulah membawa lima buah buku teks, itu belum termasuk lagi buku latihan yang lain.
Bayangkan, bagi pelajar yang berbadan kecil, korang sendiri tahu bagaimana rupa bila beg sekolah lagi besar daripada tuan badan. Hiks!
Nah, kini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tampil dengan beberapa jalan ‘penyelesaian baharu’.
Bermula tahun ini KPM akan menyediakan kemudahan lokar di sekolah-sekolah rendah secara berfasa bagi menyelesaikan isu beg pelajar berat.
Foto Via Pexels
Penyediaan kemudahan itu membabitkan sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi yang akan melibatkan pelajar Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 melibatkan 10,662 kelas dengan 323,186 pelajar.
Bagi menyediakan kemudahan itu, jumlah peruntukkan yang dianggarkan untuk fasa satu adalah sebanyak RM37.3 juta.
Setelah selesai fasa satu, fasa kedua pula menumpu kepada penyediaan lokar kepada murid Tahun 4, 5 dan 6 di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi bermula tahun 2023.
Berbeza dengan sekolah satu sesi, pelajar hanya akan diarahkan menyimpan buku di dalam laci meja di bilik darjah masing-masing.
Selain itu, KPM turut menetapkan pelajar hanya membawa dua buku latihan tidak melebihi 80 muka surat bagi setiap mata pelajaran.
Wah, untungnya adik-adik zaman sekarang. Semoga dengan adanya usaha ini dapat memudahkan lagi sesi pembelajaran.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Sinar Harian, Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.