Sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula pada 3 Oktober depan mengiut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan menggunakan kaedah penggiliran pelajar secara mingguan.
Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin juga mengumumkan pelajar tidak perlu mengenakan seragam apabila kembali ke sekolah nanti.
Namun begitu, pelajar haruslah memakai pakaian yang sesuai, sopan dan kemas. Pemakaian pelitup muka juga adalah diwajibkan. Ibu bapa dinasihatkan untuk memastikan status vaksinasi pemandu bas sekolah untuk anak mereka.
Ads
Sekolah di negeri bawah Fasa 4 dan 4 PPN dijangka akan dibuka semula mulai 3 Oktober depan, manakala pelajar di negeri bawah Fasa 1 dan 2 akan meneruskan pembelajaran dalam talian, kecuali bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan utama.
Hanya Sarawak, Negeri Sembilan dan Labuan merupakan negeri yang berada di Fasa 4 PPN, namun dengan peningkatan kes positif COVID-19 di Sarawak, ia belum membayangkan sama ada mereka akan menuruti pelan kerajaan persekutuan atau tidak.
Negeri dan kawasan di bawah Fasa 2 pula ialah Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hanya Kedah dan Johor masih berada di Fasa 1.
Ads
Sama-sama kita doakan agar para pelajar yang menghadiri sesi persekolahan secara bersemuka ini dilindungi daripada segala bahaya penularan wabak COVID-19. Semoga mereka dapat membiasakan diri dan mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa dengan lebih selesa.
Kerjaya guru sangat mulia. Tugas mereka mendidik anak bangsa hingga ada yang berjaya dan memperoleh pangkat dan gaji besar. Tidak hairanlah ramai antara kita cukup mengingati jasa-jasa guru dan sering menziarahi mereka kala kelapangan.
Jika di awal-awal PKB dahulu viral kisah Cikgu Muhammad Nazmi yang sanggup meredah kawasan pendalaman demi menghantar kertas latihan untuk anak muridnya, pergorbanan cikgu yang mengajar di SK Long Sukang, Lawa situ berjaya menjadi inspirasi buat semua guru-guru.
Perkongsian dari seorang suami yang juga seorang pegawai pendidikan, Wan Ridhuan Muhammad yang menemani isterinya, Noor Aniza Che Soh yang mengajar di SMK Kijal, Kemaman, Terengganu meredah hujan lebat tatkala isterinya menghantar kertas-kertas latihan untuk pelajar SPM membuat latihan cukup membuktikan guru-guru amat komited melihat anak bangsa berjaya.
Baca perkongsian di fbnya.
Al kisah Gusar hati seorang guru Hari-hari duk fikir Budak-budak ni belajar tak kat rumah? Bimbang anak-anak murid SPM tak belajar masa PKPB Bimbang buka sekolah nanti anak-anak murid lupa apa yang dah diajar. Dapat jalan penyelesaian. Riso bahan-bahan Diajaknya kita mintak tolong hantar bahan-bahan ke rumah murid-murid. Rumah yang jauh ke dalam, mintak tolong anak murid keluar ke tempat yang mudah hulur soalan. Hujan pun hujan la katanya,asalkan niat hati tercapai. Ambe sebagai suami…pulas je stereng kereta, Ikut je lah. Sepanjang jalan hujan tak berhenti. Lebat sungguh. 7 perhentian perlu dilalui.. 38 murid untuk diserahkan modul. Setiap kali jumpa anak murid, keluar pesanan dari mulut si guru.."jangan lupa buat dan siapkan..nanti cikgu kutip semula". Pukul 2.30 petang keluar rumah, pukul 6.15 sampai rumah. Sampai sekarang, si cikgu tu senyum sengeh sebab hajatnya tertunai. Ni je gambar candid yang sempat di snap..yang lain tak boleh ambik sebab hujan lebat..air hujan masuk dalam kereta. Semoga usaha si cikgu membuahkan hasil nanti.
Terima kasih cikgu. Moga semua amal kebaikan cikgu diganti dengan pahala di akhirat. Amin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi anak Malaysia bakal mengharumkan nama negara apabila disenaraikan dalam 20 peserta di Anugerah Belia Komanwel tahun ini. Menurut kenyataan Sekretariat Komanwel, graduan Biologi Marin, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini adalah antara 20 pemuda luar biasa termasuk pencipta, aktivis dan usahawan dari 18 negara yang telah disenarai pendek.
Individu yang dikenali sebagai Mogesh Sababathy ini merupakan pengasas bersama Project Ocean Hope, sebuah kumpulan yang diterajui belia yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehlihatan isu lautan dan pemuliharaan alam sekitar melalui kempen dan latihan kepimpinan belia.
Projek Mogesh tertumpu kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SGD) Life Below Water dengan menjalankan projek komuniti pendidikan untuk mengurangkan amalan membuang sampah dan tangkapan ikan yang tidak lestari serta siri webinar celik lautan mengenai pengurangan sisa, yang telah mencapai lebih 10,000 individu di 15 negara.
Menurut BERNAMA, anugerah ini mengiktiraf anak-anak muda Komanwel yang cemerlang iaitu dengan projek mengubah kehidupan dalam komuniti mereka dan membantu mencapai SDG. Lebih 1,000 penyertaan dari 43 negara telah diterima pada tahun lepas.
Mogesh yang dihubungi pihak media mengatakan bahawa pencapaian menjadi finalis Anugerah Komanwel ini bukan kejayaannya seorang, tetapi ia adalah untuk semua anak muda Malaysia yang bersemangat dan telah bekerja keras untuk kelestarian alam sekitar.
“Saya terima berita gembira itu melalui e-mel daripada Komanwel semalam dan saya betul-betul tergamam sebaik membuka e-mel. Saya disaran memohon anugerah itu sekitar Oktober tahun lalu oleh Majlis Belia Malaysia, yang mengiktiraf projek kami dan kami telah bekerjasama rapat melalui Project Ocean Hope sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Komanwel kerana mengiktiraf usaha kami. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atas segala sokongan dan galakan yang berterusan serta menyediakan platform kepada kami untuk membangunkan dan menjadikan Projek Ocean Hope menjadi kenyataan,” katanya.
Anak muda ini baru sahaja menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Biologi Marin dengan kepujian dan kini bekerja sebagai pembantu penyelidik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sementara menunggu majlis konvokesyen yang tertangguh akibat pandemik COVID-19.
Pemenang akan diumumkan pada majlis anugerah rasmi yang akan berlansung 10 Mac 2021 secara maya buat pertama kalinya berikutan situasi pandemik ini. Anak muda paling cemerlang dari lima rantau ini akan menerima Anugerah Belia Komanwel 2021 dan semua 20 finalis masing-masing akan menerima piala, sijil dan £1,000 (RM5,538) untuk mengembangkan impak projek mereka.
Pemenang peringkat rantau akan menerima £3,000 (RM16,614) dan juara keseluruhan pan-Komanwel akan membawa pulang sejumlah £5,000 (RM27,690).
Sama-sama kita doakan agar Mogesh Sababathy memperoleh kejayaan dan pencapaian menjadi salah seorang finalis di Anugerah Komanwel ini pun sebenarnya sudah cukup membanggakan. Daripada ribuan penyertaan dari puluhan negara, rakyat Malaysia antara yang terpilih disenarai pendek.
Pada masa kini, permainan video bukan lagi dianggap sebagai hobi untuk meluangkan masa riadah. Ia kini telah dianggap sangat serius dan menjadi karier yang boleh membawa pulangan yang cukup lumayan.
Malah industri permainan video juga bernilai ratusan juta ringgit di seluruh dunia dan tidak menampakkan bahawa ia akan menjadi semakin perlahan.
Namun, di sebalik keghairahan ini pasti ada musibah yang menanti jika orang muda terutamanya bermain permainan video tanpa had atau pengawasan daripada orang dewasa.
Pernah tak korang berdepan dengan rasa kaki kebas bila duduk terlalu lama semasa bermain permainan video atau pun melayari Internet? Sekarang cuba bayangkan korang duduk dalam posisi sama selama 20 jam kerana asyik bermain video game sehingga menyebabkan separuh badan menjadi lumpuh!
Seorang remaja di China berdepan dengan situasi ini apabila dia lumpuh dari paras pinggang ke bawah alibat bermain permainan video tanpa henti selama 20 jam di sebuah kafe siber di Jianxing, China. Selepas mendapati kakinya tidak dapat digerakkan, dia terus meminta bantuan daripada rakan-rakannya.
Dia menyedari perkara tersebut ketika ingin ke tandas untuk membuang air namun kemudian gelisah kerana tidak dapat bergerak. Panik dengan keadaan itu, dia menjerit meminta pertolongan. Sebuah ambulans dikejarkan ke kafe siber tersebut dan kejadian tersebut dirakamkan dan dimuat naik ke Internet.
Ketagihan Internet dan pemainan video kini menjadi antara gejala serius yang semakin mengancam golongan remaja di negara tersebut. Melihatkan masalah ini banyak pusat pemulihan ala-tentera telah diwujudkan bagi mengatasi masalah ketagihan ini.
Diharapkan kes seperti ini tidak berlaku di negara kita. Jika korang memang seorang kaki game, beringatlah. Jangan kerana permainan video korang boleh jadi lumpuh.