
Menjadi seorang selebriti bukanlah sesuatu yang mudah kerana terpaksa bertahan dengan kecaman demi kecaman yang diterima oleh peminat di seluruh negara. Sebagai seorang manusia biasa, mereka juga tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.
Baru-baru ini, pelakon Korea yang merupakan pengantin baharu telah pun memuat naik gambar perkahwinannya yang memakai hanbok di laman instagram. Walau bagaimanapun, peminatnya dari China tidak berpuas hati apabila pelakon wanita itu menggunakan tanda pagar #koreantraditionalclothes.
Walaupun Hanbok secara literalnya bermaksud pakaian Korea, namun sesetengah netizen Korea berasa marah kerana pelakon itu menggunakan tanda pagar tersebut, di ruangan komen ramai yang meluahkan rasa marah dan ada yang berkata “Saya tidak mahu lagi menonton drama anda”, “Anda tidak layak menerima cinta dari China” dan banyak lagi.






Sebelum ini pernah juga timbul isu YouTuber mukbang Korea ditamatkan kontrak oleh agensi China gara-gara mengatakan kimchi adalah makanan Korea hingga menjadi perbalahan antara rakyat Korea dan netizen dari China.
BACA: Kenyataan ‘Kimchi Adalah Makanan Korea’, YouTuber Mukbang Ditamatkan Kontrak Dari Agensi China
Fuh susah juga macam ni kalau semua kaki claim. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masuk Dalam Dubur Gajah, Ini 6 Pekerjaan Pelik Yang Memang Wujud

Kalau bercakap soal pekerjaan profesional yang mencabar dan paling stress, rasanya rata-rata daripada kita sudah tahu dan sedia maklum. Tapi korang pernah terfikir tak tentang pekerjaan pelik yang melibatkan pelbagai skill juga sebenarnya wujud?
Agak-agak apa pekerjaan pelik yang pernah korang dengar? Kumpul sperma kuda atau mencium ketiak orang? Jom kita tengok antara senarai pekerjaan pelik yang mungkin korang tak pernah tahu.
1. Tukang tidur profesional

Kalau di Malaysia orang yang banyak sangat tidur selalu dikecam dan disifatkan sebagai pemalas, tapi di luar negara kerja tidur sahaja pun dibayar. Kerjaya penyelidik atau pun doktor memerlukan orang untuk tidur bagi melengkapkan kajian mereka.
Apa yang paling menarik, hotel-hotel mewah di seluruh dunia memberi bayaran kepada mereka untuk tidur di katil empuk. Macam nak buat uji kaji la kot. Best kan?
2. Penolak profesional

Siapa yang pernah menjejakkan kaki ke Jepun pastinya sudah biasa melihat pergerakan mereka yang sentiasa pantas. Disebabkan itu, mereka mempunyai profesional pusher yang akan menolak masuk setiap orang ke dalam kereta api supaya tidak ada sesiapa yang akan terlambat ke pejabat.
3. Dog food tester

Pekerjaan ini memerlukan tukang tester untuk menikmati makanan anjing sama ada makanan tersebut mempunyai cita rasa yang sesuai dan sihat untuk anjing. Pekerjaan pelik ini hanya terdapat di Jepun dan mereka akan dibayar sekitar 10 ribu hingga 20 ribu yen setiap hari. Hmm, selera ke? Hiks!
4. Penguji deodorant

Tak sanggup rasanya nak bau ketiak orang kan? Tapi daj jadi tanggungjawab si penguji deodorant untuk menghidu ketiak manusia bagi menguji keberkesanan deodorant tersebut. Betul-betul menguji kesabaran tahap pekerjaan mereka ni. Haha!
5. Seharian masuk dubur gajah

Hey biar betul? Jangan tak tahu ada pekerjaan yang memerlukan korang masuk ke dalam dubur gajah. Doktor haiwan yang ingin memasukkan sejenis ubat pada gajah haruslah melalui dubur dan mereka juga perlu untuk masuk ke dalam dubur gajah tersebut. Fuhh..
6. Kaji jantina ayam

Memang rare tapi pekerjaan ini sememangnya wujud. Individu ini perlu mengkaji jantina anak ayam. Hmm agak-agak macam mana nak tahu ya?
Rasanya banyak lagi pekerjaan-pekerjaan yang pelik wujud di seluruh dunia. Sama ada korang nak atau tak, ingatlah mereka juga bekerja semata-mata ingin mencari sesuap nasi. Apa yang pasti, jika pekerjaan itu halal tak salah kan kalau kita buat kan?
Jadi, bersyukurlah dengan kerja korang sekarang. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#Throwback 8 Nasihat Gol & Gincu Kepada Ahli Keluarga Pesakit Kanser

Peratusan pesakit kanser di kalangan orang muda mungkin tidak setinggi pesakit yang lebih berusia. Namun itu tak bermakna kita tak mempunyai ahli keluaga sendiri yang berhadapan dengan ancaman kanser.
Sebagai di antara orang terdekat kepada pesakit, berita tersebut juga tidak mudah untuk diterima oleh kita sendiri.
Penulis tertarik dengan episod 5 siri Gol & Gincu musim kedua dahulu. Drama yang pernah ditayangkan di saluran 8TV ini memang sarat dengan mesej pada setiap episod.

Pada episod kelima ini, penonton dapat menyaksikan bagaimana ibu kepada Eddy lakonan Yasmin Yusoff melalui rutin hariannya sebagai seorang pesakit kanser. Walaupun Eddy (Allahyarham Ashraf Sinclair) menemani ibunya sentiasa ke sesi rawatan, sebagai anak, rasa sedih itu tentu ada.
Thank goodness, ibu Eddy ialah seorang yang positif dan banyak memberikan tip-tip penting kepada pesakit kanser dan orang yang menjaga mereka.
01
“Better Do It Know..”
“..before it is too late.” Walaupun dialog oleh Yasmin Yusoff itu kedengaran seperti pesimistik dan ingin mengaku kalah terhadap kanser, namun ada mesej positif yang boleh kita ambil.

Mengapa kita perlu menunggu sebelum benar-benar bersedia untuk melakukan sesuatu atau mengejar impian. Life waits for no men, sama ada kita mempunyai kanser atau tidak. Jadi, hiduplah pada setiap hari ibarat hari terakhir kita di muka bumi ini.
02
“Smile.. Life Is Too Short To Be So Sad”
Ya, kita mungkin bersedih mengenangkan nasib ahli keluarga sendiri yang disahkan mempunyai kanser. Bagaimanapun, seharunsnya kita perlu menjadi kuat untuk pihak mereka. Mereka memerlukan sokongan dan aura positif daripada kita demi mengharungi rawatan.
03
“Eddie Cuma Tahu Baru-Baru Ini..”

Kadangkala, kita akan memarahi ahli keluarga sendiri apabila mereka enggan memberitahu kita mengenai situasi mereka yang berhadapan kanser. Rasa marah itu berpunca daripada kasih kita kepada mereka, and because we care for them so much.
Namun sebagai anak atau ahli keluarga, kita perl memahami bahawa kanser juga bukanlah satu berita yang mudah untuk diterima pesakit. Mereka memerlukan masa untuk menerima realiti itu dan mendapatkan kekuatan diri sendiri untuk melawannya.
Ibu Eddie misalnya mungkin mudah untuk memberitahu berita tersebut kepada Mia dan ibu Puteri kerana mereka rapat. Namun dia masih enggan memberitahu kepada orang lain.
“Kita semua ada secrets, like it or not.”
04
“My Mum Needs Me To Be Around”

Setelah mengetahui mengenai nasib si pesakit, sebolehnya luangkanlah masa sebanyak mungkin bersama mereka. Seperti yang penulis beritahu tadi, they need our utmost support during this trial time. Usah tunggu mereka meminta pertolongan kita. Kita sendiri yang perlu menghulurkan pertolongan.
05
“It Is No Use Denying It”
Walaupun sukar untuk semua pihak menerima realiti kanser, kita perlu akui bahawa ia boleh menjangkit sesiapa saja termasuklah ahli keluarga kita. Ada yang mampu melawannya, ada yang hanya bertahan beberapa bulan saja. Kata ibu Eddie, “That is why it is called the silent killer.”

06
“Chemo.. & Doa”
Selain berusaha untuk sama-sama melawan kanser, kita juga harus bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya, doa itu adalah senjata orang mukmin dalam berdepan apa jua masalah.
07
“Kita Cuma Jadi Mangsa Kalau..”

Cakap memang mudah. Namun dalam peperangan menentang kanser ini, jangan sesekali kita mengalah. Sewaktu pesakit semakin lemah semangat, kita harus kuat dari segi mental dan fizikal untuk menentang kanser.
“Kalau you give up, memang (tiada harapan). Masa mula-mula dulu, I was so depressed too. Tapi lama-lama I accept, ini takdir. I learnt to embrace it and live with it.
“It is a choice. I tak nak jadi victim, I refuse. Kita cuma jadi mangsa kalau kita biarkan diri kita jadi mangsa. Bagi yang ada pilihan untuk bertahan macam I, kita tidak ada alasan (untuk tidak melawan). I tak nak jadi mayat bernyawa. I make the effort, pakai cantik-cantik walaupun just for my check up. Live to the max,” kata ibu Eddie.
08
“Kematian Beri Makna Kepada Hidup”

Siapa saja yang mahu meninggal dunia – right here, right now? Cuma ibu Eddie ada poin sendiri apabila mengatakan bahawa kematian itu yang sebenarnya memberi makna kepada kehidupan.
“Kalau kita hidup selamanya, tak ada makna lagi dalam hidup.”
*
*
Bagi menonton keseluruhan episod ini, klik pautan di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BTS Kena ‘Scam’ Bayaran 7 Bilion Won Untuk Konsert Percuma Busan, Peminat Kecewa Dengan Kerajaan Korea Selatan

Baru-baru ini, peminat kumpulan sensasi BTS iaitu ARMY meluahkan rasa kesal dan kecewa terhadap kerajaan Korea Selatan selepas satu laporan yang tular di media sosial.
Menerusi laporan tersebut, ada pihak mendakwa bahawa BTS tidak menerima sebarang bayaran untuk penglibatan mereka dalam konsert percuma bagi mempromosikan kempen Busan World Expo 2030 yang dijalankan pada tahun 2022 lalu.
BTS, yang terkenal dengan sumbangan besar mereka pada industri budaya dan ekonomi Korea, dilaporkan sepatutnya menerima 7 billion KRW (sekitar USD4.75 juta) dalam penglibatan mereka. Walau bagaimanapun, sebaliknya kumpulan ini dan agensi mereka, HYBE terpaksa menanggung sepenuhnya kos penganjuran bagi konsert tersebut.

윤석열은 엑스포 유치한다고 세금+기업에서 받은 지원금 다 꿀꺽함! 애초에 유치할 생각도 없었음 막판엔 일 하는 척 엑스포 유치 무료 콘서트를 홍보대사 중 하나인 BTS한테 하자고 밀어붙이고 후에 하이브가 공연 개최 비용 70억을 청구하니 못 준다고 함ㅋ(????) 그냥 70억 먹튀당한거임 https://t.co/cdBjXF0Z0U pic.twitter.com/oOVy2FFaaF
— 짜증 (@Fuk_urr) December 28, 2024
Terdahulu, konsert yang berlangsung pada 15 Oktober 2022 di Stadium Utama Asiad Busan, pada mulanya dirancang untuk diadakan di tempat yang kurang selamat. Namun, kebimbangan mengenai keselamatan menyebabkan mereka terpaksa menukar tempat, yang menambah lagi cabaran logistik yang dihadapi oleh HYBE dan BTS dalam mengatur acara tersebut.
Dalam pada itu, tuduhan mengenai eksploitasi dan penipuan bayaran ini telah menimbulkan perdebatan hangat di media sosial sehingga ada ramai peminat tampil mempersoalkan layanan kerajaan Korea Selatan terhadap BTS sebagai salah satu sumber yang banyak menyumbang kepada negara ginseng tersebut.
Menurut sumber, ini bukanlah kali pertama BTS didakwa dieksploitasi sebegitu rupa. Malah, peminat BTS (ARMY) juga mengkritik acara tersebut kerana pengaturannya yang teruk serta menuduh kerajaan menggunakan BTS bagi tujuan publisiti selain menipu kumpulan itu.

The news reports that BTS were supposed to receive 7 billion KRW, being $4.75M USD, for their concert in Busan World Expo bid. But the South Korean government ultimately scammed them – making them not only perform for free, but also bear all concert organization costs.
The… https://t.co/1uC5RnX5Us pic.twitter.com/BihQ1Y5awB
— gomooshin⁷ ⒷⓉⓈ ⓨⓔⓐⓡ (@taesoothe) December 30, 2024
Walaupun diiktiraf sebagai Duta Kehormat untuk Expo Dunia dan memainkan peranan penting dalam menarik perhatian antarabangsa, ketujuh-tujuh ahli kumpulan itu bukan sahaja membuat persembahan tanpa bayaran, tetapi juga menanggung kos pengaturcaraan, termasuk pengeluaran, keselamatan, dan pengurusan staf.
Selain itu, pada tahun 2023, kerajaan Korea Selatan turut dilaporkan cuba memaksa ahli BTS untuk membuat persembahan ketika mereka sedang menjalankan latihan wajib ketenteraan. Namun, cadangan tersebut berjaya ditentang oleh agensi pengurusan HYBE.
Kritikan yang serupa timbul terhadap cadangan undang-undang yang membenarkan kumpulan itu membuat persembahan semasa menjalani khidmat ketenteraan secara berperingkat tanpa bayaran yang sepatutnya, kerana undang-undang yang ada tidak membenarkan tentera yang berkhidmat menerima pendapatan luar.

Sekadar info, konsert percuma di Busan itu disaksikan oleh lebih 55,000 penonton secara langsung di stadium dan berjuta-juta penonton di seluruh dunia, menunjukkan pengaruh global kumpulan ini. Walaupun HYBE mengakui tekanan kewangan, mereka menekankan komitmen mereka untuk mengekalkan standard prestasi yang tinggi dan berbangga kerana dapat menyokong inisiatif nasional.
Menurut laporan oleh Sports Chosun pada 2022, HYBE menekankan faedah ekonomi yang boleh dibawa oleh Expo kepada Korea dan matlamat bersama untuk mempromosikan Busan di pentas global.
Pada masa ini, lima daripada tujuh ahli kumpulan itu sedang menjalani khidmat ketenteraan dan menurut laporan kesemua ahli akan menamatkan perkhidmatan mereka menjelang Jun 2025. Jin dan j-hope telah pun menamatkan perkhidmatan mereka, dengan Jin selesai pada Jun dan j-hope pada Oktober.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

