Netflix merupakan antara platform penstriman digital yang popular yang mendapat perhatian ramai, khususnya bagi mereka yang gemar menonton filem atau drama secara online.
Rasanya kebanyakan pengguna berkongsi akaun untuk mengelakkan bayaran yang tinggi dikenakan setiap bulan. Namun begitu, terbaharu Netflix telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengenakan caj tambahan bagi akaun yang dikongsi oleh mereka yang tidak tinggal bersama.
Kita semua sedia maklum ada yang berkongsi dengan kawan-kawan dan ada juga yang berkongsi dengan ahli keluarga yang tinggal di kediaman lain. Hal ini telah mendapat perhatian Netflix dan kini mereka sedang mengkaji untuk menambahkan caj tambahan.
Akaun Netflix adalah untuk orang yang tinggal bersama dalam satu isi rumah dan dikaitkan dengan peranti pemilik akaun utama serta peranti yang digunakan oleh orang lain yang tinggal bersama dalam satu rumah.
Netflix menggunakan maklumat seperti alamat IP, ID Peranti dan aktiviti akaun daripada peranti yang mendaftar masuk ke akaun Netflix. Jadi, untuk memudahkan perkongsian dengan mereka di luar isi rumah, pengguna Standard dan Premium dibenarkan menambah sehingga dua subakaun baharu untuk mereka di luar isi rumah di mana 2 subakaun ini akan aktif dengan profil dan kata laluan sendiri.
Pengguna perlu membayar lebih tetapi tidak semahal mencipta akaun utama baharu. Di Chile, pengguna akan dicaj CLP2,380 (RM12.50), $2.99 (RM12.50) di Costra Rica dan PEN7.9 (RM8.90) di Peru. Walau bagaimanapun, ciri baharu ini akan diuji di tiga negara terlebih dahulu iaitu Chile, Costa Rica dan Peru.
Hm, nampaknya selepas ini agak susah sedikitlah untuk orang ramai berkongsi akaun Netflix. Apa-apa pun kita tunggu sekiranya ciri baharu ini dilaksanakan di Malaysia atau tidak.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Makan angin dan melancong ke luar negara memerlukan persiapan rapi bermula dari segi dokumen perjalanan, pakaian dan pelbagai perlatan tambahan yang penting. Selain perlu membeli tiket kapal terbang dan menempah hotel, kita juga harus bijak untuk menentukan apa sahaja yang harus dibawa dan ke mana arah tuju bila sampai ke negara dituju.
Bagi pengguna telefon pintar menggunakan sistem operasi Android, terdapat beberapa aplikasi yang mampu membantu kita melakukan persiapan sepanjang perjalanan atau tempoh berada di luar negara.
Kali ini Remaja ingin kongsikan 6 apps yang kami yakin dapat melancarkan aktiviti serta perjalanan kamu sepanjang tempoh melancong.
PACKPOINT
Apps PackPoint boleh berfungsi sebagai pembantu peribadi kamu untuk menentukan apa yang harus dibawa sepanjang perjalanan. Ia akan setiasa update ke mana arah tuju yang kamu ingin pergi dan juga kemas kini aktiviti kamu. Ia juga melakukan perkiraan ramalan kaji cuaca ke kawasan yang ingin ditujui. Malah, ia juga boleh memberi rekomendasi terhadap pelbagai aspek perjalanan jauh. Yang pasti ia tidak akan benarkan kamu tertinggal apa-apa jua barang sebelum memulakan perjalanan.
TRIPIT
Aplikasi menarik ini boleh membantu kamu merancang perjalanan bermula daripada hari pertama hinggalah hari terkahir berada di lokasi percutian. Bukan hanya itu, kamu juga boleh menyimpan pelbagai dokumen dalam bentuk digital dalam satu tempat. Ia juga menyediakan kolum ‘search‘ di mana kamu boleh mencari pengangkutan yang diingini mengikut lokasi. Dan bila kamu offline tanpa Internet, navigasinya masih boleh digunakan.
SYGIC TRAVEL MAPS OFFLINE & TRIP PLANNER
Andai kata kamu lebih banyak berjalan kaki atau menggunakan kenderaan awam maka inilah aplikasi yang harus kamu muat turun. Dengan peta yang boleh digunakan walaupun secara offline ia mampu menunjukkan laluan perjalanan yang sesuai. Ia juga boleh memberi anggaran jumlah masa perjalanan. Walaupun begitu, ia masih belum dilengkapi untuk option kenderaan awam yang belum diselarikan dengan apps ini.
WIFI MAP – FREE PASSWORDS & HOTSPOT
Akuilah bahawa ke mana sahaja arah tuju pergi, kamu tidak akan dapat hidup tanpa Internet. Mendapatkan sambungan rangkaian Wi-Fi percuma sememangnya sesuatu yang cukup diidamkan oleh pelancong. Apps ini membantu kamu mencari Wi-Fi percuma dan sistemnya membolehkan semua pengguna berkongsi password. Nak uploadselfie dengan pantas? Jangan risau, inilah apps boleh membantu!
GOOGLE TRANSLATE
Bagaimana jika kamu melancong ke negara yang rata-rata penduduknya tidak menguasai bahasa Inggeris? Tidak, kamu tak perlu bawa kamul tebal semata-mata ingin berkomunikasi dengan orang setempat. Cukup hanya dengan memuat turun apps Google Translate. Dengan mode voice translate ia mampu membantu kamu melakukan terjemahan bahasa tempatan yang tidak difahami. Senang, bukan?!
TRABEE POCKET – TRAVEL EXPENSSE
Kadangkala agak memeningkan juga untuk melakukan convertion matawang setiap kali ingin membeli-belah? Apps ini merupakan aplikasi bajet yang sentiasa mengawasi pengeluaran kita agar tidak digunakan secara berlebihan dari bajet asal. Trabee Pocket mempunyai user interface yang mesra pelanggan dan boleh melakukan convertion dalam sekeklip mata.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Drama’ penggantungan operasi perniagaan oleh Amerika Syarikat terhadap syarikat telefon pintar China, Huawei dan Honor pada pertengahan Mei lalu nampaknya telah memasuki episod terbaru.
Untuk kita recap semula, Amerika Syarikat melalui Jabatan Pedagangan negara itu (U.S Commerce Department) telah meletakkan jenama telefon pintar dari China, Huawei dan 68 lagi jenama lain seluruh dunia ke dalam senarai hitam perdagangan mereka yang dipanggil ‘Entity List’. Ini berikutan pesanan eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump atas tuduhan pencerobohan sekuriti.
Lalu, Google, Android, Intel dan beberapa organisasi besar lain secara tak langsung tak dibenarkan bekerjasama dengan Huawei dan Honor (anak syarikat Huawei) dengan serta-merta kerana mereka tak dibenarkan mempunyai apa-apa perhubungan perdagangan dengan 2 jenama tersebut.
Tak sampai sebulan selepas kejadian tersebut, Huawei hari ini dilihat pantas ‘move on’ daripada situasi dipulau Amerika Syarikat dengan menandatangani sebuah perjanjian persefahaman bersama musuh ketat negara Uncle Sam iaitu Rusia!
Perjanjian di antara Huawei dan syarikat telekomunikasi Rusia bernama MTS itu adalah bagi memesatkan perancangan mereka untuk membangunkan jaringan teknologi 5G di negara China dalam tempoh setahun ini.
Ia ditandatangani hari ini oleh pemimpin tertinggi China, Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin di Moscow. Melalui perjanjian ini
Wakil kepada Guo Ping daripada Huawei berkata, pengarah mereka itu “sangat gembira” dengan perkembangan ini demi kepentingan strategik seperti 5G dan pembangunan seterusnya menggunakan kelebihan 5G.
Sebelum ini, ramai yang gusar mengenai kelangsungan hayat Huawei dan Honor selepas mereka diharamkan oleh Amerika Syarikat. Kebanyakan syarikat yang pernah berdepan situasi itu seperti ZTE sebelum ini terpaksa gulung tikar kerana mereka tidak mampu bangkit semula.
Mungkinkah Huawei dan Honor akan melakukan comeback dengan lebih kuat dan berkuasa selepas ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai pengguna Apple seakan sudah tidak sabar menantikan kemunculan iPhone 13 yang khabarnya bakal dilancarkan pada bulan ini.
Terbaharu, Apple mengumumkan sebuah acara maya yang akan diadakan pada 14 September, 10 pagi, iaitu jatuh pada tanggal 15 September, pukul 1 pagi waktu Malaysia.
Korang boleh menonton ‘California Streaming’ secara langsung di laman web Apple, namun pihak jenama gajet itu tidak menyatakan produk apa yang bakal dilancarkan pada hari tersebut.
Walau bagaimanapun, ada desas-desus mengatakan bahawa acara ini adalah untuk pelancaran siri iPhone 13, Apple Watch Series 7, iOS 15 versi stabil dan juga iPad baharu.
Adakah benar tekaan yang dibuat oleh warganet ini? Sama-sama kita nantikan pada 15 September nanti.