Bagi sesiapa yang kononnya nak diet tak makan nasi, korang mesti terliur tengok aneka mi goreng yang terdapat di Penang ni.
Dah jadi kebiasaan, kalau pi Penang mesti cari makanan sedap kan? So, kali ni kami bukan nak share pasal nasi kandar, tapi 10 tempat mee goreng yang korang boleh cari kalau berkunjung ke sana. Pasti tak menyesal beb!
1. Mi Goreng Rasheed
Lokasi: 22-30, Lebuhraya Jelutong, Taman Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: 2:30 PM – 7:00 PM (Setiap hari)
2. Mi Goreng @ Bangkok Lane
Lokasi: 280, Jalan Burma, George Town, 10350 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu operasi : 8:00AM to 6:00PM (Ditutup pada hari Isnin)
3. Mi Goreng Jalil
Lokasi: Mee Jalil, Jalan Kenari, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang (Opposite KFC Sungai Ara)
Waktu operasi: 2 PM – 7 PM (Tutup pada hari Jumaat & anytime)
Ads
4. Mi Goreng @ Penang Hill
Lokasi : Jalan Stesen, Bukit Bendera, Pulau Pinang, 11500 Ayer Hitam, Malaysia
Lokasi: Jelutong Night market, Jalan Penaga, 11600, Georgetown, Penang
Waktu operasi: 3:00 PM – 11:00PM (Dibuka setiap hari)
9. Jones Road Mi Goreng
Lokasi: 280, Jalan Burma, George Town, 10350 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu operasi: 8:00 AM- 6:00 PM (Tutup pada hari Isnin)
10. Mi Goreng @ Excellent Cafe
Lokasi: 39B, Jalan Ayer Itam,11500 Penang, Malaysia
Waktu operasi: 12:00 PM – 6:00PM
Tengok gambar pun dah meleleh wey. Belum lagi kalau dapat makan. Apa lagi guys, jom weekend ni kita pi jalan-jalan cari makan ke Penang.
Sumber: penangfoodie.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemas Kini STR 2026 dan permohonan baharu kini rasmi dibuka mulai 13 Oktober 2025. Tapi, sebelum anda terus tekan butang ‘Daftar Pengguna Baharu’, pastikan anda tahu sama ada akaun anda memang perlu didaftarkan semula atau hanya perlu dikemas kini sahaja. Ramai yang tersilap langkah di bahagian ini hingga menyebabkan permohonan gagal diteruskan.
STR merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. Bantuan ini diberikan secara tunai kepada mereka yang layak mengikut kategori — isi rumah, warga emas dan individu bujang.
Siapa Perlu Kemas Kini STR 2026?
Kalau anda penerima STR sedia ada, berita baik — anda tak perlu daftar akaun baharu. Anda hanya perlu kemas kini maklumat melalui akaun MySTR sedia ada. Ini penting untuk memastikan segala data anda masih tepat dan pembayaran bantuan tidak terganggu.
Kemas kini wajib dibuat jika anda tergolong dalam mana-mana situasi berikut:
Tidak mengemas kini permohonan selama tiga tahun berturut-turut;
Mempunyai perubahan maklumat seperti status perkahwinan, bilangan anak atau pendapatan isi rumah;
Ingin menukar akaun bank, alamat surat-menyurat, nombor telefon atau maklumat waris;
Berlaku perubahan status pasangan seperti cerai atau kematian.
Bagi mereka yang belum mempunyai akaun bank semasa permohonan terdahulu, inilah masa terbaik untuk menambah maklumat tersebut agar bayaran STR 2026 terus dikreditkan tanpa masalah — supaya proses Kemas Kini STR 2026 berjalan lancar tanpa perlu tunai di kaunter.
Klik butang ‘Semak’ untuk log masuk ke akaun MySTR.
Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Setelah berjaya log masuk, pilih menu ‘Kemas Kini Permohonan’.
Semak semua maklumat anda dan kemas kini jika ada perubahan.
Klik ‘Hantar’ dan simpan nombor rujukan permohonan untuk rujukan masa depan.
Tip pantas: Sebelum hantar, semak ringkas draf Kemas Kini STR 2026 anda (akaun bank, alamat, waris) bagi elak ralat teknikal atau maklumat bercanggah.
⚠️ Penting: Jangan klik ‘Daftar Pengguna Baharu’ jika anda sudah ada akaun MySTR. Sistem akan mengesan akaun sedia ada dan menyebabkan pendaftaran anda gagal diteruskan.
Bagi Pemohon Baharu STR 2026
Kalau anda belum pernah memohon STR atau permohonan terdahulu ditolak, anda perlu buat permohonan baharu. Caranya:
Masukkan nombor kad pengenalan (IC).
Isikan alamat e-mel aktif.
Sahkan akaun melalui pautan yang dihantar ke e-mel.
Tetapkan kata laluan baharu dan soalan keselamatan.
Log masuk semula dan lengkapkan maklumat peribadi serta dokumen sokongan.
Permohonan baharu ini dibuka sepanjang tahun bermula 13 Oktober 2025, jadi jangan tunggu sampai tarikh akhir untuk elak kesesakan sistem.
Siapa Layak Mohon STR 2026
Bagi mereka yang baru nak mohon, berikut syarat kelayakan asas STR 2026:
Isi rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah;
Individu bujang / tiada pasangan / tiada anak dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah;
Warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini dan mempunyai MyKad yang sah.
Kenapa Penting Untuk Remaja Ambil Tahu Tentang STR
Walaupun STR biasanya dikaitkan dengan keluarga berpendapatan rendah, remaja yang sudah bekerja atau membantu keluarga juga boleh memohon jika layak. Bantuan ini boleh membantu meringankan beban bulanan seperti sewa bilik, pengangkutan, atau perbelanjaan asas.
Selain itu, memahami cara urus dan kemas kini STR juga mengajar anak muda tentang pentadbiran kewangan asas — satu kemahiran penting bila dah mula hidup berdikari.
Soalan Lazim Ringkas (Tambahan)
Perlu daftar semula akaun?
Tidak, jika anda penerima sedia ada. Anda hanya perlu Kemas Kini STR 2026 melalui MySTR sedia ada kecuali maklumat anda berubah atau tidak dikemas kini selama tiga tahun.
Bila masa sesuai untuk kemas kini?
Sebaiknya sekarang. Lagi awal anda buat Kemas Kini STR 2026, lagi cepat semakan berjalan dan kurang risiko kesesakan sistem.
Kemas Kini STR 2026 bukan sekadar isi borang — ia langkah penting untuk pastikan bantuan diterima dengan lancar. Jadi, semak akaun MySTR anda hari ini, kemas kini maklumat jika perlu, dan pastikan anda tak silap klik ‘Daftar Baharu’ kalau akaun lama masih aktif.
Jangan tunggu saat akhir — proses Kemas Kini STR 2026 dibuka mulai 13 Oktober 2025 dan akan terus berjalan sepanjang tahun. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan hak bantuan anda dengan cara yang betul dan mudah!
Berita gembira buat umat Islam di seluruh Lembah Klang, berdasarkan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuat ketetapan untuk membenarkan perluasan kapasiti jemaah solat Jumaat kepada separuh daripada kapasiti sebenar masjid dan surau Jumaat dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.
Manakala, bagi solat fardhu lima waktu pula diperluaskan kepada separuh daripada kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter juga.
Menurut kenyataan media JAWI, aktiviti tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan diadakan selama 30 minit di masjid, surau Jumaat dan surau yang diberikan kebenaran khas untuk solat Jumaat.
Semua ketetapan ini berkuatkuasa bermula dengan solat Jumaat pada 5 Februari 2021 tertakluk kepada SOP ketat yang telah ditetapkan selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
Alhamdulillah, akhirnya dapat juga umat Islam menunaikan ibadah solat Jumaat dan solat fardhu berjemaah di masjid mahu pun surau. Namun begitu, jangan abaikan SOP yang telah ditetapkan dan sama-samalah kita terus berdoa serta bermunajat agar penularan wabak COVID-19 ini segera berakhir.
Hari ini, 1 Julai 2022 bermulalah permulaan bulan Zulhijjah 1443H. Selain Zulkaedah, Muharam dan Rejab, Zulhijjah antara empat bulan yang dihormati dalam kalendar Islam.
Tidak seperti bulan Ramadan yang merupakan bulan keampunan dan penyucian jiwa, bulan Zulhijjah juga mempunyai kelebihan yang begitu istimewa di sisi Allah SWT. Bila tiba Zulhijjah, umat Islam dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan dalam menambah pahala dan bekalan buat alam akhirat kelak.
Jika Ramadan Allah kurniakan malam Lailatulqadar sebagai malam 1000 bulan, dalam banyak hadis turut menyebut betapa istimewanya 10 hari pertama Zulhijjah ini. Dalam 10 hari pertama itu, kita disaran berbuat kebaikan, solat, puasa, sedekah, menunaikan haji yang mana kebaikan ini tidak terdapat dalam bulan lain.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, “Tiada amalan soleh pada mana-mana hari yang lebih afdal daripada hari-hari ini iaitu 10 hari pertama Zulhijjah. Para sahabat bertanya, Hatta jihad di jalan Allah? Baginda menjawab : Ya, hatta jihad di jalan Allah. Kecuali orang yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya, dan tidak kembali dengan sesuatupun yakni mati syahid.” (Riwayat Al-Bukhari)
Memandangkan hari ini bermulalah hari pertama bulan Zulhijjah yang merupakan bulan terakhir takwim Islam, apa kata kita perbuat banyak amal soleh. Ini kerana kesemua amal soleh yang dikerjakan pada hari itu kelak lebih dicintai Allah daripada hari-hari yang lain.
7 AMALAN YANG DIGALAKKAN PADA 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH
1. AL-QURAN
Selalu membaca Al-Quran
Mendengar alunan ayat suci Al-Quran daripada pelbagai Qari dan Qariah
Menghafal dan mengulangkaji surah-surah yang dihafal
Membaca atau mendengar terjemahan dan tafsir
Muhasabah diri dari terjemahan dan maksud ayat-ayat Al-Quran
2. SOLAT
Mengerjakan solat di awal waktu
Mengerjakan solat dengan peuh rasa rendah diri dan khusyu’
Membaca surah-surah yang berlainan di setiap rakaat
Mengerjakan Solat Sunat Ishraq /Dhuha
Memanjangkan bacaan dalam solat sunat Tahajud
3. AMALAN KEBAJIKAN
Mengeluarkan zakat bagi yang cukup syarat
Memberikan sumbangan barangan yang disukai dan yang berlebihan
Berbelanja untuk ibu bapa, pasangan, anak-anak, saudara mara, rakan taulan dan mereka yang memerlukan
4. BERPUASA
Berpuasa sekerap yang mampu pada 9 hari pertama terutamanya Hari Isnin-Khamis dan pada hari 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Dengan penuh pengharapan puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang (HR Muslim)
Qada’ puasa bagi puasa yang tertinggal (jika ada).
5. HARI RAYA AIDIL ADHA & IBADAH QURBAN
Tidak memotong kuku dan rambut sehingga selesai penyembelihan binatang qurban.
Mengikuti semua amalan-amalan sunnah Aidil Adha.
Mengerjakan Solat Sunat Aidil Adha dengan penuh rasa semangat.
Mengerjakan ibadah qurban dengan hati yang ikhlas.
Makan daging qurban dan memberi makan daging qurban kepada orang lain.
Menziarahi saudara mara dan rakan taulan. (*Pengecualian pada musim wabak COVID-19)
aqiqah untuk bayi
6. ZIKIR & DOA
Mempertingkatkan bacaan zikir – Tahlil, Takbir dan Tahmid.
Membaca zikir pagi, petang dan doa-doa mengikut sunnah.
Membaca selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
Memperbanyakkan doa ketika waktu mustajab doa terutamanya pada Hari Arafah.
7. HUBUNGAN KEMASYARAKATAN
Memperkukuhkan hubungan dengan saudara-mara.
Menjaga kebajikan jiran tetangga.
Membantu orang yang memerlukan.
Menyertai program-program sukarelawan komuniti.
Tapi awas ya, kita diharamkan berpuasa pada 10 Zulhijjah bersamaan 10 Julai 2022 iaitu Hari Raya Korban/Aidiladha selama 4 hari 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah iaitu empat hari berturut-turut.
Moga kita sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsian artikel ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!