Nervous nak jumpa bakal mak mertua? Rileks. Semua orang pun akan ada perasaan yang sama bila pertama kali melalui saat ini.
Kalau tiba-tiba kekasih hati nak bawa jumpa dengan family dia, apa yang harus kita buat? Gelabah? Acah-acah cool? Atau cuba untuk mengelak?
Tak payah nak takut sangat, asalkan korang dah cukup bersedia dan tahu cara berkomunikasi yang baik , insyaAllah semuanya pasti ok!
Ambil kesempatan ini untuk mengenali lebih rapat keluarga bakal pasangan korang. Sambil-sambil tu, boleh la cuba tip yang kami nak share kan ni. Tak ada la kalut sangat nanti depan pak mertua. Hiks!
1. Kenali keluarga pasangan sebelum berjumpa
Tak nak nampak awkward sangat, sebelum berjumpa tu apa kata korang tanya siap-siap tentang keluarga si dia. Adik beradik berapa orang, mak ayah dia suka apa dan apa saja tentang mereka. Bukan apa, nanti senang la nak ambil hati kalau kita tahu apa yang mereka suka dan tidak suka.
Ads
2. Berpakaian sopan
Jangan pakai pakaian yang menonjolkan bahagian badan, sebaliknya cuba sesuaikan dengan pakaian-pakaian yang sopan dan berdandan la sikit biar nampak menarik. Paling penting, pakai ikut keselesaan korang ya.
Gambar hiasan
3. Bawa buah tangan
Cukup sekadar bawa buah-buahan atau kuih-muih atau kek untuk membuatkan mereka rasa dihargai. Tak payah la sampai nak bagi jam tangan atau handbag pada mak mertua. Nanti mereka fikir yang korang nak ‘beli’ mereka pula.
Ads
4. Hormati tempat tinggal mereka
Kalau keluarga pasangan korang berasal dari kampung dan korang tu pulak orang ‘key ell’, jangan pula tunjuk muka geli bila masuk dapur mereka, buat-buat panas duduk dalam rumah. No, jangan sesekali tunjuk perangai macam tu. Cover sikit ok? Hormati keluarga dan tempat tinggal mereka.
5. Tak segan untuk jadi lebih mesra
Bila dah sampai rumah mereka, jangan pula hanya senyum daripada awal sampai balik. Sesekali berjenaka la sikit dan lakukan aktiviti-aktiviti menarik bersama keluarganya. Secara tak langsung, boleh hilang gugup tu nanti.
Ads
Gambar hiasan
6. Selitkan pujian
Ketika berbual bersama mereka, selitkan sedikit pujian contohnya seperti memuji masakan ibunya yang dihidangkan pada hari itu. Tentu sekali calon mak mertua rasa happy dan senang bila korang suka akan masakannya.
Bagi perempuan, selepas makan jangan sesekali berat tulang dan tidak mahu menolong keluarganya membersihkan pinggan mangkuk. Tak salah korang masuk dapur dan tolong cuci apa yang patut. Time ni juga adalah waktu yang tepat untuk korang mengenali mereka dengan lebih rapat.
8. Jangan lupa kekasih di sebelah
Sebab risau sangat tentang bakal mak dan ayah mertua, korang terlalu fokus pada mereka sampaikan lupa kekasih di sebelah. Asyik layan mak ayah dia je, jangan sesekali abaikan pasangan juga. Layan dia dengan baik kerana ini dapat memberikan persepsi positif kepada bakal keluarga mertua tentang bagaimana korang melayan anak mereka.
9. Ikhlas dan terima seadanya
Tidak salah berbuat baik kepada calon mertua tapi biarlah dengan ikhlas. Jangan hanya di depan mereka saja tunjuk baik. Ingat, korang nak kahwin dengan anak mereka sampai akhir hayat kan, so kalau setakat berlakon jadi baik time tu, sampai bila korang nak berlakon? Terima mereka seadanya, sebagaimana korang mahu mereka menerima kehadiran korang juga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kajian yang dijalankan oleh Agensi Kanak-Kanak dan Keluarga di negara Jepun mendapati satu daripada empat orang dewasa berusia bawah 40 tahun di sana berjaya menamatkan zaman bujang mereka bersama pasangan yang mereka kenali melalui aplikasi janji temu atau ‘dating apps’.
Statistik yang diterima ini menunjukkan semakin ramai masyarakat di Jepun, khususnya yang semakin mengharapkan serta mempercayai peluang untuk menemui jodoh masing-masing menerusi dunia digital.
Malah, ‘jodoh digital’ bukan lagi mitos yang tidak boleh diharap. Ia merupakan mekanisma zaman kini yang membantu mana-mana orang dewasa terutamanya dalam kalangan individu berusia 20-an atau Gen-Z untuk menamatkan zaman bujang.
Barangkali ada yang terlalu sibuk memberi tumpuan kepada kerjaya sehingga tidak sempat untuk meluangkan masa bersama kenalan baharu.
Bukan itu sahaja, aplikasi janji temu juga memberi peluang kepada individu yang bersifat ‘introvert’ untuk membiasakan diri terlebih dahulu dengan pasangan mereka menerusi cara menghantar teks, video dan membuat panggilan video sebelum melangkah ke fasa bertemu secara fizikal.
Lapor Agensi Berita Kyodo, kerajaan Jepun kini sedang merangka kaedah untuk membantu generasi mudanya untuk menemui jodoh, berkahwin dan seterusnya mempunyai cahaya mata demi mengatasi penurunan kadar kelahiran di sana.
Melihatkan kepada tren sebegini, ia merancang bagi menjalin kerjasama dengan sektor swasta untuk mempromosikan lebih banyak aplikasi janji temu yang mematuhi garis panduan keselamatan dan penggunaan yang betul.
Sebagai info, bilangan pasangan di Jepun yang berkahwin pada tahun 2023 berada pada tahap terendah sejak Perang Dunia Kedua iaitu sekadar 474,717 pasangan sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkahwinan pasangan bintang popular Korea, Hyun Bin dan Son Ye Jin masih lagi diperkatakan apabila seorang tetamu majlis resepsi mereka yang juga merupakan rapper Korea, Hanhae telah membongkar ‘doorgift’ yang diterima daripada majlis tersebut.
Menurut selebriti itu, dia terkejut melihat ‘doorgift’ yang diterima iaitu minyak wangi daripada jenama terkenal Tom Ford, massage roller daripada jenama peranti kecantikan Barnab dan set kaca daripada Baccarat sebagai hadiah kerana menghadiri majlis perkahwinan itu.
Hadiah yang diberikan kepada tetamu itu dianggarkan bernilai lebih 1 juta Korea Won bersamaan lebih kurang AS$789.19 (RM 3468.10).
Sumber: Allkpop
Sebelum ini, kecoh di media sosial tentang kad jemputan perkahwinan selebriti popular ini yang dikatakan begitu mewah dengan rekaan wedding dress pada kad jemputan tersebut. Kedua-dua pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac lalu yang mendapat perhatian ramai.
Son Ye Jin dan Hyun Bin juga telah mengumumkan hubungan mereka secara rasmi pada awal Januari lalu. Hubungan intim mereka terjalin ketika kedua-duanya menjalani drama Crash Landing On You. Ia bukanlah sesuatu yang baharu kerana ramai juga selebriti Korea yang bertemu dengan cinta hati ketika di set penggambaran.
Di Malaysia juga, perkahwinan selebriti Neelofa pernah turut menjadi bualan kerana doorgift yang diterima tetamu merupakan barangan mewah daripada Lancome dan Swarovski. Untunglah tetamu yang hadir di perkahwinan selebriti-selebriti terkenal ini kan. Hiks!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai memilih mereka yang sekufu ketika mencari calon pilihan hati. Ada mahukan pasangannya keluar dari universiti, ada pekerjaan tetap, kewangan stabil dan lain lagi.
Korang bagaimana terutama orang bujang dalam memilih calon isteri?
Beranikah korang yang mungkin kerja biasa-biasa melamar seorang gadis yang pangkatnya lebih besar dari korang? Lebih bekerjaya seperti doktor, jurutera, juruterbang, pengurus besar dan lain-lain pekerjaan dan masa yang sama, korang hanyalah ada SPM dan tidak berjawatan besar.
Ada berani meminang gadis begini?
Sebelum korang timbang-timbangkan “keberanian” melamar anak dara orang dengan perbezaan jauh terutama dari segi pangkat, gaji dan sekufu atau tidak, di negara seberang viral tentang keberanian seorang prebet berpangkat rendah melamar gadis cantik yang menjadi juruterbang yang juga rakan sekerjanya tapi berlainan bidang. Ramai bertanya bagaimana gadis ini boleh menerima lelaki ini sebagai calon suaminya sedangkan perbezaan mereka antara langit dan bumi terutama bab gaji dan jawatan disandang.
Seorang askar, Januardy Ferdiansyah di Tentera Nasional Indonesia dengan pangkat Partu (pangkat bawahan a.k.a disebut Prebet di sini) menjadi sebutan ramai kerana berani melamar Elesta Apriana seorang juruterbang tentera yang terkenal dengan kecantikannya.
Ramai menganggap tindakanya sangat berani kerana mereka berbeza pangkat dan gaji.
Kisah pasangan ini menjadi viral selepas di saluran you tube TNI AD muat turun kisah pasangan ini. Bertugas di Yonif Para Raider 305 di Karawang, rupanya Prebet Januardy mempunyai cara unik melamar Elesta yang kini sudah menjadi isterinya dan mereka baru saja menimang cahayamata baru ini.
Kenal sejak sekolah lagi
Walau jauh berbeza pangkat umpama langit dan bumi, kata Januardy dia mengenali isterinya sejak dari bangku sekolah menengah lagi.
Pertemuan keduanya amat singkat di Palembang dan mereka tidak lagi berhubung selepas itu sebelum media sosial menemukan keduanya kembali.
Pada 2017, Januardy memberanikan diri untuk mendekati Elesta. Dia meminta nombor telefon pilot berkenaan untuk kekal berhubung.
Satu pertanyaannya membuatkan Elesta berfikir.
“Saya gaji sekian sekian. Saya ingin menikahi kamu,” tutur Elesta dalam Youtube berkenaan.
Saat mendengar lamaran Januardy, Elesta sama sekali tidak tertarik dengan gaji atau pangkatnya tetapi dia melihat kepada kesungguhan lelaki berkenaan melamarnya dengan penuh berani walau tahu perbezaan mereka.
Yess!! Perempuan sukakan lelaki yang berani dan penuh keyakinan.
Yakin jodoh itu urusan Allah taala, Elesta menyerahkan hubungan itu kepada keadaan. Pada February 2018 keduanya mengikat tali pertunangan. April itu keduanya bernikah.
Sikap ambil berat suaminya membuatkan Elesta jatuh cinta. Suaminya juga sering mengajarnya sebuah kehidupan yang sederhana malah dia sangat bahagia memilih suaminya dan langsung tidak memandang pangkat dan gaji.
Seperti kata Elesta, pangkat tidak menjadikan kedudukan kita tinggi kerana DARJAT manusia itu sama.
Pangkat juga tidak mengajar kita untuk MERENDAHKAN MARTABAT seseorang,” tulis Elesta.
Bacalah di instagram Elesta Apriliana yang mungkin membuka mata korang tentang bab jodoh. Ya semua orang cari yang sekufu tapi paling penting korang rasa disayangi bile bila bersama seseorang yang cukup sayangkan korang.