Kehamilan Neelofa kembali menjadi perhatian apabila selebriti dan usahawan popular itu kekal dengan pendiriannya untuk tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan kehamilan atau kelahiran anak ketiganya selagi belum tiba waktu yang dirasakan sesuai.
Neelofa berkata dia sememangnya tidak pernah membuat pengumuman khusus mengenai kehamilannya sebelum ini dan lebih selesa berkongsi berita tersebut hanya selepas selamat melahirkan.
“Saya tak perlu buat pengumuman. Saya tak pernah pun buat pengumuman pasal anak. Bila melahirkan nanti saya buat pengumuman. Itulah pilihan yang terbaik.
“Selagi anak tak dilahirkan, apa-apa boleh terjadi, kan? Semua orang pun nampak badan saya berubah, fizikal nampak lain.
“Apa-apa pun, doakanlah yang terbaik sepanjang proses perjalanan ini dan semoga semuanya dipermudahkan untuk saya dan keluarga,” katanya.
Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Susu Pisang Nilofa, baru-baru ini.

Bila Dah Ready, Baru Saya Umum
Bagi Neelofa, tidak semua perkara dalam kehidupan peribadi perlu diumumkan lebih awal, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan perjalanan kehamilan dan kelahiran.
Justeru, dia memilih untuk melalui fasa berkenaan dengan tenang bersama keluarga sebelum berkongsi berita gembira itu kepada umum apabila tiba masanya.
“Pastinya kalau timing itu dah ready, dah keluar, baru saya umum.
“Alhamdulillah, ramai yang mendoakan perkara baik-baik. Dulu kita mungkin tak pandai nak hargai sangat bahagian itu.
“Tapi bila kita makin berusia, kita melihat ramai orang yang melalui cabaran dan sebagainya. So, I really need that doa. Terima kasih, ya,” katanya.
Buat Neelofa, apa yang paling penting ketika ini bukanlah soal bila sesuatu berita perlu diumumkan, sebaliknya memastikan perjalanan yang sedang dilalui dipermudahkan dan semuanya berada dalam keadaan baik.
Doa Jadi Perkara Penting Dalam Kehamilan Neelofa
Dalam perkongsiannya, Neelofa turut menekankan mengenai kepentingan doa daripada orang ramai. Semakin meningkat usia dan melihat cabaran yang dilalui oleh orang lain, dia mengakui semakin menghargai doa serta kata-kata yang baik.

Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah, PU Riz pada Mac 2021. Pasangan berkenaan setakat ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Dengan perhatian yang diberikan terhadap kehamilan Neelofa kali ini, pendiriannya jelas bahawa berita mengenai cahaya mata akan dikongsikan sendiri apabila dia dan keluarga sudah bersedia.
Sehingga waktu tersebut tiba, Neelofa memilih untuk tidak mendahului perjalanan yang sedang dilaluinya dengan sebarang pengumuman rasmi. Baginya, keselamatan dan kelancaran proses berkenaan menjadi perkara yang jauh lebih utama.
Anda mungkin berminat dengan
Apa pun, sama-sama kita titipkan doa agar segala urusan Neelofa dan keluarga dipermudahkan serta perjalanan menuju fasa baharu ini berlangsung dengan baik. Semoga segala urusan berkaitan kehamilan Neelofa juga dipermudahkan sehingga tiba waktu untuk dia berkongsi sendiri berita gembira bersama orang ramai.
Sumber : Astro Gempak
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Pelakon, Hairul Azreen baru-baru ini menerima kejutan istimewa daripada rakannya iaitu jaguh badminton negara, Lee Zii Jia apabila mendapat raket dan bulu tangkis yang digunakan pada sukan berprestij dunia, Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam satu pertemuan yang dimuat naik melalui ‘Instagram Story’, pemenang pingat gangsa yang berusia 26 tahun itu menghadiahkan raket miliknya kepada Hairul Azreen manakala bulu tangkis diserahkan buat anak perempuan pelakon itu, Alisa Aisyah.
“Bronze medallist punya perlawanan. Ada dua (raket) tapi salah satunya adalah ini. Sudah pasti” – Lee Zii Jia
Hairul yang juga pelakon Malbatt: Misi Baskara turut menyatakan hasrat untuk mengabadikan hadiah istimewa berkenaan pada bingkai hiasan.
“Ini kena frame lah,” katanya.
Sementara itu, Alisa pula menunjukkan hadiah bulu tangkis yang tertera label ‘Paris 2024’.
BACA: Rezeki Gangsa! Lee Zii Jia, Aaron Chia – Soh Wooi Yik Terima Habuan Kereta Mewah
Menerusi video yang dimuat naik, Zii Jia berkunjung ke kediaman Hairul dan Hanis Zalikha dilihat menikmati hidangan nasi lemak dan teh ais iaitu menu yang paling dirinduinya selepas pulang dari Paris.
Sebelum ini, Zii Jia pernah mengunjungi kediaman pasangan selebriti berkenaan pada Jun lalu untuk memberi kejutan buat anak perempuan mereka, Alisa yang sangat meminatinya.
Malah ketika perlawanan badminton di Olimpik Paris 2024 lalu, anak kedua Hairul Azreen itu turut memberi sorakan buat Zii Jia.

Sekadar info, Lee Zii Jia menduduki ranking keenam dunia selepas memperoleh pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris 2024, menumpaskan pemain nombor 14 dunia, itu menerusi kutipan mata 13-21, 21-16, 21-11.
Sumber: Sinar
BACA: Lee Zii Jia Kini Di Ranking Ke-6 BWF, Naik Satu Anak Tangga Selepas Menang Gangsa
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Mula berlakon pada tahun 2014 sehingga kini, 25 tahun bukanlah satu masa yang singkat.
Mungkin disebabkan terlalu lama dalam industri, selebriti yang kini bergelar usahawan dan ahli politik, Datuk Hans Isaac membuat pengumuman bahawa dia ingin mengundurkan diri dari industri hiburan kerana tidak lagi mempunyai minat.

Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, bekas juri tetap Pencarian Hero Remaja 2020 ini akui semua perkara baik akan ada pengakhirannya.
“Seperti yang mereka katakan, semua perkara yang baik akan ada pengakhiran. Dan selepas 25 tahun sebagai PELAKON, itu bukan perjalanan yang terlalu buruk bukan? Saya telah direstui. Saya benar-benar direstui dan akan sentiasa bersyukur”-Hans Isaac
“Berlakon Bukanlah Minat Saya”-Hans Isaac
Keputusan itu dibuat Hans kerana mahu fokus terhadap bisnes dan perkara-perkara lain yang sedang dilakukannya ketika ini.
Sepanjang 25 tahun mengukir nama sebagai aktor, Hans telah membintangi 30 filem cereka beserta sejumlah besar drama dan rancangan TV.
Antara filem yang dibintanginya selain Ringgit Kasorrga adalah Layar Lara, Amok, Gemilang, Buli, Cinta Luar Biasa, Baik Punya Cilok, filem Filipina berjudul Miss You Like Crazy serta City Sharks (Singapura).
Bahkan dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Layar Lara dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Buli Balik.
All the best and good luck Datuk!
Gambar: Instagram @hansisaac
∞
Walaupun selebriti di Hollywood rata-rata kaya dan berduit, tak bermakna mereka tak ‘hadap’ goodie bag yang diberikan pada Anugerah Oscars, semalam.
Selain daripada teringin untuk menggenggam trofi Oscars tersebut, calon setiap kategori juga akan pulang bersama goodie bag yang penuh dengan pelbagai jenis produk percuma. Pakej ‘Everyone Wins’ ini juga dikhabarkan bernilai hampir RM360,000!
Keseluruhannya terdapat 52 hadiah dalam setiap goodie bag, tetapi kita akan melihat antara hadiah paling mewah yang ada di dalamnya untuk tahun ini.
Percutian 1 Minggu di Avaton Luxury Villas Resort, Greece

Pakej 1 Minggu di Golden Door Luxury Wellness Resort

Pengembaraan Kapal Mewah Mini Ke Ekspedisi Antarabangsa
(Destinasi pilihan: Amazon, Galapagos, Iceland atau Costa Rica-Panama)

Portret Custom Made di Atas Kaca oleh John Thoman

Bulu Mata Palsu Mewah dari Le Celine Confidence & Star Appeal

Percutian 3 Hari Malibu Luxury Wellness

Sesi Menangani Fobia Bersama Pakar Fobia No 1 Dunia Kalliope Barlis

Lilin Soul Shropshire

Minyak Wangi Customised Daripada Sue Phillips of Scenterprises

Gelang TAPS for Hope Afghan Lapis

BACA: Ball Gown Besar Penuhi Karpet Merah Oscars 2019, Siapa Paling Princess-Like
∞