Pelakon popular Nazrief Nazri baru-baru ini menyeru orang ramai agar mengambil vaksin influenza sebagai langkah pencegahan selepas beliau kehilangan dua ahli keluarga terdekat akibat jangkitan virus tersebut.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri (34) menjelaskan kejadian menyedihkan itu berlaku apabila pasangan suami isteri dalam keluarganya meninggal dunia selang seminggu antara satu sama lain akibat jangkitan influenza.
“Keluarga terdekat saya baru meninggal dunia, suami dan isteri selang seminggu. Punca? Influenza. Meninggalkan anak-anak kecil 4 orang bawah 12 tahun”
“Moral of the story. Sila ambil vaksin influenza. Tak mahal pun. Dalam RM70 saja setahun. Semoga kita dijauhi penyakit-penyakit berbahaya. Amin. Al-Fatihah,” katanya.

Kepentingan Vaksin Influenza
Perkongsian Nazrief Nazri mengenai vaksin influenza mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang bersimpati dengan tragedi menimpa keluarganya. Ramai bersetuju dengan mesej penting yang disampaikan tentang kepentingan pencegahan melalui vaksin tahunan ini.
Menurut salah seorang pengguna Threads, @sarazane88, “Salam takziah. Kesan dia lagi teruk dari Covid kan, ambillah vaksin. Banyak klinik buat promosi sekarang.”

Manakala ada juga pengguna lain yang menasihatkan masyarakat supaya mengambil vaksin sebagai langkah berjaga-jaga kerana rawatan selepas dijangkiti influenza boleh menelan kos tinggi.
“Sebaiknya ambil vaksin sebagai pencegahan. Influenza kalau kena, ujian swab saja dah RM100+, belum masuk Tamiflu dan ubat-ubat lain. RM300 memang tak lari kosnya,” jelas seorang pengguna lain.
Perspektif Keagamaan Tentang Vaksin Influenza
Namun begitu, terdapat juga komen yang menilai isu ini dari sudut keagamaan dengan berpendapat bahawa tidak seharusnya terlalu bergantung kepada vaksin. Sebaliknya, mereka percaya bahawa setiap perkara yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.
Menjawab perkara itu, Nazrief tampil dengan penjelasan yang matang dan tenang:
“Dalam Islam pun kita diajar untuk berusaha dan berdoa. Bukan doa saja lepas itu tak buat apa-apa. Vaksin itu ikhtiar untuk kita lindungi diri dan keluarga. Tak salah pun,” ujarnya.

Pengalaman Peribadi Pesakit Influenza
Selain itu, pengguna bernama Aatikah Fikri turut berkongsi pengalaman peribadinya berdepan jangkitan influenza yang disifatkan lebih teruk daripada Covid-19. Menurutnya, beliau menggigil satu badan, hilang selera makan dan kehilangan deria selama sebulan.
Anda mungkin berminat dengan
Pengalaman tersebut membuktikan bahawa influenza bukan sekadar selesema biasa, malah boleh mendatangkan komplikasi serius jika tidak dicegah awal.


Pelaburan Kecil Untuk Kesihatan
Perkongsian Nazrief Nazri yang juga merupakan finalis Hero Remaja 2011/12 ini membuka mata orang ramai tentang bahaya influenza dan pentingnya langkah pencegahan melalui vaksin influenza. Dengan kos serendah RM70 setahun, vaksin ini wajar dianggap sebagai pelaburan kecil untuk kesihatan yang besar impaknya.
Langkah bijak mengambil vaksin influenza bukan sahaja melindungi diri, tetapi juga ahli keluarga dan masyarakat sekeliling daripada risiko jangkitan. Kesedaran seperti ini diharap dapat mendorong lebih ramai mengambil tindakan proaktif demi kesihatan bersama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Muhammad Zaid Erakad Bin Hasbullah atau lebih dikenali dengaan Akad merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2021. Pemuda berbadan sado ini juga pernah dikatakan mirip bekas Hero Remaja, Kamal Adli dan mempunyai karakternya yang tersendiri dalam mencuri hati para peminat.
Sama tak dengan Hero Kamal Adli guys?
Penampilan Akad yang tegap sudah menceritakan tentang bakatnya dalam bidang sukan. Remaja yang pernah berjaya membawa pulang 4 pingat kemenangan ini telah memikul tugas sebagai seorang jurulatih bola lisut di sebuah sekolah rendah selama tiga tahun.
Kini, Akad lebih fokus kepada tugas menjual nasi lemak bersama ibunya di trak makanan sebagai kerjaya utama.

Adat berniaga, tidak selalunya langit cerah. Menurut anak ke empat dari lima beradik ini, pelbagai dugaan dilalui sepanjang menolong ibunya berniaga.
“Habis SPM saya terus tolong mak saya berniaga, macam-macam rintangan yang dilalui oleh saya dan mak. Sebagai contoh jika cuaca hujan dan lauk tidak habis, sebagai peniaga tak elok la simpan dan jual lauk itu hari esoknya. Jadi kami akan bungkus dan hantar ke masjid atau beri kepada orang yang memerlukan.”

Menurut finalis Hero Remaja ini, dia mula berniaga sejak zaman persekolahan lagi dengan mengambil tempahan nasi lemak daripada rakan-rakan sekolahnya.
Terdahulu, Akad pernah menyahut cabaran melakonkan watak ‘stunt’ dalam filem Paskal. Biarpun relatifnya masih hijau dalam bidang seni, remaja yang ceria dan mudah didekati ini berpotensi besar untuk mengembangkan minatnya.

“Perasaan semasa mendapat panggilan daripada pihak produksi, sudah tentu saya sangat terkejut dan tidak sangka terpilih menjadi antara finalis Hero Remaja 2021. Waktu tu saya dah tahu bahawa doa dari mak ayah, kawan-kawan dan doa saya sendiri telah dimakbulkan Tuhan. Sejujurnya saya sudah tidak sabar untuk melihat apakah cabaran yang akan dilalui oleh finalis tahun ini,” jelas Akad.
Tahniah kami ucapkan buat Akad kerana terpilih menjadi finalis Hero Remaja 2021. Teruskan mengundi Akad untuk menjadi Hero Favourite korang dan jangan lupa, follow Ideen di laman sosialnya untuk melihat update terbaru.
∞
Pencarian Hero Remaja merupakan program pencarian ikon lelaki muda pertama seumpamanya dalam dunia media cetak dan produksi di Malaysia. Sejak menemui orang ramai pada tahun 1990, pencarian Hero Remaja ini telah pun memasuki edisi kesepuluh pada tahun ini.



Sesi pemilihan bermula pada bulan Disember lepas sebanyak tiga peringkat ujibakat dijalankan dan hanya 12 orang yang terpilih sebagai finalis Hero Remaja 2020 pada hari ini.
Pemilihan 12 finalis Hero ini dinilai berdasarkan beberapa kriteria dan personaliti menarik mereka tidak hanya memandang followers di media sosial masing-masing. Remaja perkenalkan 4 finalis Hero Remaja 2020 yang tidak begitu ramai followers di laman sosial namun punya personaliti lain yang menarik!
Siapa yang bakal menggantikan takhta Aliff Muhaimin ni kali ini?
Tom

Besar tugas yang perlu dilunaskan oleh salah seorang peserta dari Sarawak ini. Dia mengerti ramai yang akan melihat kelibatnya bukan hanya kerana rupa dan fizikalnya yang segar serta bertubuh sado. Malah, ramai yang ingin melihat sama ada peserta bernama Tom ini mampu membawa nama negerinya untuk meneraju kemenangan pada edisi Hero Remaja kali ini.
Mempunyai misi untuk menyebarkan ilmu fitness kepada masyarakat. Tidak berasa rendah diri walaupun kerna bertandingan dengan finalis-finalis yang hebat kerana Tom percaya doa ada kelebihan iaitu keyakinan dirinya. Tidak bermakna dia tidak boleh menjadi influncer dan dikenali ramai satu hari nanti.
Jazmy Khan

Sopan saja perwatakan yang dibawa oleh peserta berwajah hitam manis iaitu Muhammad Jazmy Khan atau Jazmy sejak dari awal lagi. Mungkin atas faktor kurangnya pengalaman yang digendong bersamanya, dia masih cuba untuk mengatasi rasa kekok apabila berhadapan dengan soalan dan tugasan yang diberi. Namun itu tidak sesekali bermaksud dia tidak punya misi
“Saya juga punya misi untuk menang dan nak kalahkan semua finalis. Memang banyak lagi yang perlu saya pelajari dan itulah sebab utama saya berada di sini. Untuk mengutip segala ilmu yang dikongsikan.”
Bagi Jazmy , secara jujurnya dia berasa agak ‘insecured’ apabila kena bertanding dengan orang yang lebih popular dan ramai follower namun pemuda ni bersyukur kerana kesemua finalis Hero 2020 tidak lokek ilmu mereka.
Umar

Sebagai seorang Hero Remaja kita perlu bijak perlu bangunkan diri kita sendiri dan mengembirakan masyarakat dengan elak kontroversi dan benda-benda negatif. Selain itu, perlu juga menyakinkan orang ramai dengan agenda yang dibawa mereka dan berani dalam melakukan sesuatu perkara.
“Saya masih dalam proses membiasakan diri untuk bercakap di hadapan cermin dan sentiasa mengikuti kisah kejayaan mereka yang terlebih dahulu telah berjaya dalam bidang ini. Kebanyakannya juga bermula dari bawah. Tiada erti ketinggalan buat saya, malah ia menerbitkan lagi rasa ingin maju ke hadapan.”
Ditanya mengenai adakan beliau merasa ‘insecure’ bertandingan dengan finalis Heroo Remaja 2020. Ini jawapan Umar,
“Kurang follower ini merupakan satu kelebihan sebab kita less pressure, dan sebelum kita ada follower yang ramai sebenarnya life kita sama je. So saya rasa saya boleh bertanding dengan sihat dengan bakat yang saya ada.”
Aniq Suhair

Ada sesuatu yang REMAJA lihat mampu digilap pada diri Aniq sehinggakan kami berani mengecop dirinya sebagai salah seorang finalis. Ingin menunjukan semua orang tak semesti yang popular je boleh berjaya dan mempunyai impian untuk menjadi Hero Remaja 2020.
“Insecure tu memang ada pada setiap orang namun tapi followers ramai atau tak tu saya tak kesah tapi apa yang paling penting kita kena percaya diri kita, apa yang kita ada, apa yang kita boleh buat, dan boleh tonjolkan pada semua orang. Paling penting kita buat dengan ikhlas dan demi Allah”
So penulis ucapkan all the best buat finalis Hero Remaja 2020 kali ini.
∞
Hero Remaja x RAV Design. 15 minutes | 1 Style. Who got it right. Jom vote stail Hero Remaja Favorite korang sekarang!
∞