
Pasangan penyanyi, Rizky Febian dan Mahalini Raharja baru sahaja mengikat tali pernikahan pada 10 Mei lalu dan walaupun baru sahaja berkahwin sudah pasti ada yang ingin tahu berapa orang anak yang diinginkan oleh pasangan pengantin baru itu.
Pelantun lagu Hingga Tua Bersama itu nampaknya mengungkapkan hasrat untuk memiliki 12 orang anak ketika ditemubual SL Media selepas menjalankan proses akad nikah Jumaat lalu.
Ketika ditanya oleh hos SL Media berapa jumlah anak yang diinginkan oleh mereka. Mahalini sempat menunjukkan jari dua (2) sebagai hint tetapi Rizky sengaja mengatakan bahawa dirinya ingin memiliki 12 orang cahaya mata.
“Kalau punya anak, mahunya berapa?”, tanya hos SL Media.
“11 (anak) sama pemain ganti 1,” ujar Rizky Febian sambil ketawa dan dipukul Mahalini.
Bukan sahaja Mahalini yang terkejut mendengar jawapan daripada suaminya. Malah hos tersebut juga terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh anak sulung pelawak, Sule itu.
Walau bagaimanapun, itu hanyalah gurauan dan Rizky sempat membetulkan semula dengan menjawab, “tidak, 2 saja cukup”.

Dalam masa yang sama, hos tersebut juga sempat menyarankan mereka untuk memiliki empat (4) anak.
“Rizky 2, Lini 2. Kalau ditambah jadi 4 (anak)”, ujar hos tersebut dan Mahalini langsung menidakkan ia dengan melambaikan tangan sebagai tanda ‘tidak’.
Apa pun, tidak kisahlah berapa orang anak yang mereka mahukan. Sebaiknya, mereka nikmati dulu saat indah sebagai pengantin baru dulu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak Susah Pun Menang Rumah Free? Join Saja Contest Kempen Cahaya Raya Kerjasama Shopee Dan Visa

Pada siapa-siapa yang berimpian memiliki rumah sendiri dengan harga RM350,000 ribu, mungkin hari raya ini rezeki korang. Kalau tak menang rumah pun, boleh bawa balik Honda HRV atau Volkswagen.
Nak menang memang mudah sangat-sangat. Cuma join saja contest Kempen Cahaya Raya dan mana tahu, ada rezeki korang. Semuanya Allah dah tentukan. Ya tak?
Sempena hari raya yang bakal tiba ini, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Cahaya Raya yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih RM1.5 juta termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000, sebuah Honda HRV bernilai RM100,000 dan sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 untuk pemenang bertuah permainan dalam aplikasi Ketupat Raya, satu usahasama dengan Visa. Kempen yang akan berlangsung dari 3 Mei hingga 17 Jun akan membariskan pelbagai tawaran eksklusif ke atas lebih 100,000 produk dengan potongan harga sehingga 90%.


Sebelum pelancaran Kempen Cahaya Raya ini, Shopee telah menjalankan satu kaji selidik pra-Raya dari 2 hingga 9 April untuk mendalami tabiat membeli-belah rakyat Malaysia dalam membuat persiapan sempena musim Hari Raya. Hampir 140,000 orang pengguna dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut.
Berikut merupakan antara maklumat menarik hasil daripada kaji selidik tersebut:
- Kaji selidik tersebut mendapati, 85% peserta adalah golongan belia berusia bawah 35 tahun yang merupakan pengguna tegar e-dagang.
- Jumlah responden tertinggi merupakan dari negeri Selangor, dengan rekod lebih 20% daripada jumlah keseluruhan peserta.
- Penduduk dari Sabah dan Sarawak mencatatkan jumlah 20% daripada peserta kaji selidik ini dan mereka mendapati membeli-belah secara dalam talian adalah lebih mudah di samping menawarkan pilihan pelbagai jenis produk
- 80% responden membuat persiapan sempena Hari Raya kira-kira sebulan sebelum bulan Ramadan
- Kira-kira 90% daripada jumlah peserta membeli-belah secara dalam talian secara kerap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan
- 95% responden lebih gemar membeli-belah secara dalam talian kerana tawaran harga dan promosi yang dilancarkan
- Selain itu, faktor lain seperti kemudahan, variasi produk dan insentif lain termasuk penghantaran percuma dan komisyen sifar serta platform bayaran yang selamat juga memainkan peranan – semuanya boleh didapati di Shopee!
- Menariknya, 5 kategori pilihan golongan wanita sempena Hari Raya termasuklah Pakaian Lelaki (yang merupakan kategori pilihan utama, mengatasi Pakaian Wanita dan Beg & Dompet Wanita) dan Kasut Lelaki.
- Bagi golongan lelaki pula, 5 kategori pilihan mereka termasuklah Pakaian Lelaki, Aksesori, Kasut Lelaki, Beg & Dompet Lelaki dan Fesyen Muslim.
- Lebih daripada 40% responden membelanjakan lebih daripada RM200 setiap orang untuk membuat persiapan sempena Hari Raya

“Kami merancang Kempen Cahaya Raya kami berdasarkan hasil kaji selidik tersebut. Pengguna Shopee pasti ternanti-nanti akan lebih 100,000 produk yang ditawarkan dengan potongan harga sehingga 90% dari pelbagai kategori seperi Fesyen, Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan Rumah & Ruang Tamu dan banyak lagi. Bersesuaian dengan konsep balik kampung sempena Hari Raya untuk sambutan bersama keluarga dan insan tersayang, kami ingin menghadiahkan sebuah Rumah Impian dan dua buah kereta sebagai kejutan sempena kempen ini. Kami berharap, kejutan ini ibarat sebuah impian menjadi kenyataan bagi pemenang bertuah kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
“Sejajar dengan perkembangan teknologi yang diintegrasikan dalam gaya hidup rakyat Malaysia, mereka mula mengubah tabiat membeli-belah dari luar talian ke dalam talian. Berdasarkan pada data VisaNet, perbelanjaan menerusi e-dagang dalam kalangan pengguna telah meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding transaksi secara bersemuka. Sepanjang musim perayaan ini, kami berpegang teguh pada usahasama kukuh dengan jenama seperti Shopee untuk memberi lebih manfaat kepada rakyat Malaysia dan kami komited untuk mengembangkan industri bayaran secara elektronik di Malaysia,” kata Ng Kong Boon, Ketua Pasaran Malaysia Visa.
Shopee turut bekerjasama dengan jenama terkemuka seperti Nestle, XES Shoes, honor Malaysia, Maybelline, Watsons, ASUS, Petpet, Universal Traveller dan banyak lagi untuk menawarkan pelbagai jualan hebat sepanjang waktu kemuncak Kempen Cahaya Raya dari 3 hingga 6 Mei dan dari 24 hingga 27 Mei.
Sepanjang kempen ini, pengguna Shopee juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan lain-lain yang bakal memeriahkan lagi sambutan Raya kali ini. Pada masa yang sama, pengguna juga boleh menikmati tawaran dan promosi hebat tanpa had dari semua kategori yang membariskan lebih 60 jenama terkenal termasuk Fesyen & Aksesori Wanita dan Lelaki, Kesihatan & Kecantikan, dan jualan kilat Shocking Sale akan dilancarkan 5 kali sehari.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my.
Bermula 19 April, anda boleh meninjau sendiri antara koleksi daripada Kempen Cahaya Raya akan datang, layari:https://shopee.com.my/m/shopee-cahaya-raya
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store dan Google Play.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Instagram Mula Eksperimen Dengan Grid 4 x 4, Insta Lovers Jadi Bengang

Untuk korang yang bersifat Obsessive Compulsive Disorder (OCD), mesti korang akan serta-merta bengang bila korang terdengar khabar angin ini.
Sejak akhir September lalu, warga internet (dan Instagram) mula terdengarkan khabar angin yang mengatakan Instagram bakal mengubah layout kedudukan gambar penggunanya di page akaun. Jika sekarang kedudukannya ialah 3 x 3, selepas ini kemungkinan ia akan menjadi 4 x 4.
Err, NO!
Perubahan tersebut belum lagi dikuat kuasakan kepada kesemua pengguna Instagram. Mereka masih sedang bereksperimen dan mencubanya di kalangan beberapa pengguna Instagram tanpa pengetahan mereka dan ia telah mencetuskan ‘rasa bimbang’ kerana perkara tersebut berlaku secara tiba-tiba.
Apabila mendapat tahu mengenai khabar angin tersebut, ramai yang mula tak senang duduk mengenangkan mereka telah gigih menyusun satu-persatu gambar di akaun masing-masing. Penulis tertanya juga apa yang bakal terjadi dengan akaun penyanyi Yuna (@yunaroomrecords), pereka fesyen Hatta Dolmat (@hattadolmatofficial) dan diva Beyonce (@beyonce).
Adakah mereka terpaksa delete semula segala gambar yang pernah dimuat naik dan menggantikannya dengan gambar yang baru?




Bagaimana pula dengan akaun Insta Famous yang sudah bersusah-payah (bukannya senang okay untuk menjadikan akaun Instagram mereka cantik) menyusun gambar mengikut gradien warna, bentuk, susunan paten gambar dan sebagainya. Apa akan akan terjadi dengan gambar pancake 3 x 3, gambar koala 2 x 3 dan siri teaser videos ‘Look What You Made Me Do’ dan ‘Ready For It’ oleh Taylor Swift ?!
Okay, let’s not get myself carried away.
Hakikatnya, Instagram sejak awal lagi menggunakan grid 3 x 3. Semua orang seakan sudah terbiasa dan customized dengan susun atur aplikasi ini. Sebelum ini, Instagram pernah melakukan perubahan seperti menambah Insta Story, Filter ala SnapChat dan fungsi butang baru seperti Insights, Swipe Up, Archieve serta Direct Message (DM).
Adakah hanya kerana hendak menampakkan kelainan, Instagram sanggup melakukan ini? Let’s hope not.
Bak kata orang, if it is not broken, why do you need to fix it?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berjaya Tambat Hati Penonton Menerusi Siri Terbaharu Netflix ‘Wednesday’ , Ini Fakta Tentang Jenna Ortega

Siri terbaharu Netflix berjudul ‘Wednesday’ telah memecah rekod dengan jumlah tontonan paling tinggi dalam masa seminggu untuk kategori siri Netflix Bahasa Inggeris.
Siri komedi seram ini juga sekaligus telah mendapat kedudukan yang pertama sepanjang minggu pertama ia dikeluarkan dalam Netflix dan telah menewaskan rekod siri Stranger Things 4.

Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, mengikut cerita-cerita lama, Addams Family sejak versi yang pertama, watak-watak setiap ahli keluarga Addams memang dikenali dengan karakter mereka yang pelik dan seram.
Tidak kurang sama naik dengan ‘rating’ siri tersebut, pelakon Jenna Ortega yang membintangi Wednesday ini juga berjaya menambat hati para penonton.
Ini antara fakta-fakta menarik tentang pelakon Jenna Ortega yang semakin menjadi ‘perbualan’ hangat orang ramai di media sosial pada waktu ini.

01
Jenna atau nama sebenarnya Jenna Marie Ortega baru berusia 20 tahun. Dia dilahirkan pada tanggal 27 September 2002 di Coachella Valley, California, Amerika Syarikat.

02
Jenna menyertai uji bakat untuk watak Wednesday hanya menerusi aplikasi Zoom kerana dia masih lagi berada di New Zealand pada waktu itu bagi menjalani penggambaran filem seram pembunuhan berjudul X.

03
Pertama kali gadis manis ini membuat penampilan dalam dunia lakonan adalah menerusi filem Marvel Iron Man 3 dengan memegang watak sampingan sebagai anak perempuan kepada Naib Presiden yang telah berkomplot dengan watak antagonis. Menariknya, pada waktu itu, Jenna baru menjangkau usia 11 tahun.

04
Jenna telah meraih pengikut yang mendadak di Instagram sejak membintangi siri drama tersebut. Hanya dalam tempoh 10 hari selepas siri itu ditayangkan, pengikut Instagram pelakon itu bertambah 10 juta dalam tempoh tersebut.
Sebelum siri itu disiarkan pada 23 November lalu, pengikut Instagram Jenna hanya 9.4 juta namun melonjak kepada 19.4 juta pada Sabtu lalu dan melepasi angka 20 juta sehari kemudian.

05
Watak guru wanita bernama Marilyn Thornhill dalam siri Wednesday ini dilakonkan oleh aktres Christina Ricci. Seperkara harus diketahui, Christina merupakan pemegang watak Wednesday dalam filem The Addams Family (1991) dan Addams Family Values (1993).
Jenna dan Christina saling bantu-membantu antara satu sama lain sepanjang penggambaran siri berkenaan namun kedua-duanya tidak pernah berbicara tentang watak Wednesday di antara mereka.

06
Karakter anak perempuan dalam keluarga Addams itu telah menjadi tumpuan ramai di serata media sosial terutama tarian Jenna dalam siri tersebut. Menariknya, tarian berkenaan adalah hasil koreografinya sendiri. Tarian itu telah menjadi trend di Tik Tok dan semakin ramai kongsikan diri mereka menari tarian hasil rekaan Jenna.
Ramai Generasi Z yang mengikuti siri drama berkenaan, kini bergaya dan berpakaian ala Wednesday. Maka, ia menjadi pilihan yang tepat untuk memilih Jenna Ortega sebagai Wednesday Addams dalam siri terbaharu itu kerana lakonannya dipuji ramai sehingga kini.
Selain itu, bagi mendalami karakter sebagai Wednesday, Jenna telah mempelajari cara bermain selo selama dua bulan sebelum penggambaran naskhah berkenaan bermula.

07
Ini antara senarai filem yang pernah Jenna bintangi sepanjang kariernya sebagai anak seni:
Iron Man 3 (2013), Insidious Chapter 2 (2013), The Little Rascals Save The Day (2014), After Words (2015), Saving Flora (2018), Wym (2019), The Baby Sitter : Killer Queen (2020), Yes Day (2021), The Fall Out (2021), Scream (2022), Studio 666 (2022), X (2022), American Carnage (2022)dan Scream 6 (2022).
ARTIKEL BERKAITAN :
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Jenna Ortega
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

