Ramai yang sudah tidak sabar untuk pergi bercuti ke Langkawi, selepas pembukaan semula yang bakal dibuat pada 16 September ini. Walau bagaimanapun, pengunjung perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sekiranya mahu melancong ke pulau lagenda itu.
Berikut kami senaraikan antara SOP yang perlu dipatuhi oleh para pengunjung di Langkawi.
• Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi
• Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC
• Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;
Ads
• Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis
• Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguat kuasa agensi pematuhan SOP
• Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gimnasium, lounge, dewan, MICE, acara pelancongan dan kebudayaan tertakluk kepada SOP am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP kementerian/jabatan/agensi yang berkaitan; aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, pengembaraan ekstrim/ taman semulajadi, ladang, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial; aktiviti pelancongan minat khas (golf, selam skuba, basikal, kapal layar dan sebagainya)
Ads
• Aktiviti Eko Geo-Kembara (memerhati watching, teroka gua, mendaki gunung, white water rafting, hiking, treking hutan, berkhemah dan sebagainya)
• Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain
• Lawatan bersifat akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi
Dah ada SOP ini jangan tak ikut pula ya. Dengarnya, syarikat penerbangan tambang murah pun sedang menawarkan harga runtuh untuk tiket ke Langkawi. Apa-apa pun, sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa amalkan memakai pelitup muka okay? Kita masih belum menang lagi untuk mengawal penularan wabak ini, namun kehidupan tetap perlu diteruskan seperti biasa.
Ramai peniaga kecil / perusahaan mikro merasakan kesan ekonomi akibat wabak COVID-19. Jika diperhatikan di media sosial sudah banyak premis ditutup kerana tekanan ekonomi. Di sebalik wabak ini sudah menjadi pandemik iaitu tersebar ke seluruh dunia, ia memberikan kesan kepada semua individu..
Dalam pada itu, kerajaan terus prihati dengan nasib para peniaga apabila memperkenalkan pinjaman tanpa faedah di bawah BSN Micro-I Kredit Prihatin. Jadi rebutlah peluang ini dan tak payah jumpa AhLong pun. Nanti tak pasal-pasal kena ugut atau rumah disimbah cat merah kalau tak bayar hutang dengan faedahnya sekali. Ini pinjaman tanpa faedah ya, janji korang bayar. Tak adalah bank buru nanti!
Ini cara korang nak mohon ya.
Bagaimana untuk memohon pinjaman mikro tanpa faedah?
BSN Micro-i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.
1. Apakah BSN Micro-i Kredit Prihatin? BSN Micro/i Kredit Prihatin ialah skim pembiayaan / pinjaman mikro yang ditawarkan kepada perusahaan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19.
2. Siapakah yang layak untuk memohon BSN Micro-i Kredit Prihatin? Usahawan mikro yang memenuhi kriteria di bawah : Usahawan mikro yang perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
Perusahaan Mikro – Milikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd
Dimiliki oleh Warganegara Malaysia
Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
Perniagaan telah beroperasi tidak kurang dari 6 bulan
3. Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon BSN Micro-i Kredit Prihatin? Terbuka kepada semua sektor perniagaan.
4. Berapakah amaun pembiayaan / pinjaman yang ditawarkan di bawah BSN Micro-i Kredit Prihatin? Maksimum sehingga RM75,000
5.Berapa lama tempoh pembiayaan / pinjaman BSN Micro-i Kredit Prihatin? Antara 1 hingga 5.5 tahun
6. Apakah keistimewaan BSN Micro-i Kredit Prihatin? Keistimewaan BSN Micro/i Kredit Prihatin adalah moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan.
7. Berapakah kadar keuntungan / faedah bagi BSN Micro-i Kredit Prihatin? 0%
8. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan? Dokumen sokongan yang diperlukan adalah : Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi
Penyata Akaun Bank Syarikat untuk 3 bulan terkini
Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
9. Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk kelulusan permohonan? 6 hari bekerja selepas borang permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap diterima
10. Bilakah tarikh akhir permohonan BSN Micro-i Kredit Prihatin? Sehingga 31 Disember 2020
11. Adakah pihak Bank memerlukan sebarang cagaran daripada pelanggan memandangkan bayaran ansuran bulanan akan berlaku pada bulan ke-7 selepas pengeluaran penuh pembiayaan / pinjaman dilakukan? Tiada cagaran diperlukan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang pelajar di Thailand terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dipaksa melakukan 800 duduk-bangun (squat) oleh seorang guru kerana gagal menyerahkan kerja rumah.
Menerusi laporan portal berita Thaiger, bapa mangsa berkongsi kejadian itu di Facebook semalam, mendedahkan bahawa anaknya mengalami sakit yang teruk selepas pulang dari sekolah, menyebabkan dia perlu dibawa ke hospital untuk menjalani ujian darah.
Menurut pemeriksaan awal, buah pinggang pelajar itu masih berfungsi, namun ujian lanjut menunjukkan dia mengalami peningkatan enzim otot dalam tempoh tiga hari.
Pelajar tersebut kini dinasihatkan untuk berehat, meluruskan kaki, elak berjalan sekurang-kurangnya tiga hari, dan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi membantu pemulihan.
“Memaksa kanak-kanak menjalani hukuman yang melampau boleh menyebabkan otot koyak atau kecederaan lain.
“Pihak sekolah perlu mempertimbangkan hukuman atau disiplin yang lebih selamat seperti tugas pembersihan,” kata bapa mangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Virus dari Wuhan, China yang kini digelar Covid-19 masih belum menunjukkan tanda-tanda bakal reda.
Semalam, pihak berkuasa di China telah menemui virus COVID-19 pada sampel kepak ayam import dari Brazil yang dilaporkan di bandar Shenzhen.
Penemuan tersebut telah menimbulkan kebimbangan bahawa penghantaran bekalan makanan tercemar terbabit berupaya mewujudkan gelombang baharu COVID-19.
Pusat kawalan penyakit tempatan telah menguji sampel permukaan yang diambil daripada kepak ayam sebagai rutin saringan yang dilaksanakan terhadap daging dan bekalan hidupan laut yang diimport sejak Jun lalu, ketika gelombang baharu yang berlaku di Beijing dikaitkan dengan pusat makanan borong Xinfadi, di Beijing.
Pihak berkuasa kesihatan turut menjalankan ujian ke atas kesemua individu yang berisiko dijangkiti dengan produk makanan tercemar itu, dan keputusannya adalah negatif.
Kerajaan Shenzhen telah mengenal pasti bahawa kilang pemprosesan daging yang dimiliki Aurora, iaitu sebuah syarikat memproses ayam dan daging babi ketiga terbesar di negara itu adalah sumber kepada bekalan kepak ayam berkenaan.
Apabila diperiksa melalui nombor pendaftaran melalui maklumat di laman web syarikat berkenaan, nombor itu dihubungkan dengan fasiliti Aurora di negeri selatan Brazil, Santa Catarana.
Aurora, iaitu sebuah syarikat yang tidak tersenarai dalam bursa saham, bagaimanapun tidak memberi maklum balas ketika dihubungi.
Menurut pegawai pengeksport daging Brazil yang berpangkalan di China, ia adalah sukar untuk menyatakan di peringkat mana ayam itu mendapat jangkitan.
Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menasihatkan orang ramai agar tidak panik berhubung kemungkinan penularan COVID-19 menerusi makanan.
Menurut Medical Xpress, setakat ini tiada sebarang bukti bahawa jangkitan itu boleh disebarkan menerusi makanan.
Pengarah Kecemasan WHO, Micheal Ryan berkata – orang ramai sudah terlalu takut dengan pandemik tersebut, justeru meraka tidak perlu ditakutkan lagi dengan kebimbangan berlakunya gelombang penularan baharu melalui makanan.
Ish takut lah…So, mari lah kita sama-sama mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19.
Sumber:
Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...