Pelakon, pengacara dan juga finalis Hero Remaja 2011/12, Nazrief Nazri, 28 sah bergelar suami kepada seorang model hijab semalam.
Model jadi pilihan
Nazrief dan Aizatul Aqma Hamdan, 25, telah selamat bergelar pasangan suami isteri dan dinikahkan oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.
Ads
Hantaran RM15,000
Pelakon lelaki itu telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM60 dan duit hantaran sebanyak RM15,000 beserta tiga dulang hantaran berbalas lima daripada pihak perempuan.
A post shared by NAZRIEF NAZRI (@nazrief_nazri) on Nov 15, 2019 at 5:48pm PST
Menurut pelakon lelaki itu lagi, dia telah menghantar rombongan merisik kepada pasangannya pada 30 Jun yang lalu dan terus merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Ads
Majlis yang berlangsung tenang itu telah dihadiri oleh 100 orang tetamu terdiri daripada sanak-saudara dan juga sahabat handai.
Kalau korang nak tahu, Nazrief juga merupakan antara 23 finalis pertandingan Hero Remaja 2011/12 yang juga sama batch dengan Fattah Amin,Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Fendy Bakry, Hafidz Roshdi,Ben Amir dan Hafreez Adam.
Apapun, tahniah REMAJA ucapkan buat Nazrief dan isteri. Moga kekal sampai ke jannah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya pertanyaan dan teka teki orang ramai sama ada gula-gula White Rabbit halal di makan atau tidak disahkan apabila gula-gula berkenaan disahkan mengandungi gelatin babi.
Dalam siaran berita di TV Al Hijrah semalam, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh yang dihubungi secara langsung melalui sykpe mengesahkan bahawa gula-gula berkenaan yang dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan gula-gula berkenaan disahkan mengandungi gelatin babi dan geletin lembu.
Ia sekaligus mengesahkan kerisauan orang ramai sama ada gula-gula berperisa susu yang diimport dari China ini halal dimakan atau tidak. Sesuatu yang cukup menakutkan, di kedai-kedai jualan murah seperti kedai RM2, banyak menjual gula-gula ini yang amat mudah dicapai atau dibeli oleh kanak-kanak.
Bagi generasi 80-an dan 90-an dahulu, gula-gula berwarna putih dengan rasa susu ini cukup popular di kalangan kanak-kanak dan remaja kerana rasanya yang enak namun tidak disangka sama sekali bahawa ia bercampur gelatin babi yang sudah pastinya haram dimakan oleh umat Islam.
Sebelum isu sah mengandungi gelatin babi ini timbul, dalam laporan BERNAMA sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh memaklumkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat ini tidak pernah menerima permohonan sijil halal terhadap gula-gula susu White Rabbit yang diimport dari China ini.
Fuziah Salleh mengesahkan bahawa gula-gula White Rabbit ini mengandungi geletin babi selepas ujian dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia.Inilah gula-gula yang sangat popular di kalangan kanak-kanak dan diimport dari negara China.
Jelas Fuziah Salleh lagi, pengimport gula-gula itu seharusnya membuat permohonan tersebut, yang akhirnya dapat menghentikan polemik berhubung status halal gula-gula berkenaan.
“Bagaimanapun, saya akan meminta supaya Jakim membuat siasatan, dan ujian makmal terhadap gula-gula itu bagi menentukan status halalnya, kerana isu halalnya telah lama diperkatakan dalam media sosial.
“Saya lihat isu ini menyebabkan umat Islam berada dalam keadaan dilema dan tidak pasti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ziarah Kasih Rahmah 2019, Peringkat Zon Timur di Sungai Lembing di sini.
Apa patut buat kalau dah termakan?
Dalam pada itu REMAJA turut menghubungi Ustaz Azhar Tuarno yang juga pegawai JAKIM apa yang perlu dilakukan andai seseorang itu sudah termakan makanan tidak halal ini.
Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam, segeralah beristigfar dan memohon keampunan dari Allah taala di atas kekhilafan yang dilakukan.
“Cuma perlu istigfar dan minta ampun pada Allah. Jangan mengulanginya lagi selepas kita menyedari kekhilafan ini. Adalah lebih baik dalam bab makanan, umat Islam berhati-hati memilih pengeluar makanan tersebut kerana kita tidak mahu ada unsur-unsur shubahah dalam makanan yang kita makan,” katanya ketika dihubungi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boleh dikatakan rata-rata dari kita mengunakan dan sangat bergantung kepada penggunaan teknologi terutamanya untuk ke destinasi baru yang ingin dituju apatah lagi jika kita tidak biasa dengan tempat tersebut. Penggunaan Waze atau Google bukan benda yang asing lagi.
GPS yang sering digunakan diseluruh dunia. Foto Via Pexels
Namun, korang pernah tertanya-tanya tak siapakah wanita dibalik suara yang sering kita dengar arahannya.
Menurut laporan DRG News, pemilik suara GPS tersebut adalah seorang artis voiceover wanita dari Queensland, Australia iaitu Karen Jacobsen.
Bercita-cita Sebagai Penyanyi
Perjalanan Jacobsen bermula apabila dia berpindah ke New York untuk mengejar cita-cita sebagai penyanyi. Tidak lama selepas itu, dia menyertai uji bakat suara yang mencari wanita yang merupakan penutur asli bahasa Inggeris Australia.
Pemilik suara GPS tersebut adalah seorang artis voiceover wanita dari Queensland, Australia iaitu Karen Jacobsen.
Selepas terpilih dalam uji bakat itu, bermula lah kerjayanya sebagai voiceover artist untuk GPS.
Difahamkan, penutur suara bahasa Inggeris Australia dipilih kerana lenggok Australia dianggap sebagai yang paling senang untuk didengari.
Tidak Semudah Yang Disangka
Namun, Jacobsen mengaku bukan mudah untuk menjadi voiceover artist untuk GPS kerana skrip yang perlu dibaca dan dirakam di dalam studio sangatlah tebal.
Buat pengetahuan ramai, dia telah merakam 168 versi lenggok hanya untuk perkataan ‘approximately’.
Jacobsen juga pernah meminjamkan suaranya untuk Siri (pembantu virtual untuk peranti Apple) dalam aksen Australia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pagi tadi nampaknya rangkaian telekomunikasi terkemuka di Malaysia, Maxis mengalami gangguan sehinggakan menyebabkan sejumlah pengguna menghadapi masalah untuk mengakses Internet terutamanya di seluruh Lembah Klang.
Hal ini sekaligus membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan pelbagai aplikasi pada telefon pintar mereka. Di laman media sosial seperti Twitter misalnya ramai merungut peranti pintar mereka tidak boleh menggunakan rangkaian Internet dan panggilan telefon.
Walaupun Maxis masih belum mendedahkan punca di sebalik gangguan dan skala situasi itu, wakil perkhidmatan pelanggannya memberikan maklum balas mengenai aduan terbabit menerusi Twitter dan Facebook.
Komen Via TwitterKomen Via Twitter
Biarpun mengakui sememangnya wujud isu itu, pihaknya tidak menyatakan punca gangguan yang berlaku secara tiba-tiba dan anggaran bilakah ia akan kembali ‘pulih’.
Dalam satu kenyataan ringkas kepada The Vibes, jurucakap syarikat itu ingin memaklumkan kepada pelanggan yang mengalami masalah itu bahawa pihaknya sedang berusaha menanggani isu berkenaan.
“Perkhidmatan sedang dipulihkan secara beransur-ansur dan dijangka selesai sepenuhnya tidak lama lagi.
“Kami ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami atas pemahaman dan kesabaran mereka.”
Kemaskini: Maxis kini menyatakan perkhidmatan mereka telah kembali beroperasi seperti biasa kembali.
We are pleased to inform that our services are now fully restored. If you are still experiencing issues, please reach out to us at 123 (or 1919 for Business Customers), or tweet us at @maxislistens.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!