Ramai yang sudah tidak sabar untuk pergi bercuti ke Langkawi, selepas pembukaan semula yang bakal dibuat pada 16 September ini. Walau bagaimanapun, pengunjung perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sekiranya mahu melancong ke pulau lagenda itu.
Berikut kami senaraikan antara SOP yang perlu dipatuhi oleh para pengunjung di Langkawi.
• Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi
• Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC
• Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;
Ads
• Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis
• Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguat kuasa agensi pematuhan SOP
• Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gimnasium, lounge, dewan, MICE, acara pelancongan dan kebudayaan tertakluk kepada SOP am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP kementerian/jabatan/agensi yang berkaitan; aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, pengembaraan ekstrim/ taman semulajadi, ladang, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial; aktiviti pelancongan minat khas (golf, selam skuba, basikal, kapal layar dan sebagainya)
Ads
• Aktiviti Eko Geo-Kembara (memerhati watching, teroka gua, mendaki gunung, white water rafting, hiking, treking hutan, berkhemah dan sebagainya)
• Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain
• Lawatan bersifat akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi
Dah ada SOP ini jangan tak ikut pula ya. Dengarnya, syarikat penerbangan tambang murah pun sedang menawarkan harga runtuh untuk tiket ke Langkawi. Apa-apa pun, sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa amalkan memakai pelitup muka okay? Kita masih belum menang lagi untuk mengawal penularan wabak ini, namun kehidupan tetap perlu diteruskan seperti biasa.
Susulan daripada selebriti Alif Satar disahkan positif COVID-19, beberapa penyanyi yang turut serta dalam acara separuh akhir Juara Lagu 35 menjalani ujian swab kerana menjadi kontak rapat kepada individu itu.
Alif Satar yang membuat persembahan dengan lagu I Want You to Love Me pada episode pertama separuh akhir Jumaat lalu meminta maaf dan menjelaskan bahawa disahkan positif COVID-19 semalam.
Episode 3 separuh akhir tersebut ditunda dan selebriti-selebriti yang terlibat dengan Anugerah Juara Lagu 35 itu tidak berlengah lagi dan terus melakukan ujian swab.
Antara selebriti yang berkongsi melakukan ujian swab COVID-19 di Instagram mereka adalah Hael Husaini, Ernie Zakri, Ismail Izzani, Syamel, Sherry Alhadad, Stacy, Zynakal dan Tuju K-Clique.
Rata-rata mereka memohon agar segala urusan dipermudahkan dan terus berdoa untuk orang disekeliling. Alif Satar dilihat meninggalkan komen di Instagram @azreewhuut memohon maaf sekiranya dia telah menyusahkan semua.
Instagram: Azreewhuut
Ernie Zakri juga turut menjelaskan bahawa SOP yg dijalankan oleh pihak TV3 amat ketat. Dan mereka juga sekadar ingin mencari rezeki kerana ada individu yang tidak bertanggungjawab mengatakan “padan muka” kepada selebriti yang terkait dengan virus ini.
Buat anda yg tertanya2, SOP yg dijalankan oleh pihak TV3 amat ketat. Jika tidak berada disana, jgn la hambur kata2 yg tidak baik. Kami juga mencari rezeki sama seperti kalian. Industri kami anda lihat sebagai "hiburan" dan kami hanya nak "have fun".
Apa-apa pun kita doakan agar semuanya dipermudahkan dan semoga virus ini tidak terus menular kepada orang ramai. Jangan lupa amalkan penjarakan sosial dan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Sumber: Instagram, Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut sambal belacan pasti terbayang keenakan rasanya. Sambal belacan sering kali menjadi penyedap rasa kepada makanan kita ambil malah tanpa sambal belacan, rasa masakan tidak sedap. Rupanya sambal belacan bukan sekadar penyedap rasa, ia baik untuk usus kerana ada probiotik. Perkongsian dari Dr Norman Norawi ini pasti buat penggemar belacan tersenyum gembira. Baca perkongsiannya.
BELACAN DAN PROBIOTIK
Belacan adalah makanan yang tidak asing dalam masyarakat Melayu. Ia adalah sebahagian daripada bahan yang digunakan secara meluas dalam masakan masyarakat Melayu dan Baba Nyonya. Ia di letakkan dalam sambal untuk menambahkan perisa dan aromanya. Ia juga di buat sambal dengan mencampurkannya dengan cili api yang di tumbuk atau di kisar dan di perah asam limau.
Ia di buat daripada udang geragau atau udang kecil yang ditumbuk halus dengan garam dan dibiarkan untuk di peram atau proses fermentasi sebelum di gunakan. Ia juga di bakar sedikit sebelum di gunakan untuk menaikkan aromanya dalam masakan atau sambal.
Kajian , menunjukkan belacan juga mengandungi kuman baik probiotik daripada jenis asid laktik bacilli (LAB). Kajian menunjukkan terdapat 219 jenis bakteria yang berjaya dikenali daripada 27 sampel belacan yang di uji dan 166 adalah jenis LAB dan 13 adalah jenis bakteria baik probiotik yang tahan asid perut dan boleh sampai ke usus contohnya lactobacillus casei.
Pengambilan belacan asli adalah baik untuk kesihatan usus kerana kandungan probiotiknya boleh tahan proses penghadaman dan akan sampai ke dalam usus besar.
Tetapi pengguna harus berhati-hati dengan belacan yang diletakkan dengan bahan perwarna Rhodamine B yang boleh menyebabkan kanser . Selalunya belacan yang diletakkan bahan ini mempunyai warna kemerahan yang cantik dan sekata.
Belacan juga boleh menyebabkan masalah allergy dan alahan, oleh itu pengguna yang ada masalah allergi kepada udang dan belacan mesti mengelakkan pengambilannya.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS,MSc(UCSI),MNM(ACNEM), FAGE
Rujukan: 1. Mohd Adnan, A.F. & I.K.P. Tan. 2007. “Isolation of Lactic Acid Bacteria from Malaysian Foods Assessment of the Isolates for Industrial Potential”. Bioresour Technol. Vol. 98. p. 1380-138 2. Tesfaye, A., T. Mehari & M. Ashenafi. 2011. “Evaluation of The In VitroProbiotics Qualities of Lactic Acid Bacteria (LAB) Recovered From Locally Fermented Product”. Int J Probiotics Prebiotics. Vol. 6. p. 101-108. 3. Haitham Ar, Zaiton H, Norrakiah As, Huda-Faujan N. Assessment Of Potential Probiotic Properties Lactic Acid Bacteria From Shrimp Paste Or Belacan. Proceedings of 52ndThe IRES International Conference, Kuala Lumpur, Malaysia,5th-6thNovember 2016, ISBN: 978-93-86291-27-1. 4. [http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=322969 Larangan Penggunaan Bahan Pewarna Rhodamine B Dalam Belacan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keadaan banjir teruk yang sedang melanda beberapa buah negeri kini telah mengundang kegusaran kepada mayarakat Malaysia. Iyalah, siapa je yang tak risau memikirkan ahli keluarga dan keadaan rumah masing-masing di kampung halaman.
Pelbagai arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa demi memastikan penduduk di kawasan terjejas selamat dan dalam keadaan sejahtera. Namun, masih ada segelintir yang tidak mempedulikan keselamatan diri sendiri dan meneruskan kehidupan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Video yang dimuat naik oleh akaun Facebook LUMUT Perak semalam telah menunjukkan seorang pemandu Perodua MYVI yang tidak mempedulikan keadaan banjir yang telah menenggelamkan pekan Kota Tinggi.
Meskipun nombor kenderaan berwarna putih itu tidak dapat dikenal pasti, kami sebenarnya agak kagum dengan kebolehan model MYVI untuk meneruskan perjalanan walaupun dikelilingi air banjir yang mencecah paras lampu hadapan kenderaan.
Tak rosak ya kereta masing-masing!
Warganet yang menonton video tersebut nyata terhibur dengan lagak berani itu.
Keranji Dalam Perahu merujuk kepada model MYVI sebagai, “Raja Amfibia, tiada jalan tiada masalah Boleh berenang.”
Mohd Addin mengakui kehebatannya dan berkata, “Inilah kuasa MYVI, sentiasa menjadi raja di jalan.” Kata Shah Non, “Myvi kereta paling berjaya yang Perodua pernah hasilkan.”
Komen Kancha Delima pula, “Made in Malaysia, Ferrary, bumper pun tak lepas banjir ni.”
Lagak MYVI yang tidak ubah seperti kenderaan 4 x 4 ini membuatkan kami semua tertanya-tanya, apakah sebenarnya rahsia pemandu MYVI yang tidak takut langsung dibadai arus banjir.