Masyarakat Malaysia dapat menarik nafas lega apabila ketika negara dilanda wabak pandemik COVID-19, pihak kerajaan telah pun membenarkan moratorium untuk tidak membayar ansuran kereta selama 6 bulan bermula April lalu.
Bagi golongan yang benar-benar memerlukan dan terjejas akibat situasi pandemik sememangnya moratorium ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan beban, namun sebaliknya ada yang melihat situasi ini menjadikan duit mereka makin banyak.
Tambahan pula, di waktu pandemik ini banyak diskaun diberikan dan membuatkan pengguna rambang mata.
“Rasa nak tukar kereta la bro, teringin aku nak pakai Civic baru tu”.
“Pakai jer bro, apa guna ada duit simpan. Bukan boleh bawa mati”.
“Geram aku, duit pun tengah ada nie. Lepas deposit aku nie”.
Ads
“Jom kita beli, banyak diskaun waktu ekonomi teruk nie. Rugi tak beli nanti”.
Ini adalah antara dialog-dialog yang biasa kita dengar bila mana ada yang merasakan kewangan mereka masih stabil di saat berlakunya pandemik.
Menurut Azizul Azli Ahmad, bila duit moratorium makin banyak, jangan rasa kita makin mewah. Waktu beginilah kita mudah rasa kereta kita kecil, tak selesa, banyak ragamnya sebab duit tengah ada.
Persoalannya adakah boleh kita beli kereta waktu situasi pandemik begini?
Ads
“Boleh, asal ikut rule of thumb yang diberikan”.
Tukar kereta baru jika simpanan kecemasan kita dah cukup dan deposit bukan daripada dana kecemasan. Berikut merupakan panduan untuk korang faham bolehkah ada kereta waktu ekonomi seperti sekarang:
Ads
1. Pastikan bayaran kereta tidak lebih 15% daripada gaji kita
2. Harga kereta adalah setahun pendapatan kita. Gaji RM3000 x 12 = RM36,000
3. Guna formula 20:7:15
Deposit 20%
Tempoh biaya jangan lebih 7 tahun
Ansuran bulan tak lebih 15% gaji
Ada yang nak tukar kereta baru ke? Macam mana dengan pengiraan yang diberikan ini, cukup tak dengan gaji korang?
Apa-apa pun pilihan tetap ditangan korang, tepuk dada tanya selera!
Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) kini akan dikenali sebagai Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) setelah Kementerian Pengajian Tinggi meluluskan usul agar gedung pendidikan itu dijadikan sebagai universiti sepenuhnya.
Datuk Seri Wee Ka Siong yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pendidikan TARC berkata pencapaian yang dikecapi institusi pendidikan tersebut yang telah ditubuhkan sejak 53 tahun lalu merupakan satu pencapaian atas kerja keras dan rekod cemerlang yang ditonjolkan.
“Sejak 53 tahun lepas, institusi ini telah berkembang pesat dengan diperakui dan diiktiraf atas kecemerlangannya dalam pendidikan serta latihan, terutama dalam bidang pengurusan dan teknologi. Berlandaskan asas yang kukuh ini, TAR UMT bersedia untuk memainkan peranan lebih besar bukan sahaja di Malaysia malah melangkaui sempadan,” katanya kepada wartawan yang menghadiri majlis pengumuman tersebut.
Sempena dengan penaiktarafan sebagai universiti, Datuk Seri Wee Ka Siong turut melancarkan pertandingan mencipta logo TAR UMT yang berasaskan falsafahnya ‘Melangkaui Pendidikan’. Pertandingan yang berlangsung hingga 11 Mei ini, menawarkan hadiah utama bernilai RM10,000, diikuti tempat kedua RM5,000 dan ketiga RM2,000.
Dinamakan sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Universiti Pengurusan Dan Teknologi Tunku Abdul Rahman memiliki lebih 28’000 penuntut yang bukan sahaja terdiri daripada rakyat Malaysia bahkan luar negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kicap merupakan bahan perasa yang digunakan ke dalam hampir semua masakan Asia dan bagi masyarakat negara kita pula, kicap dimakan terus bersama nasi. Antara padanan lauk yang popular disajikan bersama kicap adalah telur goreng. Walaupun nampak ringkas, tetapi ia mampu membuka selera.
Namun, satu perkongsian yang telah dibuat oleh seorang ustaz yang dikenali sebagai Abdul Rahman Mohamed mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan pembelian kicap jenama Habhal kerana jelasnya terdapat nama Abdul Lathief yang tertera dilabel botol kicap dengan tulisan jawi.
Jelasnya, nama عبد الطيف terbentuk dari dua kalimah Abdu dan Al Lathief, اللطيف adalah nama Allah swt yg digabungkan dengan lafaz Hamba. Nama Al Lathief jika di tulis dalam tulisan selain Arab maka tidak tertaluk pada hukum memuliakan kalimah-kalimah yang baik, namun apabila ditulis dalam teks Arab, ia merupakan nama Allah yang wajib dimuliakan dan tidak diletakkan di tempat-tempat yang tidak baik seperti di tandas dan tong sampah.
Meskipun perkara ini masih ada hujahnya, namun korang dinasihatkan apabila mencampakkan botol-botol yang ada tertera nama agung Allah SWT ke dalam tong sampah, dikoyakkan bahagian yang ada nama Allah اللطيف tersebut untuk mengelakkan daripada hukum tidak memuliakan nama Allah SWT.
Diharap selepas ini jika korang membeli kicap jenama Habhal, pastikan korang peka sebelum membuang botol kicap tersebut. Sebarkan informasi ini kepada keluarga dan rakan terdekat supaya mereka juga turut peka dengan perkara ini.
Hanya tempoh masa DUA jam saja akan diberikan kepada setiap pengunjung di pusat membeli-belah atau di mana-mana premis peruncitan.
Syarat terbaru itu adalah di antara prosedur operasi standard (SOP) terbaru yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi pada hari ini.
Syarat ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk ‘memperketat’ SOP sedia ada seiring dengan perlaksanaan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang dan demi mengurangkan pergerakan rakyat di sesebuah tempat.
Bagi membantu melandaikan risiko jangkitan COVID-19 juga, setiap premis tersebut wajib mengehadkan pelanggan pada satu-satu masa mengikut ketetapan keluasan;iaitu seorang bagi setiap 4m per persegi.
Seperti yang telah diumumkan semalam, SOP terbaru bagi tempoh masa dua minggu ini termasuklah waktu operasi yang dipendekkan dari tempoh 6 pagi hingga 10 malam kepada 8 pagi hingga 8 malam di semua kedai runcit, makanan dan sebarang perkhidmatan penghantaran.
Perniagaan yang terkecuali daripada waktu operasi baharu ini adalah farhami dan kedai penjagaan diri.
Namun, perniagaan seperti spa, salun kuku ‘manicure & pedicure’ dan pusat penjagaan adalah tidak dibenarkan beroperasi sama sekali.
Bagi sebarang premis yang didapati tidak mematuhi SOP ini, beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna tidak akan teragak-agak untuk menyarankan kepada Majlis Keselamataan Negara (MKN) agar premis tersebut ditutup saja.
Tinjauan REMAJA melihat respon balas warganet terhadap syarat baharu ini menunjukkan ramai masih keliru mengenai cara pihak berkuasa memantau kebenaran dua jam di sesebuah premis.
Adakah akan ada fungsi baharu yang akan diperkenalkan menerusi MySejahtera sebagai ‘tracking device’ atau cara lain?
Mungkin perkara ini perlu diperincikan lagi sebelum SOP baharu ini dilaksanakan bemula 25 Mei ini.