Anak sulung kepada pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad iaitu Naira Mikayla (13) baru-baru ini mencuri perhatian warga internet selepas kemunculannya sebagai pengacara ketika menemu bual penyanyi terkenal, Siti Nordiana. Video yang memaparkan perbualan itu tular di media sosial sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat.
Kemunculan Naira Mikayla Sebagai Pengacara Muda
Menerusi perkongsian sedutan video di aplikasi Threads oleh pengguna @syusyu_snd, ramai yang mempersoalkan tahap profesionalisme Naira Mikayla apabila memanggil penyanyi Siti Nordiana atau Nana dengan panggilan santai ‘You’ dan tersasul memanggilnya ‘Datuk’ walaupun beliau sebenarnya tidak pernah menerima gelaran tersebut.
Perkara itu dianggap tidak wajar memandangkan Nana merupakan artis senior yang disegani. Situasi ini menyebabkan netizen beranggapan bahawa Naira Mikayla kurang menghormati jarak pengalaman serta status seni yang dimiliki penyanyi tersebut.
Kritikan Profesionalisme & Gaya Penyampaian
Pada masa yang sama, ada juga yang menyifatkan Naira Mikayla masih terlalu muda dan belum cukup pengalaman untuk menggalas tugas sebagai pengacara. Mereka berpendapat industri tempatan sepatutnya memberi peluang kepada graduan komunikasi atau media yang berkelayakan, bukan sekadar memilih berdasarkan populariti atau status anak artis.
Terdapat juga komen yang mengkritik gaya penyampaian Naira Mikayla yang dianggap terlalu santai sehingga menyerupai perbualan tepi jalan. Ramai berpendapat bahawa menjadi hos bukan hanya memerlukan personaliti ceria, tetapi juga kemahiran bertanya soalan secara berhemah dan profesional.
Ads
Ruangan Pembelajaran Buat Naira Mikayla
Walaupun dikecam, ada juga segelintir pengguna media sosial yang melihat perkara ini sebagai peluang pembelajaran buat Naira Mikayla. Menurut mereka, semua pengacara bermula dari bawah dan tidak lahir terus hebat. Kesilapan yang dilakukan wajar dijadikan pengajaran untuk memperbaiki diri, bukannya dihentam sehingga menjatuhkan semangatnya.
Ads
Pandangan Terhadap Industri & Pemilihan Pengacara
Namun, majoriti tetap berpendapat bahawa pihak produksi perlu lebih peka dalam memilih pengacara agar standard program terjaga. Orang ramai juga meluahkan kebimbangan jika trend memilih anak artis sebagai pengacara berterusan, ia boleh menutup peluang kepada graduan lain yang lebih berpengetahuan dan layak dalam bidang ini.
Perbandingan Dengan Pengacara Berpengalaman
Tidak kurang juga yang membandingkan gaya Naira Mikayla dengan pengacara berpengalaman seperti Nabil Ahmad, Sarimah Ibrahim, dan lain-lain yang mampu menyeimbangkan elemen santai dengan profesionalisme. Menurut netizen, cubaan Naira Mikayla untuk kelihatan ‘happy go lucky’ berakhir dengan persembahan yang kelihatan kurang matang.
Ads
Secara keseluruhan, video tular tersebut membuka ruang perbincangan mengenai standard dan etika seorang pengacara di Malaysia. Walaupun Naira Mikayla masih muda dan mempunyai potensi besar, masyarakat berharap beliau dapat menerima teguran dengan terbuka serta berusaha memperbaiki diri agar mampu berdiri sebagai pengacara yang lebih profesional pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam situasi pandemik seperti hari ini, tidak dinafikan peluang pekerjaan adalah terhad, lebih-lebih lagi kepada graduan yang baru menamatkan pelajaran. Mana kan tidak, individu berpengalaman juga ada yang dibuang kerja gara-gara ekonomi yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Malah, dunia hari ini semakin mencabar dengan teknologi yang rata-ratanya boleh dilakukan secara digital sehingga memberi kesan kepada pekerjaan yang lazimnya dilakukan oleh manusia. Boleh dikatakan kebanyakan tugas harian kini lebih mudah diuruskan secara digital yang tidak lagi memerlukan tenaga manusia.
Tapi korang pernah terfikir tak tentang apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan di masa hadapan yang kian mencabar?
Tetapi menurut pandangan CEO Meta Mark Zuckerberg, di masa hadapan kerja dengan lebih kreativiti akan menjadi semakin penting.
Dalam podsiar Lex Frieman Podcast terkini, Zuckerberg berkata dengan penggunaan kecerdasan buatan di masa hadapan pekerja akan dibebaskan dari melakukan kerja-kerja remeh. Oleh itu majikan memerlukan pekerja yang kreatif untuk melakukan tugas berat secara intelektual bagi membangunkan teknologi baharu seperti metamesta.
Sama ada bersetuju ataupun tidak, yang pasti pekerjaan tradisional akan diambil alih oleh automasi dan kecerdasan buatan. Sekiranya pekerja masa hadapan tidak kreatif mereka sukar membezakan diri mereka dari kecerdasan buatan yang tidak mempunyai kemampuan berfikir seperti manusia.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah menurut ramalan dari Mark Zuckerberg, tapi mungkin kita boleh praktikkan dari sekarang.
Beberapa keping foto dan video yang dimuat naik pelakon Gantung, Ikmal Amry bersama isterinya, Najla Shamsul semasa sedang bercuti di Pulau Langkawi pada minggu ini telah menarik perhatian ramai pihak.
Seperti dijangka, komen balas warganet pantas hadir setelah Ikmal memuat naik video dan foto mereka berdua semasa sedang menghabiskan masa di pulau peranginan itu sehingga mencetuskan perbualan di media sosial.
Ramai beranggapan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga itu melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan merentas negeri. Apatah lagi apabila soal rentas negeri demi ‘bekerja’ kini hangat dibualkan oleh warganet disebabkan beberapa kes berprofil tinggi.
Lantas, Ikmal menerusi hantaran di Instagram Story tampil menjelaskan situasi sebenar.
“Pertama sekali, saya minta maaf jika muat naik saya telah mengguris hati warganet di luar sana.
“Tapi di sini, saya ingin tekankan bahawa saya (dan isteri telah) bercuti tanpa melanggar SOP. Saya telah berpindah dari Kuala Lumpur ke Negeri Sembilan untuk bersama isteri dan Negeri Sembilan kini di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Kami ke Kedah yang juga negeri PKPP.
“Kami ke sana pun mengikut agensi pelancongan yang ditetapkan dan tidak menaiki kenderaan sendiri. Jadi, kami masih menjaga SOP.
“Cuma kesalahan saya adalah memuat naik hantaran (ke Instagram) pada masa yang tidak sesuai; dengan keaadan tidak boleh merentas negeri.
“Iyalah, manusia. Apabila sedang gembira, saya juga ingin menyimpan kenangan bersama isteri di Instagram. Untuk itu, saya minta maaf sangat-sangat. Selepas ini, saya akan berfikir dahulu tentang respon orang sekeliling sebelum ingin memuat naik sesuatu,” kata finalis Hero Remaja 2017 itu.
Terdahulu, Ikmal dan Najla telah disatukan empat bulan lalu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Majlis resepsi telah diadakan pada malam tersebut di sebuah hotel terkemuka di Melaka.
Disebabkan penjualan tiket konsert Blackpink 2019 World Tour [In Your Area] macam goreng pisang panas, satu berita baik buat Blinks yang terlepas membeli tiket konsert pada 12 Disember lepas, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk menganjurkan satu lagi konsert pada 24 Februari nanti.
Tiket konsert akan dijual pada harga yang sama, iaitu:
Zon Biru – RM273
Zon Hijau – RM373
Zon Ungu – RM483
Zon Kuning – RM573
Zon Merah – RM673
Zon BLINK – RM693
Jualan tiket
MacpiePro akan membuka jualan tiket secara ‘offline’ selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Disember 2018 pada pukul 12 tengah hari di pusat membeli-belah Atria Shopping Gallery dan kedai gaya hidup digital Mcalls di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall JB, Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang dan booth Mcalls di Plaza Low Yat (tingkat 4).
Kalau korang nak beli secara ‘online’ pula, boleh dapatkan tiket di laman web rasmi MacpiePro (www.macpiepro.com) yang akan dibukan pada 31 Disember 2018, tepat jam 12 tengah hari.
HITS Deal Mcalls
Dengan pembelian mana-mana pakej HITS, korang berpeluang menikmati HITS Deal yang menawarkan diskaun 40 peratus bagi tiket pertama dan 10 peratus untuk pembelian tiket kedua bagi zon Merah dan BLINK, selain menikmati internet berkelajuan tinggi, panggilan ke semua rangkaian tempatan dan SMS percuma setiap bulan.
BLINKS juga akan mendapat jaminan kemasukan dan berpeluang memenangi pas ‘sound check’.
Perghh, dengar je pun dah best, apa lagi kalau dapat tengok Blackpink depan mata kan?
Apa lagi BLINKS, jangan lupa serbu!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lupa menghantar anak ke pengasuh, seorang kanak-kanak maut dalam kereta selepas hampir sembilan jam ditinggalkan, mencetuskan kebimbangan keselamatan kanak-kanak.