Menerusi hantaran di Instagram malam tadi, pelakon baharu Farhan Asri mendedahkan pemergian neneknya, Datin Noraida Nordin pada 22 September lalu rupanya berpunca daripada kes pergelutan dan pecah masuk rumah.

Hantaran tersebut memaparkan pekeliling kenyataan media yang diperolehi daripada Ketua Polis Negeri Sembilan yang di antaranya menyebut tentang penemuan mayat seorang wanita berketurunan Melayu dalam lingkungan umur 70-an di Taman Paroi Jaya, Seremban dekat Negeri Sembilan.

Allahyarham ditemui dengan beberapa kesan kecederaan pada anggota badan manakala beberapa barangan peribadinya lesap termasuklah barangan kemas.

Susulan penerimaan hebahan tersebut daripada Ibu Pejabat Daerah Seremban, pihak Polis Diraja Malaysia atau PDRM kini sedang cuba mengesan suspek lelaki berbangsa Melayu berusia 45 tahun yang dikenali sebagai Mohd Faizul Bin Mohamad Ali Kamil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Farhan Asri (@farhanasrii)

IKLAN

Kongsi Farhan, lelaki itu mempunyai pertalian keluarga dengan mereka dan pernah beberapa kali ke rumah neneknya untuk meminjam wang. Isteri suspek memaklumkan dia sempat pulang ke rumah mereka pada hari kejadian bagi mencuci baju sebelum kembali ke luar dalam persalinan putih. Sehingga kini, suspek masih belum ditemui.

Suspek Kematian Nenek Pelakon, Farhan Asri Ada Pertalian Keluarga! Sedang Dicari PDRM
Foto kenangan milik adik Farhan, Farees Asri semasa hari pengebumian nenek tercinta mereka. Sumber : Instagram @fareesasrii
Suspek Kematian Nenek Pelakon, Farhan Asri Ada Pertalian Keluarga! Sedang Dicari PDRM
(Belakang, dari kiri) Farhan, kakaknya Farra dan kembarnya, Farees bersama Allahyarhamah nenek dan datuk mereka. Sumber : Instagram @farhanasrii

 

Nenek Tidak Balas Panggilan Datuk

Disebabkan jarak kediamaan keluarga Farhan yang tidaklah terlalu jauh daripada kediaman datuk dan neneknya itu, ahli keluarganya sudah membiasakan diri untuk menelefon atau singgah ke rumah mereka pada setiap hari.

IKLAN

Namun pada hari kejadian, panggilan telefon mereka kepada mangsa tidak berjawab. Malah dalam rumah itu sendiri, Datuk Farhan merasa pelik apabila isterinya tidak menyahut panggilan sewaktu tiba waktu solat Maghrib. Hanya apabila jiran tiba di rumah setelah mendengar jeritan Datuknya, mereka menemui mangsa sudah terbaring di atas sofa.

Suspek Kematian Nenek Pelakon, Farhan Asri Ada Pertalian Keluarga! Sedang Dicari PDRM
Sumber : Instagram @farhanasrii

Demi menyegerakan siasatan dan bagi menuntut keadilan di atas kematian neneknya itu, Farhan dan keluarganya kini mengharapkan sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut dan suspek.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

IKLAN

BACA LAGI : 5 Cara Nak Dapat Badan Sado Macam Farhan Asri, Mampu Tak? – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI