Baru-baru ini timbul kekecohan apabila Atu Zero yang muncul sebagai salah seorang juri di The Masked Singer telah memberi komen kurang senang apabila menyatakan bahawa Nabila Razali tidak boleh menyanyi secara langsung.

Dalam rancangan tersebut, personaliti di sebalik kostum Bulu Tangkis telah menyanyikan lagu Pematah hati nyanyian asal Nabila.

Namun begitu, momen tersebut menjadi sedikit janggal apabila komen spontan Atu yang disiarkan dalam episod itu mengundang rasa kurang senang kepada Nabila apabila Atu memberi pendapat bahawa individu di sebalik kostum itu bukan pemilik asal lagu terbabit kerana Nabila tidak boleh membuat persembahan secara langsung.

Semalam, isteri kepada Atu, Shafeeqa Johari telah memuat naik satu hantaran di Instagram memohon maaf kepada penyanyi dan pelakon popular tersebut atas kekhilafan yang berlaku.

IKLAN

Isteri Atu Zero Mohon Maaf Kes Persenda Nabila Razali, – “Maaf Ya, Dia Melawak Saja Tu.”

“Haih na, permulaan tahun baru untuk kami. Misi bantuan kami pun tak dapat viral begini. Atu, Atu, sembarang saja kau ni bha. Banyak sangat baca komen netizen dia ni. Minta maaf ya @nabila.razali, dia melawak saja tu. Kawan-kawan boleh tengok lakonan dia ya.

“Ramai yang memuji lakonannya, saya pun tengok. Kami ni bukan siapa-siapa, dia hanya seorang penghibur, biarpun bukan pemegang anugerah apa-apa, ibarat warna warni kehidupan. Demi Allah tidak sombong insan yg bernama Atu ini. Jika sombong, tidak dia turun sendiri memberi bantuan untuk orang-orang susah,” tulisnya panjang dalam hantaran tersebut.

IKLAN

Isteri Atu Zero Mohon Maaf Kes Persenda Nabila Razali, – “Maaf Ya, Dia Melawak Saja Tu.”

Selepas insiden tersebut, Nabila turut menyatakan kekecewaan terhadap komen yang dinyatakan Atu dalam rancangan itu. Dia menyatakan bahawa komen tersebut seolah-olah sama sahaja seperti body shaming. Namun begitu dia tidak marah kepada pelawak tersebut namun berasa sedikit kecewa.

IKLAN

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI