Roti kegemaran rakyat Malaysia, Gardenia khabarnya akan dinaikkan lagi mulai 1 September 2022 ini. Sebelum ini, Gardenia juga telah menaikkan harga bagi beberapa produk dan kali ini, sekali lagi harga roti keluaran syarikat tersebut bakal naik.
Menurut laporan, kenaikan kali ini membabitkan 53 produk mereka dengan harga peningkatan di antara 10 sen hingga 50 sen bergantung kepada produk.
Desas-desus mengenai kenaikan harga Roti Gardenia terjawab apabila pengeluar produk itu di Semenanjung Malaysia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mengesahkan beberapa produk keluarannya akan dijual pada harga baharu bermula 1 September ini.
Menerusi satu respon balas yang dikeluarkan Gardenia Bakeries di Facebook, kenaikan kos dan bahan-bahan mentah serta kos pengangkutan yang mendadak menyebabkan berlakunya peningkatan pada harga barang tersebut.
“Kami ingin meyakinkan anda (pelanggan) bahawa perubahan semula harga produk-produk kami akan menjadi pilihan terakhir setelah berusaha sedaya upaya melalui pelbagai cara bagi mencapai kecekapan dan produktiviti.
Ads
“Melihatkan keadaan tersebut, kami tidak mempunyai pilihan lain selain menyemak semula harga hanya pada produk-produk yang terjejas,” kata Gardenia.
Ini termasuklah Gardenia Original Classic yang akan mengalami kenaikan sebanyak 20sen daripada RM2.80 kepada RM3; Gardenia Wholemeal daripada RM3.60 kepada RM4; rangkaian Gardenia Toast’em daripada RM5 kepada RM5.50; Gardenia Twiggies daripada RM1.80 kepada RM2; Gardenia Waffles daripada RM1.40 kepada RM1.50 dan Roti Krim Gardenia daripada RM1 kepada RM1.10.
Namun menurut syarikat itu lagi, roti Gardenia Bonanza Keluarga masih dikekalkan pada harga RM2.75 sebuku iaitu harga mampu milik untuk roti putih dengan berat 500 gram. Sebagai perbandingan untuk setiap 100g, katanya roti itu 55 sen lebih murah berbanding Gardenia Original Classic (RM0.75).
Tular senarai harga baharu
Tular dilaman sosial, surat makluman mengenai perubahan harga produk-produk roti keluaran Gardenia yang dikongsikan seorang pengguna, @KlutzyKucing.
Ads
Ingatkan 1 Sept 2022 jumlah jam bekerja dah jadi 45jam seminggu
Malah, surat pemberitahuan tular tersebut turut ditandatangani oleh Koh Cin Huat selaku CEO syarikat. Koh di dalam surat itu turut berkata, perkara itu tidak dapat dielakkan ekoran kenaikan bahan mentah yang terus meningkat.
Sekitar November 2021 yang lalu lalu, Gardenia KL turut mengumumkan kenaikan beberapa harga produknya bermula 1 Disember.
Apa-apa pun kita tunggu pengumuman daripada pihak KPDNHEP. Asyik naik harga, jom belajar dan buat sendiri jela roti ni.hehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di negara kita, kebenaran untuk menunaikan solat fardu Jumaat baru saja diberikan. Dimaklumkan hanya sekitar 30 orang sahaja diberikan kebenaran untuk menunaikan fardu Jumaat selepas lebih dua bulan tidak menunaikanya kerana masjid ditutup bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
Berbeza di negara seberang, diberitakan kedegilan masyarakatnya yang menunaikan solat sunat tarawih di masjid ternyata membawa padah apabila dilaporkan tujuh sekeluarga disahkan positif virus Covid-19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid.
Kompas melaporkan, keluarga dari daerah Joyontakan, Solo itu terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita termasuk kanak-kanak berusia dua tahun.
Pegawai pencegahan Covid-19 Kota Solo, Ahyani berkata, keluarga itu terdiri daripada usia dua hingga 58 tahun.
“Keluarga ini dijangkiti daripada bapa berusia 58 tahun yang bersolat tarawih di masjid.
“Ujian swab test menunjukkan semua mereka positif apabila ketua keluarga itu mula mengalami gejala.
“Saringan kontak rapat mendapati enam ahli keluarganya turut positif dan menunjukkan gejala,” katanya.
Menurutnya, dia mengesyaki jangkitan itu daripada bapa yang menunaikan solat tarawih di masjid.
Keluarga itu dilaporkan dirawat di Hospital Bung Karno dan pihak berkuasa kini sedang mengesan punca penularan wabak di masjid dan kontak rapat lelaki itu.
Sebelum ini, Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa supaya masyarakat beragama Islam di negara itu tidak menunaikan solat di masjid termasuk solat Jumaat dan tarawih.
Bagaimanapun, arahan itu tidak dihiraukan penduduk setempat menyebabkan penularan wabak itu di Indonesia semakin membimbangkan.
Setakat ini, 16,006 sudah dijangkiti wabak itu di Indonesia dengan 1,043 kematian dan kes aktif 11,445. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, ibadah yang paling dinantikan selain daripada berpuasa ialah solat sunat tarawih.
Mungkin ramai yang di antara kita yang lebih gemar untuk menunaikan solat tarawih di masjid ataupun di surau kerana sekiranya dikerjakan secara berjemaah, maka bertambahlah pahala.
Namun begitu, tuntutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini menyarankan orang ramai untuk menunaikan solat sunat itu di rumah sahaja bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Tapi baru- baru ini, ada segelintir masyarakat yang meminta kebenaran untuk solat tarawih secara online sepanjang bulan Ramadan. Ha ini kerana mereka merujuk kepada akad nikah online yang dibenarkan baru-baru ini.
Justeru itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpandangan bahawa solat tarawih yang dilakukan secara dalam talian atau online tidak dibolehkan, senang kata tak sah la. Lapor Sinar Harian
Hal ini kerana syarat sah solat jemaah ialah jemaah perlu nampak pergerakan yang dilakukan oleh imam solat selain semestinya dapat melihat fizikal imam itu.
Beliau berkata, syarat berimam bagi seseorang makmum adalah individu itu semestinya dapat melihat fizikal imam berada di satu tempat dan mengetahui pergerakan imam.
“Sebagai contoh, jika kita solat secara dalam talian dan ikut imam di Masjid Negara, tiba-tiba sambungan internet terputus, maka macam mana makmum nak ikut.
“Jadi untuk tahun ini, adalah lebih baik sembahyang di rumah dengan suami atau ketua keluarga. Mungkin tahun ini akan ada ramai imam baru walaupun tak bertauliah,”
Betul jua tu, kalau connection tiba- tiba putus macam mana pula solat tarawih kita tu kan. Lagi-lagi musim PKP ni memang internet tingtong. So kesimpulannya, korang solat jela sendiri atau berjemaah dengan ahli keluarga kan lagi bagus.
Tular di media sosial semalam meminta pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal untuk lebih berhati-hati selepas kejadian seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan di muka dan menerima 25 jahitan selepas terlanggar tali tangsi di Lebuhraya Sprint berdekatan Kampung Kayu Ara, Damansara.
Mangsa yang bekerja sebagai penghantar makanan sedang dalam perjalanan menghantar makanan kepada melanggan berhampiran Glomac Damansara, Jalan Damansara kira-kira jam 5 petang semalam.
Lapor BH Online, menerusi kenyataan daripada seorang sumber, mangsa terlanggar tali berkenaan yang merentang di tengah jalan raya menyebabkan kecederaan teruk di dagunya sebelum mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Ketika menunggang motosikal dari arah Persiaran Tropicana menghala ke Glomac Damansara melalui Lebuhraya SPRINT lelaki berkenaan terlanggar seutas tali tangsi sebaik tiba di lokasi.
“Tali berkenaan terkena pada dagu dan leher mangsa sebelum terpaksa menerima rawatan di PPUM. Mangsa menerima 25 jahitan pada bahagian luar luka,” katanya kepada akhbar tersebut.
Bahagian dagunya terbelah selepas terlanggar tali tangsi ketika menunggang motosikal di Lebuhraya SPRINTBeginilah keadaannya ketika menerima rawatan di PPUM dan menerima 25 jahitan kesan dari kejadian ini
Memang banyak tali tapi bukan khianat
Bagaimana pun selepas kejadian tular itu, pihak polis dalam satu kenyataan menafikan wujud perbuatan khianat dalam kes membabitkan seorang penunggang motosikal cedera akibat tali tangsi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, selepas mangsa membuat laporan polis, pegawai penyiasat telah ke lokasi yang dimaksudkan bersama mangsa.
“Siasatan mendapati tiada unsur-unsur khianat dalam kejadian itu.
“Kita dapati pada tiang lampu no. B2-2B3 terdapat banyak helaian benang atau benang kaca serta sisa-sisa ikatan iklan yang tidak dibuang serta dibersihkan,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.
Ada pengguna meminta penunggang motosikal lain berhati-hati selepas kejadian ini
Menurutnya, ikatan iklan sepanjang kira-kira 3.2 meter dibiarkan dalam keadaan berjuntai ditiup angin.
“Ketika mangsa melalui kawasan itu, bahagian berjuntai itu telah mengena pada bahagian dagu mangsa menyebabkannya cedera. “Mangsa mendapat rawatan sebagai pesakit luar di PPUM dan menerima 25 jahitan,” katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, mangsa turut membuat laporan polis bagi menuntut pampasan daripada pihak yang berkenaan.
Justeru itu, Azman menggesa pihak yang bertanggungjawab segera mengambil tindakan ke atas iklan atau banner haram serta membersihkannya dengan baik bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang lagi.