Roti yang pernah menjadi ‘rebutan’ rakyat Malaysia sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan awal Mac lalu, Gardenia telah pun memaklumkan bahawa beberapa produk keluaran Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) bakal dinaikkan harga sehingga RM0.20 sen bermula 1 Disember ini.
Menerusi foto yang telah tular di media sosial, peningkatan harga roti jenama Gardenia bermula dari RM0.05 sen melibatkan produk seperti Gardenia Squiggles – Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll – Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans.
Sementara itu, bagi kenaikan harga RM0.20 sen melibatkan produk roti The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries.
Ads
Kredit foto: Astro Awani
Kenaikan harga ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan ada juga yang tidak mempersoalkan kerana memahami permintaan yang tinggi terhadap produk roti tersebut.
Begitulah perumpamaan bagi anak perempuan sulong angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha, Sophea Isabella. Baru menginjak usia 11 tahun, Bella mencatat skor 130 ke atas apabila terpilih untuk mengikuti bengkel Permata Pintar UKM.
“Saya tidak pernah menganggap Bella seorang yang genius. IQ saya cuma 120, Dr Halina lebih kurang 124. Tetapi Bella :
– seorang yang cepat belajar
– mula berjalan pada usia lapan bulan
– boleh membaca pada umur tiga tahun
– menghafal surah dengan mudah
– imaginasi yang tinggi
– sangat sensitif dan emosi
– sangat cekap memerhati
– cemerlang dalam setiap bidang diceburi
“Sentiasa bangga dengan kamu Bella. Apa yang penting Bella menikmati setiap minit di sana. Sentiasa dahagakan ilmu dan mempelajari perkara baru
“DADDY DOAKAN YANG TERBAIK UNTUKMU. SEMOGA BERJAYA WALAU DIMANA JUA BERADA, DEMI UMMAH. AMIIN,” TITIP BAPA KEPADA ENAM CAHAYA MATA ITU.
Selain itu, angkasawan pertama negara mendedahkan Bella menyertai bengkel Permata Pintar ketika usianya baru dua tahun.
“Hanya untuk mereka yang genius dan berbakat di Permata Pintar UKM. Tahun 2022, seramai 388,888 orang pemohon menduduki UKM1, 15,000 daripadanya cemerlang dan menduduki UKM2. Kemudian seterusnya UKM3.
“582 pelajar terbaik dipilih untuk Kem 12 hari dalam pelbagai kursus seperti berikut:
1. Biologi Manusia
2. Robotik Termaju
3. Statistik Lanjutan
4. Ahli Fizik Muda
5. Arkeologi
6. Kristal & Polimer
7. Kejuruteraan Genetik
8. Entomologi Forensik
9. Sains BioPerubatan
10. Kejuruteraan Automotif
11. EtnoKosmologi
12. Arkeologi
13. Undang-undang
14. Perangkaan Lanjutan
“KANAK-KANAK YANG TERPILIH INI MEMPUNYAI IQ MELEBIHI 130 DALAM LINGKUNGAN 8 HINGGA 15 TAHUN. GEMBIRA DAN KAGUM BERTEMU DENGAN MEREKA,” TITIP DR SHEIKH MUSZAPHAR.
Untuk info, IQ ialah intelligence quotient ialah darjah kecerdasan manusia diperoleh daripada set ujian piawai atau subujian yang direka khas. IQ mengukur potensi seseorang dalam membuat sesuatu pertimbangan. Dalam kata lain, ia bagi melihat bagaimana seseorang itu mampu menggunakan maklumat dan logik untuk menjawab persoalan dan membuat jangkaan. Memori dan potensi menyelesaikan cabaran juga mungkin diambil kira. Skor purata kebanyakannya adalah antara 90 hingga 109.
Uish, ternyata bukan ‘biasa-biasa’ kebijakan Bella ini. Moga terus berjaya di masa masa akan datang seperti ibu dan ayahnya.
Sumber: Instagram drsheikhmuszapha
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seringkali kita mendengar mengenai kejayaan beberapa individu yang sedang dicari oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melarikan diri ke negara Australia.
Terbaru, usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih popular sebagai Nur Sajat dilaporkan telah berada di Canterbury, Australia setelah kali terakhir dia dikesan di Bangkok, Thailand.
Nur Sajat kini dilaporkan sudah selamat berada di Australia dan tidak berniat untuk pulang semula ke Malaysia.
Ia diakui sendiri oleh Nur Sajat semasa melakukan sesi Instagram live baru-baru ini. Katanya, dia sedang menjalani proses kuarantin di sana setelah berjaya berhijrah secara rasmi ke sana dengan bantuan kerajaan Australia. Namun, kesahihan berita tersebut masih lagi dalam siasatan dan proses pengesahaan oleh PDRM.
*
Bagaimana cara individu-individu ini ‘terbang’ ke sana tanpa berjaya dikesan oleh pihak berkuasa masih menjadi misteri.
Cuma persoalan utamanya adalah, mengapakah Australia menjadi negara pilihan ramai individu yang sedang atau bakal berdepan kes jenayah? Mengapa tidak negara lain yang lebih berhampiran dengan Malaysia atau yang lebih jauh berbanding Australia sekiranya benar mereka ingin melarikan diri.
Bekas anggota polis, Sirul juga pernah cabut ke Australia untuk mencari perlindungan dan hak suaka. Sumber Foto : NST
Jom kita lihat dulu statistik yang pernah dikongsikan oleh laporan BBC pada tahun 2017. Katanya, negara itu telah membenarkan seramai 12,000 hingga 13,000 pelarian masuk pada setiap tahun dan proses ini telah dipraktikkan bagi tempoh lebih 20 tahun yang lalu.
Kebanyakan daripada kes pelarian ini adalah menerusi program kemanusiaan sekiranya individu itu mempunyai dokumen yang sah untuk mendapatkan perlindungan daripada kerajaan Australia.
Namun, tidak kurang juga berbelas-belas ribu warga asing lain yang cuba menyeludup masuk ke dalam Australia dengan cara haram menerusi laluan laut kerana tidak mempunyai dokumen sah. Dalam hal ini, ratusan individu telah maut akibat perbuatan merbahaya itu.
Polisi Australia juga sudah menguatkuasa halangan untuk mengelak sebarang percerobohan dan ia telah menyukarkan pelarian haram untuk merancang taktik menaiki bot selepas ini.
Mengapa Australia Jadi Sasaran Pelarian Setiap Tahun?
Secara teknikalnya, mereka ini bergelar ‘pelarian’ dan mereka mempunyai hak untuk mendapatkan suaka daripada ‘penganiayaan’ di negara sendiri yang menyebabkan rasa takut kepada diri mereka menurut alasan tertentu.
Antara alasan yang disenaraikan termasuklah isu ras, kasta, kewarganegaraan, agama, pendapat politik dan keahlian dalam mana-mana kumpulan sosial atau kegiatan sosial tertentu.
Lalu, negara-negara seperti Eropah Barat, Amerika Syarikat dan Australia yang menjaga hak kemanusiaan menjadi sasaran utama pencari suaka yang inginkan visa perlindungan. Apayang membuatkan Australia sebagai negara pilihan pelarian Malaysia berbanding Amerika Syarikat dan Eropah Barat pula tentulah kerana faktor geografinya yang lebih hampir.
Menariknya, Malaysia kini ialah salah sebuah negara penyumbang permintaan suaka tertinggi di Australia. Bukan hanya individu yang ingin melepaskan diri daripada ditangkap saja yang ke sana tau. Tetapi rakyat Malaysia yang tidak mempunyai rekod jenayah juga ingin bermigrasi sebagai pelarian di sana.
Ramai dilaporkan ke sana untuk mengambil pekerjaan asas seperti sebagai pemetik buah yang dikatakan menawarkan upah lebih tinggi daripada gaji di Malaysia. Malaysia mendahului senarai itu berbanding beberapa negara serantau seperti Indonesia (yang juga lebih dekat dengan Australia) walaupun taraf kehidupan di Malaysia lebih baik daripada mereka.
Kecoh hujung minggu lalu setelah episod temubual Oprah Winfrey bersama Meghan Markle dan Putera Harry ditayangkan, hanya sehari sebelum sambutan Hari Wanita Sedunia. (Kebetulan kah?)
Menerusi temubual tersebut, baik Meghan mahupun Putera Harry tidak berselindung dan membongkarkan sebab utama di sebalik keputusan mereka untuk meninggalkan United Kingdom pada tahun 2020 dan berpindah ke Amerika Utara bagi kebaikan keluarga kecil mereka.
Meghan berkata hubungannya dengan Ratu Elizabeth tidak tercela dengan notis perletakan tugasan diraja mereka berdua. “Ratu sentiasa melayan saya dengan baik.”
Malah, menurut sumber dalaman istana juga, Ratu Elizabeth masih menyokong kehidupan Putera Harry dan Meghan dan selalu mengambil berat dengan perihal kehidupan bahagia mereka berdua.
Individu yang amat terkesan dengan pemergian mereka berdua itu ialah Putera Charles yang dikatakan tidak melayan panggilan telefon Putera Harry untuk tempoh yang lama. Namun hubungan mereka dikatakan semakin pulih sekarang.
Mengapa Mereka Tinggalkan UK?
Cuma, setelah Meghan mula berbadan dunia dan mengandungkan putera sulungnya, pelbagai isu mula melanda Putera Harry dan Meghan.
Meghan ‘risau’ apabila Archie tidak mempunyai gelaran ‘putera’ yang akan menjamin keselamatannya. Meghan percaya keputusan istana untuk tidak memberikan gelaran itu adalah berbaur sentimen perkauman.
“Ahli keluarga diraja pertama dari kulit gelap tidak mempunyai gelaran seperti cucu dan cicit lain.”
‘Bombshell’ terbesar yang hangat diperkatakan tentunya adalah mengenai perbincangan ahli diraja tentang warna kulit Archie. Biarpun Meghan enggan menamakan individu tersebut kepada Oprah, namun Putera Harry pantas memberikan disclaimer bahawa ia tidak melibatkan Ratu Elizabeth atau Putera Philip.
Kenyataan Istana
Setelah dua hari berlalu, akhirnya Istana Buckingham telahpun memberikan respon terhadap temubual Oprah bersama Meghan dan Putera Harry itu.
“Seluruh keluarga kami sedih apabila mengetahui betapa mencabarnya kehidupan Meghan dan Harry sejak beberapa tahun lepas.
“Isu yang dibangkitkan terutamanya isu perkauman adalah membimbangkan. Biarpun pendapat masing-masing berkenaan kejadian terbabit mungkin berbeza, isu ini masih diambil secara serius dan akan dibincangkan oleh keluarga secara tertutup.
“Harry, Meghan dan Archie akan sentiasa disayangi oleh kami.”
Apa pendapat korang?
Adakah hubungan Putera Harry dan Meghan dengan ahli keluarga diraja Britain lain akan pulih?
Ataupun mereka berdua terlalu lantang dalam membuka isu sensitif sehingga sampai ke pengetahuan orang awam?