Terbaru, pihak berkuasa kesihatan Singapura mengambil tindakan untuk memantau peningkatan jangkitan COVID-19 di negara republik itu susulan lonjakan melebihi 3,000 kes dalam minggu ini.
Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Penyakit Berjangkit (CDA), jumlah kes COVID-19 yang dianggarkan dari 27 April hingga 3 Mei baru-baru ini meningkat kepada 14,200 kes, berbanding 11,100 kes pada minggu sebelumnya.
“Bagi tempoh sama, purata harian kemasukan ke hospital akibat COVID-19 meningkat daripada 102 kepada 133, namun purata kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun daripada tiga kepada dua kes. Hospital ketika ini mampu menguruskan peningkatan kes berkenaan,” tulis kenyataan itu.
Kredit foto: ISEASKredit foto: The Sun
Dalam pada itu, peningkatan kes berkenaan juga berkemungkinan disebabkan beberapa faktor, termasuk penurunan imuniti dalam kalangan penduduk.
Ads
Pada masa yang sama, dua varian utama sedang menular ialah LF.7 dan NB.1.8, kedua-duanya daripada varian JN.1 dipercayai merangkumi lebih dua pertiga daripada kes tempatan yang dianalisis secara berturut-turut.
Walau bagaimanapun, MOH dan CDA berkata tiada bukti menunjukkan varian yang sedang menular itu lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit yang lebih teruk berbanding varian sebelumnya.
Ads
“Seperti penyakit pernafasan endemik lain, gelombang COVID-19 secara berkala dijangka berlaku sepanjang tahun,” jelas kenyataan itu lagi.
Kredit foto: Berita Harian
Sehubungan itu, mereka turut menegaskan bahawa vaksinasi kekal berkesan dalam mencegah penyakit serius serta menggalakkan bagi golongan yang berisiko tinggi mengalami gejala teruk akibat COVID-19, termasuk individu berusia 60 tahun ke atas, pesakit yang mempunyai kerentanan kesihatan serta penghuni kemudahan jagaan warga emas bagi mendapatkan vaksinasi terkini.
Ads
Selain itu, petugas kesihatan serta individu yang tinggal atau bekerja dengan golongan rentan juga disarankan untuk mengambil vaksin dan orang ramai dinasihatkan agar terus mengamalkan langkah berjaga-jaga serta mengutamakan tanggungjawab kendiri dan sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut dirempuh sebuah kereta dalam satu kejadian tragis di hadapan surau perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Mas, Kota Bharu.
Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Azmir Damiri memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut sekitar jam 2.15 petang.
Menurut beliau, insiden itu turut mengakibatkan seorang lagi pelajar mengalami kecederaan parah dan kini sedang dirawat di zon merah Hospital Raja Perempuan Zainab II, manakala pemandu kenderaan terbabit dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira 1.50 tengah hari apabila pemandu wanita terbabit dipercayai tertekan pedal minyak lalu terbabas sehingga melanggar dua pelajar yang sedang memakai kasut sekolah di hadapan surau itu serta tiang batu surau terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, pelajar yang maut dilaporkan mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian secara rasmi.
Dalam pada itu, pihak polis memaklumkan kes tersebut kini sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika memandu, khususnya di kawasan sekolah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang.
Sumber: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nooryana Najwa yang juga merupakan anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor meluahkan rasa syukurnya setelah ibunya dilepaskan dan dibebaskan pada Khamis daripada 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima lagi pertuduhan yang gagal menyerahkan penyatan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menerusi hantaran di Instagram, Nooryana atau lebih dikenali sebagai Yana Najib berkongsi betapa tabahnya Datin Seri Rosmah dalam melalui dugaan mahkamah tersebut sepanjang enam tahun lepas.
Nooryana Najwa Binti Datuk Seri Najib Razak. Sumber Foto: Malay Mail
“Alhamdulillah. Rasa lega yang amat dirasai selepas enam tahun. Ibu telah berjuang dalam perjuangannya sendiri untuk keadilan.
“Seterusnya, marilah kita sabar menunggu tarikh 6 Januari yang akan datang (tarikh pendengaran rayuan Datuk Seri Najib Razak terhadap keputusan mahkamah berkaitan Titah Adendum).
“Semoga yang baik-baik lagi akan menyusul selepas ini,” catatnya menerusi Instagram Story.
Yana turut berkongsi bahawa tarikh 19 Disember hari ini juga menandakan genap empat tahun selepas nendanya, Allahyarham Tun Rahah meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Yana Najib setia memberikan sokongan buat Datin Seri Rosmah Mansor sewaktu perbicaraan. Sumber Foto: BenarNews
Untuk pengetahuan, Datin Seri Rosmah memperolehi keputusan yang menyebelahinya pada hari ini selepas Hakim, K Muniandy membenarkan permohonan beliau untuk membatalkan kesemua 17 pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau.
Datin Seri Rosmah masih berdepan prosidin rayuan terhadap keputusan Hakim Mohamed Zini Mazlan yang menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda bernilai RM970 juta di atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.
Terdahulu, REMAJA menyenaraikan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai salah seorang daripada 25 figura popular yang merupakan alumni Universiti Malaya.
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sekali lagi memberi sokongan buat Syed Saddiq, apabila menemani beliau ke Mahkamah Rayuan, hari ini.
Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Bella dilihat anggun berbaju kurung, tiba di pekarangan Istana Kehakiman pada pukul 8.40 pagi, menunjukkan sokongan buat Ahli Parlimen Muar itu.
Hari ini, pendengaran rayuan Syed Saddiq diteruskan bagi mencabar sabitan dan hukuman terhadap empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Bella sebelum ini turut menemani Syed Saddiq ke sidang Dewan Rakyat, di mana mereka berdua kelihatan serasi mengenakan pakaian sedondon.
Syed Saddiq segak berbaju Melayu manakala Bella anggun dengan baju kurung.
Menariknya, anak sulung Bella, Mohamed Ayden Adrean Mohammad Aliff, turut hadir pada hari tersebut, berpakaian segak seperti seorang ahli Parlimen lengkap dengan kot kelabu dan tanda nama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok thehazzzzzzs
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pembedahan laparoskopi PMX berjalan lancar bagi merawat para-umbilical hernia. Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjalani fisioterapi dan proses pemulihan.