Jenazah pelakon tempatan, Nadia Kesuma telah selamat dimandikan oleh anak perempuannya, Sarah dan seorang rakan karib Allahyarham pada hari ini di Jeddah, Arab Saudi sebelum Allahyarham dikafankan.
Anak perempuan Allahyarham selamat tiba di sana bersama-sama suami Allahyarham, Prof. Dr. Muhammad Kamarul Kabilan untuk menguruskan jenazah sepenuhnya di Jeddah seperti yang disyariatkan dalam Islam.
Allahyarham Nadia Kesuma.
Perkhabaran itu dikongsikan oleh suami Allahyarham menerusi satu hantaran di Facebook beliau.
Setelah selesai dimandikan, solat jenazah telah diimamkan oleh suaminya sendiri sebelum Allahhyarham selamat dikebumikan di sana pada 5.44 pagi waktu tempatan (10.44 pagi waktu Malaysia) hari ini.
Ads
“Jenazah sudah dimandikan oleh anak (Sarah dan rakan Allahyarham) dan sudah disembahyangkan, dan diimamkan sendiri oleh saya. Alhamdulillah.
“Jenazah akan dikebumikan selepas Subuh (sekarang 1.33am, waktu Jeddah). Subuh jam 5.44am,” catat Muhammad Kamarul Kabilan.
Ads
Luahan Pilu Suami Saat Perpisahan
Dalam pada itu, suami Allahyarham turut mengungkapkan rasa sedih apabila takdir menentukan sekarang sebagai waktu perpisahan mereka sekeluarga dengannya dan berjanji akan menziarahi pusara isterinya itu sekembalinya mereka di Jeddah pada masa akan datang.
“Saya terpaksa meninggalkanmu sekarang sayang… dengan kepedihan dan kesedihan di hatiku. Tetapi saya tahu kau berada di tempat yang LEBIH BAHAGIA.
“Selamat tinggal. Saya dan anak-anak akan melawatmu tidak lama lagi, insya-Allah! Amin.”
Punca Kematian Terjawab
Terdahulu, pemergian Allahyarham Nadia Kesuma yang menimbulkan tanda tanya sejak kehilangan beliau sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Khamis lalu terjawab selepas beliau berdepan serangan jantung.
Ads
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kira-kira jam 8.07 pagi mengesahkan momen tragis itu.
Allahyarhham Nadia Kesemua merupakan salah seorang daripada 21 peserta yang menyertai jemaah pakej umrah dan ziarah yang dikelolakan agensi pelancongan, NUH Travel bermula 14 Januari hingga hari kepulangan pada 28 Januari 2026.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap orang memiliki simptom yang berbeza-beza selepas dijangkiti virus Covid-19. Ada yang pulih seperti sedia kala namun ramai yang memiliki simptom kurang menyenangkan.
Perkara ini terjadi sendiri kepada selebriti terkenal, Amyra Rosli selepas dijangkiti virus tersebut pada 6 Mac lalu. Kini setelah hampir sebulan berlalu, keadaannya tidak pulih sepenuhnya dan mengalami pelbagai masalah kesihatan.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh suaminya, Amar Baharin menerusi satu hantaran di laman Instagram. Pelakon yang popular menerusi drama Cik Bunga dan Encik Sombong itu memohon kepada warganet untuk berkongsi sekiranya ada ikhtiar yang boleh dia lakukan.
“Wife saya tak berapa sihat. Kaki ada kesan lebam-lebam. Sendi satu badan sakit. Kaki bengkak macam orang nak bersalin (saya rasa water retention). Batuk tak berhenti. Semua ini jadi selepas positif SARS-Cov-2 pada 6 Mac 2022,” ujarnya.
Berasa bimbang dengan apa yang dialami isterinya, jejaka berusia 37 tahun ini juga berkata yang doktor masih tidak menemui solusi berkenaan simptom tersebut.
Tambahnya lagi, “Ada siapa-siapa yang alami benda yang sama? Ada jalan penyelesaian tak? Sebab doktor masih tak dapat solution kepada penyakit dia. Kalau ada, mohon kongsikan ya, kami tengah ikhtiar.”
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan.
Dalam tinjauan REMAJA di Instagram Amyra, menerusi hantaran di Instastorynya dia sudah pun meneruskan tugasnya sebagai bintang drama di lokasi penggambaran. Semoga wanita anggun ini segera pulih sepenuhnya dan kembali sihat seperti sedia kala.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penulis terfikir, apa yang kita semua lakukan pada usia 20 tahun eh..
Tentunya, tidak semua remaja yang pernah termimpi apatah lagi menerima kurniaan anugerah daripada Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong.
Kita semua masih berangan je sis..
Akan tetapi, atlet terjun Nur Dhabitah Sabri yang mesra dengan panggilan Bitah bukannya sebarangan remaja.
REMAJA turut gembira dan berbangga apabila Bitah hari ini dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP) sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019.
Bitah yang ditemui selepas majlis tersebut berkata, penghargaan setinggi ini adalah suatu kebanggaan buat dirinya, keluarga dan ahli pasukan yang lain.
“Pengiktirafan ini adalah sesuatu yang exciting dan tentunya memberikan semangat kepada saya untuk terus berusaha dalam sukan terjun. Misi saya sekarang adalah untuk layak ke Sukan Olimpik untuk kali kedua berturut-turut.
Dhabitah Sabri untuk Majalah Remaja isu Januari 2018.
“Mana-mana atlet pun mengimpikan pingat Olimpik dan saya tidak terkecuali. InsyaAllah dengan usaha dan tuah pada hari bertanding kelak, saya sedang cuba sebaik mungkin untuk melayakkan diri ke Olimpik Tokyo,” katanya lagi.
Pada Sukan Olimpik 2016 di Rio, Bitah bergandingan bersama Cheong Jun Hoong dalam acara 3 meter papan anjal seirama dan menamatkan saingan di tempat kelima.
Anugerah Ahli Mahkota Wilayah (AMW) yang berlangsung di Istana Negara pagi tadi telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penerbit terkenal tanah air, Datuk Aaron Aziz, membuka peluang kepada bekas penghuni penjara dan pelajar Sekolah Henry Gurney untuk menyertai dunia lakonan menerusi satu sesi uji bakat khas yang dianjurkan oleh syarikat produksinya, Aaron Aziz Production.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, aktor berusia 49 tahun itu menyuarakan hasrat untuk membantu golongan yang sering dipandang serong oleh masyarakat agar dapat membina semula kehidupan dan membuktikan mereka juga berhak untuk diberi peluang kedua.
“Anda seorang bekas banduan? Pernah duduk penjara, pernah duduk Sekolah Henry Gurney? Orang cakap kalian tiada masa depan?
“Ada juga yang cakap anda hancur masa depan? Tak boleh masuk dalam kalangan masyarakat yang baik?
“Pastikan jawapan anda adalah tidak. Saya akan tolong anda, macam mana? Sila datang uji bakat untuk projek terbaharu saya,” ujarnya dalam video tersebut.
Aaron turut berkongsi satu poster rasmi mengandungi maklumat lengkap sesi uji bakat tersebut.
Difahamkan, uji bakat itu akan berlangsung pada 5 Julai ini (Jumaat), dari jam 1 petang hingga 9 malam, bertempat di Star Avenue Lifestyle Mall, Shah Alam.
Syarat kelayakan pula terbuka kepada lelaki berusia antara 16 hingga 50 tahun, tanpa mengira bangsa dan latar belakang. Peserta juga perlu membawa sekeping gambar bersaiz passport.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor berpengalaman, Kamal Adli berkongsi bahawa Ramadan tahun ini terasa sangat berbeza, lebih-lebih lagi selepas hidup bersendirian.“Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila balik...