Aktor, Nadhir Nasar akan tampil dengan buah tangan terbaru apabila menerima peluang membawakan watak yang cukup mencabar dalam sebuah telefilem raya berjudul Ayah… Jangan Nangis.
Jelas Nadhir ketika ditemui REMAJA pada Rabu, tanggungjawab melakonkan watak Orang Kurang Upaya (OKU), terutamanya yang berdepan dengan simptom autisme bukanlah suatu perkara yang mudah.
Namun, juara Hero Remaja 2020 ini percaya dengan melakukan kajian mendalam terlebih dahulu, dirinya dapat menggambarkan kehidupan wataknya itu dengan lebih realistik.
“Bagi saya, telefilem Ayah… Jangan Nangis amat dekat dengan saya meskipun karakter tersebut agak sukar untuk saya mainkan. Saya lakukan yang terbaik untuk watak OKU yang seperti kita tahu amat mencabar. Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai pelakon apabila nak portrait kehidupan seseorang, sahya kena study well dahulu,” katanya.
Ads
Tambahnya lagi, persediaannya turut melibatkan rutin menonton video-video di YouTube berkaitan kanak-kanak autistik dan meneliti gerak tubuh dan cara interaksi mereka dengan orang di sekeliling.
Nadhir juga sering berbincang dengan pengarah bagi memastikan setiap perincian wataknya itu tepat.
“Ya, saya banyak tengok video Youtube ‘random autistic kids’ dan saya campur adukkan serta bertanya semula kepada pengarah apa yang dia mahukan.
Ads
“Ini adalah watak yang saya nak. Cuma watak OKU yang saya betul-betul nak bawa ialah karakter seorang yang bisu. Mungkin satu hari nanti,” kongsinya.
Pada masa sama, pelakon drama popular Projek: High Council itu mengajak semua peminat untuk menonton telefilem ini apabila ia ditayangkan nanti.
Ads
“Anda semua jangan lupa saksikan telefilem raya ini kerana saya yakin anda tidak akan menyesal menonton.
“Ia kerana Ayah… Jangan Nangis merupakan sebuah karya yang sangat rapat dengan hati komuniti yang dilakonkan oleh saya dan para pelakon hebat yang lain,” tuturnya lagi.
Telefilem Ayah… Jangan Nangis turut dibintangi Faizal Hussein dan Nadia Aqilah manakala pengarahnya ialah Issey.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Awak fikir saya akan senyap dan biar orang berkata apa-apa mengenai saya? Ini bukan fasal jadi ‘bitter’ (negatif) atau kekal dalam kelas tersendiri.
“Saya adalah seorang wanita dan seorang ibu, tiada sesiapa yang patut melalui apa yang saya hadapi sekarang,” kata Intan dalam InstaStorynya.
Pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu turut menegaskan bahawa walaupun dirinya menjadi perhatian umum, ia tidak bermakna dia perlu bertoleransi dengan sikap biadab segelintir individu.
“Orang-orang ini perlu berhenti tidak menghormati individu lain. Meskipun saya tumpuan umum tidak bermakna saya perlu bertoleransi dengan sikap biadab.
“Jika ini terjadi 13 tahun lalu, saya akan kekal senyap tetapi sekarang saya sudah dewasa dan perlu mempertahankan harga diri,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, Intan turut menasihati wanita lain untuk menghadapi perkara negatif dengan lebih tenang.
“Sekiranya awak melalui perkara sama dengan saya, jangan tertekan. Orang akan tetap bergosip dan cakap perkara negatif kerana mereka tidak gembira tetapi jangan risau.
“Jom pergi studio pilates, ambil kopi serta bergembira dengan kehidupan bersama orang tersayang. Sebarkan cinta dan perkara positif sahaja, tiada tempat untuk benda negatif di sini,” katanya lagi.
Kenyataan Intan itu dibuat selepas seorang individu mendakwa dirinya ‘bitter’ kerana sering membalas komen-komen jahat netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Intan Najuwa
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Episod pertama program realiti baharu yang juga merupakan yang pertama seakannya di Asia Tenggara iaitu All Together Now Malaysia telah mencetuskan viraliti sejak ia mula ditayangkan Ahad lalu.
Rata-rata penonton mempunyai pendapat masing-masing terhadap program yang menggabungkan 50 orang selebriti pelbagai lapisan sebagai juri. Ada yang merasakan peserta yang dipilih berkualiti, ada yang tidak berpuas hati dengan pihak juri.
Namun salah satu perkara yang paling hangat diperkatakan adalah soal Prosedur Operasi Standard (SOP) yang didakwa warganet terang-terangan dilanggar biarpun program itu telah dirakamkan terlebih dahulu sekitar bulan April lalu sewaktu Wilayah Persekutuan Putrajaya masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ya, 50 orang juri yang ditempatkan di platform bertingkat itu duduk pada jarak 1 meter di antara satu sama lain. Bagaimanapun, mereka sama sekali tidak menyarungkan pelitup muka sebagai langkah pencegahan berkesan mengatasi penyebaran wabak COVID-19
Dek kerana laporan yang diterima daripada orang ramai ini, satu portal tempatan pagi tadi melaporkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan dakwaan pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.
Neeta Manisha yang juga merupakan salah seorang juri All Together Now Malaysia yang mengambil langkah berjaga-jaga memakai face shield sebelum menanggalkannya semasa proses rakaman.
Dan sebentar tadi, pihak penerbitan rancangan All Together Now Malaysia (ATNM) telahpun mengambil keputusan untuk menghentikan tayangan program tersebut sehingga selesai siasatan dakwaan berlakunya pelanggaran SOP.
Kata Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro iaitu saudara Raqim Ahmad, rakaman ATNM dilakukan pada Mac hingga April lalu di sebuah pusat konvensyen antarabangsa di Putrajaya sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disusuli dengan perintah fasa pertama ‘Total Lockdown’.
Memetik kenyataan Raqim, “Kru penerbitan telah menjalankan ujian calitan COVID-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan mereka yang berstatus negatif saja dibenarkan mengendalikan rakaman.
“Set yang dibina juga telah mengambil kira penjarakan fizikal di antara juri dan diletakkan penghadang lutsinar di antara mereka,” ujarnya.
Apabila seseorang taksub dengan selebriti kegemaran mereka, mesti semua perkembangan selebriti itu akan kita ambil tahu kan? Kalau korang support mereka dengan ke konsert, atau ke fan meeting, malah membeli album dan tonton lakonan mereka, itu belum cukup lagi untuk meletakkan korang sebagai hard core fans!
Seperti penyanyi Kelsy Karter, dia menunjukkan cintanya terhadap Harry Style dengan melukis tattoo di bahagian pipi wajahnya. Yup gais! Dekat pipi ok! Ini baru betul-betul minat!
Gambar tattoo lukisan wajah Harry Style di pipi itu dimuat naik di laman Instagram Kelsy Karter sendiri dengan kapsyen
Walaupun masih tidak pasti sama ada tattoo itu bersifat kekal atau sementara, bekas kemerah-merahan pada wajah Kelsy masih ketara di dalam gambar memungkinkan ia bersifat kekal.
Jika lihat dengan teliti wajah yang terhias di pipi Kelsy, ia diambil dari gambar terkini Harry yang dimuat naik 17 Julai 2018 lalu.
Tattoo haram bagi umat Islam, namun jika mereka yang bukan beragama Islam ingin memilikinya ia akan dilukis pada bahagian badan dengan simbol yang mempunyai makna berharga dalam diri seseorang. Contohnya, selebriti Priyanka Chopra yang menzahirkan tulisan “Daddy’s little girl” yang merupakan tulisan tangan mendiang ayahnya.
Dakwat akan dibenamkan dalam kulit dan bersifat kekal, kecuali dengan cacatkan bahagian kulit tersebut. Sebab itu ia haram bagi agama Islam, air solat tak masuk.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena bulan Ramadan yang hampir ke penghujungnya, kumpulan hip hop, 53 Universe baru-baru ini memberi sedikit perbezaan dalam karya mereka apabila melancarkan album EP...