Ramai adik, abang dan saudara kepada selebriti lelaki popular yang menyertai ujibakat Hero Remaja 2020.
Namun tak semua berjaya mengharungi sehingga ke peringkat akhir ujibakat kecuali salah seorang finalis ini.
Imran Aqil, 21 merupakan adik kepada pemegang title Hero Favourite 2017, Nabil Aqil.
Ads
Dalam sidang semalam yang turut menjemput Nabil sebagai salah seorang jemputan, pelakon dan model tinggi lampai itu gembira apabila adiknya, Imran terpilih.
“Saya betul-betul berbangga dengan penglibatannya dalam Hero Remaja 2020 dan saya harap dia lakukan yang terbaik untuk musim ini.
”Cuma saya enggan terlalu menekan dia dengan memberi terlalu banyak tip kerana saya rasa dia perlu menonjolkan diri dengan cara sendiri. Saya dahulu pun lakukannya sendiri dan saya percaya dia juga boleh lakukannya. Make his own path,” jelas Nabil.
Ads
Ditanya pula mengenai perasaan ibu mereka, Yasmi Abdul Hamid apabila kedua-dua orang anak lelakinya bergelar finalis Hero Remaja, Nabil berkata ibunya gembira dengan keputusan Imran.
“Just be humble, itu yang penting. Kru produksi di sekeliling bekerja lebih kuat daripada kita sebagai peserta. Be yourself as always tapi jangan lupa untuk berterima kasih selalu.”
Esma Daniel merupakan pemenang Hero Remaja pertama yang dipilih oleh Majalah Remaja sekitar tahun 1990/1991 yang lalu. Kini, personaliti ini sudah pun bergelar sebagai seorang pelakon dan pengarah di Malaysia.
Mengakui zamannya dahulu tidak seperti finalis-finalis Hero Remaja sekarang, Esma Daniel turut berkongsi pengalaman bersama kami dalam mengimbau kenangan yang telah berlalu kira-kira lebih kurang 30 tahun dulu.
“Mula-mula saya sendiri tidak tahu apa itu Hero Remaja. Cuma dipanggil oleh pihak Karangkraf untuk menjadi wajah penghias kulit pada waktu itu. Kami dinilai melalui sesi fotografi dan juga undian daripada peminat,”
“Pada ketika itu saya rasa seperti underdog dan tidak akan terpilih kerana pada ketika itu ramai nama-nama besar seperti Badrul Muhayat dan Azhar Sulaiman turut serta dalam pencarian Hero Remaja ketika itu. Waktu itu mereka sudah pun seorang pelakon, tetapi saya baru sahaja menceburkan diri dalam bidang TV komersil,”
“Alhamdulillah selepas saya dinobatkan sebagai juara Hero Remaja, disitulah bermulanya perjalanan seni saya sebagai ‘Esma Daniel’, jelasnya.
Tidak dinafikan 30 tahun yang lalu, selebriti Malaysia harus berusaha keras untuk membuatkan nama mereka dikenali, dan bukannya seperti hari ini, ia jauh lebih mudah kerana telah mempunyai media sosial.
“Selepas memenangi gelaran tersebut, proses pertama adalah untuk membuat nama saya dikenali dan mendapat peminat. Jadi, saya menggunakan platform ini sebaik mungkin.
Dalam proses 30 tahun ini, saya melalui proses yang mana mereka melihat saya sebagai ‘Esma Daniel’, walaupun nama sebenar saya adalah Esma Dainal,” tambahnya lagi.
Jika mahu dibandingkan dengan finalis lain ketika itu, iaitu Badrul Muhayat dan Azhar Sulaiman, nampaknya hanya Esma Daniel sahaja yang masih aktif di dalam industri seni sejak 30 tahun yang lalu. Kejayaan itu membawa namanya sehingga hari ini dan diharap agar finalis-finalis Hero Remaja 2020 juga dapat mengikut jejak langkah dan kejayaan abang Esma Daniel ini.
Jangan lupa saksikan finale Hero Remaja 2020 yang bakal bersiaran di Astro Ria dan Ria HD pada 16 Julai 2020, jam 9 malam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan wujudnya aplikasi seperti Grab, ramai anak muda kini mula berjinak-jinak menjadi pemandu yang membawa penumpang. Bermula dengan hanya sekadar mencuba, Finalis Hero Remaja, Ashraff Moghni menjadi pemandu Grab yang serius selepas mendapati ia mampu memberikan pendapatan yang cukup lumayan. Namun, pelbagai pengalaman yang ditemuinya sepanjang bergelar pemandu Grab termasuklah pengalaman kena kacau dengan perempuan dan juga lelaki!
Sudah berapa lama Ashraff menjadi pemandu Grab?
Hai Remaja. Saya sudah menjadi pemandu Grab selama setahu lapan bulan.
Bagaimana Ashraff mula buat keputusan untuk menjadi pemandu Grab?
Ceritanya, pada masa itu saya masih belajar dan buat ACCA. Pada ketika itu saya fikir saya perlu ada income sendiri. Dan mula dari situ saya mula serius.
Secara average berapa pendapatan yang Ashraff boleh dapat?
Kalau saya buat secara bersungguh-sungguh, pendapatan bulanan saya boleh mencecah 4 hingga 5 ribu ringgit sebulan. Tapi sekarang agak sukar nak cecah sebab sibuk sikit.
Setengah orang fikir kerja sebagai pemandu ini kerja macam kuli atau driver? Pandangan Ashraff?
Saya tidak kisah. Sebagai Grab car driver, saya perlu terima dengan keadaan ini. Asalkan ia kerja yang baik dan memberikan rezeki yang halal buat saya. Mungkin ramai tak tahu yang bidang ini memberi pendapatan yang cukup baik.
Antara penumpang lelaki dan perempuan, siapa paling banyak songeh?
Nak kata songeh itu, tidaklah. Tapi kalau ikut pengalaman saya, perempuan lebih cerewet. Kadangkala saya [erlu tunggu mereka lebih lama. Dan kadang-kadang juga, janji di tempat lain, tapi dia tunggu di tempat lain. Namun, penumpang perempuan jugalah yang paling friendly. Setengah penumpang suka bercakap dan ada yang tidak suka bercakap. Kena pandai baca mood penumpang.
Sesetengah pemandu Grab meletakkan gula-gula dan air mineral kepada penumpang? Ashraff lakukan benda sama?
(Ketawa) Dulu saya ada buat tapi sekarang tak ada lagi. Sekarang lebih kepada bagi servis yang baik.
Sekarang sudah bergelar sebagai Finalis Hero Remaja. Ashraff masih teruskan?
Ya, saya masih teruskan memandu Grab sebab ia merupakan antara punca pendapatan utama saya.
Pernah kena kacau dengan penumpang, contoh mereka minta nombor telefon?
Ada, even masa belum saya pergi ambil mereka pun saya dah kena kacau. Tapi itu saya anggap perkara biasa. Di mana-mana pun kalau orang nak kacau, mereka kacau juga.
Bagaimana berdepan dengan mereka yang suka mengacau Ashraff?
Macam yang lebih-lebih dan weird tu saya block je nombor mereka.
Untuk remaja yang minat nak jadi pemandu Grab. Tip?
Ia satu contoh kerja yang boleh jana pendapatan terutamanya kepada golongan muda. Harus pandai jaga masa sendiri serta jangan malu bertanya.
Pengalaman buruk pernah berlaku sepanjang jadi Grab driver?
Ada sekali saya pernah kena ‘sound’ dengan pemandu teksi sebab menurut dia saya ambil penumpang pelancong asing di kawasan teksi. Semasa nak beredar dia sepak bumper kereta saya. Tapi saya tidak buat apa-apa anggap itu sebagai mungkin cabaran buat saya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Alhamdulillah, perasaan happy sangat-sangat, perasaan yang tak pernah rasa sebelum ini, tercapai impian ingin menjadi bapa…”
12 March 2023 menjadi detik istimewa buat pelakon, Safwan Nazri dan isteri, Fathin Nur Amalina setelah mereka menyambut kelahiran bayi sulung, baru-baru ini.
Safwan Nazri dan isteri di majlis perkahwinan mereka.
Fathin selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 2.6kg di Hospital Putrajaya dengan kehadiran Safwan yang menemaninya sepanjang masa di dalam dewan bersalin.
” Allah permudahkan segala urusan, hanya 4 jam isteri bertarung di dewan bersalin.
” Pertama kali dalam hidup tengok depan-depan saat isteri melahirkan anak. Pengalaman di dewan bersalin betul-betul membuatkan saya membuka mata tentang pergorbanan seorang isteri dan ibu bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat. Pengalaman ini juga membuatkan saya lebih menghargai ibu. Hebat jasa dan pengorbanan ibu ini.” ulas finalis pencarian Hero Remaja 2017 itu.
Bercakap kepada REMAJA, Safwan menyifatkan momen tersebut sebagai satu momen yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata sehinggakan air matanya menitis sewaktu menyaksikan kelahiran cahaya mata mereka.
Ditanya mengenai persediaan menjadi seorang bapa. Safwan mengakui sudah lama bersedia untuk mengalas tanggungjawap sebagai seorang bapa sejak bayi yang pertama. Namun, tidak ada rezeki apabila isterinya keguguran sewaktu kehamilan masuk ke empat bulan.
” Alhamdulillah Allah ganti dengan rezeki yang lain. Tapi sebenarnya kami masih trauma dengan kehilangan bayi yang pertama tapi bila lahir baby ni kami masih terkejut. Sebab itu kami ambil langkah untuk tidak menghebahkan kepada umum dan media, takut kejadian yang lama berulang lagi.”
Cinta Sofea, Cinta Yang Menawan
Dikesempatan ini, Safwan sempat berkongsi secara ekslusif bersama pembaca Majalah Remaja bahawa mereka menamakan bayi sulungnya dengan nama Cinta Sofea yang bermakna cinta yang menawan. Safwan mendirikan rumah tangga bersama Fathin Nur Amalina pada Mac 2022.
Apa-apapun, tahniah kami ucapkan buat Safwan dan isteri dengan kehadiran ‘ bunga’ dalam perkahwinan mereka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!