Penggunaan aplikasi MySejahtera untuk proses imbas masuk ke satu-satu kawasan telah diwajibkan oleh Kerajaan Malaysia bagi menjejak penyebaran wabak pandemik yang sedang melanda negara.
Foto Via Astro Awani
Aplikasi ini memang sangat membantu pihak kerajaan bagi mengenalpasti titik penyebaran COVID-19 serta langkah pencegahan untuk mengawalnya di lokasi tersebut dengan lebih efisen.
Terbaru, fungsi MySejahtera ditambah baik dengan membolehkan pengguna mengajukan aduan mereka kepada pihak berwajib dalam beberapa langkah mudah.
Ads
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkongsi perkara itu melalui Twitter beliau, yang turut disertai klip video pendek menunjukkan cara aduan dibuat.
Aplikasi MySejahtera kini dilengkapi dengan butang baharu “Aduan” yang akan membawa pengguna ke halaman lain untuk mereka memilih jenis pelanggaran yang ingin mereka laporkan.
Ads
Ia menyenaraikan 4 pilihan:
Pelanggaran SOP untuk individu (tidak memakai topeng muka atau mematuhi jarak fizikal)
Pelanggaran oleh pengendali premis (kegagalan merekod pelawat atau memeriksa suhu badan)
Pelanggaran perintah kuarantin
Isu lain
Pengguna kemudian diminta menanda lokasi tempat pelanggaran yang didakwa terjadi, sebelum memuat naik foto sebagai bukti. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia digital kini telah menjadikan ‘peta dunia’ semakin kecil. Maksud REMAJA, kita kita berpotensi untuk berkenalan dengan ramai orang dari seluruh dunia dengan hanya menggunakan Internet dan aplikasi cari jodoh yang ada terutamanya aplikasi Tinder.
Dokumentari yang dikeluarkan oleh Netflix baru-baru ini boleh dikatakan sangat hebat dan menarik untuk ditonton terutamanya para wanita.
‘The Tinder Swindler’ berceritakan mengenai kisah penipuan seorang lelaki bernama Simon Leviev yang digelar sebagai The Tinder Swindler kerana dia telah menipu ramai wanita sehingga $10 juta (RM41,895,000) menerusi aplikasi tersebut.
Simon atau nama sebenarnya Shimon Yehuda Hayut mendakwa dirinyaanak jutawan berlian Israel iaitu Lev Leviev dan memiliki kekayaan yang maha banyak.
Tapi itu hanyalah ‘lakonan’ lelaki ini sahaja. Sebenarnya Simon Leviev iaitu bintang utama filem dokumentari The Tinder Swindler ini merupakan seorang pelarian. Simon telah meninggalkan negara asalnya iaitu Israel pada tahun 2011 kerana tidak mahu menghadiri perbicaraan mahkamah atas beberapa jenayah berkaitan penipuan yang dilakukan oleh lelaki tersebut dan kemudiannya berpindah ke Finland.
Shimon menukar namanya secara sah kepada Simon Leviev pada tahun 2011 walaupun dia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan keluarga taikun berlian Leviev.
Pada tahun 2015, Simon telah dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun kerana telah menipu tiga orang wanita. Dia bertemu Cecilie Fjellhoy selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2017.
Modus operandi Simon Yang Sama
The Tinder Swindler mengisahkan tiga orang wanita iaitu Cecilie, Pernilla Sjoholm dan Ayleen Charlotte yang mempunyai pengalaman hampir serupa dengan Simon.
Mereka berkenalan menerusi Tinder, bertemu dan menjalani hubungan jarak jauh bersama lelaki tersebut. Berbeza dengan Cecilie dan Ayleen yang bercinta dengan Simon, Pernilla hanya berkawan baik bersama lelaki itu.
Ketiga-tiga wanita itu melihat gaya hidup mewah Simon seperti memiliki jet peribadi, kereta sport, baju berjenama, hotel mahal dan sering mempunyai urusan perniagaan.
Simon juga sering memberi hadiah dan mencurahkan kasih sayang kepada wanita-wanita itu dan sanggup terbang semata-mata untuk minum kopi atau makan malam bersama pasangannya.
Apabila mereka semakin rapat, Simon mula membuka cerita tentang perniagaan berliannya yang berbahaya dan musuh-musuhnya yang didakwa mahu menghancurkan dirinya.
Simon kemudiannya ‘menjerat’ wanita itu dengan berkata dia sering dalam keadaan bahaya dan mendakwa telah diserang musuh. Lelaki itu akan menghantar gambar pengawal peribadinya cedera parah akibat diserang dan kini berada di dalam ambulans kepada mangsanya.
Semua mangsa Simon diberitahu bahawa lelaki itu telah ditemui oleh ‘musuh-musuhnya’ dan dia telah block kad kreditnya untuk menyelamatkan dirinya daripada serangan musuh.
Simon kemudiannya akan meminta wanita-wanita itu membuat kad kredit baharu dan pinjaman peribadi di atas nama mereka supaya dia tidak dapat dikesan serta menempah beberapa tiket penerbangan.
Wanita-wanita itu menuruti arahan Simon dengan harapan lelaki berkenaan akan mengembalikan wang tersebut kepada mereka tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Dokumentari itu turut mendakwa Simon akan menggunakan wang daripada mangsa terdahulu untuk berseronok bersama wanita lain.
Apa yang lebih menyedihkan adalah Simon dikatakan sudah memiliki kekasih baharu dan kembali hidup kaya raya seperti dahulu walaupun telah disekat daripada menggunakan Tinder tetapi Cecilie, Pernilla dan Ayleen masih lagi membayar beban hutang yang ditinggalkan lelaki itu kepada mereka.
Tonton trailer The Tinder Swindler di bawah.
Hati-hati ye kerana dunia kini semakin ‘bahaya’, takut nanti bukan hanya hati terluka malah duit dan nyawa juga mungkin terancam. Seperti mana, dokumentari dari kisah benar ‘The Tinder Swindler’ di Netflix ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai sebenarnya yang mengambil peluang cuti akhir tahun ini untuk menamatkan zaman bujang mereka.
Ini termasuklah usahawan ‘helok’ berusia 22 tahun iaitu Ameerul Afiq. Lebih dikenali sebagai King Afiq, Afiq tidak mendedahkan mengenai perancangan untuk berkahwin sepanjang minggu ini.
Dia hanya memberikan sedikit hint menerusi akaun Twitter-nya semalam.
Tweet tersebut telah disambut positif oleh ramai pengikutnya.
Selain mengucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’, ramai juga yang terkejut dengan berita tersebut.
Tiada angin, tiada ribut. Tiba-tiba sudah ingin berkahwin.
Itulah jodoh namanya gaiss, ia hadir tanpa kita merancangnya.
*
Segak berbaju Melayu biru cair, Afiq memuat naik di Instagram-nya foto pertama daripada majlis yang berlangsung semalam.
“Alhamdulillah, dengan sekali lafaz buah hati saya sah menjadi isteri buat saya.
“Doakan kebahagian buat kamu berdua,” katanya yang berkongsi bahawa isterinya dikenali sebagai Zainab.
Antara yang mengucapkan tahniah sebentar tadi adalah rakan selebriti kepada Afiq seperti Raja Shahiran dan Zynakal.
REMAJA ucapkan tahniah kepada King Afiq dan suri pilihan hatinya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
GELOMBANG kedua wabak Covid-19 terus menyaksikan peningkatan kes apabila 10 lagi individu dikesan positif, semalam.
Kes baharu itu menjadikan keseluruhan kes jangkitan di negara ini sebanyak 93 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes itu adalah kontak rapat kepada kes ke-33 yang mana empat daripadanya generasi pertama kontak rapat manakala enam generasi kedua.
“Mereka dikesan melalui aktiviti pengesanan kontak dan sudah dimasukkan ke hospital bagi isolasi dan rawatan selanjutnya.
“Hasil siasatan terhadap kontak rapat kepada kes ke-26 mendapati satu kluster jangkitan Covid-19 berkait dengan kes ke-33,” katanya dalam kenyataan semalam.
Statistik Covid-19 di seluruh dunia yang menunjukkan peningkatan kes dikeluarkan pada 7 Mac (semalam)
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sejumlah 132 kontak rapat dikenal pasti berkait dengan kes itu yang mana 18 daripada dikesan positif dan masih menerima rawatan serta dilaporkan stabil.
“Seramai 38 kontak rapat lagi negatif dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah untuk tempoh 14 hari.
” Keputusan makmal bagi 76 lagi kontak rapat masih belum diperoleh namun mereka dilaporkan sihat dan diletakkan di bawah perintah pengawasan.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat bagi mengenal pasti punca jangkitan dan seterusnya mencegah penularan,” katanya.
Selain itu, katanya, kes ke-78 dilaporkan kelmarin mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia selama tujuh hari bermula 13 sehingga 19 Februari lalu.
Beliau berkata, sebanyak 67 kontak rapat dikesan dan diambil sampel serta diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.
Tambah beliau, sehingga semalam, 432 sampel kes sporadik dan kes tempatan yang mempunyai kontak dengan kes positif diuji namun setakat ini tiada sampel dikesan positif Covid-19.
Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...