Kasih kepada haiwan peliharaan bukan seperti mainan, namun haiwan tersebut sudah dianggap seperti sebahagian daripada keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN : “Haiwan Juga Keluarga Kita”, Kempen ‘Kibar Bendera Merah’ Dilancarkan Untuk Bantu Haiwan Peliharaan

Jika kebiasaannya haiwan kesayangan seperti kucing atau anjing dipilih untuk dibawa bersiar-siar di luar rumah, namun kini ikan peliharaan pun sudah boleh dibawa jalan-jalan! Agak-agak korang macam manalah gayanya nak bawa ikan keluar rumah bersiar-siar?

Umum sedia tahu, ikan adalah hidupan di dalam air dan memerlukannya untuk terus hidup. Jadi bagaimanakah caranya untuk bawa ikan jalan-jalan?

Ikan Peliharaan Pun Boleh Bersiar-Siar, Idea Inovasi YouTuber Cipta Akuarium Beroda
foto via Daily Mail

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Taipei telah menarik perhatian warganet oleh ciptaannya sendiri dengan akuarium ikan boleh dibawa ke mana sahaja.

IKLAN

Perkara ini bermula apabila terdapat individu telah memuat naik gambar seorang lelaki sedang membawa ikan peliharaan berjalan-jalan menggunakan alat yang berbentuk seperti tangki ikan yang boleh ditolak menggunakan roda.

Lebih praktikal lagi, tangki ikan tersebut dilengkapi dengan sistem penapisan berkuasa bateri, pam udara untuk oksigen serta sistem pencahayaan yang membolehkan tangki ikan itu digunakan pada waktu malam.

Ikan Peliharaan Pun Boleh Bersiar-Siar, Idea Inovasi YouTuber Cipta Akuarium Beroda
Foto Via Daily Mail

Lelaki tersebut yang merupakan seorang YouTuber DIY popular dari Taiwan yang bernama Huang Xiaojie atau dikenali sebagai Jerry.

IKLAN

Jerry yang memiliki 555,000 subscribers telah berkongsi video sepanjang proses dia mencipta akuarium itu. Menurut Jerry, proses pembuatan akuarium ini adalah satu cabaran sukar tetapi berasa puas hati apabila ciptaannya itu berjaya digunakan.

Wah…untungnya jadi ikan emas kan, dapat bersiar-siar di taman…hehe

BACA LAGI : Lady Gaga Tawar RM2 Juta Cari Anjing Peliharaannya Yang Dicuri

IKLAN

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: [1]

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI