
Ya, muzik dangdut bukan benda yang asing lagi bagi masyarakat Malaysia.
Terbaru, animasi popular Upin dan Ipin tampil kelainan apabila video muzik ‘Goyang Upin & Ipin’ membawa genre ini.

Menariknya, video yang dimuat naik pada 3 Ogos lalu di laman YouTube mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya meraih lebih satu juta tontonan hanya dalam tempoh 24 jam sahaja. Wow!
Semasa artikel ini ditulis, video berkenaan sudah mencatat lebih 2.6 juta tontonan.
Pada masa yang sama, tanda pagar #goyangupinipin turut menjadi sebutan dalam kalangan pengguna media sosial. Bukan itu sahaja, ia juga menjadi cabaran (challenge) yang kini sedang tular di aplikasi TikTok.
Namun begitu, ada segelintir peminat yang mempersoalkan mengapa irama dangdut dipilih memandangkan Malaysia sendiri mempunyai pelbagai irama tradisi yang boleh diketengahkan.
Walau bagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa ia mungkin merupakan strategi pihak penerbit dan produksi dalam memperkukuhkan jenama Upin & Ipin di negara seberang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hukum ‘Tak Mahu Kahwin’, Adakah Berdosa? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Dalam era moden ini, fenomena “tidak mahu kahwin” semakin meningkat di kalangan anak muda. Pelbagai faktor mempengaruhi hal ini, termasuklah tekanan ekonomi, kerjaya, dan gaya hidup yang berubah.
Namun, persoalan yang sering timbul adalah, adakah tindakan ini berdosa dalam perspektif Islam?
BACA LAGI: GORDON RAMSAY Gagal Kejar Impian Jadi Pemain Bola Sepak Tapi Berjaya Jadi Chef Jutawan!
Dalam Islam, perkahwinan adalah sunnah Nabi Muhammad SAW dan dianggap sebagai satu ibadah. Mereka yang bernikah seperti sudah menyempurnakan sebahagian daripada agama.

Dalam al-Quran juga banyak dalil yang menunjukkan betapa sesuatu pernikahan itu sangat-sangat dituntut oleh agama.
Antaranya Surah Adz-Dzariyaat ayat 49;
“Dan segala sesuatu kami jadikan berpasang-pasangan, supaya kamu mengingat kebesaran Allah.”
Surah Yasiin ayat 3
“Maha Suci Allah yang telah menciptakan (hidupan) berpasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Hukum tak nak kahwin
Namun begitu pada hari ini banyak gambaran negatif daripada perkahwinan membuatkan ada individu yang tidak berhasrat untuk berkahwin. Boleh jadi juga ada yang tiada niat mendirikan rumah tangga kerana halangan tanggungjawab, kesihatan dan sebagainya.
Dalam hal ini apakah hukumnya. Persoalan ini dijawab oleh pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus dalam satu sesi ceramahnya.

“Apa hukumnya tak nak kahwin? Hukumnya tak berdosa. Yang berdosa tak kahwin tapi sekedudukan. Ini yang nabi kata bukan umatku.
“Nabi saw. bersabda, “Nikah itu sunnahku, siapa yang tidak suka dengan sunnahku maka ia tidak mengikuti jalanku.”
“Bagaimanapun ramai yang salah tafsir akan hadis ini mengatakan siapa yang tidak kahwin bukan umat nabi. Ini salah.
“Maksud hadis ini siapa yang tidak melaksanakan nikah tapi duduk berdua-duaan dengan perempuan bukan umat aku. Itu maksudnya.
“Ramai yang faham kalau tak bernikah nabi tak mengaku umat. Bukan begitu. Lihat ramai mana ulamak yang tidak berkahwin.
“Tapi sekiranya kita berkahwin kita beruntung, kerana sekurang-kurangnya ada seorang yang mendoakan kita sekali saja iaitu anak.
Moga artikel ini bermanfaat kepada korang semua!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ustaz Ebit Lew Terus Berbakti Pada Masyarakat. Taja RM 40k Bantu Pelajar Cemerlang Sambung Pengajian

Alhamdulillah! Walau berdepan pelbagai ujian termasuk baru-baru ini pihaknya boleh dihukum denda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika meneruskannya misi bantuan di Semporna, Sabah namun jiwa untuk berbakti kepada masyarakat tak pernah pudar.
Terbaru, Ustaz Ebit Lew memuat naik perkongsian dirinya membantu seorang pelajar pintar yang menghadapi kesukaran untuk melanjutkan pelajaran disebabkan keadaan kewangan keluarga yang tidak mengizinkan.

Allahuakbar, mulianya hati Ustaz. Ya pedulilah dengan kata-kata orang, janji Allah tahu apa Ustaz lakukan. Ya teruskan usahamu Ustaz Ebit Lew, kami sentiasa menyokong.
Bacalah perkongsiannya. Memang menusuk hati.
Pagi ini ke Tumpat. Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya dikabulkan.
Saya terbaca kisah adik ni pelajar mrsm tumpat cemerlang. Kemudian diploma in accounting kpm dapat 3.95. Tak mampu nak sambung Association of chartered certified accountants ( ACCA).
Saya akan Taja penuh 40 ribu lebih untuk 2 tahun setengah termasuk penginapan. Tadi saya dah call universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April. Kami hadiahkan juga laptop. Dan router serta wifi. Wifi oleh digi free setahun. Beri sedikit duit sumbangan buat mak adik ini.
Saya jadi sedih sebab keluarga ini asyik menangis cakap terima kasih. Semoga adik esok-esok dapat bahagiakan mak dan bantu ramai orang diluar sana yer
Terima kasih masyarakat setempat. Terima kasih jkm beri bantuan bulanan. Terima kasih zakat. Terima kasih yb dan menteri. Terima kasih ngo dan masjid. Terima kasih penghulu dan ketua kampung. Terima kasih media yang melaporkan. Terima kasih semua yang tag saya. Syukur pada Allah..-ebitlew
Sumber : Facebook Ebitlew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 12 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/Untitled-design-33.jpg)
Tahun ini menyaksikan antara kejayaan filem-filem tempatan yang mengaut kutipan berpuluh juta dan berjaya menembusi rekod perfileman negara.
Munafik 2 mengutip kutipan sebanyak 48 juta dan Hantu Kak Limah 3 mendapat pungutan 36 juta.
Namun begitu, tak terkecuali dengan hasil kutipan filem yang gagal mendapat pulangan.
Berikut merupakan antara filem yang kurang mendapat sambutan..
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 13 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/12/2018.jpg)
Ramai yang memperkatakan tentang filem Hantu Kak Limah yang sehingga kini sudah mengutip lebih RM10 juta tidak sampai seminggu ditayangkan. Menampilkan komedi dan nama Kak Limah itu sendiri, lawaknya yang bersahaja mampu menggeletek hati penonton untuk ketawa sekaligus menghilangkan stres seharian.
Mengira untung secara kasarnya, filem ini dikatakan sudah berjaya balik modal. Ramai memberi ulasan apa yang masyarakat mahukan ketika menonton filem Melayu?
Formulanya masih sama, menampilkan hantu (rasanya kalau bertemu secara realiti, #bukan Hantu Kak Limah sudah tentu tak mampu ketawa pun) dan barisan pelakon yang hebat lawak komedinya menjadikan filem ini pilihan ramai penonton.
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 14 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/hkl.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 15 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/pulang-1024x576.jpg)
Ramai membandingkannya dengan Pulang yang sarat dengan emosi tetapi ia hanya mampu mengutip RM1 juta lebih (setakat berita ini ditulis).
Tetapi tentu ramai yang tertanya-tanya atau mungkin tanpa sedar, setakat Ogos ini sudah 30 filem ditayangkan, ternyata 11 darinya filem Melayu yang GAGAL di pawagam.
Memetik kutipan rasmi yang dikeluarkan oleh FINAS, REMAJA senaraikan 10 filem Melayu yang gagal balik modal atau dalam erti mudah, tak untung biarpun menampilkan barisan pelakon hebat tanahair.
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 16 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/filem-new-1024x640.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 17 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/filem-2-1024x407.jpg)
Industri filem tempatan memulakan tirai 2018 dengan Busker, sebuah filem romantik remaja yang menampilkan lakonan Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia dan Mas Khan. Malangnya, selesai wajib tayangan, Busker hanya mampu mengutip RM96,925.75 secara keseluruhan biarpun budgetnya jauh lebih dari itu. Ternyata filem ini gagal dari segi kutipan tiketnya.
Jika Busker memulakan tirai 2018 dengan kegagalan, industri filem terutama melibatkan filem Melayu terus gagal biarpun menampilkan arahan pengarah ternama, Aziz M Osman menerusi filem Bukan Cinta Malaikat dengan jumlah kutipan keseluruhan RM127,940.79 yang mula ditayangkan pada 25 Januari 2018.
Kegagalan itu diteruskan lagi pada Februari 2018 yang menampilkan filem Cinta Makrifat yang diilhamkan dari sebuah kisah benar dibintangi Syamsul Yusof, Nora Danish, Dato’ Adi Putra, Nabila Huda, Puteri Balqis, Datuk Aznil Nawawi dan Sabrina Ali. Melihat kepada nama-nama besar, tentu kita dapat membayangkan hebatnya filem ini tetapi selesai tayangan filem ini hanya mencatatkan RM138,686.04.
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 18 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/badnag.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 19 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/WhatsApp-Image-2018-02-18-at-14.09.13.jpeg)
Mungkin badi masih bersisa, filem Badang arahan Profesor Dr A. Razak Mohaideen yang mempertaruhkan Datuk Aliff Shukri sebagai teraju utama ternyata menjadi “badang” yang langsung tidak gagah. Jika promo sebelum ini membayangkan peminat Datuk Aliff akan memenuhkan pawagam ternyata jangkaan ini meleset sama sekali. Filem ini mengutip RM93,496.54.
22 Februari, filem tempatan menyaksikan Surf This Love: Gelora Juara yang menampilkan pelakon Shukri Yahaya, Cristina Suzanne, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Josiah Hogan, Mustaqim Bahadon dan Syuhaida Abraz yang dilihat cuba lari dari kebiasaan dengan mengangkat tema sukan luncur air tetapi ternyata tetap gagal dan hanya mampu mengutip RM47,724.30 selesai tayangan.
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 20 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/bidong.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 21 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/hantu-wangan.jpg)
Jangan tanya, disedari atau tidak tayangannya tetapi filem ini disenaraikan oleh Finas untuk tayangan pada awal Mac. Bidong The Boat People arahan Yusof Kelana yang menampilkan kisah benar pelarian Vietnam di Terenganu suatu ketika dahulu akibat peperangan ternyata gagal dan hanya mampu mengutip RM3,536. Jangan persoal modal, mungkin kos makan krew pun tidak mampu dikutip semula!
Namun Mac itu, ada nafas baru kerana filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof mampu mengutip RM12,216,321.00 di mana Fattah Amin kali pertama berlakon babak aksi.
Acap kali tampil dengan isu, tapi ia ternyata tidak mampu menarik minat orang menonton filem Hantu Wangan arahan Ahmad Idham. Kutipan rasminya hanya RM89,420.70 dan cuma seminggu saja di pawagam. Mac itu badi tetap sama kerana filem arahan Raja Azmi iaitu Enjin No 9 hanya mampu mengutip RM7,566.17 dengan menampilkan Tajul Arif, Kazar Saisi, Datin Fadilah Mansor, Sharifah Shahirah, Ayuni Asyiqin, Syuhaida Abraz (Dottie) dan Bila Najmi (Bila AF 2015).
Pada bulan April dan Mei, jika dilihat tiada filem Melayu memasuki pasaran tetapi sebenarnya filem Dukun yang sudah lama ditarik tayangannya ditayangkan kembali. Filem Melayu masih terkena badi kerana filem Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib yang mengangkat tema anggota Bomba tetapi ternyata filem lakonan Hairul Azreen, Nur Risteena Munim, Aliff Yasraff, Syainie Aida, Ahmad Idham dan Azza Elite ini gagal di pasaran dan hanya mampu mengutip RM14,196.50 selesai tayangan.
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 22 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/enjin-no-9.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 23 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/qhaliq.jpg)
![[Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS 24 [Recap 2018] 11 Daripada 14 Tayangan Filem Melayu Ini Gagal Balik Modal, Ini Kutipan Rasmi Dari FINAS](https://cdn.remaja.my/2018/08/this-is-pilah.jpg)
Ternyata, biar sudah memasuki setengah tahun, filem yang mengangkat lorat Negeri Sembilan iaitu This Is Pilah arahan Rosdi Mat Dhali hanya mampu mengutip RM45,843.90.
Penghujung Jun, filem Blok 404 (Hidup Sampai Mati) arahan Isma hanya mampu mengutip RM220,275.17.
Ternyata Julai membuka sinar apabila filem Pulang arahan Khabir Bhatia yang menampilkan Remy Ishak mampu mengutip RM1,636,363.25 (sedang ditayangkan lagi setakat artikel ini ditulis). Begitu juga filem Hantu Kak Limah yang sedang mengutip RM10,750,885.41 dan masih ditayangkan lagi.
Ternyata dari 14 filem tempatan, 11 darinya menemui kegagalan. Cuma tiga sahaja “bernyawa” di mana Pulang mencatat RM1,636,363.25 berbanding KL Special Force membuat keuntungan RM12,216,321.00 dan Hantu Kak Limah yang sudah lebih RM10 juta setakat hari ini.
*****
Apa-apa pun, supportlah filem Malaysia okay? Siapa lagi yang nak sokong filem tempatan kalau bukan kita?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

