Baru-baru ini, naskhah Al-Quran tulisan tangan Allahyarham Nurly Shahirah Azman telah diserahkan buat sementara waktu kepada Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi tujuan pendigitalan dan pameran umum.
Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, naskhah tersebut membuktikan ketekunan Allahyarham menyalin ayat suci Al-Quran sepanjang pengajian di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut, dari Tingkatan Satu hingga Lima.
“Proses pendigitalan bertujuan memastikan naskhah berkenaan dapat dipelihara dengan rapi untuk jangka masa panjang di samping menghasilkan salinan digital berkualiti tinggi untuk dijadikan koleksi rujukan serta sumber kajian di perpustakaan,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Ketua Pustakawan UPSI, Noriha Muhammad menjelaskan kerja pendigitalan dilaksanakan sepenuhnya oleh petugas Perpustakaan Digital UPSI (UDL) menggunakan imej resolusi tinggi agar setiap helaian direkodkan dengan tepat dan jelas.
Terangnya, usaha ini bukan sahaja mengurangkan risiko kerosakan akibat faktor usia atau persekitaran, malah menyokong pemeliharaan warisan intelektual dan kerohanian umat Islam.
“Usaha ini juga menjadi amal jariah berterusan buat Allahyarham Nurly Shahirah,” katanya.
Ads
Pada masa yang sama, ia juga bagi memberi peluang orang ramai mengenali lebih dekat khazanah berharga itu dan mushaf tulisan tangan Nurly dipamerkan secara eksklusif di Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun bermula 25 Ogos hingga 2 September 2025.
Ads
“Pameran ini bukan sahaja menonjolkan keindahan seni tulisan tangan Al-Quran, malah sebagai penghargaan terhadap ketabahan Allahyarham serta inspirasi buat generasi muda untuk mencintai Al-Quran,” jelas Noriha.
Untuk rekod, Allahyarham Nurly Shahirah sebelum ini antara 15 pelajar UPSI yang maut dalam kemalangan pada 9 Jun lalu apabila bas sewa khas dinaiki mereka dari Jerteh ke Tanjong Malim terbalik selepas melanggar sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik. Kemalangan itu turut mencederakan 33 individu lain.
Sumber artikel: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut kedatangan Aidilfitri. Walaupun tahun ini kita beraya bersederhana dan tidak boleh melakukan kunjungan ke rumah keluarga dan sahabat handai, tetapi tidak bermakna kita tidak perlu meraikannya.
Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, korang mesti excited nak menempah kuih raya atau membelinya di bazar-bazar Aidilfitri. Apa kata tahun ini korang cuba untuk buat kuih raya untuk makan sendiri, yang pasti lebih jimat dan berbaloi.
Remaja nak kongsikan resipi cookies chocalate chip Famous Amos yang confirm jadi kalau korang buat. Hiks!
Bahan A: (Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati sahaja)
– 250 gram butter
– 1 1/4 cawan brown sugar
– 1 sudu kecil esen vanila
– 1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
Tambahkan Bahan B
– 2 1/2 cawan tepung gandum
– 1/2 cawan tepung jagung
– 1 sudu kecil baking powder
– 1 sudu kecil soda bikarbonat
– 6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)
Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.
Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing dan siap!
Bila korang nampak biskut dah mengembang dan baunya sudah naik, itu tandanya biskut hampir masak.
Korang juga boleh letak topping almond, tapi kalau nak buat kosong saja pun boleh. Rupanya senang saja nak buat cookies famous amos ni ya. Selamat mencuba!
Okay, bukan selalu supermodel turun padang ke Malaysia untuk tujuan promosi, penggambaran ataupun acara catwalk.
Justeru, apabila model Amerika, Bella Hadid semalam mengumumkan dia kini berada di Kuala Lumpur (seperti baru saja landing di KLIA) menerusi video di Insta Story, pengikutnya di Instagram dan Twitter terus ‘naik gila’!
Semalam, Bella baru saja tiba dari Dubai UAE dan dalam salah satu posting terbarunya, Bella menyampaikan mesej, Coming for you Kuala Lumpur, cannot wait to see your beautiful country.”
Beberapa jam kemudian, Bella yang berada di bilik hotel memberitahu bahawa dia berada di sini untuk menghadiri sebuah acara eksklusif anjuran jenama jam tangan antarabangsa, Tag Heaur di The Gardens pada jam 5 petang tadi.
Ramai peminat Bella yang melahirkan rasa tak percaya model tersebut berada di Kuala Lumpur, apatah lagi bakal berada di lokasi terbuka seperti The Gardens. Lantas, mereka tak melepaskan peluang untuk bertemu empat mata bersama Bella yang mesra dengan senyuman dan lambaian tangan.
Ini pula antara tweet peminat Bella yang tak percaya akan kunjungannya ke Malaysia.
Love lah Bella, cantik luaran dan dalaman! Hope you enjoy your stay here.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada 26 Mei lalu, McDonald’s Malaysia telah melancarkan menu istimewa kolaborasi bersama penyanyi k-pop popular dunia, BTS dengan hidangan The BTS Meal. Menu tersebut disertakan dengan 10 ketul chicken McNuggets, kentang goreng bersaiz sederhana, minuman Coca Cola bersaiz sederhana berserta sos sweet chili dan sos cajun.
Kebanyakan daripada peminat BTS membeli The BTS Meal ini kerana ingin memiliki set bungkusan istimewa yang tertera logo BTS dengan tema warna ungu. Namun, bagi kelab peminat kumpulan k-pop ini, Army mengambil peluang untuk menghadiahkan set hidangan istimewa tersebut kepada barisan petugas hadapan di PPUM.
Sebanyak 99 set The BTS Meal diberikan kepada frontliners PPUM dan 25 set lagi kepada petugas di Wad Kanak-Kanak HUSM, Kota Bharu untuk pembahagian batch pertama.
99 sets of #BTSMeal given to our amazing frontliners at University of Malaya Medical Centre (PPUM) today. Thank you so much superheroes for your hardwork 💪 pic.twitter.com/PHtCPMlTIo
— Purple Project_언니⁷ (@PurpleProject7) May 29, 2021
Bagi batch kedua pula, mereka menyerahkan 150 set The BTS Meal kepada ‘superhero’ di MAEPS, Serdang. Dan seterusnya untuk batch ketiga khabarnya akan diagihkan kepada Wad Kanak-Kanak Hospital Cheras.
#BTSMeal for Frontliners from Malaysian ARMYs (Batch 2)
150 sets of #BTSMeal given to our amazing superheros at MAEPS Covid19 Quarantine and Low-Risk Treatment Centre (PKRC), Serdang. Thank you so much for your service and stay strong & healthy always 💜 pic.twitter.com/IpQkGw8FCb
— Purple Project_언니⁷ (@PurpleProject7) May 31, 2021
Pembelian ini dibuat secara kutipan daripada ahli-ahli Army yang ikhlas menyalurkan sumbangan bagi setiap pembelian BTS Meal untuk petugas barisan hadapan.
And thank you soooo much to these amazing ARMYs who took part in this 1st batch. You guys are the best 😭💜 2nd batch coming soon ☺ pic.twitter.com/5pDzcrzfkw
— Purple Project_언니⁷ (@PurpleProject7) May 29, 2021
Walaupun sumbangan ini mungkin nampak kecil di mata orang lain, namun inisiatif yang dilakukan mereka wajar diberikan pujian dan menjadi contoh untuk sentiasa berbuat baik kepada masyarakat.
Semoga lebih ramai lagi anak muda dapat memberikan sumbangan bukan hanya daripada segi wang ringgit, namun berikan semangat buat frontliners untuk terus berjuang merawat pesakit COVID-19.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.