Jadikan 5 amalan mudah ini sebagai amalan yang wajib kita lakukan setiap hari.
Permulaan hari yang baik serta berkualiti antara perkara penting bagi kita semua untuk mendapat tenaga yang positif dan melancarkan segala aktiviti harian kita. Pun begitu, kita sebagai umat Islam, sering alpa tentang amalan-amalan yang seharusnya dilakukan untuk kita lebih dekat dengan-Nya. Oleh itu, berikut adalah contoh amalan Rasulullah S.A.W yang boleh kamu ikuti supaya hari kamu menjadi lebih baik dari semalam.
Sucikan wajah dengan mengamalkan amalan mencuci muka dengan air yang sejuk. Ia bukan sahaja dapat menyegarkan kulit wajah namun ia merupakan antara amalan Rasulullah SAW ketika bangun pagi. Ada satu hadith yang berkaitan dengan amalan ini yang bermaksud;
“RASULULLAH BANGUN TIDUR, KEMUDIAN DUDUK SAMBIL MENGUSAP WAJAHNYA DENGAN TANGANNYA.”(RIWAYAT MUSLIM).
Salah satu sebab kenapa kita perlu berdoa sebaik sahaja bangun dari tidur adalah sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT. Antara doa yang boleh kamu amalkan ialah:
Sudah menjadi amalan biasa bagi kita semua untuk menggosok gigi. Selain daripada aspek kesihatan ia juga adalah antara sunnah Rasulullah yang paling mudah untuk kita ikuti. Setelah berdoa dan menyapu muka, bolehlah kita menggosok gigi. Hal ini boleh dirujuk dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
“APABILA RASULULLAH S.A.W BANGUN DARIPADA TIDUR, BAGINDA AKAN MEMBERSIHKAN MULUTNYA DENGAN BERSUGI.” (MUTTAFAQ ‘ALAIH)
Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya membasuh kedua-dua belah tangan di waktu pagi kerana semasa tidur, kita tidak tahu ke mana tangan kita bergerak. Perkara ini dinyatakan dalam sebuah hadith yang bermaksud:
“APABILA SALAH SEORANG DARIPADA KAMU BANGUN DARIPADA TIDUR, MAKA BASUHLAH TANGAN KAMU TERLEBIH DAHULU TIGA KALI SEBELUM MEMASUKKAN KEDUA-DUA TANGAN KE DALAM BEKAS, KERANA KAMU TIDAK TAHU DI MANA TANGAN KAMU BERADA KETIKA SEDANG TIDUR.” (MUTAFFAQ ‘ALAIH).
Beristinthar bermaksud perbuatan memasukkan air ke dalam hidung dan menghembuskan kembali. Rasulullah SAW menyuruh kita beristinthar di waktu pagi kerana syaitan suka bermalam di batang hidung. Boleh rujuk maksud hadith di bawah ini.
RASULULLAH S A W BERSABDA YANG BERMAKSUD : “APABILA SEORANG ANTARA KALIAN BANGUN TIDUR, MAKA BERWUDUKLAH DAN KEMUDIAN BERISTINTHARLAH SEBANYAK TIGA KALI KERANA SYAITAN BERMALAM DI BATANG HIDUNGNYA.” (RIWAYAT AL-BUKHARI)
Jadikan 5 amalan mudah ini sebagai amalan yang wajib kita lakukan setiap hari. Setiap kebaikan yang kita lakukan tidak kira sekecil zarah sekalipun pasti akan dikira dan diberikan ganjaran pahala dari-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Jangan lupa amalkan ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang penggemar pizza, pasti korang akan suka sos terbaharu yang dilancarkan oleh Domino’s Pizza Malaysia ini. Baru-baru ini, Dommal Food Services Sdn Bhd (Domino’s Pizza Malaysia) melancarkan sos ‘Top Secret’ pedas memikat khas untuk semua peminat pizza.
Selain itu, Domino’s juga telah memperkenalkan menu terbaharu iaitu Spicy Fling Breadstix dan Spicy Fling Chicken Wings buat pelanggan yang gemarkan sentuhan pedas dan boleh dimakan bersama pizza, kini ianya boleh didapati dalam masa yang terhad.
Sumber: Domino’s Pizza
Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Linda Hassan berkata, penggunaan rempah dalam sos tersebut merupakan versi perisa pedas daripada pizza Top Secret yang digemari di negara ini.
Domino’s melancarkan varian sos ‘Top Secret’ Pedas Memikat baharu ini iaitu Spicy Tuna Tempation, Spicy Vegie Fiesta, Spicy Classified Chicken, dan Spicy Chicken Confidential.
Sos pedas memikat ini dilengkapi dengan gabungan bawang putih, krim dan keju dalam empat rasa yang berbeza. Sos ini juga disisipkan dengan salutan cili pedas unik yang digabungkan dengan daun pasli kering dan bawang putih rangup, menyatukan perisa campuran.
Bukan itu sahaja, sebagai sebahagian daripada menu Domino’s Everyday Value Buy 1 Free 2, pelanggan juga akan diberikan lebih banyak item percuma untuk dipilih dengan penghantaran ke rumah bebas kontak percuma, dalam jaminan masa 30 minit. Pizza Domino’s Top Secret pedas memikat ini boleh didapatkan dalam saiz personal, sederhana besar, dan ekstra besar dari kedai Domino’s di seluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pulau Marina atau pun Marina Island? Pernah tak korang dengar tentang pulau buatan manusia ini?Apa yang menariknya adalah ianya juga adalah yang pertama di Malaysia. Lokasinya juga strategik apabila dibina bertentangan dengan Pulau Pangkor dan Pangkor Laut Resort.
Terbaru, Pulau Marina sudah pun menampilkan ‘wajah baru’ dengan penambaikan tempat mereka menjadi lebih menarik dan tarikan kepada pelancong. Selain daripada tempat merehatkan minda, nampaknya ada lebih banyak spot cantik untuk korang mengambil gambar OOTD.
Tak percaya? Jom kita lihat antara gambar-gambar Pulau Marina yang baru, yang telah dikongsi di laman sosial facebook viral Perak
Foto Kredit : facebook viral Perakfacebook viral Perakfacebook viral Perakfacebook viral Perakfacebook viral Perakfacebook viral Perak
Untuk info, projek penambakan untuk membentuk pulau yang diberi nama sebagai Marina Island ini bermula sebelum 2012 lagi. Projek yang merangkumi penambakan sebesar 3216.9 ekar kawasan persisiran pantai Teluk Muroh ini telah dibangunkan oleh Marina Sanctuary Resort Sdn. Bhd.
Okay, lepas ni Pulau Marina boleh masuk dalam list percutian korang. Tapi tunggu dapat green light dari kerajaan tau!
Kasi onz!
Sumber : facebook viral Perak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inilah yang dikatakan usaha tanpa mengenal putus asa, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Dalam pertandingan Miss Universe Thailand 2020 dari ratusan wanita yang mencuba nasib, Natthapat Pongpraphan hanya berjaya menempatkan dirinya untuk berada dalam kelompok 20 terbaik dan akur kandas tanpa memenangi sebarang gelaran.
Namun dua bulan kemudian dia berjaya mengukir senyuman di wajah apabila memenangi pertandingan Miss Thailand 2020 sekaligus mengalahkan 29 finalis yang lain. Berusia 27 tahun, dia sebenarnya seorang figura yang tidak asing dalam dunia ratu cantik dan merupakan seorang graduan bidang geo-sains dari Universiti Mahidol.
Berketinggian 172cm, sikap tidak mudah mengalah Natthapat patut dijadikan sebagai contoh dalam apa juga perkara. Usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasil pada penghujungnya.
Pertandingan Miss Thailand merupakan pertandingan ratu cantik tertua di negara gajah putih itu. Sebelum ini peserta pemenang pertandingan ini akan dihantar ke pentas Miss Universe sehinggalah lesen pertandingan tersebut di ambil alih oleh organisasi Miss Universe Thailand sejak tahun 2000.
Jika tahun lalu, pemenang Miss Thailand dihantar ke pertandingan Miss International dan bejaya memenangi gelaran juara, namun khabarnya tahun ini Miss Thailand tidak lagi memegang lesen untuk menghantar juara ke pertandingan itu. Kita nantikan dan lihat ke pertandingan antarabangsa manakah Natthapat akan dihantar sebagai wakil negaranya.
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.