Manusia hanya mampu merancang tetapi ketentuan Ilahi yang akan menentukan segalanya.

 

Tarikh 10 Februari pada setiap tahun tentunya ditunggu-tunggu oleh para peminat selebriti dan usahawanita popular, Noor Neelofa untuk sama-sama menyambut hari lahirnya.

Neelofa yang menginjak ke usia 33 tahun pada hari ini memiliki 1001 sebab untuk bersyukur dan merasa gembira untuk menyambut hari kelahirannya. Bukan saja kini sudah berumah tangga dengan jejaka pilihan, Haris Ismail; Neelofa juga baru-baru ini telah bergelar ibu setelah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dinamakan Muhammad Bilal.

IKLAN
Muhammad Bilal Sepatutnya Lahir 10 Februari Untuk Sambut Hari Jadi Bersama Neelofa
Neelofa di samping suami tercinta, Haris Ismail. Foto : Instagram Neelofa

Bersempena hari istimewa ini, Neelofa menerusi hantaran di Instagram berbentuk sekeping foto sonogram sewaktu beliau melalui ujia ultrasound telah menyingkap satu rahsia di sebalik kelahiran Bilal.

Tertera di bahagian bawah foto tersebut tarikh jangkaan kelahiran Bilal atau ‘Estimated Date of Delivery (EDD)’ iaitu pada 10 Februari 2022.

IKLAN
Muhammad Bilal Sepatutnya Lahir 10 Februari Untuk Sambut Hari Jadi Bersama Neelofa
Foto : Instagram Neelofa

Oh, nampaknya Neelofa ingin berkongsi sambutan hari istimewa ini bersama cahaya mata sulungnya itu. Tidak mengapalah, Neelofa juga menerima ketentuan Ilahi ini dengan penuh rendah diri dan mengakui aturan Allah SWT adalah sebaik-baik aturan.

Catat Neelofa, “Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan & waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik.

IKLAN

“Hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu. Semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah SWT.”

“Harta dunia akhirat Abah & Ummi,” simpul Neelofa.

Muhammad Bilal Sepatutnya Lahir 10 Februari Untuk Sambut Hari Jadi Bersama Neelofa
Foto : Instagram Neelofa

Haris dan Neelofa telah menimang Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022 dan hanya mendedahkan berita gembira itu dua hari kemudian iaitu pada 31 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : Neelofa Selamat Lahirkan Putera Sulung, Muhammad Bilal Muhammad Haris – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI