Perkembangan terbaharu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencuri perhatian ramai apabila satu kluster mpox Malaysia baharu disahkan membabitkan empat ahli keluarga. Situasi ini sekali lagi mengingatkan kita bahawa penyakit berjangkit masih wujud di sekeliling dan golongan remaja tidak terkecuali daripada risiko.
Kes indeks kluster ini melibatkan seorang lelaki bukan warganegara yang mempunyai sejarah perjalanan ke Afrika Barat, iaitu kawasan yang masih mencatatkan penularan mpox. Pesakit tersebut mula bergejala pada 20 Oktober sebelum disahkan positif mpox (Clade II) pada 12 November.
Tiga Lagi Ahli Keluarga Turut Dijangkiti
Menurut laporan Harian Metro, hasil siasatan kesihatan mendapati tiga ahli keluarga serumah turut menunjukkan gejala bermula 30 Oktober, dan kesemuanya disahkan positif pada 13 November. Walaupun jangkitan berlaku dalam satu rumah, keadaan semua pesakit dilaporkan stabil dan mereka kini sedang menjalani pengasingan di rumah.
KKM turut memastikan semua kontak rapat dikenal pasti, disaring dan diarahkan menjalani pengasingan bagi mengawal risiko penularan.
Statistik Semasa Mpox di Malaysia
Mengikut laporan Minggu Epidemiologi ke-46 (ME 46/2025):
Ads
12 kes mpox telah direkodkan sepanjang tahun 2025
Menjadikan jumlah keseluruhan 23 kes sejak Julai 2023
22 kes adalah jangkitan Clade II, dan 1 kes adalah Clade Ib
Perkara positifnya, tiada penularan dalam komuniti dikesan setakat ini. Ini menunjukkan pengesanan awal, pengasingan pesakit dan pemeriksaan kontak rapat masih berkesan untuk mengawal situasi mpox Malaysia.
Apa Sebenarnya Mpox?
Mpox ialah penyakit berjangkit berpunca daripada virus monkeypox dalam genus Orthopoxvirus. Antara simptom yang sering berlaku termasuklah:
Demam
Ruam atau lepuh pada wajah, tangan, kaki, mata atau kemaluan
Bengkak kelenjar limfa
Keletihan dan sakit otot
Virus ini boleh merebak melalui:
Sentuhan rapat dengan pesakit
Menyentuh ruam atau lepuh
Hubungan seksual
Barang atau permukaan yang tercemar
Golongan seperti kanak-kanak, wanita hamil dan individu berimuniti rendah berisiko mengalami gejala yang lebih teruk.
Ads
Kenapa Remaja Perlu Ambil Serius?
Bagi remaja yang aktif bersosial, kerap keluar, tinggal di asrama atau berkongsi ruang rapat dengan rakan, risiko terdedah kepada penyakit berjangkit adalah lebih tinggi. Tambahan pula, simptom awal mpox kadang kala kelihatan seperti ruam biasa atau demam ringan — membuatkan ramai tidak sedar mereka sudah dijangkiti.
Selain itu, peningkatan pergerakan, aktiviti luar dan interaksi fizikal menjadikan remaja antara kumpulan yang perlu lebih peka terhadap kesihatan diri dan orang sekeliling dalam menghadapi isu mpox Malaysia.
Langkah Pencegahan Yang KKM Sarankan
1. Elakkan sentuhan rapat dengan individu bergejala
Jika seseorang ada ruam mencurigakan atau demam yang datang sekali dengan lepuh, jauhkan diri dan jangan berkongsi barang peribadi.
Ads
2. Segera dapatkan rawatan jika bergejala
Demam + ruam = check! Jangan tangguh. Dapatkan pemeriksaan di klinik atau hospital.
3. Patuhi arahan kuarantin jika diarahkan
Pengasingan membantu hentikan jangkitan daripada merebak dalam komuniti.
4. Amalkan kebersihan diri
Kerap basuh tangan, bawa sanitizer dan pastikan kebersihan peribadi sentiasa terjaga.
Kesimpulan: Jaga Diri, Jaga Komuniti
Walaupun status kecemasan kesihatan global bagi mpox telah ditamatkan, itu bukan bermaksud virus ini tidak lagi wujud. Kluster baharu ini membuktikan bahawa langkah pencegahan masih penting — terutama untuk remaja yang sering berada dalam persekitaran sesak dan interaktif.
Dengan sikap peka, bertanggungjawab dan tindakan cepat apabila bergejala, kita mampu membantu mengawal penularan mpox Malaysia dan memastikan kesihatan diri serta komuniti sentiasa terpelihara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama minuman pilihan ramai, Zus Coffee tampil permohonan maaf secara terbuka selepas menerima kritikan daripada pengguna media sosial berhubung berkolaborasi dengan jenama Adidas.
Zus Coffee memberitahu, penyertaannya pada acara itu dan pemberian kasut Adidas yang diiklankan di akaun Instagramnya adalah aktiviti yang dilakukan hanya sekali sahaja dan tidak akan berlaku lagi.
“Kami tidak akan mengaitkan diri kami dengan peperangan dan mengutuk secara tegas sebarang tindakan keganasan. Kami akan lebih berhati-hatidalam aktiviti yang kami lakukan, dan jenama yang kami bakal bekerjasama.
“Untuk mengelakkan kejadian ini berulang, kami mengambil setiap tindakan yang perlu untuk mengukuhkan dasar dan prosedur kami untuk memastikan amalan yang terbaik. Kami memohon maaf dan dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan itu,” katanya.
Terkini, jenama tersebut telah meraih perhatian warganet apabila dilihat berkerjasama dalam melakukan aktiviti giveaway bersama Adidas. Tangkapan layar di Instagram oleh rangkaian kopi tersebut dilihat sedang mengumumkan pemberian kasut Adidas kepada mereka yang bertuah.
Pemerhatian Remaja mendapati, Zus Coffee telah memadam perkongsian berkenaan sementelah mendapat kecaman hebat warganet.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Disiplin tinggi bukan sahaja membolehkan Muhammad Azfar Arif Mohd Sukri bergelar pemain bola sepak juga graduan sempena Konvokesyen ke-100 Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berlangsung baru-baru ini.
Penjaga gol kelab Liga Super, Pahang FC yang kini berusia 25 tahun itu berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Sains Sukan (Kepujian) dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.
Azfar menyifatkan karier sebagai pemain skuad Tok Gajah yang disertai pada 2024 bukanlah penghalang untuk menuntut ilmu sama seperti penuntut lain sebaliknya ia mendidik diri dalam aspek pengurusan masa.
“Status sebagai pemain dan penuntut sebenar secara tidak langsung memerlukan menghadiri kelas secara atas talian akibat kekangan masa dan sebagainya. Namun itu bukan alasan untuk saya mengambil sikap sambil lewa”
“Saya tetap berusaha mengikuti perkembangan pembelajaran dengan sentiasa menghubungi pensyarah dan kerap bertanya soalan kepada rakan-rakan supaya tidak ketinggalan,” katanya.
Menurut Azfar, beliau menyertai Penang FC dan tinggal di Pulau Pinang pada tahun 2023 menyebabkan tidak dapat hadir ke kelas yang terletak di UiTM Shah Alam. Namun, itu bukan alasan dan Azfar cuba mencari inisiatif lain dengan berhubung dengan pensyarah dan belajar sendiri selain menyertai kelas menerusi Zoom dan Google Meet.
Ditanya mengenai cabaran sebagai pemain dan penuntut, pemain kelahiran Terengganu itu berkata, elemen putus asa tidak ada dalam dirinya walaupun sibuk mengikuti latihan dan juga kuliah.
“Semuanya tidak mustahil kerana paling penting adalah bagaimana seseorang itu mengimbangkan diri apabila berstatus atlet dan juga pelajar. Saya pernah rasa nak give up sebab apabila masuk kelas sebab rasa macam zero knowledge. Tapi Alhamdulillah ada kawan-kawan dan supervisor yang selalu bantu saya untuk catch up,” ujarnya.
Azfar juga turut berterima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakannya yang sering membantu dan menasihati anak muda di luar sana agar tidak mudah berputus asa dan sentiasa mencari bantuan bila diperlukan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itulah kata-kata terakhir yang sempat diluahkan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, dalam siaran langsung terakhirnya dari kapal Mikeno sebelum misi Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan oleh tentera Israel sekitar jam 6 pagi tadi.
Dalam perkongsian penuh emosi itu, Ardell sempat menceritakan bagaimana mereka berdepan saat getir apabila tentera Israel mula memutuskan semua talian internet flotila yang sedang bergerak menuju ke Gaza.
“Saya sedang cuba sorokkan telefon saya. Tentera Israel sedang memutuskan semua talian internet. Kami sedang cuba sambung secara luar talian. Saya cuma tunggu peluang untuk siaran langsung semula. Doakan kami dan rakan-rakan kami,” luahnya dalam nada sebak.
Lebih mencemaskan, Ardell turut mendedahkan mesej ugutan yang disampaikan tentera Israel melalui signal radio, memberi amaran bahawa semua sukarelawan GSF bakal dipenjarakan. Namun selepas ‘live’ terakhir sekitar jam 6 pagi, Ardell langsung tidak lagi mengemaskini sebarang hantaran di media sosial.
15 sukarelawan Malaysia Ditahan
Sehingga pagi tadi, Sumud Nusantara Official melaporkan seramai 15 sukarelawan Malaysia yang menyertai konvoi bantuan itu telah ditahan rejim Israel. Antara yang terlibat termasuklah penyanyi Zizi Kirana, aktivis Heliza Helmi, pempengaruh Hazwani Helmi, selain Ardell sendiri bersama beberapa lagi sukarelawan lain.
Berita penahanan ini segera mencetuskan rasa bimbang dan sebak di kalangan rakyat Malaysia yang sejak awal mengikuti perkembangan misi flotilla tersebut. Ramai netizen turut membanjiri ruangan komen dengan doa serta kata-kata semangat agar kesemua sukarelawan pulang dengan selamat.
Misi Global Sumud Flotilla merupakan usaha antarabangsa membawa bantuan kemanusiaan terus ke Gaza, meskipun berdepan risiko besar dihalang tentera Israel. Keberanian Ardell dan rakan-rakan sukarelawan membuktikan bahawa suara kemanusiaan tidak mengenal sempadan bangsa mahupun agama.
Bagi anak muda, kisah ini adalah satu peringatan bahawa perjuangan untuk membela mereka yang tertindas memerlukan pengorbanan besar. Walaupun ringkas, kata-kata Ardell “Kami diseksa” kini menjadi simbol betapa kuatnya jiwa seorang pejuang kemanusiaan, meski berdepan ancaman nyawa.
Kerajaan MADANI hari ini mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2026, melibatkan seramai lima juta penerima di seluruh negara.Perdana...