Beberapa hari lalu, hubungan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, seperti kembali tenang apabila aktor itu berkongsi gambar menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya.
Namun baru-baru ini, pelakon itu dikatakan melafazkan cerai talak satu bersaksikan keluarga dan difahamkan, Nurul Shuhada bakal memfailkan perceraian mereka pada 1 Mac ini, yang juga bertepatan hari ulang tahun kelahirannya.
Semalam, tidak sampai 24 jam selepas desas-desus mengenai perceraian pasangan tersebut tular, Nurul Shuhada memohon doa kepada Ilahi menggantikan nikmat lebih baik buat dirinya dan juga cahaya mata.
Ads
“Insya-Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat tidak disangka buatku dan anak-anak. Amin Ya Mujib,” coretnya menerusi InstaStory.
Kata Shuhada lagi, hanya insan yang sememangnya ditakdirkan hidup bersama serta ikhlas sahaja bijak menghargai sebuah ikatan kasih sayang.
Ads
“Orang yang betul tahu bagaimana untuk mempertahankan cinta. Orang yang betul juga memilih awak sebagaimana awak memilihnya dengan setulus hati. Awak tidak akan berdiam diri jika peduli dan tidak perlu berasa keterlaluan.
“Awak juga tidak perlu merayu untuk cinta yang memang selayaknya buat awak. Satu hari nanti, awak akan menjadi seseorang dan tidak akan keliru lagi. Awak tidak akan rasa berjuang untuk seseorang yang tidak pernah berjuang untuk awak.
“Satu hari nanti, awak akan mengerti bagaimana erat menggenggam seseorang yang salah, betapa kuatnya mencuba, insan yang tepat akan sentiasa mencari dan terus kekal,” luahnya lagi.
Ads
Sekadar infotmasi, bekas peserta program Hero Remaja mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada pada tanggal 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kontroversi panas sekali lagi menghantui hidup pelakon Hollywood, Ezra Miller yang popular menerusi francais filem, Fantastic Beasts dan Flash setelah dia terlibat dengan kesalahan tingkah laku.
Menurut laporan Entertainment Tonight pada tarikh 19 April (waktu tempatan), aktor itu dikatakan tersinggung setelah dia diminta beredar daripada sebuah kediaman peribadi di Pahoa, Hawaii.
Ezra kemudian terus ‘naik darah’ dan didakwa melemparkan sebuah kerusi hingga ia terkena dahi seorang wanita berusia 26 tahun dan mengakibatkan luka sepanjang 1.2 sentimeter. Mangsa bagaimanapun menolak sebarang pertolongan perubatan.
Ezra Miller memegang watak Flash dalam filem adiwira terbitan Warner Bros.
Keterangan rasmi yang diperolehi daripada bahagian patrol Puna di Jabatan Polis Hawaii menyatakan pihaknya menerima laporan daripada seorang pengunjung di lokasi kejadian pada jam 1.10 pagi.
Setelah siasatan dilakukan, polis telahpun menahan seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai Ezra Miller pada jam 1.30 pagi semasa aktor itu berhenti di lampu trafik Kukula Street, Kea’au untuk mendapat keterangan lanjut.
Begitupun pada jam 4.05 pagi, Ezra dibebaskan setelah diikat jamin. Ezra masih digelar sebagai suspek utama dan terus berada dalam siasatan kes terbabit.
Ezra Miller juga popular menerusi watak Credence dalam francais filem Fantastic Beasts.
Untuk pengetahuan korang, ini bukanlah kali pertama Ezra Miller ditahan oleh pihak polis. Akhir Mac lalu, Ezra ditahan untuk kes seakan sama di sebuah bar karaoke dekat Hilo, Hawaii.
Majalah People berkata, dua penduduk lokal di sana mengesahkan Ezra bertindak agresif ke arah satu pasangan yang sedang mendendangkan lagu Shallow nyanyian asal Lady Gaga dan Bradley Cooper. Ezra dikatakan merampas mikrofon dan merusuh ke arah seorang lagi lelaki.
Menurut Rolling Stone pula, nama Ezra telah dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 10 panggilan orang awam kepada pihak polis yang ingin membuat laporan mengenainya.
Akibat masalah tingkah laku ini juga, eksekutif di Warner Bros. disebut-sebut sedang mempertimbangkan sama ada untuk meneruskan pengambilan Ezra Miller dalam filem-filem DC Extended Universe menerusi watak Flash pada masa akan datang ataupun tidak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal, Nora Danish, sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas berkongsi sebuah luahan penuh keinsafan di Threads.
Perkongsian ringkas itu mengundang rasa sebak ramai apabila Nora secara jujur mengakui dirinya hanyalah seorang pendosa yang setiap hari berusaha untuk memperbaiki diri.
Luahan Sarat Keinsafan
Dalam hantaran tersebut, Nora menulis:
“Saya pendosa yang berusaha setiap hari untuk jadi lebih baik. Masing-masing ada struggle masing-masing. Moga air mata kita ini hanya mengalir kerana Allah.”
Ungkapan pendek itu nyata meninggalkan kesan mendalam dalam hati pengikutnya. Ruangan komen segera dibanjiri doa serta kata-kata semangat agar Nora terus diberikan kekuatan untuk istiqamah di jalan kebaikan.
Kredit: Instagram Nora Danish
Sokongan Dan Doa Warganet
Rata-rata netizen menyifatkan keterbukaan Nora sebagai sesuatu yang menyentuh jiwa. Ada yang berkongsi pengalaman perubahan diri mereka sendiri, manakala ada juga yang menitipkan kata-kata motivasi bahawa setiap insan berhak diberi peluang kedua untuk kembali kepada Allah.
Populariti Nora tidak menghalangnya untuk tampil jujur tentang kelemahan diri. Malah, sikap rendah hatinya itu dianggap inspirasi buat orang ramai, khususnya remaja, bahawa tiada siapa pun sempurna di dunia ini.
Kredit foto: Instagram Nora Danish
Inspirasi Untuk Remaja
Perkongsian Nora membawa mesej jelas bahawa menjadi insan lebih baik adalah sebuah perjalanan, bukan destinasi. Kesilapan silam tidak seharusnya menjadi penghalang, sebaliknya menjadi pengajaran untuk melangkah dengan lebih yakin ke hadapan.
Buat anak muda, inilah contoh nyata bahawa perubahan tidak pernah terlambat. Apa yang penting ialah kesedaran, usaha berterusan dan keberanian untuk mengakui kelemahan diri. Seperti yang Nora tekankan, biarlah air mata yang mengalir itu kerana Allah – tanda penyesalan dan keikhlasan hati untuk berubah.
Luahan Nora Danish mungkin ringkas, namun mesejnya cukup besar: kita semua manusia biasa yang tidak lari daripada dosa, tetapi keberanian untuk memperbaiki diri adalah langkah paling penting.
Semoga perkongsian ini terus menjadi inspirasi buat remaja untuk tidak berputus asa dalam perjalanan mencari kebaikan.
Video nyanyian Ammar Ahyan, anak sulung kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, baru-baru ini berjaya mencuri perhatian penyanyi hebat, Misha Omar.
Menerusi perkongsian di Instagram, Misha memuat naik semula video tersebut sambil menitipkan ucapan terima kasih kepada remaja berusia 17 tahun itu kerana mendendangkan single terbaharunya berjudul Breakdalam sebuah majlis.
“Terima kasih Ammar Ahyan yang manis, Datuk Aliff Syukri dan seisi keluarga.
“Terima kasih juga kepada peminat-peminat Ammar yang secara tidak sengaja ingin tahu dan dengar lagu terbaharu ini. Semoga lagunya terkesan di hati,” tulis Misha.
Menurut Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Asiah Omar, dia terharu kerana Ammar menjadi sebab ramai yang mula mengenali lagu tersebut.
“Disebabkan dia suka menyanyi lagu Aunty Mitch (panggilan mesra), ramai yang mula menyedari tentang lagu ini.
“Dalam masa yang sama Ammar juga mengajak pengikut-pengikutnya berkenalan dengan muzik saya,” ujarnya.
Sekadar info, lagu Break merupakan hasil ciptaan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslow dan turut dipilih sebagai runut bunyi drama Mandul Bukan Pilihan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!