Kemelut hubungan keluarga yang melibatkan aktres versatil, Nabila Huda dan bapanya yang juga legenda rock tanah air, Amy Search, masih belum menemui jalan penyelesaian sehingga kini.
Menurut Nabila atau mesra disapa Abil, dia merasakan bapanya sepatutnya memainkan peranan sebagai ketua keluarga untuk meleraikan kemelut yang berlaku antara mereka.
Bukan soal mengalah, kata Nabila, dia sudah melakukan pelbagai usaha untuk berdamai namun sehingga kini masih menemui jalan buntu.
“Soal untuk berdamai atau mencari jalan penyelesaian, saya rasa lebih baik tanya pihak sana. Saya sudah banyak kali jawab pertanyaan ini.
“Setakat ini memang tiada jalan penyelesaian. Mungkin sebagai ketua keluarga dan seorang ayah, dia yang perlu selesaikan apa yang sepatutnya,” katanya ketika ditemui pada majlis Together Gather anjuran Viu Malaysia, semalam.
Sukar Bayangkan Perasaan Berpisah Dengan Anak
Dalam pada itu, pelakon berusia 40 tahun ini turut mengakui dia sendiri tidak sanggup membayangkan bagaimana perasaan seorang bapa yang terpisah daripada anaknya.
Sebagai seorang ibu kepada Keisha Laila, Nabila berkata perpisahan sebegitu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui.
“Kalau saya berada di tempatnya (Amy), kehilangan anak dan tidak dapat berjumpa, saya sendiri tak mampu teruskan hidup seperti biasa.
“Saya takkan gembira, kerana itu darah daging saya. Tapi saya tak tahu apa yang dia rasa tetapi mungkin dia rasa yang sama, cuma tak tahu bagaimana untuk bertindak.
Ads
“Saya juga seorang ibu dan memang tak sanggup nak berpisah dengan anak sendiri, Keisha Laila, tapi tak tahulah kalau dia pun rasa benda begitu,” ujarnya.
Serahkan Segalanya Kepada Doa
Tambah Nabila, buat masa ini dia hanya mampu berdoa agar segala kesulitan yang melanda hubungan mereka dipermudahkan.
Lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan, dia berharap akan ada jalan yang terbuka untuk memperbaiki keadaan.
“Pada Ramadan kali ini, saya sudah tidak merindui sesiapa. Saya dah ‘move forward’. Kerinduan yang pernah saya luahkan sebelum ini dalam media sosial disebabkan rasa sangat rindu pada waktu itu.
“Ada perkara yang saya ternampak dan memang ‘trigger’ perasaan rindu tersebut tapi sekarang saya sudah ‘move on’ dan penat berfikir serta bercakap perkara sama berulang kali.
Ads
“Namun, tidak salah kalau sekali-sekala saya terasa sebab manusia biasa, ada perasaan sedih gembira dan marah,” jelasnya.
Fokus Pada Keluarga Sendiri
Dalam perkembangan lain, Nabila berkata kehidupannya kini lebih tertumpu kepada keluarga kecilnya bersama suami dan anak.
Menurutnya, kebahagiaan sederhana yang dimiliki sekarang sudah cukup membuatkan dirinya bersyukur.
“Sekarang saya bahagia dengan kehidupan sederhana saya. Tentang doa pula, memang setiap hari saya lakukan lebih-lebih lagi ketika Ramadan dan Syawal cuma masih belum dimakbulkan.
Ads
“Jadi, apa yang boleh saya buat hanyalah senyum dan teruskan hidup. Kalau kita berpanjangan dalam kesedihan, kasihan keluarga yang ada di depan mata.
“Doa saya cuma satu, supaya hidup saya ini benar-benar bahagia dan lengkap. Sekarang saya bahagia, cuma mungkin ada sedikit kekosongan tetapi jika terisi, mungkin kebahagiaan itu akan jadi berbeza,” ujarnya lagi.
Enggan Letak Harapan Terlalu Tinggi
Dalam masa sama, Nabila mengakui dia tidak mahu meletakkan sebarang harapan terhadap situasi yang berlaku kerana belum melihat sebarang bayangan penyelesaian.
Namun, dia tetap berharap suatu hari nanti segala kekosongan itu dapat dilengkapkan.
“Tapi saya sendiri tak dapat bayangkan kerana belum sampai ke tahap itu. Mungkin satu hari nanti ‘puzzle’ itu lengkap atau sebaliknya.
“Kalau kekosongan itu sempat diisi sebelum saya menutup mata, alhamdulillah. Kalau tidak, mungkin kami akan bertemu di kehidupan lain dan saya hanya mampu berdoa,” kongsinya.
Terdahulu, sejak tahun lalu hubungan Abil dan Amy didakwa kembali renggang akibat konflik kekeluargaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gaiss, penulis dah tahu ke manakah destinasi makan tengahari korang esok.
Tidak lain tidak bukan, KFC Malaysia!
Okay sebelum korang merungut, “KFC lagi?!”, ketahuilah bahawa esok satu promosi hebat bakal mereka lakukan sempena tarikh istimewa 20.02.2020.
Hanya untuk hari esok, KFC Malaysia menawarkan promosi 2 set Snack Plate pada harga RM20 sahaja. Dua ya, dari 10 pagi hingga 10 malam.
Dan setiap pelanggan boleh menebus maksimum sebanyak 3 kali. Okaylah itu, brunch-tea-supper. Hiks!
Cara untuk menebus promosi ini amat mudah. Korang hanya perlu tunjukkan poster ini di kaunter semasa membuat pesanan.
Seperkara lagi, terdapat beberapa cawangan KFC Malaysia yang tidak terlibat iaitu cawangan Genting Highlands, Mall of Medini dan kesemua lapangan terbang.
Jangan lepaskan peluang ini okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suatu ketika dulu, permainan Spirit of the Coin pernah popular di kalangan pelajar sekolah asrama.
Selalunya, pada waktu hujung minggu mereka mempunyai banyak masa terluang dan antara salah satu aktiviti yang dilakukan adalah dengan bermain permainan ‘berhantu’ ini.
Biasanya, permainan ini dimainkan di blok-blok lama sekolah atau pada waktu tengah malam di dalam bilik yang digelapkan dan jika mereka bernasib baik, mereka tidak akan diganggu oleh makhluk-makhluk halus yang ada di situ. Tapi, jika nasib tak baik, terimalah berbagai-bagai situasi yang tak disangka-sangka.
Gambar hiasan
Apa sebenarnya Spirit of the Coin?
Pada asalnya, ia bukanlah sebuah permainan tetapi merupakan satu kaedah untuk berhubung dengan roh orang mati. Kaedah Spirit of the Coin ini digunakan dalam beberapa ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan bercakap dengan roh.
Biasanya ia digunakan untuk:
1. Bertanyakan khabar pada orang yang telah meninggal dunia.
2. Mengetahui di mana kedudukan roh.
3. Berkomunikasi dengan roh.
4. Meminta bantuan secara ghaib.
5. Mencari barang atau orang yang hilang.
6. Untuk mengetahui cara kematian roh tersebut sama ada kemalangan, dibunuh atau sebagainya.
Gambar hiasan
Bukan main ‘suka-suka’, ini tiga risiko yang bakal korang hadapi
1. Jika tengah bermain, pemain mengangkat jari daripada duit syiling, roh itu akan mengikut kita balik dan akan sentiasa mengganggu pemain seumur hidup kerana tidak menghantarnya pulang.
2. Terdapat kemungkinan roh yang dipanggil ke dalam permainan ini berdegil tidak mahu balik, pemain harus meneruskan permainan dengan roh itu sehingga ia puas dan bersetuju untuk ke petak home atau good bye yang tertulis di atas kertas Spirit of the Coin tersebut.
Kadang, roh tidak mahu kembali ke tempat asal kerana ingin terus berkawan dan berdamping dengan pemain yang disukainya.
3. Mengikut kepercayaan sesetengah pihak, roh yang tersesat atau roh orang mati dalam keadaan terseksa akan memasuki ritual ini dan berlakon kononnya ia adalah roh orang yang kita maksudkan.
Gambar hiasan
Selalunya jawapan yang mengelirukan akan diberikan oleh roh yang menyamar. Dalam kes ini, roh jahat atau roh yang tidak tenteram tidak akan meninggalkan pemain selepas ritual ini selesai sebaliknya ia akan terus mengekori dan mengganggu pemain tersebut seumur hidup.
Ha, kalau dengar memang seram. Dulu-dulu kami memang selalu dengar tentang perkara-perkara aneh yang sering terjadi pada mereka yang pernah bermain permainan misteri ini.
Namun, sebagai umat Islam, ini merupakan satu perbuatan syirik di sisi Allah. Jangan hanya kerana sikap ingin tahu dan saja ‘suka-suka’ buatkan akidah korang terpesong.
Peminat drama bersiri Korea, The Penthouse 2 pastinya sudah tidak sabar untuk menonton episod terakhir drama tersebut yang akan ditayangkan malam esok mengikut waktu Korea. Peminat di Malaysia yang menonton di saluran Astro boleh menonton episod terakhir itu pada hari Sabtu, namun jika ada yang dah tak sabar, korang juga boleh menontonnya secara online.
Menurut wowkeren, episod akhir The Penthouse 2 bakal disiarkan dengan durasi lebih lama iaitu 90 minit, bersamaan 1 jam 30 minit. Ini kerana pihak SBS telah pun mengeluarkan jadual siaran yang tertera durasinya 30 minit lebih lama berbanding episod sebelumnya.
Maka, banyak spekulasi yang dibuat tentang pengakhiran siri ini bagi musim kedua yang penuh dengan tanda tanya. Malah, khabarnya terdapat gambar yang ‘bocor’ memperlihatkan Eugene (Oh Yoon Hee) memakai pakaian tahanan bersama Joon Dae Tae, Dr Ha, Cheon Seo Jin, Lee Kyu Jin dan Go Sang Ah.
Sebelum ini, di akhir episode 12 memaparkan babak Oh Yoon Hee yang ingin membunuh diri. Ramai peminat berasa risau dan berharap agar misi ‘unnie’ untuk terjun dari jambatan diselamatkan oleh seseorang.
Peminat juga pasti sudah tidak sabar untuk melihat apakah yang akan terjadi kepada Joo Dan Tae dan bagaimana pula kisah hubungan antara Shim Su Ryeon dan Logan Lee? Ada juga netizen yang membuat spekulasi bahawa Logan Lee sebenarnya dalang utama bagi setiap kes yang berlaku di Hera Palace.
Rileks, jangan buat kesimpulan awal. Sama-sama kita nantikan episod akhir The Penthouse 2 dan bersabarlah untuk menunggu siri ini pada musim ketiga yang khabarnya akan ditayangkan pada Jun tahun ini.
Dan apa yang tidak menariknya (Hiks!), untuk musim ketiga yang mempunyai sebanyak 12 episod dengarnya bakal ditayangkan hanya satu episod setiap minggu.
Fuh, lagi lama la kita kena pendam perasaan geram dan ingin tahu tu ya. Hehe!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...