Masyarakat selalu memandang enteng mengenai kerjaya seorang selebriti, seorang model mahupun influencer di media sosial.
Anggapan mereka, golongan ini ingin jalan mudah untuk mendaki carta populariti. Bertambah likes, followers dan menghiasi paparan iklan serta katalog, bermakna mereka sudah gah dan ibarat anak emas yang “tak boleh disentuh”.
Telahan itu nyata meleset apabila salah seorang model Malaysia yang semakin mendapat nama iaitu Rita Nadira telah membuktikan kejayaannya dalam kerjaya modelling memerlukan pengorbanan. Tambahan pula apabila pada masa yang sama, dia juga bergelar pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
“Sepanjang Rita mengambil jurusan Seni Persembahan (Teater) di kampus Puncak Perdana, pengalaman paling Rita ingati adalah kelas persembahan dari semester 1 hingga semester 5. Rita juga masih ingat showcase terakhir kami kerana perlu terlibat untuk sesi latihan dari pagi hingga lewat malam selama 2 bulan.
“Teater Muzikal MARA itu adalah arahan salah seorang pensyarah kegemaran Rita iaitu Encik Shahrul Musa dan sebagai pembawa watak Cikgu Nora, Rita perlu jayakan 5 persembahan tarian dan bukan mudah ya untuk mengingat semua steps.
”Mujur ada choreographer (Encik Khairul) dan kawan yang menolong semasa latihan,” katanya yang sibuk dengan pelbagai pertunjukan fesyen koleksi Raya sepanjang bulan Mac dan April ini.
Bukan saja sibuk di pentas peragaan, Rita Nadira juga merupakan antara model paling ‘laku’ ditempah untuk menjayakan penggambaran kempen fesyen dan halaman fesyen untuk jenama pakaian serta majalah tempatan.
Tak berat ke beban tu, Rita?
Ads
“Bagi Rita, kerja sebagai model tak mengganggu pun komitmen belajar. Jika tiada kelas, barulah Rita menerima job. Kalau ada kelas, Rita akan memilih untuk ke kampus berbanding ke studio penggambaran kerana ibu Rita sendiri selalu pesan agar utamakan pelajaran. Kemudian barulah fikirkan soal kerja. Jadi semua gambar kempen yang korang lihat selama ini dilakukan sewaktu Rita ada freetime,” kata adik kepada Rita Suraya ini yang juga merupakan seorang model.
Tambahnya lagi, dia sendiri tidak terlalu aktif menjayakan penggambaran semasa semester terakhir kerana sibuk dengan final.
“Lama juga Rita tak bekerja, lebih kurang 5 ke 6 bulan gara-gara tak sempat untuk membahagikan masa. Kelas dan latihan berlangsung dari pagi hingga 11 malam. Solike I said, studies always comes first.
”Akhirnya Rita boleh masukkan gelaran graduan Teater ke dalam resume selepas ini (ketawa).”
Begitulah perumpamaan anak perempuan kepada selebriti berprofil tinggil, Puan Sri Tiara Jacquelina dan juga bekas suaminya arwah Hani Mohsin iaitu si cantik manis Hani Kamila.
Ulang Tahun Kelahiran
Baru-baru ini menerusi akaun Instagram Puan Sri Tiara, dimuatnaik sekeping gambar terkini anak perempuan mereka dan menitipkan ucapan istimewa buat anak perempuannya Hani Karmila bagi meraikan ulang tahun kelahiran dengan coretan ringkas di Instagram beliau.
“Selamat hari lahir kepada anak perempuan kesayangan saya di dunia ini. Si gadis yang buat saya paling gembira, menghangatkan hati saya dan memenuhi segala kegembiraan dan kebanggaan saya. Juara Jiujitsu saya dan pereka yang paling berbakat dan kreatif juga. Mila saya.” Coret Tiara
Untuk pengetahuan korang semua, anak perempuan kesayangan Puan Sri ini bukan sekadar cantik seperti ibunya. Malah, Hani Karmila atau lebih mesra dikenali sebagai Mila ini juga merupakan seorang atlet seni mempertahankan diri.
Baru-baru ini Mila berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan seni bela diri Jujitsu bagi kategori 58 kilogram di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura.
Cantik dan berbakat, sekali pandang wajah Hani Karmila seiras arwah bapanya. Al-fatihah (dengan bacaan ) untuk Hani Mohsin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan mudah untuk anak Malaysia mencipta nama di negara asing dalam bidang seni hiburan. Tambah-tambah lagi di negara seperti China yang mempunyai ribuan bakat-bakat baru yang sedang menunggu masa dan peluang untuk meningkat naik serta dikenali ramai.
Justeru, apabila seorang remaja lelaki berusia 22 tahun mencuri tumpuan selepas lagu nyanyiannya tular di laman sosial Douyin (TikTok versi China) baru-baru ini, masyarakat Malaysia mulai tertarik untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi.
Siapakah lelaki yang mampu mengikut jejak langkah penyanyi, Shila Amzah di negara tersebut?
Remaja yang dikenali sebagai Firdhaus (@fffirhaus) ini mula menjadi bualan mulut sejak Disember tahun lalu apabila dia menyerlahkan kemampuannya untuk mencipta serta menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin. Ini adalah 4 fakta menarik mengenai penyanyi lagu Gulf of Alaska ini.
01
Gulf of Alaska yang berjaya mendapat 170 juta tontonan di TikTok merupakan salah satu daripada empat buah lagu yang dimuatkan di dalam album EP berjudul A Letter; di bawah label Loolala Music Malaysia. Ia baru saja menemui pendengar pada bulan November lalu.
Gulf of Alaska turut meraih tempat di YouTube setelah video tersebut mendapat 1.1 juta tontonan sehingga kini.
02
Sememangnya, semakin ramai remaja berbangsa selain Cina di Malaysia yang mendalami bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan ketiga mereka. Firdhaus sendiri menguasai bahasa tersebut apabila dihantar ke sekolah jenis Cina sejak kecil.
03
Menurut laporan Sin Chew Daily, Firdhaus mendapat minat nyanyian sejak mula mendengar lagu-lagu nyanyian penyanyi popular Taiwan, Jay Chou ketika berusia 12 tahun.
Sumber Foto: Instagram @fffirdhaus
04
Pada mulanya, ibu bapa kepada Firdhaus tidak begitu pasti untuk memberikannya ‘green light’ bagi meneruskan minat dalam bidang muzik memandangkan industri ini cukup competitive. Mereka ingin melihat satu-satunya anak lelaki dalam keluarga mereka itu untuk fokus dengan masa depan yang lebih stabil.
Selepas melihat minat Firdhaus tidak luntur dalam tempoh 10 tahun yang lalu dan melihat kejayaan memperolehi populariti di media sosial, mereka lebih terbuka dan menyokongnya.
05
Selain berbakat dalam bidang muzik, Firdhaus juga nampaknya mempunyai minat dalam seni fotografi! Cer tengok akaun Instagram kedua FIRDHAUS INI.
Umum mengetahui, kita mempunyai pelbagai pilihan servis penstriman di Malaysia sekarang.
Ada yang mengeluarkan drama dan filem terbaru secara kerap seperti Netflix dan Hulu. Ada juga yang menawarkan content menarik seperti VIU dan iFlix. Bagi yang gilakan drama Asia pula, dim sum menjadi pilihan mereka.
Tetapi, di antara platform-platform ini, tiada pun satu daripadanya yang mengkhususkan kepada filem-filem Nusantara secara menyeluruh.
Susah betul untuk kita menonton filem Melayu dan Indonesia secara ‘Halal’ di online platform. Asyik-asyik filem yang sama saja disajikan.
*
Haa, kami ingin mencuba servis penstriman terbaru di Malaysia iaitu MUBI.
Ia mempunyai beberapa cabang kategori seperti MUBI SINEMA untuk filem-filem Nusantara terbaru dan MUBI BOO untuk filem bergenre seram. Bagi yang masih inginkan pilihan filem antarabangsa, jangan risau kerana mereka masih menawarkan kategori MUBI WORLD.
Jom kita lihat di antara filem pilihan REMAJA di MUBI buat masa ini.
MUBI Sinema
Abang Long Fadil 2
Evolusi KL Drift
My Stupid Boss
Welcome To Dongmakgol
MUBI Boo
3 A.M
Bangkok Ghost Stories
Mourning Grave
Perjanjian Syaitan
MUBI World
EMA
The Orphanage
River of Exploring Durians
*
Bagi korang yang merasakan pilihan yang ditawarkan oleh MUBI ini menarik, why not just give it a try. Bermula 22 Mei lalu, MUBI ditawarkan pada harga permulaan istimewa serendah RM10 untuk 3 bulan pertama.
Korang boleh melanggannya menerusi DiGi dan Maxis. Ia boleh ditonton di pelbagai platform seperti di laman web, Amazon Fire TV, Hisense, TV pintar Samsung, LG dan Sony. Selain itu, ia boleh mudah ditonton di mana-mana saja menggunakan iPad, iPhone dan Android.
Bagi mereka yang masih gemar untuk menonton filem di layar pawagam, ini adalah 9 buah filem yang menanti pengunjung pawagam di Malaysia bermula 1 Julai ini.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.