Pemenang Miss Universe Thailand 2020, Amanda Chalisa Obdam telah dilucut sebagai Duta Kesedaran Kesihatan Mental Thailand hanya selepas lima hari dilantik. Semuanya gara-gara beberapa ciapannya yang mempersoalkan tindakan polis dalam menangani protes jalanan yang lakukan oleh sebahagian rakyat negara Gajah Putih itu.
Menurut laporan Thai Enquirer, selepas menerima pelbagai rekasi dan juga maklum balas negatif ekoran perkara ini, jurucakap bagi bahagian kesihatan mental Thailand berkata, “Matlamat kami adalah untuk memperomosikan kegembiraan dan juga keriangan kepada seluruh rakyat Thailand, dan kami sentiasa mengutamakan maklum balas dari anda semua.”
Ketika dilantik sebagai duta. Sumber gambar: Bangkok Post
Berikutan tindakan ratu cantik berusia 28 tahun itu, ramai berpendapat yang dia tidak sesuai untuk digelar duta kerana mengkritik pasukan polis secara umum dalam tugas mereka yang berlawan dengan penunjuk perasaan pro-demokrasi di laman Twitternya. Selain orang awam, para bekas penjawat awam kerajaan juga meluahkan pendapat mereka di media sosial dengan mengatakan yang Amanda tidak sesuai untuk mewakili rakyat Thailand di pentas dunia nanti.
Menurut Narisroj Fuangrabil yang merupakan bekas duta Thailand ke Argentina, “Sebagai duta kehormat di mana-mana cabang atau organisasi haruslah mempunyai sejarah dan tingkah laku yang jelas dan teliti bagi mewakili negara mereka.
Ads
“Untuk melantik seseorang yang mempunyai sejarah berulang mengenai sentimen masyarakat yang kontroversial… seseorang yang tidak mempunyai pemikiran diri sendiri dan tidak berkecuali, yang menyebarkan berita palsu dan telah mengecam negaranya sendiri pasti akan menimbulkan keretakan dan konflik dalam masyarakat.”
Ads
ADA YANG TIDAK SETUJU
Walaupun begitu, dalam tinjauan penulis di beberapa hantaran di Instagram ramai warga net yang tidak bersetuju kerana menurut mereka, Amanda hanyalah meluahkan pendapatnya sebagai seorang yang prihatin dengan nasib penunjuk perasaan yang telah dikasari oleh pihak berkuasa.
Rata-rata komen yang ditinggalkan di Instagram ratu cantik berusia 28 tahun ni menyokong tindakannya kerana berani bercakap perkara benar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia bakal beralih ke fasa peralihan endemik bermula 1 April ini dan dalam usaha tersebut, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin telah pun memaklumkan untuk meminta orang ramai tidak terlalu bergantung kepada ujian PCR COVID-19.
Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Khairy menjelaskan bahawa ujian RTK Antigen sudah memadai untuk mengesan jangkitan COVID-19 dan lebih murah serta mudah didapati di pasaran.
Lagipun, mengikut kata pakar RTK sudah memadai untuk mengesan kes positif yang mempunyai tahap kebolehjangkitan yang tinggi berbanding PCR yang sangat-sangat sensitif sehinggakan individu yang sudah sembuh daripada COVID-19 pun masih lagi positif.
Sumber: TikTok
Sebab kedua yang diberikan adalah keputusan ujian PCR mengambil masa yang lama dan tidak sepantas ujian RTK Antigen dimana kita hanya perlu menunggu sehingga 15 minit untuk mendapatkan keputusan.
Dalam situasi virus Omicron yang cepat merebak, ujian RTK lebih efektif kerana kita tidak perlu menunggu 24 jam sehingga 48 jam untuk tahu sama ada kita positif atau pun tidak. Lebih cepat kita dapat mengesan kes positif, lebih cepat kita boleh mengasingkan diri.
Sumber: TikTok
Menurutnya lagi, beliau telah meminta MDA untuk bertindak mengesan atas test kit yang dikatakan tidak cukup tepat dan KKM akan terus memantau test kit yang ada di pasaran untuk memastikan kualitinya dijaga dengan baik.
Walau bagaimanapun, PCR masih boleh digunakan untuk tujuan ke luar negara atau masuk ke Malaysia dan diingatkan, tidak perlu sahkan keputusan positif ujian kendiri dengan ujian PCR. Jika keputusan di RTK sudah positif ia bermakna korang memang sudah dijangkiti COVID-19.
Diharap pencerahan daripada KJ ini cukup jelas dan selepas ini jika berlaku gejala-gejala COVID-19 korang tidak perlu lagi panik dan lakukankan sahaja ujian RTK Antigen di rumah.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bila sebut Mydin, ramai yang tahu kerana ia sebuah pasaraya yang menjual kelengkapan rumah dengan harga cukup murah juga borong. Jika dahulu Mydin hanya menjual peralatan rumah namun hari ini pasaraya itu telah mempelbagaikan cabang perniagaannya termasuk menjual barangan basah bagi memudahka warga kota membeli belah dalam satu bumbung.
Dalam pada itu, ramai juga mengenali Pengarah Urusan Mydin Holding Mohamed Holdings Berhad iaitu Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin yang sangat humble.
Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin berkongsi kisah kejayaan Mydin dalam satu temubual bersama Radio IKIM
Dua hari lalu, bos yang humble nie berkongsi rahsia dengan pendengar bagaimana dirinya menguruskan Mydin Holding dalam satu temu bual dengan Ikim.FM. Apa yang menariknya Dr Haji Ameer telah berkongsi jatuh bangun dalam dunia perniagaan termasuk memberi tips. Antara yang menariknya ialah mesti mengahwini pasangan yang betul serta sentiasa supportive kalau nak berjaya dalam bisnes.
Beliau turut menasihati bagaimana perlu mengawal belanja agar kita ada simpanan pada masa depan. Paling rare katanya, kalau mak bapak ada syarikat, kita mesti kerja dengan orang dulu untuk timba pengalaman sebelum masuk ke syarikat sendiri.
Hah, korang mana-mana yang masih bujang dan ada cita-cita nak jadi buat bisnes satu hari nanti, pastikan pasangan korang “sama kepala” dengan otak bisnes korang tu ya. Barulah boleh berjaya dan kaya. Catatan nota dari bos besar Mydin ini telah disalin dan diringkaskan oleh Puan Suhaili Ikhsan, seorang Ketua Pegawai Ekskutif di ABS Education Sdn Bhd.
Bacalah bagaimana orang lain catat kejayaan, mana tahu korang terinspirasi pula satu hari nanti.
Ramai yang membeli barangan di Mydin kerana harganya yang agak murah dan berpatutan
23 nota catatan bual bicara Founder Mydin di Ikim.FM:
Sentiasa berkira-kira untuk membeli sesuatu. Bukan sebab tak ada duit, tapi kenapa kena beli?
Menyusun duit. Dari kecil lagi beliau dilatih oleh bapa beliau apabila mengira duit, duit disusun dahulu. Susun duit kepala agung mesti berada di sebelah kanan.
Duit syiling mesti simpan dalam tabung.
Jangan beri duit mudah kepada anak, walaupun kita mampu.
Latih diri & keluarga kita supaya independent.
Sentiasa monitoring (semak) kerja kita.
Jika buat silap, betulkan kesilapan, move on, jangan ungkit-ungkit lagi. Jalan terus!
Setiap keputusan ada kesannya. Mesti buat keputusan dan berani tanggung risikonya.
Tugas pengurus adalah mengurus & memastikan unit yang diuruskan berjalan lancar. Maka, jika ada staf di bawah pengurus tersebut tidak melakukan kerja yang sepatutnya, adalah menjadi tanggungjawab pengurus menyelesaikan tugasan tersebut macam mana cara sekalipun.
Retail is detail. Micro manage baru empower.
Mengurus family bisnes – mesti ada satu ketua. Ketua buat keputusan akhir.
Loyalty – setia.
Anak-anak founder atau keluarga founder nak kerja dalam Mydin, mesti kerja di luar dahulu selama 5 tahun baru masuk dalam bisnes Mydin. Bekerja dalam bisnes yang kita akan ceburi. Berkuli & cari pengalaman.
Fokus dalam berbuat sesuatu. Sehingga jadi expert. Berkembang pun dalam jenis bisnes yang sama.
Apabila berbisnes, mesti mula dari bawah. Bina asas yang kukuh. Berkembang sedikit demi sedikit.
Pilih siapa yang patut jadi pelanggan bisnes kita. Kita tak boleh jual kepada semua orang. Semua orang tak boleh jadi pelanggan kita.
Kena bezakan bisnes kita dengan pesaing kita. Apa unik bisnes kita berbanding pesaing?
Jaga hubungan baik dengan supplier. Ada masa langit tak selalu cerah. Ada masa supplier jadi payung kita. Ada masa yang lain kita pula jadi payung supplier kita.
Apakah rahsia kejayaan bisnes Mydin? Kahwin pasangan yang betul, yang supportive.
Apa cerita & skrip kita kepada anak-anak akan membantu pembentukan mindset dan masa depan mereka.
Success means happiness.
Masa tua nanti, kita akan bertanya apakah usia kita selama ini diperuntukkan untuk berbuat perkara yang betul.
Pastikan setiap hari kita berada di dalam doa ibu ayah kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam 11 Disember telah berlaku satu tragedi sedih menimpa lima remaja sekolah berusia antara 15-19 tahun dipercayai rentung selepas tempat kerja mereka meletup.
Dalam kejadian sekitar jam 1.50 petang semalam, empat remaja sekolah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menglembu yang bekerja secara part time di sebuah syarikat penyediaan majlis, Mohammad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohamad Ekmal Izzuddin Mohamad Kamari, 16; Mohammad Nuraiman Abdul Rahman, 16 dan Ahmad Faizal Aminuddin, 16, ditemui rentung selain seorang lagi rakan mereka Muhamad Azhar Shah Rosli, 19. Turut ditemui maut di tempat kejadian ialah pemilik premis iaitu P Thiagarajan, 40.
Apa yang sangat menyedihkan dalam tragedi menyayat hati ini, kesemua mangsa tidak sempat menyelamatkan diri kerana berlaku letupan kuat diikuti percikan bunga api umpama sebuah pertujukan sambutan Tahun Baru kerana percikan terlalu jauh.
Ahli keluarga mangsa ditenangkan selepas tidak mampu menahan kesedihanAnggota bomba melakukan pemeriksaan rapi di lokasi kejadian yang berlaku di Taman Perindustrian Jelapang Maju, Jelapang,Ipoh.
Harian Metro melaporkan, seorang saksi kejadian, P Appu, 48, yang juga abang kepada mangsa berkata, ketika kejadian adiknya Thiagarajan, 40, bersama isteri serta lima pekerja berada dalam premis yang turut menjalankan perniagaan pusat sehenti penganjuran majlis termasuk bahan letupan berlesen, bunga api, dan kesan khas.
“Saya pula berada di kaki lima premis ketika itu, dan tiba-tiba mendengar letupan kuat disusuli percikan bunga api serta kebakaran di tingkat atas bangunan dua tingkat berkenaan.
“Saya cuba membantu dengan memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api, namun tidak berjaya kerana api marak dengan cepat.
“Takut, terkejut dan sedih apabila mendengar jeritan mangsa meminta tolong tetapi saya tidak dapat membantu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di taman perumahan berhampiran pada sebelah malam, dan tinggal di premis perniagaan adiknya itu pada waktu siang.
“Masa kejadian adik saya dan lima pekerja Melayu berusia lingkungan 20-an berada di tingkat atas, manakala adik ipar pula berada di ruang pejabat di tingkat bawah dan terselamat.
“Saya sudah tinggal di sini sejak adik menjalankan perniagaannya lebih 10 tahun lalu,” katanya.
Antara jenazah yang dibawa keluar dari lokasi kejadian
Sementara itu, seorang penduduk yang mahu sebagai Ahmad, 50-an, berkata berlaku letupan kuat dan gegaran ketika kejadian berlaku.
“Ketika itu saya berada di rumah yang terletak kira-kira 150 meter dari rumah kedai berkenaan dan sebaik letupan berlaku saya keluar rumah untuk memeriksa.
“Saya melihat kepulan asap seperti cendawan berserta percikan dan letupan seperti pertunjukan bunga api dengan serpihannya berterbangan hingga ke kawasan perumahan kami,” katanya.
Mohammad Nor Ikram (dua, kiri) dan Mohd Ekmal (dua, kanan) terkorban dalam kejadian kebakaran semalam
5 Sahabat Dikebumikan Satu Liang Lahat
Jenazah lima sahabat yang terkorban dalam kebakaran rumah kedai di kawasan perindustrian Jelapang Maju, semalam akan dikebumikan dalam satu liang lahad. Persetujuan itu dicapai ahli keluarga masing-masing memandangkan persahabatan semua mangsa yang terjalin sejak kecil.
Bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak, 45, berkata, hubungan mereka juga tidak ubah seperti adik beradik.
“Ke mana saja mereka pergi atau ada aktiviti mesti buat sama-sama, jadi semalam kami dah bincang dan ambil keputusan untuk kebumikan bersama dalam satu liang lahad,” katanya.
Semua jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pari, hari ini.
Waris dan ahli keluarga semua mangsa dilihat sudah berada di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sejak jam 7 pagi lagi bagi proses pengecaman.
Seorang lagi bapa mangsa, Mohamad Kamari Talib, 53, berkata, mereka dipanggil untuk menjalani ujian DNA, pagi ini selepas proses pengecaman sukar dilakukan berikutan keadaan mangsa yang rentung.
“Ada mereka minta kami bawa laporan perubatan dan pergigian, tetapi manalah ada, tak pernah buat pun. Saya sendiri tak dapat nak cam anak saya, jalan paling selamat buat DNA,” katanya.
Proses pengecaman dijangka selesai menjelang tengah hari.
Aminuddin Tan, 40, pula mengharapkan proses berkenaan dapat diselesaikan secepat yang mungkin bagi membolehkan urusan pengkebumian dijalankan.
Katanya, persiapan pengkebumian telahpun dimulakan, awal pagi tadi.
“Kami semua cuma harap selesai cepat dan dapat kebumi seboleh-bolehnya tengah hari ini,” katanya.
Kerajaan negeri tanggung kos pengebumian
Sementara itu kerajaan negeri akan menanggung kos pengkebumian semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran rumah kedai di kawasan perindustrian Jelapang Maju, semalam.
Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar, Dr Abdul Aziz Bari berkata, lain-lain bantuan yang diperlukan ahli keluarga juga akan berikan bagi memastikan kelancaran pengkebumian hari ini.
“Saya dimaklumkan oleh keluarga bahawa persiapan pengebumian telah dimulakan jadi kerajaan negeri akan menanggung segala kos berhubung pengebumian.
“Kebetulan kelima-lima remaja ini dari kawasan Dun saya, jadi buat masa ini kita akan uruskan kos, bantuan yang lain kita bincang dengan keluarga kemudian,” katanya ketika menemui ahli keluarga mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), pagi ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!