Enggan penonton salah faham, pelakon dan usahawan, Sasha Abedul tampil menjelaskan bahawa penggambaran filem seram Malam Terlarang dilakukan sebelum dirinya berhijab.
Aktres yang mula bertudung pada pertengahan tahun lalu itu berkata, selepas membuat keputusan untuk berhijrah, dia sentiasa berdoa agar terus istiqamah menjaga aurat.
“Saya tidak bertudung dalam Malam Terlarang kerana filem itu dihasilkan sebelum saya berhijrah iaitu Julai tahun lepas.
“Jadi saya nak maklumkan kepada sesiapa yang menonton filem ini nanti bahawa saya bukannya buka tudung kerana dibikin sudah lama, satu tahun yang lalu.
“Hanya tahun ini Malam Terlarang masuk pawagam,” katanya ketika ditemui pada malam gala filem tersebut, baru-baru ini.
Ads
Filem arahan Nurhanisham Muhammad itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Sofea Jane, Sabri Yunus, Hasnul Rahmat dan Sharifah Haneesya.
Malam Terlarang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Oktober lalu.
Ads
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi terkenal, Dua Lipa baru-baru ini mencuri perhatian selepas mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat teknologi gergasi Korea Selatan, Samsung Electronics berhubung dakwaan penggunaan imejnya tanpa kebenaran pada kotak pembungkusan televisyen di Amerika Syarikat.
Difahamkan, pelantun lagu ‘Dance The Night’ dan ‘Levitating’ itu menuntut ganti rugi sebanyak AS$15 juta (kira-kira RM64.5 juta) selepas mendakwa wajahnya digunakan bagi tujuan pemasaran produk Samsung.
Memetik laporan CNN, penyanyi berusia 31 tahun itu mendakwa beliau tidak pernah memberikan sebarang persetujuan atau menandatangani perjanjian dengan Samsung untuk membenarkan penggunaan gambarnya pada pembungkusan TV. Malah, pasukan guaman beliau turut mendakwa tindakan tersebut seolah-olah memberi gambaran bahawa Dua Lipa mempunyai kerjasama rasmi dengan jenama berkenaan.
Menurut dokumen mahkamah yang difailkan di California, imej yang digunakan itu dipercayai diambil ketika persembahan Dua Lipa di Austin City Limits Festival pada tahun 2024. Pasukan penyanyi itu juga mendakwa Samsung gagal mematuhi beberapa permintaan supaya syarikat berkenaan menghentikan penggunaan imej tersebut walaupun notis sudah diberikan berulang kali.
Lebih mencuri perhatian, peminat di media sosial mula memanggil pembungkusan tersebut sebagai “Dua Lipa TV Box” selepas gambar kotak televisyen itu tular di beberapa platform. Malah, ada beberapa pengguna yang mengakui mahu membeli televisyen tersebut hanya kerana wajah Dua Lipa terpampang pada kotaknya.
Sementara itu, menurut Samsung Electronics, imej Dua Lipa digunakan bagi mempromosikan kandungan daripada rakan pihak ketiga yang tersedia menerusi platform Samsung TV Plus. Pihaknya menjelaskan gambar tersebut dibekalkan oleh rakan kandungan mereka dan digunakan hanya selepas menerima jaminan bahawa kebenaran rasmi telah diperoleh termasuk untuk kegunaan pada kotak jualan runcit.
Dalam kenyataan sama, Samsung turut menafikan dakwaan salah guna secara sengaja terhadap imej penyanyi itu.
“Samsung mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap Ms. Lipa dan hak harta intelek semua artis. Kami kekal terbuka untuk mencapai penyelesaian yang konstruktif bersama pasukan beliau,” jelas kenyataan tersebut.
Untuk rekod, Dua Lipa merupakan antara selebriti antarabangsa yang aktif menjalinkan kerjasama komersial bersama jenama terkenal dunia seperti Puma, Versace dan Yves Saint Laurent. Malah, beliau juga pernah bekerjasama dengan Apple, Porsche dan Chanel selain kini menjadi duta global untuk Nespresso.
Selain itu, kes saman ini sekali lagi membuka perbincangan mengenai hak penggunaan imej selebriti dalam dunia pemasaran moden, lebih-lebih lagi apabila nama besar seperti Dua Lipa terlibat. Buat masa ini, kedua-dua pihak masih belum mencapai sebarang penyelesaian rasmi dan kes tersebut dijangka terus menjadi perhatian ramai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah menjadi lumrah manusia yang punya rupa paras menarik bila banyak peluang terbuka luas untuk mereka memasuki bidang peragaan.
Bukan hanya selebriti boleh menjadi model terkenal, tak terkejut juga kami bila melihat seorang atlet di pentas runaway.
Berikut merupakan senarai lima atlet dunia yang bukan saja hebat dia pentas sukan, namun tak kurang hebatnya beraksi sebagai seorang model.
1. Fredrik Ljungberg
Walaupun sudah berusia 40 tahun, tapi bintang bola sepak yang berasal dari Sweden ini masih laku untuk menjadi wajah iklan jenama-jenama terkenal seperti Nike, Procter & Gamble, L’Oreal, Puma, Beats, ESPN dan Pepsi. Tengok gaya pun masih seksi kan?
2. Hidetoshi Nakata
Andrea Tenerani yang merupakan photographer untuk GQ di Itali berkata,”Nakata adalah sempurna seperti seorang model dan dia sangat obses tentang fesyen.”
Mana taknya, memiliki fizikal yang tinggi, kacak dan berbadan sasa sudah pasti menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana.
Perghh..
3. Christian Sprenger
Perenang dari Australia yang hebat dalam stail breaststroke ini sudah pun bersara tetapi juara Olimpik ini telah berkolaborasi dalam kempen pakaian dalam lelaki di Australia.
4. Thom Evans
Pemain ragbi yang berusia 32 tahun ini berasal dari Zimbabwe dan pernah menjadi model untuk D. Hedral dan duta bagi minuman Coca Cola.
5. Cristiano Ronaldo
Siapa tak kenal dengan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo. Bukan hanya terkenal dengan aksi hebatnya di padang, Ronaldo juga meraih pendapatan yang banyak dengan menjadi duta serta model jenama terkenal dunia seperti Nike, Sacoor dan mempunyai produk jenamanya sendiri.
Percaya atau tidak, satu posting IG review di laman instagramnya bernilai AS$400,000 bersamaan RM1.68 juta. Ha, berani ke tak pengusaha online nak bintang bola sepak Portugal ni review produk mereka? Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Salah satu telenovela tahun 90-an yang popular ialah ‘Yo Soy Betty, La Fea’. Pasti ramai yang mengikuti telenovela ini kerana watak utamanya, Betty sangat menghiburkan. “Yo Soy Betty, La Fea” yang mengisahkan tentang gadis bernama Betty ini sering dipandang hina kerana wajahnya yang kurang cantik. Signature look Betty adalah kaca mata tebal, rambut bang, pakaian oversized dan braces.
Bintang utama telenovela yang pernah mencetuskan fenomena ini dibintangi oleh Ana Maria Orozco, aktres Colombia yang memiliki kecantikan yang luar biasa!
Mencecah usia 49 tahun, dalam diam ramai yang kagum dan terpesona dengan kecantikannya. Bukannya makin meningkat usia, makin nampak tua. Tetapi makin lama makin nampak muda, langsung tak menua!
Aktres dan juga ibu kepada dua anak ini sering tampil bergaya seperti orang muda. Dengan rambut panjangnya yang hitam lebat itu, naikkan lagi seri dan kecantikan semula jadinya.
Cantik betul Ana Maria Orozco ni. Betul-betul tak dimakan usia.
Tapi memang tidak dinafikan ketika zaman kegemilangan telenovela di Malaysia, pendek kata, memang tak pernah missed la setiap episod. Apa yang kami faham, telenovela Amerika Latin ni sarat dengan drama dan konflik keluarga atau percintaan, itu yang membuatkan peminat tegar drama ini ‘melekat’ depan tv.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin berkongsi fasa bahagia selepas bergelar isteri, kisah perkenalan dengan Esmeer Mansor serta bagaimana cinta dan kematangan mengubah hidupnya.