Penyanyi dan pelakon terkenal, Minho daripada kumpulan SHINee baru-baru ini mencuri perhatian selepas mendedahkan rutin pemakanannya yang unik dalam usaha mengekalkan bentuk tubuhnya yang atletik dan berotot.
Menerusi sebuah episod terbaru rancangan televisyen ‘I Live Alone’, Minho atau nama sebenarnya Choi Minho (35) berkongsi mengenai rutin harian beliau selepas pulang ke rumah daripada menjalani aktiviti berkebun bonsai. Rasa lapar yang mula dirasai membuatkan pelantun lagu ‘Tempo’ itu segera menuju ke peti sejuk untuk menyediakan makanan.
Bukan sekadar menikmati hidangan ringan, Minho dilihat merebus sejumlah telur sebelum menjadikannya sebagai salah satu sumber protein dalam diet hariannya. Menurutnya, telur rebus sememangnya antara makanan yang sering dinikmatinya, terutama sejak mendapat nasihat berkaitan pengambilan protein selepas menjalani pemeriksaan komposisi badan.
Ads
“Telur rebus memang sedap. Saya selalu makan telur. Biasanya saya tidak terlalu menjaga pemakanan, tetapi selepas menjalani ujian komposisi badan, doktor memberitahu bahawa saya kekurangan protein,” katanya.
“Jadi, kebelakangan ini saya banyak makan telur. Lebih daripada 20 biji setiap dua hari,” jelasnya.
Minho kemudiannya dilihat menyediakan telur tersebut dengan membelahnya kepada dua sebelum dinikmati bersama timun dan cho-gochujang, iaitu sos berasaskan gochujang yang mempunyai rasa masam dan manis. Hidangan berkenaan turut mempunyai nilai sentimental buatnya kerana mengingatkan kepada makanan yang pernah dinikmatinya sebelum ini.
Menariknya, rutin makan Minho tidak terhenti pada telur sahaja. Selepas menikmati hidangan berkenaan, beliau meneruskan hidangan kedua yang terdiri daripada ramen bersama kimchi, sebelum mengakhiri sesi makannya dengan menikmati tiga biji buah pic.
Ads
Walaupun terkenal dengan imejnya yang aktif serta fizikal yang atletik, Minho bagaimanapun menjelaskan bahawa dirinya bukanlah individu yang sentiasa mengamalkan diet ketat. Sebaliknya, pengambilan telur yang banyak itu dilakukan sejak mengetahui keperluan tubuhnya terhadap protein adalah lebih tinggi.
Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian penonton kerana ia memperlihatkan sisi kehidupan Minho di luar pentas, termasuk rutin pemakanan dan gaya hidupnya ketika tidak terikat dengan jadual sebagai seorang artis. Dalam masa sama, disiplin menjaga kecergasan terus menjadi antara perkara yang sinonim dengan anggota SHINee tersebut.
Sumber: MBC
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Agak-agaknya apa perasaan korang bila dinobatkan menjadi perempuan paling cantik di dunia? Mesti bangga kan? Hiks!
Menurut kajian yang telah dibuat oleh Greek Golden Ratio of Beauty Phi, Bella Hadid telah pun dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia kerana mencapai hampir 94.35% tahap kesempurnaan Golden Ratio, menjadikkan individu ini paling dekat dengan idea kesempurnaan Greek Purba.
Kajian ini telah dijalankan oleh pakar bedah plastik Dr. Julian De Silva yang membuat penilaian khusus terhadap mata, bulu kening, hidung, bibir, dagu, rahang dan bentuk muka beberapa selebriti wanita terkenal dunia.
Beyonce berada di tempat kedua, diikuti Amber Heard dan tempat keempat adalah Ariana Grande.
Kalau korang tak tahu, The Golden Ratio ini merupakan persamaan matematik yang dicipta oleh orang Greek dalam menilai kecantikan wajah seseorang.
Mengikut perkongsian De Silva di laman instagramya, beliau menjelaskan bagaimana persamaan itu dikira dan katanya, ia sudah mula digunakan sejak zaman Kebangkitan Eropah, di mana para selebriti akan menggunakan ratio daripada kaedah persamaan matematik sebagai bantuan dalam menghasilkan karya mereka.
Hm, macam mana guys? Korang bersetuju tak dengan kajian yang mereka buat dengan memilih Bella Hadid sebagai wanita paling cantik di dunia? Hehe!
Penyanyi, Ara Johari meluahkan rasa syukur apabila tidak pernah menerima mesej berbaur gangguan seksual atau sebarang gangguan pelik daripada golongan wanita di media sosial.
Ara atau nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari (27) berkata, dia masih trauma dengan insiden tahun lalu sewaktu tangannya tiba-tiba dicium oleh seorang lelaki selepas membuat persembahan di Nilai, Negeri Sembilan.
“Setakat ini, saya belum pernah terima lagi DM yang tidak senonoh daripada golongan wanita di media sosial sebab kebanyakan pengikut adalah lelaki,” katanya.
“Mereka (pengikut lelaki) itu bukan saja menghantar mesej tidak senonoh, tetapi saya juga ada terima gambar yang tidak elok sampaikan saya rasa stress”
Menurut pelantun lagu Paku ini, situasi menerima DM kurang senonoh daripada pengikut lelaki di media sosial merupakan hal yang kerap dihadapi oleh ramai artis wanita sepertinya.
“Sebenarnya, ramai saja artis wanita lain yang mungkin terkena macam apa saya pernah dapat ini, tapi saya sekarang sangat berhati-hati apabila membuat perkongsian di media sosial”
“Kalau nak kongsi sesuatu pun, saya akan elak beri maklumat terperinci seperti lokasi, masa dan sebagainya demi menjaga keselamatan diri,” tambahnya lagi.
Sekadar info, Ara Johari baru sahaja melancarkan single terbaru yang berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL), lagu hasil ciptaan komposer dari Indonesia, Ilham Baso yang bergenre balada. Lagu itu juga kebetulan dekat dengan pengalaman dirinya yang pernah mengalami patah hati dalam perhubungan dengan kekasih.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem epik yang dinanti-nanti tahun ini, Jumanji: The Next Level bakal menemui korang di pawagam tidak lama saja lagi.
Filem yang dibintangi oleh Dwayne Johnson, Jack Black, Kevin Hart, Karen Gillan, Nick Jonas, Awkwafina, Danny Glover, Danny DeVito mengisahkan tentang Bethany, Fridge dan Martha kembali ke dunia "Jumanji" untuk menyelamatkan Spencer yang disedut ke dalam permainan video itu. Apabila rakannya, Milo, dan datuk Spencer, Eddie, mengetahui perkara itu, mereka tidak sengaja turut disedut masuk ke dalamnya.
Kumpulan itu menyedari bahawa permainan video tersebut telah berubah, termasuk avatar mereka yang sudah bertukar. Situasi itu tidak seperti yang mereka jangkakan dan kini mereka perlu mengembara menerusi gurun pasir hingga ke pergunungan salji demi meloloskan diri dari permainan video berbahaya itu.
Pelakon meningkat naik, Sharmaine Alexander tidak ambil hati sekiranya ada yang menganggap dirinya ‘membazirkan’ usia 20-an kerana memilih untuk memberikan tumpuan kepada pelajaran.
Bagi bekas...