Industri hiburan Malaysia semakin berkembang dengan kelahiran bakat-bakat baru yang tumbuh bagaikan cendawan.
Namun begitu, masih ada remaja yang berpotensi menyertai bidang glamor ini tidak tahu macam mana nak mulakan langkah pertama mereka.
Untuk korang yang berbakat dan meminati bidang modeling atau lakonan, Glitz Talent Hub telah pun menyediakan platform yang merupakan ruangan paparan profil personaliti laman web Glitz.my.
Ads
Laman web ini akan mengumpulkan bakat-bakat individu yang ingin menyerlahkan diri dan dikenali terutamanya kepada industri yang sedang mencari talent. Manalah tahu ada pihak-pihak tertentu yang tertarik dengan personaliti dan bakat korang kan?
Tak kiralah macam mana bentuk badan korang, tinggi, rendah, gemuk atau kurus, apa yang paling penting adalah bakat yang diutamakan.
Ads
Ads
Bagi yang berminat menyertai Glitz Talent Hub, korang boleh mendaftar dengan yuran sebanyak RM150. Foto dan informasi ringkas korang akan dipaparkan pada laman web tersebut. Selain itu, korang juga akan mendapat kemeja T Glitz, comcard yang dibuat khas bersaiz A4 dan majalah pilihan percuma.
Sesi fotografi (casting) Glitz Talent Hub dibuka pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat pada jam 2 petang kecuali hari Jumaat pada jam 3 petang. Dapatkan info terkini di Facebook Glitz My dan Instagram @glitz my. Sebarang pertanyaan sila whatsapp 014-9835243..
All the best gaiss!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepanjang musim rakyat Malaysia berhati-hati dengan perebakan wabak pandemik Covid-19, tidak dinafikan pelbagai jenis pelitup muka ataupun face mask yang telah diperkenalkan di pasaran.
Ada yang dijual pada harga mampu milik, ada juga yang mendapat sentuhan pereka fesyen tempatan. Haa, yang penting bukannya cantik warnanya ataupun tidak tau, tetapi keselesaan dan keberkesanan face mask tersebut.
Tak lama lagi, jenama minimal popular daripada Jepun, Uniqlo akan mengeluarkan rangkaian face mask mereka sendiri!
Menurut pengumuman mereka pada minggu ini, face mask di bawah koleksi AIRism itu akan menemui pasaran di Malaysia pada 14 September ini dan boleh didapati di stor serta secara dalam talian.
Uniqlo telah menerima permintaan ramai untuk menyediakan face mask yang mampu menjamin rasa selesa dan selamat oleh pelanggan setia mereka. Apatah lagi, ramai yang inginkan rekaan serba minimal tetapi kekal fashionable.
Ia mempunyai lapisan triple-layer yang mengekalkan keberkesanan 99%. Di bahagian tengah mask itu mempunyai filter untuk menapis sebarang punca bakteria dan kandungan asing daripada memasuki rongga hidung dan mulut. Di antaranya pula adalah fabrik mesh AIRism serba selesa.
Bukan itu saja, ia juga mempunyai kadar UPF 50 tau! Jadi, sebahagian daripada wajah korang akan terlindung daripada sinaran ultraviolet sehingga 90%.
Bagi yang risau sekiranya ia akan lembik selepas basuhan yang terlalu kerap, jangan risau lagi kerana face mask AIRism ini mampu bertahan sehingga 20 kali basuhan pada suhu 40 darjah.
*
Berminat? Jangan lupa untuk menantikan face mask ini okay. Ia boleh didapati dalam saiz dewasa dan kanak-kanak.
Namun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, tak semua orang boleh memakai face mask ya.
Kematian bekas ahli kumpulan One Direction, Liam Payne akibat terjatuh dari balkoni aras tiga sebuah hotel di Argentina pada 16 Oktober lalu masih dirasai oleh para peminatnya di Malaysia.
Hasil ujian toksikologi yang dilakukan pakar di Buenos Aires, ia menunjukkan Liam, 31 mempunyai kesan gabungan pelbagai jenis dadah dalam sistem badannya ketika maut.
Memetik laporan Page Six, hasil bedah siasat mendapati Liam mengambil dadah jenis kokain merah jambu, benzodiazepin dan sejenis penenang (atau sedatif) ketika terjatuh. Dadah kokai meerah jambu ini biasanya mempunyai campuran methamphetamine, ketamin, MDMA dan lain-lain kandungan merbahaya.
Laporan Page Six juga mengesahkan wujudnya pengaruh alkohol di dalam bilik hotelnya yang sudah dibuang sepenuhnya selepas kematian.
Liam (kiri) bersama ahli kumpulan One Direction, Niall Horan.
Acara Tribut Undang Kecaman
Dalam pada itu, sebuah acara tribut bagi memperingati pemergian idola kegemaran Directioners di Malaysia telah mengundang kecaman pelbagai pihak.
Acara yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur (lokasi spesifik hanya akan dimaklumkan kepada peminat yang menghubungi talian telefon yang tertera pada poster.) pada 26 dan 27 Oktober 2024 itu difahamkan dilakukan dengan kolaborasi bersama media radio tempatan, Hitz Malaysia.
Antara momen acara memperingati Liam Payne di Hyde Park, London baru-baru ini. Sumber: CNN
Menurut hantaran di media sosial Hitz semalam, ia mengajak para peminat untuk sama-sama berkumpul bagi memperingati mendiang dan meraikan impak gemilang beliau dalam kehidupan setiap peminat sejak melakukan debut bersama One Direction dalam program X-Factor Uk sehingga ke akhir hayat.
“Sertai perhimpunan ini untuk berkongsi memori yang tersemat dalam diri kita dan memperingati legasi indah Liam. Semoga berehat dalam ketenangan, Liam,” catat kapsyen hantaran tersebut.
Selain itu, Hitz turut mengesyorkan agar peminat membawa bersama foto, jambakan bunga, surat, belon, lilin, tanglung dan apa-apa jenis mainan ‘plushies’ yang ingin mereka serahkan buat mendiang.
Meninjau ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen menyeru agar peminat Liam dan One Direction yang beragama Islam untuk tidak menyertai acara memperingati mendiang itu kerana dikhuatiri boleh menyimpang daripada ajaran akidah sebenar.
Sebilangan netizen lain juga musykil mengapa acara terbuka sedemikian perlu dilakukan bagi mengagungkan seorang selebriti yang menyebarkan nilai negatif melalui pengambilan bahan terlarang seperti dadah dan alkohol sehingga mengakibatkan kematiannya.
“Tidak perlulah lakukan tribut begini. Cukuplah mendoakan yang terbaik untuk ahli keluarga dan rakan-rakan akrabnya.”
“Pada pandangan saya, lebih baik yang beragama Islam tidak sertai benda-benda macam ini. Aku pun sedih dengan pemergian beliau tapi sudah-sudahlah ikut cara negara luar.”
“Setakat muat naik hantaran RIP sudahlah. Tak perlu meratap secara terbuka seperti di acara ini.”
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan acara penghormatan terakhir yang pernah dilakukan kepada mendiang ahli kumpulan SHINee, Kim Jonghyun pada tahun 2017 dan bagaimana sebahagian peminat Muslim yang menyertai acara berkenaan menerima kecaman hebat daripada netizen.
Penyanyi Amerika Latin, Marc Anthony baharu sahaja melangsungkan perkahwinan kali keempatnya kepada isteri pilihan, Nadia Ferreira yang juga merupakan naib juara pertandingan ratu cantik, Miss Universe 2021.
Acara resepsi yang dilangsungkan secara tertutup namun masih meriah di Miami Florida pada 28 Januari lalu telahpun dihadiri oleh rakan selebriti terkenal termasuklah pasangan Beckham, Salma Hayek, Maluma, Luis Fonsi dan Romeo Santos.
Biarpun pertalian perkahwinan ini masih belum mencecah usia sebulan, khabarnya Nadia kini sudahpun hamil dengan anak sulung mereka!
Menerusi satu hantaran foto di akaun Instagram Nadia Ferreira, jelitawan dari Paraguay itu mempamerkan bahagian perutnya yang sudahpun ‘terisi’ bersempena tarikh Hari Kekasih pada 14 Februari 2023.
Para pengikut Nadia dan Marc rata-rata meluahkan rasa gembira bersadur terkejut dengan pengumuman tersebut. Ada juga yang terkesima melihat cincin pertunangan dan perkahwinan berlian yang tersarung pada jari Nadia.
“Hadiah Hari Kekasih terbaik!!! Bersyukur kepada Tuhan di atas kurniaan besar ini dalam hidup kami.”
Yang penting; di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Hehe..
Dalam pada itu, portal Barat melemparkan spekulasi kononnya Marc dan Nadia sudahpun mengetahui berita kehamilan ini sebelum tarikh perkahwinan mereka lagi; sekaligus memaksa pasangan itu mempercepatkan majlis.
Bagaimanapun, Marc dan Nadia memilih untuk menantikan detik paling sesuai bagi mengumumkannya kepada khalayak ramai dan tarikh apa yang lebih sesuai selain Hari Kekasih.
Di Malaysia sendiri, dunia seni hiburan telah menerima berita gembira setelah satu-persatu pasangan selebriti tempatan mengumumkan kehamilan masing-masing sepanjang bulan Februari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!