
Pelakon lelaki dan wanita, Syafiq Kyle dan Mimi Lana sebelum ini dikatakan telah memutuskan hubungan mereka kerana dikatakan tiada persefahaman. Namun begitu, dua figura popular ini nampaknya sering memuat naik foto mesra bersama di media sosial.
Pada hari ulang tahun kelahiran Mimi tahun lalu, Syafiq dilihat menghadiahkannya sejambak bunga dan minyak wangi berjenama mewah. Rata-rata peminat membuat spekulasi bahawa pasangan sejoli ini telah pun berbaik dan bersama semula.
Terbaru, Mimi Lana memuat naik gambar mesra dengan caption “You’ve touched me without even touching me”.
Malah, Syafiq Kyle juga turut berkongsi foto yang sama di Instagram Storynya dengan caption “Oucchh” bersama emoji love.

Ramai selebriti dan rakan artis meninggalkan komen di posting tersebut, seperti gembira dengan perkhabaran baik ini.
![]()
![]()

Persoalannya, adakah benar cinta bertaut kembali? Ramai peminat nak tahu ni. hiks!
Apa-apa pun sama-samalah kita berdoa untuk kebahagiaan mereka. Kalau dah jodoh tak kemana kan?
Sumber: Instagram
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dari 5 Turun Jadi 4 Markah Dari Ajai, Iqbal Redha Masa Di Big Stage 2022 Tamat

Kemunculan Iqbal Zulkefli pada minggu kedua program Big Stage 2022 pada malam ini sekaligus telah menjawab persoalan ramai yang tertanya-tanya sama ada peserta itu akan meneruskan saingan ataupun menarik diri seperti kenyataan beliau di segmen Big Stage Live + pada minggu lalu.
Bagaimanapun, jodoh Iqbal dengan program Big Stage nyanta tidak panjang apabila beliau menerima markah terendah daripada panel juri tetap iaitu Ajai, Datuk Seri Siti Nurhaliza, juri juara Aina Abdul dan juri pedas Mas Idayu.
Lantas, Iqbal terpaksa menerima nasib sebagai peserta pertama yang meninggalkan Big Stage musim keempat pada malam ini.

Pemergian Iqbal yang menyanyikan lagi Ketahuan oleh Matta Band terkesan daripada pemberian sekadar empat markah daripada Ajai; iaitu 1 mata lebih rendah daripada 5 markah yang diberikan beliau pada minggu lalu.
Manakala Datuk Seri Siti dan Aina Abdul masing-masing memberikan 20 markah dan 10 markah kepadanya.
Sambil menasihatkan Iqbal agar tidak meneruskan impian untuk bergelar seorang penyanyi pada masa akan datang, Ajai berkata sekiranya peserta itu ingin serius pun; harus diingat bahawa kerjaya nyanyian tidak terbentuk setelah belajar selama beberapa hari saja.
“It will take time, Iqbal. Ada orang memerlukan bertahun-tahun untuk bergelar penyanyi.
“Kamu kena terima kenyataan yang kamu bukan dilahirkan sebagai penyanyi. Hari ini, saya beri markah sebanyak empat kerana tempo kamu berterabur.
“Bakat (nyanyian) itu adalah pemberian Allah SWT. Straight to the point, kalau kamu berduit macam mana pun, bakat tidak akan boleh dibeli,” kata Ajai lagi yang enggan melihat Iqbal terus dijadikan ‘bahan lawak’ oleh rakyat yang menonton di rumah.
ARTIKEL BERKAITAN : Aisha Retno Tidak Kecil Hati Perhatian Media Lebih Kepada Iqbal, Sempat Bertegur Sapa Di Belakang Pentas – REMAJA
Selain Iqbal, dua lagi peserta yang turut menerima markah terendah pada minggu kedua Big Stage 2022 ialah Megat Rahim dan Lia Aziz.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Parlimen Masih Berbudaya ‘Ageist’, Syed Saddiq Diejek Tak Tentu Fasal Sebelum Sempat Buka Mulut

Tidak sah sekiranya dunia politik Malaysia tidak bergelora pada hari pertama Parlimen bersidang.
Terlalu banyak isu yang berlaku pada hari ini yang boleh dikupas. Namun satu yang paling utama pada pandangan REMAJA adalah budaya ‘ageist’ yang masih sebati dengan dunia kepimpinan tanah air.
Satu klip video daripada sidang Parlimen hari ini itu telah menerima retweet daripada ahli Parlimen Muar.
Kau tengok lah bila orang muda nak berbahas betul-betul. @SyedSaddiq kena ejek, buat lawak bodo, kena perli dengan orang-orang tua yang jadi ahli Dewan.
Apa masalah orang-orang tua ni tak boleh bahas betul-betul ni? Gaji mahal rakyat bayar ni.
Bagi orang muda jaga negara la. pic.twitter.com/lAv8NDqf1P
— luq (@luqmanlong) July 13, 2020
Ia menunjukkan bagaimana ahli Parlimen Jelebu, Tanjong Karang, Baling, Padang Rengas dan Jempol tidak ‘menyempat’ untuk menyindir Syed Saddiq sebelum dia sempat untuk membuka mulut berkenaan penyingkiran (kini bekas) speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff.
Kita ketepikan dahulu inti pati yang ingin diperkatakan oleh Syed Saddiq dalam ucapannya itu dan pandangan politiknya. Apa yang kami ingin fokuskan adalah suara seorang perwakilan muda yang tidak diendahkan.

Apa yang lebih jelas adalah cara ‘Yang Berhormat’ senior ini berperilakukan ‘ageist’ dan seakan-akan menidakkan peluang seorang ahli Parlimen muda untuk menyampaikan sesuatu dengan cara menyindir dan mengejek.
Apa mungkin benar pemikiran kami selama ini bahawa warga Malaysia hanya akan dipandang secara serius selepas seseorang itu melepasi usia 35 tahun? Jika belum mencapai usia itu, kita diajar untuk duduk diam dan jangan sesekali membantah apa yang diperkatakan oleh mereka yang lebih berusia.
Apa benar belia sekarang masih tidak dibenarkan untuk bebas bersuara sedangkan kita mencanai idea bahawa kebebasan bersuara itu adakah hak semua orang.
Sampai bila gaiss? Bukankah kita ini generasi pemimpin pelapis?

Nampaknya, sentimen yang dirasai oleh REMAJA ini turut dikongsi bersama oleh netizen yang rata-rata tidak faham mengapa budaya ‘mengejek’ dan memintas percakapan ahli perlimen lain ini masih diteruskan walaupun kita sudah memasuki tahun 2020?
Menurut pemilik akaun Twitter @ShaanGom dari Kota Kinabalu, apa yang berlaku pada hari pertama persidangan Parlimen sebentar tadi sebenarnya jelas menunjukkan bagaimana cara golongan remaja dan belia Malaysia dilayan dan dipandang rendah.
“Susah sangatkah mahu tutup mulut sekejap dan dengar apa yang dia (Syed Saddiq) ingin sampaikan. Ini belum mula bercakap dah kena ejek,” catatnya.
The level of disrespect towards Syed Saddiq in Parlimen shows how youths are being treated and looked down upon. Susah sangat kah mau tutup mulut skjap ja and listen to what he has to say? Ni pula sebelum mula bercakap suda kena ejek
— Ok Sokmo (@ShaanGom) July 13, 2020
Beberapa akaun Twitter lain turut bersetuju dengan kenyataan malah sudah merasa muak dengan budaya mengejek ini.
Kata @FxrxhSyahirah, “Jujurnya, sidang parlimen akan membuatkan saya cringe kerana sifat tidak matang para menteri. Sidir, jerit-jerit, maki. OMG mereka semua kelihatan amat tidak profesional.”
Ada juga yang menyifatkan ahli Parlimen senior ini tidak tahu membezakan di antara sidang Parlimen dan kedai kopi. Kata @zenneei, “Mereka yang lebih tua itu patut malu. Bagilah peluang orang muda-muda bercakap, baru tahu adab dan peraturan parlimen.”
*
Bagi remaja seperti kita yang duduk di luar bangunan Parlimen dan hanya menonton klip seperti ini pada setiap hari persidangan Parlimen, mungkin kita tidak merasai impak budaya ‘ageist’.
Realitinya, ahli pemimpin muda negara kini masih berdepan dengan cabaran besar untuk mewakili orang muda di arena politik. Suara kita masih diendah-endahkan. Hari ini mungkin Syed Saddiq yang diejek. Esok lusa, entah siapa lagilah yang akan menerima nasib yang sama.
Ingat, respect goes both ways.
Jom lihat beberapa pemimpin wanita kita yang lebih berintegriti berbanding sebilangan Yang Berhormat di dalam video di atas.
TERIMA KASIH – 7 Pemimpin Ini Akan Dirindui Setelah 2 Tahun Pemerintahan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amelia Henderson & Aedy Ashraf Kini Hanyalah Kawan, Tak Rapat Macam Dulu

Pelakon jelita, Amelia Henderson mendedahkan hubungannya bersama aktor, Aedy Ashraf tidak lagi seperti sebelum ini.
Menurut pelakon drama Kisah Cinta Kita itu, antara punca yang membuatkan hubungan mereka menjadi renggang adalah faktor sibuk dan kekangan.
“Saya dan Aedy kini kawan, kami tak rapat seperti dahulu.
BACA LAGI : ‘Terima Kasih Untuk Semua Kenangan Terindah’ -Komen Manis Aedy Ashraf Buat Amelia Henderson

“Mungkin kerana masa kami untuk bersama tidak sesuai dan saya rasa tidak mahu bercerita terlalu jauh tentang perkara ini,” katanya ketika bersiaran langsung di Instagram semalam.
Pada masa sama, Amelia memaklumkan dia dan pelakon berusia 30 tahun itu juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka kerana menghormati antara satu sama lain.
“Apa-apa pun sekarang kami sudah di haluan berbeza dan tiada apa yang boleh diulas.
“Dia adalah seorang aktor hebat dan saya doakan yang terbaik untuk Aedy malah tidak sabar untuk menonton filem Kahar Kapla High Council nanti.

“Adakalanya, sesuatu perkara berakhir kerana masa itu tidak bersesuaian. Sudah lama benda ini berlaku cuma kami tak keluarkan sebarang kenyataan sebab kami saling menghormati,” ujarnya lagi.
Difahamkan, Aedy dan Amelia dikatakan mula rapat selepas sama-sama terlibat dalam drama berjudul Kisah Cinta Kita yang ditayangkan pada hujung tahun 2021.
Setahun kemudian, Aedy membuat kejutan melamar Amelia secara terbuka menjadi kekasihnya di sebuah acara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Aedy Ashraf
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

