Nama Malaysia sekali lagi bergema di pentas antarabangsa apabila seniwati tersohor dunia, Michelle Yeoh, terus dihamparkan karpet merah oleh industri perfileman Hollywood apabila namanya kini diabadikan di Hollywood Walk of Fame pada Rabu.
Anak jati Ipoh, Perak itu diraikan dalam satu majlis gemilang yang turut dihadiri barisan selebriti terkemuka yang pernah bekerjasama dengannya sepanjang karier gemilangnya.
Pada usia 63 tahun, Michelle tampil memukau dalam gaun sutera kuning, diserikan dengan perhiasan barangan kemas perak serta kasut perak bermotif flora. Rambut panjangnya pula dibiarkan lurus mengurai di bahu tampak elegan dan penuh kelas, persis perjalanan seninya yang tidak pernah pudar.
Penerbit Walk of Fame, Ana Martinez, memuji perjalanan seni Michelle dan menyifatkan bintang itu sebagai penghormatan kepada seorang perintis industri.
“Bakat luar biasa, keanggunan dan kerjaya Michelle yang memecah batas telah meninggalkan kesan mendalam dalam industri hiburan.
“Bintangnya mengiktiraf seorang perintis yang terus memberi inspirasi kepada penonton di seluruh dunia,” katanya.
Walaupun suaminya, Jean Todt, tidak dapat hadir kerana berada di India atas urusan kerja, detik istimewa itu tetap dirasai penuh bermakna. Michelle dalam ucapannya menzahirkan penghargaan kepada kedua ibu bapanya atas sokongan sepanjang hidup, selain berterima kasih kepada abang dan kakak iparnya yang sanggup terbang dari Malaysia bagi memberi kejutan di majlis tersebut.
Ads
Lebih menyentuh hati, beliau turut mengenang perjalanan panjangnya dari Malaysia ke pentas Hollywood, iaitu satu laluan yang tidak pernah mudah.
“Laluan dari Malaysia ke sini bukanlah satu garis lurus. Ada masanya saya tertanya-tanya sama ada saya benar-benar layak berada di sini.
“Tetapi saya bertuah kerana menjadi sebahagian daripada kisah-kisah yang melintasi sempadan dan bahasa,” ujarnya.
Dalam masa sama, Michelle merakamkan penghargaan kepada keluarga pilihan serta rakan-rakan industri yang hadir meraikan detik bersejarah itu.
Ads
“Kepada anda semua di sini hari ini, keluarga pilihan saya, terima kasih kerana hadir, berdiri bersama saya dan menjadi sebahagian daripada hidup saya bukan hanya pada saat-saat gemilang tetapi juga ketika sunyi. Kehadiran anda amat bermakna,” kata Michelle lagi.
Untuk rekod, Hollywood Walk of Fame ialah laluan penghormatan yang terletak di Hollywood Boulevard dan Vine Street, Los Angeles dengan menampilkan lebih daripada 2,000 bintang yang diberikan kepada individu atau kumpulan yang memberikan sumbangan besar dalam industri hiburan seperti filem, muzik, televisyen, radio dan teater langsung.
Ads
Ia diuruskan oleh Hollywood Chamber of Commerce dan setiap bintang mewakili pengiktirafan rasmi terhadap pencapaian serta legasi seseorang artis dalam dunia hiburan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada akhir tahun lalu, nama Kim Seon Ho sering disebut-sebut oleh peminat di seluruh negara kerana kontroversinya bersama bekas kekasih yang dikatakan menggugurkan kandungan atas permintaan selebriti itu.
Disebabkan kontroversi tersebut, Kim Seon Ho mendiamkan diri sejurus selepas drama hitnya Hometown Cha Cha Cha berakhir. Dia turut membuat permohonan maaf atas segala perkara yang telah berlaku dan beberapa projek yang disertainya dikhabarkan telah dibatalkan.
Terbaharu, aktor Korea ini dikatakan menolak semua tawaran projek baharu pada tahun 2022 dan hanya menyelesaikan penggambaran filem Sad Tropics yang sudah dijalankan pada tahun lalu.
Menurut Allkpop, terdapat sumber yang mengatakan bahawa Kim Seon Ho hanya akan mengisi jadual kerjanya dengan penggambaran dan hal-hal berkaitan promosi filem tersebut. Tawaran-tawaran lain seperti lakonan, modeling dan sesi bertemu peminat di luar negara juga akan ditolak.
Hm, nampaknya sepanjang tahun ini kita tidak boleh menonton aksi Kim Seon Ho di kaca televisyen melainkan menerusi filem Sad Tropics. Semoga oppa Seon Ho berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nama Aina Abdul menjadi sebutan apabila persembahannya di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) mendapat perhatian ramai apabila dikatakan membawa mesej bunuh diri.
Namun, Aina tidak cepat melatah dan menjelaskan dia tidak pernah terlintas untuk melakukan konsep seperti yang didakwa.
Lihat sahaja kemampuan vokalnya malam itu, jelas sekali gadis ini sudah cuba untuk melakukan sebaik mungkin dalam menyampaikan lagu Sumpah.
Apa yang menarik perhatian kami, Aina juga sering menyanyikan lagu cover di siaran YouTubenya dan tidak dapat dinafikan lagi, kekuatan vokal Aina memang power.
Tak percaya? Jom kita tonton antara lagu cover yang telah dibuat oleh Aina Abdul.
1. I Surrender – Celine Dion
2. Rindu – Agnes Monica
3. Sumpah – Naim Daniel
4. Kau Kekasihku – Dato' Siti Nurhaliza
5. Sampai Bila – Misha Omar
6. Rossa Medley
7. My All – Mariah Carey
Amacam, lagu mana paling power?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berbakat besar, Julia Farhana Marin yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda akui reda apabila keputusan bagi subjek statistik memperoleh keputusan gagal akibat tersalah menghantar tugasan.
Menerusi perkongsiannya di Igstory, pelakon drama Syurga Untukmu itu berkongsi dia tidak menolak kemungkinan kesilapan tersebut berlaku kerana ketika itu dirinya dalam keadaan tidak sihat.
“Buat pertama kali saya gagal peperiksaan. Saya gagal sebab salah hantar assignment. Masa dapat keputusan saya cakap ‘mustahil’, sebab subjek statistik subjek kegemaran saya.
“Saya ingat masa hari hantar assignment saya sedang dalam proses pemulihan Influenza dan saya tersalah kepilkan tugasan. Saya pergi pejabat hari ini, dekat remarks tulis ‘pelajar salah hantar fail’. Pengsan,” katanya.
Dalam pada itu, Julia turut memaklumkan kegagalan subjek itu telah mempengaruhi keputusan pointer (GPA) bagi semester tersebut.
Isteri kepada doktor selebriti iaitu Dr Che Hafiz berkata bagaimanapun berpesan buat diri sendiri dan orang lain agar lebih berhati-hati.
“Jadinya, GPA saya jatuh. Saya tak akan percaya diri saya sendiri kalau sakit lagi. Saya akan minta tolong orang lain hantarkan assignment. Kesilapan saya sendiri.
“Jadi pengajaran untuk diri sendiri. Waktu sakit jangan buat perkara yang penting. Sebelum peperiksaan atau buat tugasan doa banyak-banyak dijauhkan daripada segala penyakit.
“Boleh jadi paling cuai jika sakit. Saya tak pernah lambat siapkan tugasan. Reda,” coretnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BTS Guinness World Records ICONS mencipta sejarah sebagai artis Asia dalam senarai ICONS Guinness World Records dengan pencapaian global, rekod muzik dan pengaruh budaya yang luar biasa.