Sehingga semalam pada jam 12 tengahari, sebanyak 115 kes baru positif COVID-19 dilaporkan.
Ini menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,034 kes. Oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1011 kes. Mereka telah diasing dan diberikan rawatan. Sementara itu 9889 kes telah pulih sepenuhnya.
Memandangkan kes jangkitan dari Sabah semakin menular sama ada melalui pelancongan mahu pun pilihanraya di negeri tersebut yang baru saja berlalu, ia sebanyak mengundang gusar di hati orang ramai mengenai kebolehjangkitan dari individu yang sebelum ini bebas dari dikuarantin (bagaimana pun mulai Sabtu lalu yang balik dari Sabah disaring dan diwajibkan kuarantin 14 hari).
Di sebabkan itu telah tular di grup whatsapp beberapa lokasi dikenal pasti sebagai positif COVID-19 dan rakyat diminta mengelak lokasi dinyatakan.
Ads
Bagaimana pun, hal ini telah dinafikan oleh pihak KKM dan memaklumkan maklumat yang tersebar yang tersebar di media sosial ini adalah tidak tepat sama sekali.
Ads
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kebiasaannya bagi lokasi-lokasi yang telah dilawati kes positif, pihak mereka akan melakukan proses disinfeksi dan nyahkuman.
Ads
Selepas proses ini, ia selamat untuk dikunjungi dengan mematuhi SOP. Maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan pihak lain. Elak stigma. Dapatkan maklumat betul.
Tiada apa lebih menyedihkan jika tinggal keseorangan. Jika ada ibu, ayah dan adik-beradik hidup ini mungkin tidak terlalu sunyi. Namun apabila tinggal keseorangan, seakan hidup sebatang kara, ia sesuatu yang sangat menyedihkan.
Inilah perasaan yang dilalui oleh Elfa Susanti, 29 apabila kemalangan jalan raya malam semalam di Kilometer 37 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Kuala Selangor meragut nyawa tiga kesayangannya sekaligus. Dalam kemalangan ngeri ini, ibunya, Anni Kholilah, 42 serta dua adik beradik perempuannya, Nurkhalisah Ali Yusri, 24, dan Nur Syafiqah, 17, yang menaiki Honda City maut di lokasi kejadian selepas bertembung Nissan Frontier dipandu lelaki berusia 40 tahun dari arah bertentangan.
Berkongsi rasa sebak dilaluinya, jelas Elfa dua hari lalu iaitu pada 22 Ogos, adik beradiknya sempat bergurau tentang apa akan berlaku jika mereka mati bersama. Ternyata apa yang diguraukan benar-benar menjadi kenyataan kerana tiga beranak ini maut di lokasi dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan serentak.
Jelas Elfa Susanti, 29, ketika berkumpul sesama ahli keluarga, mereka ada bergurau mengenai kematian bersama.
"Kali terakhir dapat berbual dengan emak pada malam minggu lalu. Masa itu adik bongsu (Nur Syafiqah) gurau dengan adik nombor dua (Nurkhalisah), katanya jika dia meninggal dunia macam mana sebab dia yang selalu disuruh buat kerja rumah.
"Habis itu kalau kak Lisa (Nurkhalisah) meninggal dunia pula macam mana? Emak pula main-main apabila adik bongsu kata emak janganlah selalu marah adik, nanti kalau adik pergi nanti emak meratap.
"Emak kata, habis kalau emak pergi pula macam mana? Selepas itu saya pun geramlah, habis itu kalau pergi sama-sama pula macam mana saya cakap macam itu. Itulah perbualan terakhir kami bersama," katanya.
Elfa Susanti ditemui di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Batu 14 Puchong, hari ini, selepas ibu dan dua adiknya dikebumikan dalam satu liang lahad.
Menurutnya, tiga ahli keluarganya itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara dari Tanjung Karang.
"Mereka ke rumah emak angkat Nurkhalisah di Tanjung Karang. Saya sepatutnya ikut sekali tetapi sebab saya perlu siapkan (tempahan) kuih karipap, saya katakan emak pergi sajalah.
Emak Berat Hati Nak Pergi
"Emak ada memberitahu berat hati nak pergi. Tetapi saya kata tak apalah emak, seronok-seronok. Nurkhalisah dah lama nak bawa emak makan BBQ di rumah umi (keluarga angkat) di Tanjung Karang," katanya.
Menurutnya, sebelum ke Tanjung Karang kelmarin, ibunya memasak lauk kesukaan iaitu sambal taucu.
"Saya dapat pesanan suara malam tadi, emak tanya sama ada saya sudah membeli barang seperti tupperware, meja dan penyepit kuih kerana hari ini adalah hari pertama kami berniaga kuih," katanya.
Dia berkata, perbualan melalui pesanan suara itu diterima pada 8.30 malam tadi sebelum kira-kira tiga jam kemudian dia mendapat khabar kemalangan yang mengorbankan ibu serta dua adiknya.
Sementara itu, bekas suami Anni Kholilah, Ali Yusri Husin, 58, yang juga Imam II Masjid Jamek Batu 14 Puchong berkata, musibah yang mengorbankan bekas isteri dan dua anaknya itu adalah ujian Allah.
"Bersyukur kepada Allah dan terima kasih orang ramai yang hadir pengebumian anak serta ibunya. Jenazah sampai sini (masjid) dari Hospital Tanjung Karang, kebetulan masuk waktu Subuh. Jadi selepas solat Subuh, jenazah disolatkan pada 7 pagi, kemudian 9.30 pagi buat sekali lagi solat jenazah sebab ramai yang minta. Selesai solat jenazah kemudian selamat dikebumikan pada 10.30 pagi," katanya. Sumber : Harian Metro. Gambar " Fb I Love Tanjong Karang / Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular di media sosial membabitkan negara seberang, Indonesia apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun memilih untuk berkahwin dengan pasangannya, pengantin perempuan berusia 14 tahun. Pasangan ini memilih tarikh 16 Disember 2018 lalu untuk disatukan sebagai suami isteri diikuti majlis meraikan pasangan pengantin.
Tidak dinyatakan nama penuh pasangan pengantin cilik ini namun dipercayai pengantin lelaki bernama Sundi dan Nur Janna bagi pengantin perempuan seperti yang tertera di banting pelamin mereka selain ditulis Happy Wedding.
Namun tidak dinyatakan kejadian ini berlaku di daerah mana. Tetapi di instagram atas nama fakta.indo yang mula menyiarkan berita ini memaklumkan kedua pasangan suami isteri ini bertemu ketika keduanya bermain permainan “waterboom” di sebuah lokasi mandi manda. Cute pulakkan!
Instgram atas nama Indo meviralkan kisah pengantin cilik ini yang baru bernikah 16 Disember laluMajlis pasangan ini siap ada acara bersanding dan memotong kek lagiKenal ketika main permainan air water boom. Boleh ke dik jadi suami pada usia sekecil ini?
Alahai, mesti cinta pandang pertama niekan. Sebab takut cinta pandang pertamanya dikebas orang, anak cilik berusia 9 tahun ini terus mengambil keputusan bernikah dan memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
Wow, kalau budak-budak di sini, baru darjah 3 dan jenuh bawa beg sekolah yang berat. Sekolah pula dua sesi, sekolah kebangsaan dan agama. Bila masa nak suap-suap isteri makankan, ahak!
Ternyata pernikahan di usia muda ini tidak disenangi malah ramai warga twitter di negara seberang membahaskan isu ini yang dianggap kurang relevan bagi seorang kanak-kanak untuk memikul tanggungjawab menjadi seorang suami pada usia sekecil ini.
Ehm, ada yang tanya ini majlis sanding atau sambutan ulang tahun sebab pengantinnya masih kanak-kanak kecilAda netizen yang suruh pakai baju sekolah dari baju pengantin
Ada yang bertanya, tidakkah ibu bapanya berotak atau sudah menggadainya? Malah kata netizen dia amat memerlukan kekuatan untuk tidak memaki hamun mak ayah yang beri kebenaran anak berkahwin pada usia muda ini.
Ada juga komen lebih lawak, mereka ingatkan majlis persandingan itu adalah majlis bersunat, hahaha. Mungkin kerana pengantin lelakinya terlalu kecil.
Ada pula yang terasa tercabar kerana pada usia dewasa belum bertemu jodoh dan semuanya berharap pasangan suami isteri ini menikmati alam kanak-kanak yang sangat indah dan bukannya memikul beban sebagai suami isteri.
Paling tak boleh blah, ada yang siap memberi gambar pelbagai makanan ringan yang mana menurut mereka siapa yang pergi ke majlis itu pasti bawa pulang hadiah begini.
Netizen siap perli. Sure dapat pelbagai makanan ringan kalau pergi ke perkahwinan pengantin cilik begini
Apa komen korang?. Sesuai ke budak-budak menjadi orang dewasa pada usia tidak sepatutnya?
Di Kelantan suatu ketika dahulu ada juga kes begini, lelaki berusia 40 an yang bernikah dengan budak berusia 11 tahun hingga pernikahan mereka perlu difaraqkan. Melalui perundangan negara, lelaki berusia 18 tahun ke atas dan remaja perempuan berusia 16 tahun baru diberi kebenaran berkahwin, itu pun dengan kebenaran mahkamah syariah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sayu hati apabila mendengar perkhabaran buruk pagi tadi tentang kejadian kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung Kuala Lumpur.
Menurut Sinar Harian Online, kesemua pelajar dan guru sedang tidur sebelum bunyi bising umpama ribut sedang berlaku, terus mengejutkan mereka.
“Saya tidur di tingkat dua (tingkat paling atas bangunan tiga tingkat). Saya terus bangun dan ambil air untuk padamkan api, tapi kebakaran terlalu pantas,” kata Mohd Ariff Mawardy, 24, yang baru tujuh bulan mengajar di pusat tahfiz tersebut.
Jeriji besi menyukarkan kesemua mangsa untuk menyelamatkan diri dengan pantas sehingga ada yang terperangkap di tingkap.
Polis memaklumkan, kejadian itu telah meragut 24 nyawa terdiri daripada 22 pelajar tahfiz dan dua guru pusat tahfiz.
Hormati keluarga mangsa
Sementara itu, dalam kekalutan yang berlaku ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar atau video mangsa yang rentung.
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berpesan supaya jangan viralkan gambar atau video mangsa sebagai menghormati keluarga mereka.
Beliau menegaskan bahawa semua pihak perlu menghormati perasaan keluarga yang sedang berduka dengan tragedi itu.
“Saya juga minta orang ramai tidak mudah percaya derma kilat yang sedang tular di laman sosial sekarang ini,”
“Kita tidak mahu pihak mahu ada pihak ambil kesempatan atas tragedi ini, orang ramai boleh hubungi pihak berkuasa memaklumkan sebarang viral berkenaan,” tegasnya lagi.
Surat terakhir buat ibu
Tambah sebak lagi apabila seorang pelajar yang terkorban sempat memberi ibunya surat, semalam. Norhayati Khalid,42, berkata, anaknya Amiel Asyraf Abdul Rashid, 11, memberi surat itu kepadanya ketika menemuinya di pusat tahfiz itu.
“Saya bawakan makanan kegemaran dia, nasi goreng Pataya. Sebelum balik, dia beri saya surat,”
Antara kandungan surat itu adalah dia mahu menolong kedua ibu bapanya masuk ke syurga Firdaus dan meminta maaf jika ada salah silap yang dilakukan.
Tidak dapat kami bayangkan betapa luluh hati seorang ibu apabila mendapat berita kehilangan anaknya. REMAJA doakan agar kesemua keluarga mangsa tabah menerima ujian ini dan semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Salam Tazkiah. Al-Fatihah.
Sumber: Sinar Harian, Berita Harian & Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...