MKN (Majlis Keselamatan Negara) akhirnya telah mengeluarkan kata putus dan mengumumkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dikenakan kepada 6 daerah di negeri Selangor dan diantaranya adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dan berkuatkuasa pada 6 Mei hingga 17 Mei.

Ini Antara Senarai SOP Hari Raya Aidilfitri Yang Korang Perlu Tahu
Sumber: Astro Awani

MKN (Majlis Keselamatan Negara) telah menjalankan perbincangan bersama Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mengenai SOP Hari Raya Aidilfitri yang dijangka bakal disambut pada 13 Mei ini, hasil daripada pembentangan itu, kerajaan akhirnya telah mengeluarkan SOP buat Hari Raya Aidilfitri tahun ini..

Ini Antara Senarai SOP Hari Raya Aidilfitri Yang Korang Perlu Tahu
Sumber: Sinar Harian

1. Takbir raya

IKLAN
  • Takbir raya di masjid/surau dibenarkan bagi kawasan PKP, PKPB, dan PKPP, kecuali bagi kawasan PKPD mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Namun, amalan takbir raya dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan di semua kawasan.

Ini Antara Senarai SOP Hari Raya Aidilfitri Yang Korang Perlu Tahu
Sumber: Sinar Harian

2. Ziarah hari raya 

IKLAN
  • Bagi kawasan PKP, ziarah hari raya hanya dibenarkan pada 1 Syawal dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah, dengan penjarakan fizikal.
  • Kawasan PKPB pula dibenarkan ziarah raya pada 1 hingga 3 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang.
  • Kawasan PKPP pula dibenarkan sehingga 3 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu masa dengan penjarakan fizikal.
Ini Antara Senarai SOP Hari Raya Aidilfitri Yang Korang Perlu Tahu
Sumber: Berita Harian

3. Solat sunat hari raya di masjid/surau

  • Kawasan PKP, PKPB dan juga PKPP, solat hari raya dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak, mengikut ketetapan daripada pihak berkuasa agama negeri.
  • Bagi kawasan PKPD pula tidak dibenarkan untuk solat sunat hari raya.
Ini Antara Senarai SOP Hari Raya Aidilfitri Yang Korang Perlu Tahu
Sumber: Sinar Harian

4. Ziarah kubur

IKLAN
  • Bagi penziarahan kubur di kawasan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tetapi tidak boleh melebihi 6 orang bagi satu petak kubur dan tidak lebih daripada 30 minit.
  • Kawasan PKP dan PKPD adalah tidak dibenarkan.

Walaubagaimanapun, bagi kawasan PKP dan PKPD, jamuan selepas solat sunat hari raya di masjid/surau, rumah terbuka hari raya, dan ziarah kubur adalah tidak dibenarkan, kecuali kawasan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Bagi masjid atau surau, adalah lebih digalakkan untuk menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI