Penyanyi dan pelakon terkenal, Miley Cyrus baru-baru ini dikhabarkan telah selamat mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, Maxx Morando (28) dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Palm Springs, California pada Sabtu.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram milik Miley atau nama penuhnya Miley Ray Cyrus (34), pasangan tersebut dilihat meraikan hari bahagia mereka bersama keluarga serta kenalan terdekat. Majlis berkenaan berlangsung dalam suasana cukup intim di kawasan tepi kolam renang.
Difahamkan, upacara perkahwinan pasangan itu turut dikendalikan oleh vokalis kumpulan The Flaming Lips, Wayne Coyne. Kehadiran individu berkenaan menambahkan lagi sisi unik pada majlis yang hanya dihadiri oleh tetamu terpilih.
Ads
Sebelum ini, Miley pernah berkongsi mengenai detik dirinya dilamar Maxx ketika mereka sedang bercuti di Kyoto, Jepun. “Saya bukan seorang yang mudah dikejutkan kerana saya suka mengawal setiap situasi, namun ketika itu saya benar-benar terkejut,” katanya.
Dalam pada itu, Maxx turut mendedahkan bahawa beliau sengaja menyimpan rahsia mengenai rancangan lamaran tersebut sehingga penghujung percutian mereka. “Saya terpaksa merahsiakannya sehingga penghujung percutian supaya dia tidak dapat meneka apa yang saya rancangkan,” katanya dalam temubual bersama majalah Wonderland.
Dalam majlis istimewa itu, Miley tampil anggun dalam persalinan gaun satin putih berlengan panjang. Penampilannya itu menyerlahkan sisi elegan penyanyi berkenaan ketika melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan.
Ads
Antara ahli keluarga yang dilaporkan hadir termasuk ibu Miley, Tish Cyrus dan adiknya, Noah Cyrus. Kehadiran keluarga terdekat itu sekaligus menjadikan majlis berkenaan lebih bermakna buat pasangan tersebut.
Untuk rekod, Miley dan Maxx sebelum ini mula mencuri perhatian selepas hubungan mereka semakin terbuka kepada umum. Pertunangan mereka kemudiannya disahkan oleh Miley menerusi program televisyen Good Morning America pada Disember lalu.
Kini, selepas melalui fasa pertunangan dan beberapa detik manis bersama, pasangan itu akhirnya memilih untuk mengikat janji sebagai suami isteri dalam sebuah majlis yang sederhana dan tertutup. Tahniah diucapkan buat Miley dan Maxx.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disney sekali lagi mengungguli genre animasi menerusi filem terbarunya, ‘Ralph Breaks The Internet’. Filem animasi 3D ini juga bertindak sebagai filem sekuel ‘Wreck-It Ralph’ yang dikeluarkan pada tahun 2012.
Filem yang sarat dengan figura popular dunia permainan video ini membawakan kisah dua karakter kawan baik iaitu Ralph dan Vanellope yang masing-masing mempunyai personaliti unik dan berbeza antara satu sama lain.
Menerusi filem pertama kita dibawa dengan tema terhadap penerimaan diri untuk menjadi berbeza dan daripada orang lain. It’s okay to be you as long you’re happy! Itulah mesej yang dibawa oleh karakter villain dalam permainan video tetapi hakikatnya dia seorang yang baik hati. Dan Venellope pula karakter yang memiliki kekurangan sering glitch namun menggunakannya sebagai kelebihan diri.
Disney princesses pun melakukan kemunculan di dalam filem ini!
Dalam kisah terbaru ini mereka berdua meneruskan kehidupan di Litwak’s Family Fun Center & Arcade. Namun ada sesuatu yang kurang dalam kehidupan mereka dan ia dirasai oleh Venellope yang mula bosan dengan rutin sama mereka lalui setiap hari.
Segalanya berubah selepas pemilik kedai permainan video mula memiliki sambuangan Internet. Dna menyahut cabaran itu Vanellope dan Ralph terus ‘terbang’ ke dunia baru yang serba luas iaitu Internet. Mereka juga dalam misi tersendiri untuk menyelamatkan permainan video Venellope, Sugar Rush.
Jadi apakah tema utama filem hebat ini?
Kali ini persahabatan Ralph dan Venellope yang semakin matang bakal dicabar dengan keputusan masing-masing. Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita berbeza, begitu juga dengan Venellope. Dia sentiasa dahagakan cabaran baru, berbeza dengan Ralph yang lebih relaks dan selesa dalam zonnya sendiri.
Di sinilah teman persahabtan dikupas dengan cukup cantik menerusi filem ‘Ralph Breaks The Internet’. Mereka menjadikan lanskap Internet yang penuh dengan palbagai perkar positif dan negatif untuk mencorakkan persahabatan Ralph dan Venellope.
Setiap persahabatan pasti akan dilanda dugaan. Tapi bagaimana mereka menyatukan semula tali persahabatan itu membuatkan filem ini sebagai sebuah filem yang amat menyentuh hati.
‘Ralph Breaks The Internet’ akan mula ditayangkan di seluruh negara bermula pada hari ini di pawagam di seluruh negara.
RATING: 4/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan Februari selalu dikaitkan dengan drama bersiri dan filem daripada genre romantic comedies kerana – ahem – ia kan bulan “CINTA”.
Tetapi nampaknya, Netflix Malaysia ingin melakukan sesuatu yang berlainan apabila siri horror/magik terbaru berjudul Locke & Key telahpun menemui penonton bermula semalam.
Tapi apa sebenarnya kisah di sebalik drama bersiri ini?
01
Drama bersiri ini adalah adaptasi daripada buku komik keluaran kira-kira 10 tahun lalu yang pernah memenangi banyak anugerah. Locke & Key ditulis oleh penulis genre horror popular, Joseph Hill yang juga merupakan anak kepada penulis lagenda Stephen King.
Stephen King (kiri) dan Joe Hill.Beza poster komik dan drama bersiri.
02
Rumah Victorian yang dibayangkan di dalam buku komik dan drama bersiri ini adalah hasil ciptaan illustrator dan arkitek, Gabriel Rodriguez. Lalu pemilihan beliau oleh Joe adalah tepat sekali memandangkan Locke & Key berkait rapat dengan rumah tersebut.
03
Apakah yang dimaksudkan dengan Locke & Key?
Locke merujuk kepada nama keluarga di dalam cerita ini. Keluarga tersebut terdiri daripada Tyler Locke (anak sulung yang menyalahkan diri disebabkan kematian ayah mereka), Kinsey (remaja rebellious yang bermasalah) dan Bode (anak pertama yang membongkarkan rahsia kediaman mereka). Ibu mereka pula bernama Nina Locke.
Kinsey, Tyler dan Bode.
Manakala Key (Keyhouse) pula adalah kediaman baharu keluarga tersebut yang berpindah daripada rumah lama mereka setelah pembunuhan ayah mereka.
04
Di dalam rumah tersebut, terdapat banyak kunci yang akan mereka temui untuk membuka pintu-pintu rahsia. Contohnya adalah Ghost Key di mana sebaik saja digunakan untuk membuka pintu, roh akan meninggal jasad karakter tersebut dan bebas terbang ke mana saja – seperti yang ditunjukkan dalam klip trailer Locke & Key.
05
Setiap kali ahli keluarga Locke terdengar bisikan, itu adalah cara makhluk halus di dalam siri ini cuba untuk memanggil karakter yang ada. Dodge pula adalah ‘demon’ yang sedang menentang keluarga tersebut untuk mendapatkan kesemua kunci yang ada.
Dodge.
*
Best kan?!
Walaupun Locke & Key kedengaran seperti cerita untuk remaja muda, sebenar ia lebih deep, dark dan menakutkan daripada itu. Itulah kekuatan genre horror & magik yang diperkenalkan oleh Joe Hill.
Tak sabar untuk menontonnya? Well, Locke & Key telahpun mula ditayangkan di Netflix Malaysia bermula semalam. Tetapi sebelum korang binge-watch, tonton terlebih dahulu trailer di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun lalu seramai 586,863 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sehingga 31 Januari 2017. Ketua Eksekutif Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Wan Ahmad Wan Yusoff dalam laporannya berkata, perkara itu melibatkan jumlah pinjaman bernilai RM11.6 bilion.
Wow, bukan calang-calangkan jumlahnya. Ternyata ada peminjam yang sangat tegar dan berdegil untuk membayar balik hutang yang telah mereka pinjam dengan pelbagai alasan. Mungkin sudah tiada pilihan dan ini jalan terakhir, senarai nama peminjam tegar ini telah disenarai hitamkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Bila nama telah disenarai hitam oleh JIM, ini bernakna secara automatiknya, peminjam tidak boleh keluar negara langsung. Mungkin terkesan dengan tindakan ini, ternyata peminjam-peminjam tegar ini boleh pula membuat bayaran.
Sebanyak 60 peratus peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah membayar balik pinjaman mereka melibatkan sejumlah RM1.84 bilion sehingga Februari tahun ini.
PTPTN sentiasa membuat mekanisme terbaik bagi semua peminjam
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata jumlah itu dapat menampung kira-kira 76,000 pelajar sehingga mereka tamat pengajian.
“Ini merupakan kesan positif daripada tindakan menyenarai hitam peminjam yang lalai membayar pinjaman. Ia jelas menunjukkan tindakan tersebut bukan untuk menindas tetapi mendidik peminjam supaya mereka lebih berintegriti dan bertanggungjawab membayar hutang,” katanya menjawab soalan Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) di Dewan Rakyat semalam.
Mohd Khairuddin bertanya tentang prosedur menyenaraihitamkan individu yang gagal membuat pembayaran semula pinjaman PTPTN setelah menamatkan pelajaran.
Yap berkata tindakan menyenarai hitam merupakan langkah terakhir PTPTN setelah notis bayaran balik dan peringatan dihantar kepada peminjam.
Dalam pada itu, beliau berkata PTPTN menyediakan pelbagai kemudahan kepada peminjam antaranya program #BolehBincang yang membuka ruang kepada peminjam untuk berunding dengan perbadanan itu.
Katanya, kaedah bayaran balik yang ditawarkan dalam program itu adalah sama ada untuk mengurangkan ansuran bulanan melalui penstrukturan semula pinjaman mengikut kemampuan sehingga peminjam berumur 60 tahun, atau membuat penangguhan bayaran balik sehingga 24 bulan, sekiranya peminjam masih belum mendapat pekerjaan. – BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan pelawak veteran, Datuk Imuda meluahkan rasa bangga apabila anak keduanya, Muhammad Raezal atau lebih mesra disapa Rezi, kini sudah dua tahun membina...