Terbaru, rangkaian kedai serbaneka, KK Mart di sekitar Kuala Lumpur berpotensi dijadikan sebagai ‘safety point’ untuk orang awam yang memerlukan tempat berlindung sementara ketika berdepan situasi kecemasan.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, cadangan tersebut merupakan sebahagian daripada kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak swasta bagi memperkukuh usaha pencegahan jenayah serta meningkatkan keselamatan komuniti di ibu negara.

“Konsep safety point sebelum ini pernah dilaksanakan bersama stesen minyak, namun kali ini kita mahu memperluaskannya melalui rangkaian KK Mart,” katanya.

KK Mart Bakal Jadi Titik Selamat Orang Awam, Polis Kuala Lumpur Perluas Kerjasama Keselamatan KK Mart Bakal Jadi Titik Selamat Orang Awam, Polis Kuala Lumpur Perluas Kerjasama Keselamatan

“Pihak polis berhasrat untuk melaksanakannya dalam masa terdekat sebaik sahaja segala proses teknikal dan kelulusan dimuktamadkan,” jelasnya lagi.

Ads

Difahamkan, menerusi cadangan itu, premis KK Mart boleh digunakan sebagai lokasi perlindungan sementara bagi individu yang berdepan ancaman atau gangguan sebelum bantuan polis tiba. Selain itu, cawangan terpilih juga berpotensi menjadi lokasi persinggahan anggota ketika menjalankan rondaan dan operasi.

Kerjasama berkenaan turut membuka ruang untuk penggunaan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di premis KK Mart sebagai maklumat tambahan dalam membantu siasatan kes jenayah.

Ads

 

KK Mart Bakal Jadi Titik Selamat Orang Awam, Polis Kuala Lumpur Perluas Kerjasama Keselamatan

Ads

Dalam pada itu, rangkaian kedai serbaneka KK Mart kini mempunyai lebih 1,100 cawangan di seluruh negara, dengan setiap premis dilengkapi kira-kira 16 kamera CCTV yang dipantau secara berpusat. Teknologi pengecaman wajah dan identiti juga berpotensi membantu pihak berkuasa mengesan pergerakan individu yang disiasat dengan lebih pantas.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan cadangan itu masih perlu diperincikan bersama pihak KK Mart dan agensi berkaitan, termasuk dari segi aspek keselamatan, privasi serta pematuhan undang-undang sebelum ia boleh dilaksanakan sepenuhnya.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads