Biar berbeza pendapat tentang politik tetapi boleh dikatakan semua rakyat Malaysia akan bersatu apabila bercerita tentang sukan, kebudayaaan dan juga makanan.
Lihat sahajalah bila ada perlawanan bola sepak, tak kira apa pegangan agama, parti mana dianggotai, semuanya datang dengan satu matlamat yang sama iaitu memberikan sokongan buat negara tercinta, Malaysia.
Bola sepak, hoki, badminton, gimrama mungkin antara sukan yang diketahui rakyat Malaysia dan ramai memberikan sokongan padu setiap kali perlawanan berlangsung.
Tapi bila menyebut tentang e-sports, mungkin ramai yang tidak pasti kerana sukan ini kurang popular dan jarang dilaporkan media. Tapi bagi kaki gammer khususnya permainan Dota pasti sukar dilupakan malah sudah ada kejohanan mengenainya dipertandingkan di peringkat antarbangsa iaitu The International (Dota2).
Ads
Kesempatan bertemu Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddid Syed Abdul Rahman dalam debat Apa Harapan Anak Muda: BN atau Pakatan Harapan anjuran Sinar Harian petang tadi bersama Exco Pemuda Umno Malaysia, Rahman Hussin di Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Remaja berkesempatan berbicara soal kepentingan e-sports ini bersama dirinya.
Kata Syed Saddiq, antara manifesto yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan ialah mereka akan memberi tumpuan kepada e-sports ini malah akan membina E-Stadium jika terpilih memenangi pilihanraya.
Ads
“Sukan adalah penyatuan pada rakyat Malaysia. Dari pebagai peringkat semuanya akan menyokong tentang sukan. Sebab itulah, bukan saja pembangunan sukan sedia ada diteruskan tetapi kita juga akan mengangkat e-sports ini sebagai sukan baru diminati anak muda.
“Akan ada stadium dibina bagi memudahkan anak muda bermain dengan sukan ini dengan segala insfrastruktur lengkap,” katanya yang mengangkat atlet adalah satu kerjaya paling dicari hari ini. Malah kata Syed Saddiq, sukan juga khususnya e-sports ini boleh menjana ekonomi anak muda kerana ia mampu memberikan pendapatan baik seperti mana dinikmati oleh ahli-ahli sukan negara.
Ads
“Jika dahulu bila sebut tentang sukan, orang tua-tua akan kata jadi atlet bukan pilihan tetapi hari ini, kita boleh tahu melalui sukanlah, anak muda boleh menjana ekonomi mereka melaluinya,” katanya dalam masa yang sama menyokong baik Malaysia Fit anjuran Kementerian Belia dan Sukan.
“Mana program yang baik kita akan sokong tetapi masa yang sama juga kita tak mahu sukan dilihat perkara bermusim. Semua orang bermula dari peringkat kanak-kanak, remaja,belia dan dewasa menyukai sukan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, dia turut menjelaskan mana-mana stadium yang rosak akan diperbaiki dan dibaik pulih kerana menurutnya sukan adalah milik orang ramai kerana melalui sukan penyatuan dapat dilakukan.
Kalau betul janji ini terlaksana, bolehlah jaguh-jaguh Dota ini tampil dan menjadi sumber pendapatan untuk mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebaik saja kebenaran untuk pergerakan merentas daerah dan negeri dikeluarkan oleh pihak Kerajaan sejak Isnin lalu, rakyat Malaysia nampaknya tidak teragak-agak untuk kembali menjelajah.
Buktinya, PLUS Berhad telah melaporkan peningkatan pengguna lebuhraya sehingga 40 ke 50 peratus setiap hari pada minggu ini. Ia berkait rapat dengan keinginan warga kota untuk pulang ke kampung halaman setelah sekian lama tidak berbuat demikian gara-gara arahan PKPB yang dikeluarkan.
Hari ini, muncul pula beberapa muat naik di laman sosial yang menampakkan bahawa rakyat sudah bersedia untuk ‘sakan’ bercuti sempena cuti panjang pada minggu ini.
Muat naik menerusi akaun Facebook yang dikenali sebagai We are Malaysian itu memperlihatkan keadaan trafik yang agak sesak di sekitar kawasan tarikan pelancong seperti Genting Highland dan Cameron Highland.
Jelas, pelbagai jenis kenderaan sedang berderatan di beberapa batang jalan dan di kawasan parkir kenderaan. Pelik? Ya DAN tidak.
Kami memahami rakyat ingin merehatkan minda mereka dan membawa anak-abak kecil melepaskan stres akibat terperangkap di rumah untuk sekian lama. Namun, sedarkah mereka bahawa Genting Highlands baru saja mencatatkan beberapa kes positif Covid-19 dan penduduk di sana telah diarahkan untuk berjaga-jaga?
Pada hari Selasa lalu saja, 31 kes baru dilaporkan termasuklah di beberapa buah kediaman bertingkat. Di kawasan Resorts World Genting pula, segolongan pelawat didapati telah dikesan positif Covid-19 dan kawasan terlibat telah diarahkan tutup buat sementara waktu.
Bukan itu saja, laporan kes positif di beberapa lokasi awam lain seperti Genting Highland Premium Outlets juga bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng.
Meskipun keadaan ini sedikit menggusarkan kita memandangkan situasi kes positif Covid-19 di Malaysia masih belum menunjukkan tanda-tanda stabil, namun bak kata Menteri Kanan Keselamatan negara iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, kerajaan tidak boleh berterusan menghalang rakyat untuk merentas daerah dan negeri.
*
Apa yang REMAJA harapkan daripada kelonggaran ini hanyalah agar rakyat sentiasa memahatkan arahan untuk menjaga SOP dan jarak di antara mereka serta individu lain.
Jika tidak berhati-hati, nampaknya kita bakal berdepan dengan semusim PKPB sekali lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini bumi Mesir basah dengan air mata terutama dari golongan fakir miskin yang menangisi pemergian doktor yang banyak memberi bakti khidmat secara percuma buat golongan ini.
Doktor yang cukup dikenali sebagai “doktor fakir miskin” di kalangan rakyat Mesir disahkan meninggal dunia hari ini akibat sakit tua.
Sepanjang hayatnya lebih 50 tahun bergelumang dalam profesion mulia ini, Dr Muhammad Misyali cukup dikenali ramai. Mungkin ramai tidak percaya tetapi dia mencurahkan ilmu dan tenaganya secara percuma untuk membantu golongan susah. Malah siap memberikan mereka duit lagi bagi mereka yang tidak berkemampuan. Paling tinggi kos rawatannya hanya 10 junaih Mesir bagi pesakit yang berkemampuan.
Dr Muhammad Misyali dari Mesir dikenali sebagai doktor fakir miskin. Beliau ialah lepasan Fakulti Perubatan tahun 1967 yang mendapat pangkat pertama dengan markah 99.3%..
Sejak 50 tahun, Dr Muhammad Misyali memberi rawatan percuma kepada pesakit yang fakir miskin di klinik beliau yang terletak di Tanta. Malah, beliau turut memberi wang kepada mereka untuk membeli ubat-ubatan. Bagi pesakit yang berkemampuan, beliau hanya mengambil bayaran sebanyak £10.00 (10 junaih Mesir) daripada mereka..
Setiap hari, kelihatan puluhan pesakit berkumpul di klinik beliau yang agak sederhana. Dr Muhammad bekerja merawat ramai pesakit selama 10 jam sehari bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 7.00 petang..
Beliau tidak mempunyai kenderaan apatah lagi telefon bimbit. Setiap hari beliau berjalan kaki dari rumah ke klinik walaupun ketika ini usia beliau sudah pun mencecah 80 tahun..
Pernah seorang hartawan dari Negara Teluk menyumbang sebanyak USD20,000.00 kepada Dr Muhammad setelah mendengar kisah beliau. Malah hartawan itu menghadiahkan sebuah kereta dek simpati dengan keadaan beliau.
Namun, setahun kemudian, ketika hartawan itu melawat Mesir, beliau mendapat tahu yang Dr Muhammad menyumbangkan kesemua wang tersebut kepada pesakit-pesakit yang fakir miskin. Beliau juga menjual kereta yang dihadiahkan itu untuk membeli peralatan perubatan yang digunakan untuk merawat pesakit secara percuma..
Dr Muhammad Misyali berkata, “Selepas saya graduasi, saya mendapat tahu yang ayah saya mengorbankan semua duit kos rawatan beliau supaya saya dapat jadi doktor. Sejak itu, saya berjanji dengan Allah yang saya takkan ambil satu sen pun daripada pesakit yang fakir miskin.”
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Argentina bukanlah calang-calang pasukan dalam saingan Piala Dunia FIFA.
Tambahan pula mereka berada dalam kedudukan kelima ranking pasukan bola sepak dunia sekarang. Namun, walaupun ribuan penonton menyokong mereka di Spartak Stadium, Moscow malam ini, Iceland dilihat menjadi pilihan netizen di media sosial!
Ini adalah 5 sebab utama sokongan mereka terhadap Iceland yang kali pertama terpilih sebagai negara finalis itu.
01
Netizen addicted dengan ‘Viking Clap’ yang dilakukan oleh 30,000 penyokong Iceland di dalam dan luar Spartak Stadium. Mereka juga mewakili 10% jumlah keseluruhan penduduk Iceland!
02
Ya, walaupun pertama kali menjadi finalis, Iceland dilihat memberi saingan yang amat sengit ke atas Argentina. Kedua-dua negara berkesudahan terikat 1-1 pada minit ke 95′ selepas Iceland menjaringkan gol pertama Iceland dalam sejarah pada minit ke 23′.
03
Where Ronaldo succeeded..
..Lionel Messi pula kelihatan agak cemas berhadapan dengan pressure untuk perlawanan pertama Argentina ini. Iceland sangat bersungguh-sungguh untuk mengekang penyerang berbisa itu sehinggakan penjaga gol mereka berjaya menepis sepakan penalti Lionel Messi tadi.
04
Tiga defender mengejar Lionel Messi bersamaan dengan 0.0009% rakyat Iceland. Yes, do your maths. Iceland hanyalah negara kecil dengan 340,000 orang penduduk.
05
Pada saingan Piala Dunia, sudah menjadi kebiasaan untuk netizen berikan sokongan moral kepada negara kerdil seperti Iceland kerana bukan mudah untuk negara mereka layak.
Namun Iceland yang juga merupakan negara paling kerdil dalam sejarah Piala Dunia tak mendapat sokongan simpati semata-mata. Netizen betul-betul menyukai cara pemain Iceland memberikan tentangan, tak seperti Arab Saudi yang kelihatan mudah mengalah dan lemah, tempoh hari.
CONGRATS ICELAND! ITULAH YANG DINAMAKAN HARDWORK.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayangkan berjalan masuk ke bilik temu duga, dan sebelum sempat ucap “selamat pagi”, panel penemuduga sudah tersenyum lebar. Kenapa? Mungkin sebab kamu kelihatan “presentable”...