Syarikat produksi tempatan, MIG Production House (MIG) tampil memohon maaf kepada penonton susulan kontroversi yang tercetus membabitkan drama terbaharu terbitan mereka, Madu Atau Racun.

Drama tersebut sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas beberapa babak yang dipaparkan didakwa menyentuh sensitiviti berkaitan agama dan masyarakat, sekali gus mengundang kritikan hebat daripada netizen.

MIG Production House Mohon Maaf Susulan Kontroversi ‘Madu Atau Racun’, Akui Ada Babak Sentuh Sensitiviti Agama & Masyarakat

Tiada Niat Cetus Polemik

Menerusi satu kenyataan rasmi, pihak MIG menjelaskan bahawa mereka sentiasa mengambil berat mengenai garis panduan yang ditetapkan dan tidak pernah mempunyai niat untuk mencetuskan sebarang polemik menerusi karya berkenaan.

“Kepada seluruh penonton, peminat dan semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada drama Madu Atau Racun, kami mengambil maklum terhadap isu yang sedang tular dan telah menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat dengan babak yang dilihat agak keterlaluan untuk ditonton secara umum,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, pihak produksi turut menegaskan bahawa babak berkenaan tidak bertujuan untuk menyentuh, memperlekehkan mahupun mencetuskan kontroversi secara sengaja.

Ads

“Kami ingin menegaskan bahawa kami tiada niat sama sekali untuk menyentuh, memperlekehkan atau menimbulkan sebarang kontroversi dengan sengaja,” katanya.

MIG Production House Mohon Maaf Susulan Kontroversi ‘Madu Atau Racun’, Akui Ada Babak Sentuh Sensitiviti Agama & Masyarakat

Terima Teguran Dengan Hati Terbuka

Mengulas mengenai kecaman yang diterima, MIG berkata mereka menerima segala teguran daripada orang ramai dengan hati yang terbuka.

Ads

Malah, kontroversi yang berlaku akan dijadikan sebagai satu pengajaran agar perkara sama dapat dielakkan dalam karya-karya mereka pada masa akan datang.

“Kami memohon maaf dan menghormati pandangan semua pihak dan akan memperbaiki karya kami yang akan datang dan seterusnya mengambil teguran ini sebagai satu pengajaran yang besar,” katanya.

MIG Production House Mohon Maaf Susulan Kontroversi ‘Madu Atau Racun’, Akui Ada Babak Sentuh Sensitiviti Agama & Masyarakat

Ads

Dikecam Susulan Babak Percintaan Sejenis

Sebelum ini, Madu Atau Racun mencetuskan reaksi kurang senang dalam kalangan netizen selepas drama tersebut memaparkan babak percintaan membabitkan pasangan sejenis.

Paparan berkenaan kemudiannya menjadi perbualan hangat di media sosial apabila sebahagian penonton menganggap terdapat adegan yang keterlaluan dan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Susulan kontroversi tersebut, pihak MIG sekali lagi menyampaikan permohonan maaf serta memberi jaminan untuk mengambil kira teguran yang diterima dalam menghasilkan karya pada masa akan datang.

MIG Production House Mohon Maaf Susulan Kontroversi ‘Madu Atau Racun’, Akui Ada Babak Sentuh Sensitiviti Agama & Masyarakat

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads