Akhirnya setelah 5 tahun penuh penantian, “Spider-Man: Across the Spider-Verse” mula menemui penonton minggu lepas. Filem sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse” itu ternyata tidak mengecewakan dengan animasi yang menakjubkan, watak yang tidak dapat dilupakan dan tema yang kompleks.
Sedikit ringkasan tentang filem animasi ini, Spider-Man: Across the Spider-Verse ialah filem wira animasi 2023 yang menampilkan watak Marvel Comics iaitu Miles Morales sebagai Spider-Man.
Sekuel kepada Spider-Man: Into the Spider-Verse (2018) ini berlatarkan alam semesta alternatif yang dipanggil ‘Spider-Verse’ dan diarahkan oleh Joaquim Dos Santos, Kemp Powers serta Justin K. Thompson.
Ads
Dalam filem tersebut, watak utama Miles Morales harus meneruskan pengembaraan bersama rakannya, Gwen Stacy merentasi ‘multiverse’ di mana dia bertemu pasukan baharu ‘Spider-People’ yang dikenali sebagai ‘Spider-Society’, diketuai oleh Miguel O’ Hara.
Di samping keseimbangan watak yang mengagumkan, filem animasi ini berjaya mengekalkan gaya filem kendiri mereka sendiri. Agak menarik bagi min apabila penonton dibawa ke alam semesta yang berbeza seperti alam semesta Spider-Man 2099 yang futuristik, dunia buku komik dan juga dunia Lego.
Setiap alam semesta diperkenalkan dengan naratif yang menarik dan mudah difahami.
Ads
Selain itu, elemen kasih sayang sesama ahli keluarga juga banyak diketengahkan. Ianya bukan sekadar filem adiwira bertempur namun lebih kepada nilai pengorbanan yang harus dilakukan demi yang tersayang.
Sejujurnya, filem 2 jam 21 minit itu berlalu dengan sekelip mata, meninggalkan penonton mahu lebih daripada itu. Wowzers sangat kan?
Haaa….jadi apa anda tunggu lagi?
Tonton di wayang berhampiran sementara tiket masih dijual!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar untuk kita semua, platform penstriman Netflix mahu penontonnya untuk meraikan akhir tahun ini dengan sebuah filem yang akan mengiburkan kita semua.
The Prom merupakan filem yang diinspirasikan daripada sebuah teater di pentas Broadway sekitar tahun 2018-2019. Ia menceritakan mengenai 4 orang pelakon teater dalam dunia hiburan.
Dee Dee Allen (Meryl Streep) merupakan seorang penghibur diva yang terkenal satu masa dahulu. Barry Glickman (James Corden) pula merupakan pembantu setia Dee Dee dan seorang pelakon yang semakin berusia namun masih ingin mencipta nama sebagai pelakon yang serius.
Trent Oliver (Andrew Rannells) cuba untuk menjauhkan diri daripada dibayangi identiti silamnya sebagai pelawak. Manakala Angie Dickinson (Nicole Kidman) pula merupakan pelakon yang masih menantikan peluang untuk menjadi pelakon utama dalam produksi Chicago.
Ya, keempat-empat watak ini ‘desperate’ untuk menjadi spotlight dalam dunia persembahan pentas.
Pada masa yang sama, berita hangat mengenai seorang remaja perempuan (Alyssa) yang membawa pasangan homoseksualnya (Emma) ke acara prom di sekolah mereka di Indiana telah tercetus dalam laporan media sana.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah yang dihadiri Alyssa dan Emma dengan pantas membatalkan acara prom sekolah mereka setelah mendapat tahu mengenai pasangan homoseksual itu.
Lantas, Dee Dee, Barry, Angie dan Trent ingin menggunakan peluang berita hangat ini dan bertindak sebagai ‘aktivis’ kemanusiaan bagi membantu Alyssa dan Emma – walaupun mereka berempat sebenarnya hanya inginkan spotlight dalam laporan media demi dikenali ramai.
*
Pada permukaannya, The Prom mungkin kelihatan dan kedengaran seperti sebuah filem laidback untuk kita tonton. It helps that the dance numbers and songs are a big part of this movie.
Namun di sebalik semua elemen glamor itu, The Prom membawa maksud yang lebih mendalam kepada penonton remaja yang bergelut dengan identiti masing-masing.
Penulis berkesempatan untuk menemubual pelakon yang membawakan watak Alyssa iaitu Ariana DeBose.
Menurut Ariana, The Prom mencerminkan kebanyakan remaja di luar sana yang sukar berhadapan dengan ibu bapa masing-masing (lakonan Kerry Washington) berkenaan kehendak hidup mereka.
Penulis enggan terlalu menfokuskan kepada soal orientasi seksual semata-mata, seperti yang ditunjukkan oleh watak Alyssa.
Sebaliknya, kami ingin fokuskan kepada emosi golongan remaja yang umumnya berada di persimpangan usia yang memerlukan mereka membuat keputusan penting dalam hidup sebelum bergerak ke alam dewasa. Contohnya, kita perlu membuat keputusan mengenai jurusan pengajian yang ingin diambil, mengenai perhubungan dengan teman istimewa, dengan imej yang kita tampilkan dan pelbagai lagi isu lain.
Apabila ibu bapa bertindak garang dan tidak bersetuju dengan keputusan yang dilakukan oleh anak remaja mereka sendiri, bermulalah konflik dalam keluarga serta diri remaja itu sendiri.
Kata Ariana kepada penulis, “Kita tidak selalu dapat menyaksikan pasangan ibu-anak daripada keluarga berkulit gelap melalui proses yang sukar ini di dalam mana-mana filem.
“Walaupun Alyssa cuba menyakinkan diri untuk bersikap jujur dengan identiti dirinya kepada ibu sendiri, pada masa yang sama dia enggan mengecewakan ibunya dan masih berharap agar hubungan mereka kekal.
“Alyssa faham ia bukan sesuatu yang mudah untuk diterima oleh ibunya. Oleh sebab itu, dia memberikan masa untuk Mrs. Greene untuk menghadamnya.
“Semasa melakonkan watak Alyssa, saya ingin memastikan penonton betul-betul dapat merasakan emosi seorang remaja yang terperangkap itu. Jika penonton dapat melihat sisi diri mereka dapat watak saya, itu sudah memadai untuk saya.
“Saya dan Jo Ellen Pellman (yang membawakan watak Emma, iaitu teman istimewa Alyssa yang dibawanya ke acara prom) mudah untuk mendapatkan chemistry bagi memastikan watak kami jujur di hadapan kamera,” jelas Ariana.
Penulis tidak menidakkan persamaan mood dan genre The Prom dengan drama bersiri muzikal popular, GLEE. Mana tidaknya, kedua-dua projek ini diarahkan oleh orang yang sama iaitu Ryan Murphy! Penulis pasti lagu-lagu yang dimuatkan dalam filem The Prom ini akan pantas menjadi hit di kalangan pendengar playlist di Spotify.
Jika korang seperti kami yang menggemari setiap musim GLEE, korang akan menggemari The Prom hanya kerana perjalanan hidup karakternya mudah untuk kita fahami. Ada babak sedih, babak gembira, babak pentingkan diri sendiri, babak merasa ketakutan, babak meraka dicintai.
Kesemua itu adalah momen yang berlaku dalam dunia realiti seorang remaja dan itu adalah kekuatan arahan Ryan Murphy.
The Prom kini boleh ditonton di NETFLIX MY.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tempoh 1 jam 40 minit semalam di Stadium Melawati Shah Alam bukan hanya digunakan oleh rock band dari Amerika Syarikat, Imagine Dragons untuk menghiburkan 10,000 orang peminat mereka sempena siri jelajah dunia ‘Evolve’ mereka.
Vokalis mereka, Dan Reynolds juga berpendapat ia adalah platform terbaik untuknya berkongsi mengenai pengalamannya berhadapan dengan masalah kemurungan sejak beberapa tahun yang lalu.
“Pesanan saya kepada kamu semua, jangan sesekali menganggap kemurungan itu adalah kelemahan diri kamu. Kepada yang berhadapan dengannya dan takut dengan perasaan tersebut, carilah bantuan dan luahkan apa yang ingin kamu sampaikan.
Vokalis berusia 30 tahun itumengakui sekarang semakin pulih daripada penyakit kemurungan. Katanya, sejak didiagnosis beberapa tahun lepas, dia tidak rasakan dirinya dapat melalui kemurungan tanpa bantuan dan kini, dia lebih kuat daripada sebelum ini.
“Adalah lebih baik jika kamu mencari pakar terapi keraa saya juga memiliki seorang. Saya ini memberitahu kamu semua yang sekarang saya sangat, sangat sihat,” kata Dan lagi.
Ini bukanlah kali pertama penyanyi dan grup seperti Imagine Dragons menggunakan pentas konsert untuk menyampaikan mesej positif kepada peminat.
Pada tahun lepas, rapper Big Sean juga pernah menggalakkan peminatnya untuk tidak gentar dengan penembak rambang yang mengancam nyawa di beberapa bandar Amerika Syarikat.
Masalah kemurungan juga menjadi topik paling diperkatakan pada bulan Disember lalu apabila ahli kumpulan K-Pop SHINee, Kim Jonghyun didapati membunuh diri di apartmennya kerana masalah kemurungan.
“Saya Selalu Membaca Komen, Please Come To Malaysia..”
Dalam pada itu, Imagine Dragons memberikan their-all sepanjang konsert semalam dengan lebih kurang 20 lagu kegemaran peminat mereka termasuklah Radioactive, Thunder, On Top of the World, Whatever It Takes dan Demons. Kebanyannya dipersembahkan dengan gandingan drum!
Di pertengahan konsert, Imagine Dragons memberikan persembahan akustik istimewa menggunakan – yes, drum – untuk lagu I Bet My Life dan Bleeding Out.
Dan semestinya, antara momen paling menarik untuk penulis dan peminat lain adalah ketika single terbaru mereka, Believer dinyanyikan. Umpama seluruh Stadium Melawati bergegar dengan ‘sesi karaoke’ beramai-ramai.
“Malaysia telah lama berada di dalam senarai mesti-kunjung kami sejak tahun 2012 lagi.
“Kami mengawal akaun media sosial kami sendiri dan sejak awal penglibatan kami dala dunia muzik lagi, saya telah melihat kamu semua mengatakan, “Please come to Malaysia” berulang-ulang kali.
“Kami tidak pernah melupakan mesej kamu. Sebaik saja kami boleh mendapatkan pihak yang boleh membawa kami ke Malaysia…dan kini kami di sini! As long as you’ll have us, we’ll be here,” simpul Dan mewakili Imagine Dragons.
Malaysia merupakan destinasi pertama Imagine Dragons di Asia untuk siri jelajah ‘Evolve’ ini. Selepas ini, mereka akan ke Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan dan China.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Single terbaru Nabil Razali bukan hanya berjaya menambat hati peminat, malah ramai selebriti turut membuat cover lagu tersebut dengan versi mereka sendiri.
Terbaru, selebriti kelahiran Korea, Hyan Byul turut menyanyikan lagu Peluang Kedua ini dan apa yang lebih istimewa adalah dia menukar bahagian korus lagu ini dalam versi Korea.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.