Keberangkatan pulang pemenang trofi Oscars 2023 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik, Tan Sri Michelle Yeoh semalam telahpun disambut meriah oleh para peminat yang sudahpun menantikan detik ini selama hampir sebulan lamanya selepas kemenangan beliau.

Michelle, 60 dilaporkan tiba di Lapangan Terbangan Antarabangsa Subang dari Hong Kong pada 1.30 petang pada 17 April demi menghadiri acara perjumpaan bersama peminat secara besar-besaran pada 18 April (Selasa).

Michelle Yeoh Tampak ‘Chic’ Semasa Tiba Di KL, Bakal Temui Peminat Di PAVILION Petang Ini
Papan iklan khas yang ditempah oleh peminatnya di Lapangan Terbang Subang. Kredit Foto: Malay Mail

Sambil ditemani oleh kekasih, Jean Todt dan anak saudaranyya, Vicki Yeoh, Michelle tidak mengecewakan apabila tampil cukup ‘chic’ dalam persalinan kot labuh perang daripada Dior.

Michelle Yeoh Tampak ‘Chic’ Semasa Tiba Di KL, Bakal Temui Peminat Di PAVILION Petang IniMichelle Yeoh Tampak ‘Chic’ Semasa Tiba Di KL, Bakal Temui Peminat Di PAVILION Petang Ini

Menariknya, jenama fesyen premium dari Perancis itu juga merupakan jenama pilihan Michelle sewaktu beliau menaiki pentas Oscars 2023 bagi menerima trofi kemenangannya, Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Impikan Tuah Memakai Gaun Jenama Perancis Berulang, Michelle Yeoh Menawan Dengan Dior Di Oscars 2023 – REMAJA

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dior Official (@dior)

Sudah menjadi rutin buat Michelle untuk beramah mesra dengan peminatnya tanpa mengira rasa penat, beberapa peminat bertuah yang menantinya di lapangan terbang semalam telah berswafoto dan berbual ringkas dengan pelakon Everything Everywhere All At Once itu.

Michelle Yeoh Tampak ‘Chic’ Semasa Tiba Di KL, Bakal Temui Peminat Di PAVILION Petang IniMichelle Yeoh Tampak ‘Chic’ Semasa Tiba Di KL, Bakal Temui Peminat Di PAVILION Petang Ini

IKLAN

Untuk pengetahuan korang, acara ‘meet & greet’ yang akan berlangsung pada hari ini itu dinamakan sebagai “Pride of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet” dan akan bemula dari jam 4 petang ini di Pavilion Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagai Sirih Pulang Ke Gagang, Michelle Yeoh Akan Kembali Ke Tanah Air Jumpa Peminat – REMAJA

Lokasi sama juga merupakan tempat di mana ibu Michelle, Janet Yeoh menyambut kemenangannya dengan mengalirkan air mata sambil ditemani oleh usahawan, Vincent Tan; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato’ Sri Nancy Shukri dan ramai lagi kenamaan lain.

IKLAN
@remaja.my “Merekalah adiwira sebenar!” Trofi Pelakon Wanita Terbaik #Oscars95 didedikasikan oleh Tan Sri #MichelleYeoh buat ibu tercinta, Janet Yeoh dan ibu-ibu di seluruh dunia. #majalahremaja #remajanews #oscars #oscars2023 #trending #viral ♬ original sound – Remaja

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI