Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan rasa bangga terhadap kejayaan pelakon antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh, yang disifatkan sebagai simbol kerja keras, disiplin, dan inspirasibuat rakyat Malaysia.

Menurut Anwar, Michelle Yeoh merupakan seorang pelakon luar biasa yang versatil serta berdisiplin dalam membawakan pelbagai watak. Malah, kejayaannya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila menjadi pemenang Anugerah Oscar Asia pertama.

Michelle Yeoh, Simbol Kerja Keras & Inspirasi Malaysia, Raih Pujian Perdana Menteri!

“Apakah yang mendorong seorang gadis Malaysia dari sebuah bandar kecil di Pulau Pinang untuk muncul sebagai bintang besar Hollywood?

“Inilah kisah tentang kerja keras, kecekalan dan keberanian merebut peluang,” kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Projek Inovasi Pencahayaan Ke Arah Kelestarian Bandar, I LITE U Pavilion Kuala Lumpur.

Ads

Michelle Yeoh, Simbol Kerja Keras & Inspirasi Malaysia, Raih Pujian Perdana Menteri!
Selain itu, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua kementerian serta agensi kerajaan yang menyokong penganjuran acara berkenaan, menegaskan bahawa
kejayaan rakyat Malaysia di persada dunia wajar diraikan bersama tanpa mengira latar belakang.

Sementara itu, Michelle Yeoh dalam ucapannya menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih atas sokongan rakyat Malaysia yang disifatkannya sebagai sumber inspirasi sepanjang perjalanan kerjayanya.

Ads

Michelle Yeoh, Simbol Kerja Keras & Inspirasi Malaysia, Raih Pujian Perdana Menteri!

Ads

“Setiap kali saya pulang ke Malaysia dan melihat wajah-wajah anda semua, ia memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi lebih baik dan mewakili Malaysia ke seluruh dunia,” katanya.

Pelakon lagenda ini juga menekankan bahawa kejayaan tidak hadir dengan mudah, sebaliknya menuntut usaha berterusan serta sokongan keluarga, rakan, dan masyarakat sekeliling.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads