Bintang k-pop sensasi berusia 33 tahun, HyunA tular setelah dirinya rebah sewaktu mempersembahkan lagu hitnya, ‘Bubble Pop!’ di pentas festival muzik Waterbomb di Macau.
Menerusi video-video di media sosial yang dikongsikan oleh pengunjung konsert dan peminat HyunA, penyanyi itu dibantu oleh dua orang penari latarnya setelah rebah sebelum seorang staf sekuriti mengangkatnya turun dari pentas untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Bagi meredakan spekulasi di media sosial, HyunA menerusi satu hantaran di Instagram menjelaskan dirinya okay dan berharap peminat tidak merisaukan keadaan kesihatannya. Namun bekas ahli kumpulan 4Minute itu tidak pula mendedahkan punca kejadian.
“Saya benar-benar minta maaf. Saya ingin memberikan anda persembahan menakjubkan tetapi saya merasakan seperti tidak profesional (kerana rebah).
Ads
“Saya akan menguatkan semula stamina dan terus bekerja keras pada masa hadapan. Ia akan menjadi satu pengalaman hebat sekiranya segala-galanya berjalan lancar seperti yang saya inginkan,” katanya sambil berterima kasih di atas doa dan harapan peminatnya.
“Saya benar-benar okay! Jangan risaukan saya!” tambah isteri kepada Yong Jun-hyung ini.
Dalam ruangan komen, peminat menyuarakan keraguan mereka terhadap kesihatan HyunA. Ini memandangkan pendedahan penyanyi itu dalam laporan media baru-baru ini kononnya dirinya berjaya mengurangkan berat badan sehingga 10 kilogram dalam masa sebulan.
Ads
Diet yang terlalu ekstrem itu besar kemungkinan menganggu stamina yang dimiliki oleh HyunA memandangkan selama ini, dia tidak pernah berdepan isu seperti ini di atas pentas nyanyian.
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai cara bintang dari Korea Selatan menurunkan berat badan dan mengekalkan bentuk badan mereka walaupun terpaksa bergelut dengan diet yang ketat.
Jom lepak rendam kaki dekat kolam air panas nak? Ala bukan terjun dalam kolam tu pun, lepak-lepak santai celup kaki dekat tepi kolam sambil minum kopi bungkus tepi pun dah onz kan?
Kalau korang jenis perangai macam ni, mesti tak sabar dengar berita ni.
Kalau korang pernah melancong ke Jepun, mesti korang familiar atau pernah berkunjung ke “Onsen” yang memang banyak sangat kat sana, kan.
Onsen adalah perkataan Bahasa Jepun yang membawa maksud tempat permandian kolam air panas semulajadi sama ada di dalam atau di luar tempat tinggal, hingga mandi air panas telah menjadi suatu budaya yang normal di Negara Matahari Terbit itu.
Tapi, korang tahu tak yang negara kita juga bakal mempunyai sebuah Onsen ala-ala Jepun yang terletak di Selangor?
Perkara itu akan menjadi kenyataan selepas Tourism Selangor sendiri mengesahkan penemuan telaga air panas artesian terbesar di Malaysia yang terletak di Kampung Jawa, Hulu Langat.
Telaga tersebut ditemukan di tapak tanah wakaf masjid Kampung Jawa ketika kerja-kerja pengorekan dilakukan untuk membina masjid di kawasan berkenaan.
Telaga air panas itu dikatakan mengeluarkan air dari bawah tanah tanpa perlu dipam dan berkeluasan 160 kaki dalam dengan suhu antara 47 hingga 49 darjah celcius.
Buat masa ini, pihak Tourism Selangor sedang bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains Selangor (JMGS) untuk menjadikan kawasan berkenaan sebagai produk pelancongan terbaharu di negeri ini.
Malah, jika mendapat maklum balas positif daripada pihak Kerajaan Negeri, tapak tersebut juga akan dibangunkan seperti Onsen di Jepun yang berjaya menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia.
Wow..bestnya mandi dekat kolam air panas, tak sabar penulis nak tunggu projek ni siap!
SUMBER: SELANGORKINI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada saat getir penularan Covid-19 ini, kita semua memahami sentimen rakyat Malaysia yang khuatir mereka tidak dapat melangsungkan kehidupan apabila punca pendapatan masing-masing ‘tersekat’ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilangsungkan.
Ini termasuklah kos persediaan dan penghantaran pelajar di institut pengajian tinggi seluruh negara. Justeru ramai yang mengharapkan agar pihak berkuasa di negeri masing-masing tampil memberikan bantuan sewajarnya kepada para pelajar yang berdepan dengan kekangan kewangan.
Sumber Gambar : Sinar Harian
Sebagai contoh pada setiap tahun, pihak kerajaan negeri Selangor akan menawarkan insentif yang dinamakan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) bagi meringankan beban persediaan pelajar.
Melalui perkongsian Menteri Besar Selangor, YB Amirudin Shari di Twitter, beliau mengumumkan bahawa dana sebanyak RM1000 akan ditawarkan khas buat pelajar kelahiran negeri Selangor yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi.
Namun, kami ingin mengingatkan bahawa permohonan tersebut perlulah dilakukan sebelum 31 Mac ini. Bagi setiap pelajar, hanya satu permohonan saja yang boleh dihantar.
Jadi kepada anak Selangor di luar sana. jangan lupa rebut peluang bantuan ini okay!
Khas buat anak-anak Selangor yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi, hadiah sebanyak RM1,000 ditawarkan.
Setiap tahun, Kerajaan Negeri menawarkan insentif yg dinamakan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) ini bagi meringankan beban persediaan belajar. (1/2) pic.twitter.com/lTSZt40ujv
KDYMM Baginda Agong semalam telah pun menitahkan kepada rakyat Malaysia untuk melaksanakan Solat Hajat serentak di seluruh negara pada hari ini selepas waktu zohor.
Hal ini dilakukan bagi mendoakan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini, di mana penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan.
Jadi, tidak salah sekiranya korang juga boleh mengambil bahagian dengan melakukan solat hajat untuk terus berdoa memohon Allah SWT mengangkat wabak ini daripada terus menular.
Berikut merupakan panduan Solat Hajat yang korang boleh lakukan bukan hanya untuk situasi sekarang, malah boleh diamalkan terus menerus di dalam kehidupan selepas ini.
1. Lafaz niat solat hajat
Selepas korang bersedia dengan wudhuk, mulakan solat sunat hajat dengan lafaz niat:
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala
2. Rakaat pertama
Baca surah Al-Fatihah dan diikuti Ayatul Kursi (Al-Baqarah, ayat 255) sebanyak tujuh kali:
3. Rakaat kedua
Baca surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali:
4. Semasa sujud terakhir
Sebelum tahiyat akhir seeloknya bacalah tasbih seperti dibawah sebanyak 40 kali:
5. Beri salam dan doakan apa hajat korang
Semoga rakyat Malaysia dilindungi daripada wabak COVID-19 ini dan diharap agar dunia kembali pulih seperti dahulu.
Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, mainkan peranan korang dan dengar arahan kerajaan melalui inisiatif PKP yang dijalankan sekarang.
Perkongsian yang dimuat naik oleh seorang individu di Threads baru-baru ini mencuri perhatian warganet apabila anak kepada pelakon popular, Fazura iaitu Nur Fatima Aisya...