Tan Sri Michelle Yeoh, seorang aktres terkenal dari Ipoh, Perak, telah mencatat sejarah gemilang tahun lalu dengan merangkul kemenangan di anugerah Oscar dan Golden Globes.
Beliau mengekalkan momentum apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Crystal oleh Forum Ekonomi Dunia pada Januari yang lalu, dan juga bakal menerima bintang di Hollywood Walk Of Fame tahun ini.
Terbaru, Michelle bakal dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. Acara penting ini dijadualkan berlangsung di White House pada 3 Mei nanti.
Ads
Anugerah ini diberikan sebagai pengiktirafan kepada individu yang telah memberikan sumbangan yang luar biasa dalam memajukan kepentingan negara, menjaga keamanan global, memperkaya kebudayaan, serta dalam sektor awam dan swasta.
Antara penerima-penerima terdahulu termasuklah Mother Teresa, John F Kennedy, Bill Clinton, Stephen Hawking, Steven Spielberg, Oprah Winfrey, dan Steve Jobs. Selain itu, turut dikenang adalah Audrey Hepburn, Henry Kissinger, Dr Martin Luther King Jr, Neil Armstrong, dan Tiger Woods.
Ads
KEJAYAAN TAN SRI MICHELLE YEOH DI PERINGKAT GLOBAL
Sejak menceburi industri hiburan lebih tiga dekad lalu, aktres berusia 62 tahun ini telah melakar banyak kejayaan di persada antarabangsa sekali gus mengharumkan nama Malaysia.
Ads
Michelle mula dikenali selepas memenangi pertandingan Miss Malaysia World pada 1983 sewaktu berusia 20 tahun. Dia kemudiannya mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World di London dan memenangi Miss International Tourism Quest di Australia pada tahun sama.
Kemenangan ini membuka peluang besar dalam industri hiburan apabila beliau dipilih untuk membintangi iklan televisyen bersama Jackie Chan, yang kemudian menarik perhatian syarikat produksi Hong Kong, D&B Films.
Pada awal kemunculannya dalam bidang lakonan, beliau dikenali sebagai Michelle Khan. Dia diberikan peluang untuk memegang watak utama dalam filem ketiganya, ‘Yes, Madam’ pada tahun 1985. Sejak itu, beliau telah berjaya membintangi lebih dari 60 filem, termasuk ‘Tomorrow Never Dies’, ‘Memoirs Of A Geisha’, ‘Mummy 3’, ‘The Lady’, dan ‘Everything Everywhere All At Once’.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerjasama antara Koong World dan Luncai Emas ini adalah demi memudahkan artis-artis berbakat untuk menembusi pasaran dua buah negara.
Syarikat Luncai Emas Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato’ M. Nasir mengorak satu langkah ke hadapan apabila dilantik sebagai penerbit muzik bersama atau sub-publisher kepada lagu-lagu di bawah agensi hiburan Korea Selatan, Koong World untuk pasaran di Malaysia.
Pada masa yang sama, lagu-lagu di bawah hakcipta muzik Luncai Emas juga ditadbir oleh Koong World bagi pasaran Korea Selatan; dengan harapan kerjayasama ini akan membantu kedua-dua belah pihak untuk memastikan artis-artis berbakat dapat menembusi pasaran dua buah negara.
Terbaru, Luncai Emas sedang memasarkan lagu berjudul Nail yang baru diluncurkan oleh penyanyi wanita K-pop baharu Vin dan berharap agar lagu tersebut lebih luas didengarkan oleh peminat muzik di Malaysia.
Penyanyi K-pop baharu, Vin.
Vin yang muncul dengan album sulung juga dengan tajuk Nail telahpun menemui pendengar di pelbagai platform muzik dalam talian sejak 17 Februari lalu. Kali pertama mendengarkan nyanyian Vin yang jujurnya masih hijau dalam pengetahuan peminat K-pop di Malaysia, Vin jelas mempunyai vokal yang unik, jelas lagi memikat.
Dibantu pula dengan penerbitan lagu-lagu menarik karya Yoon Sang-jo dan Kang Yeon-wook yang pernah terlibat dalam pembikanan muzik kumpulan IZ*ONE dan penyanyi Ryu Soo-jung, lagu-lagu Vin ini kedengaran lebih menarik and catchy on our initial listening.
Nail mengisahkan tentang seorang wanita yang mengenangkan kisahnya bersama kekasih yang telah berpisah dan ia mempunyai rentak muzik ala Lo-Fi yang dekat dengan hati pendengar masa kini.
“Saya gembira akhirnya dapat mengeluarkan album di bawah nama saya selepas berlatih dengan lama. Saya ingin berjumpa dengan peminat-peminat saya melalui pelbagai aktiviti,” kata Vin menerusi kenyataan agensinya.
Sementara itu, agensi Koong World juga relatifnya masih baharu dalam industri seni muzik K-pop sejak Mac 2024 dan ia merupakan agensi yang memperkenalkan pelbagai mekanisma baharu dalam penciptaan muzik masa kini.
Menerusi laman webnya, pengguna boleh memuat naik muzik sendiri dan mendapatkan pendapatan jualan. Malah, Koong World juga menawarkan perkhidmatan kepada pemuzik di seluruh dunia, di mana segala-galanya dari pembuatan hingga penjualan muzik K-pop boleh diadakan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, situasi terkini menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru meletakkan jawatan Perdana Menteri semalam telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim.
Pertama sekali, istilah PM Interim ini tidak disebut dalam Perlembagaan Persekutuan. Lantas ramai yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan PM Interim? Adakah Tun M masih Perdana Menteri Malaysia?
Definisi mudah kepada PM Interim adalah ketua kerajaan yang masih menjalankan tugas sama seperti seorang Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam Perkara 43 Perlembagaan TETAPI untuk tempoh waktu sementara, seperti yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Perlantikan ini juga terjadi kerana Tun M masih memiliki kepercayaan politik di Parlimen. Beliau sedang menjalankan tugas sebagai caretaker sementara kerana pengurusan pentadbiran negara masih perlu diisi sebelum tarikh angkat sumpah Perdana Menteri terbaru ditetapkan.
Persoalannya, adakah Perdana Menteri kelapan Malaysia itu masih mengekalkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin negara ataupun ia akan digantikan dengan figura baru?
Dalam pada itu, dengan perletakan jawatan Perdana Menteri semalam, secara automatiknya, jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan setiausaha politik turut terhenti sama berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan.
Maka, seluruh kabinet dan ahli-ahlinya sedang tergantung daripada fungsi masing-masing. Namun, pentadbiran kerajaan tetap berjalan seperti biasa.
Siapa sangka bangunan perpustakaan yang dahulunya hanya dikunjungi untuk tujuan mentelaah dan melakukan research ini kini sudah berubah wajah menjadi lebih cool dan hipster?
Perpustakaan Kuala Lumpur yang terletak bersebelahan dengan Dataran Merdeka baru-baru ini telah dibuka semula kepada orang awam setelah terbabit dalam kerja-kerja penambahbaikan untuk bahagian dalamnya.
Pada pemerhatian REMAJA terhadap foto terbaru perpustakaan ini yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter bernama @aribismail, ia kelihatan seakan sama dengan hiasan dalaman perpustakaan moden yang terletak di luar negara, seperti di Australia dan benua Eropah.
Ia lebih ceria dengan penggunaan karpet berwarna-warni, kerusi yang selesa dan bahagian meja komputer yang cool. Memang terus bersemangat nak membaca bukulah!
Tambahan pula dengan adanya kemudahan Wi-Fi yang disediakan, penulis tak terkejut jika Perpustakaan Kuala Lumpur akan menjadi hab ‘lepak’ sambil mengambil foto terbaru bagi para pelajar.
Bagi korang yang rasa-rasa ingin ke sini selalu, apa kata daftarkan saja diri sebagai ahli perpustakaan secara percuma untuk mendapat akses menggunakan kemudahan di sini.
Ia dibuka pada setiap hari kecuali pada hujung minggu, minggu pertama pada setiap bulan dan cuti umum.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!