Mesti ramai peminat yang rindu melihat kemunculan pelakon terkenal, Lisa Surihani mewarnai pentas lakonan negara. Walau bagaimanapun, beliau kini lebih menonjol sebagai model tudung muslimah ataupun pengacara program televisyen.
Lisa Surihani atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed (38) berkata, beliau tidak menafikan perjalanan karier seninya sebagai aktres agak perlahan khususnya selepas mendirikan rumah tangga dan menjadi ibu kepada dua cahaya mata.
Selain itu, anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui sengaja memilih langkah itu untuk bersikap selektif terhadap watak yang ditawarkan kepadanya dan ingin sesuatu kelainan dalam setiap watak yang bakal dilakonkan.
Kredit: Instagram Lisa Surihani
Dalam pada itu, isteri kepada komposer dan pengarah terkenal Datuk Yusry Abdul Halim ini mula tampil berhijab kira-kira lima tahun lalu selepas pulang menunaikan umrah juga kini lebih tertarik kepada naskhah jalan cerita berunsurkan kerohanian serta memberi manfaat kepada orang lain.
Ads
“Kalau ikutkan pada perjalanan kerjaya saya dari awal lagi, saya sudah buat pelbagai (watak). Tetapi, kalau dari segi keagamaan (drama, filem) itu mungkin, in the past sekali dua macam itu (sahaja),” katanya.
“Jadi, kalau ada cerita sebegitu (nilai keagamaan), saya boleh (lakonkannya) dan harapnya juga, ia (drama atau filem yang) tertulis untuk saya, insya-Allah. Sebelum berhijrah pada 2019, saya memang agak berhati-hati memilih watak dan sentiasa menitikberatkan pendapat mereka yang dekat dengan saya,” tambahnya.
Kredit: Bernama
Sementara itu, Lisa yang pernah popular menerusi watak Dian dalam filem Istanbul Aku Datang ini bagaimanapun menafikan bahawa keterbatasannya beraksi di pentas lakonan berpunca daripada suaminya yang menetapkan syarat-syarat tertentu.
Ads
Malah, pemenang anugerah pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 dan 26 ini berkata suaminya tidak pernah menetapkan sebarang syarat kepadanya dalam mengukuhkan lagi sayap di dunia seni.
“Sebaliknya, dia lebih memberi sokongan di atas keputusan yang (saya) buat. Alhamdulillah, dari awal perkahwinan lagi, ada persefahaman yang cukup baik antara saya dengan suami, bahkan tidak pernah pula ada situasi (dia tidak beri saya ambil apa-apa tawaran). Biasanya, dia akan okey sahaja”
Menginginkan yang terbaik, Lisa, anak keempat daripada lima beradik ini berkata semestinya beliau menyimpan harapan tinggi pada tahun ini untuk melihat perjalanan karier seninya serta kehidupannya bersama-sama dengan keluarga tercinta sentiasa dipermudahkan.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat, 23 September 2022. Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian.
Berita duka itu disampaikan oleh pelakon Sharifah Shahirah menerusi hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Sharifah Shahirah turut meminta orang ramai agar mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat arwah Bob Lokman.
Sebelum ini, dilaporkan penulis lirik itu bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). Bob Lokman juga pernah memaklumkan bahawa penggunaan jantungnya hanya tinggal 10 peratus sahaja kerana bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem bergenre psycho thriller memang menjadi antara favorite kebanyakan daripada masyarakat kita kerana aksi yang dipaparkan mampu membuatkan penonton tak senang duduk.
Sebuah lagi filem yang bergenre seram suspen, MA bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi. Mengisahkan tentang seorang wanita yang kesunyian, Sue Ann mengambil kesempatan apabila disuruh oleh Maggie untuk membelikan minuman keras buat dia dan rakan-rakannya. Ini adalah peluang untuk wanita itu mencari teman dikalangan anak-anak muda.
Dia bersetuju untuk membenarkan mereka melepak dan minum di rumahnya. Peraturan yang dikenakan adalah mereka tidak boleh mabuk, melontarkan kata-kata kesat, tidak boleh naik ke tingkat atas dan semua orang perlu memanggilnya Ma. Tanpa diketahui, Sue Ann sebenarnya menyimpan niat jahat.
Filem yang dilakonkan oleh Octavia Spencer, Luke Evans, Juliette Lewis, Missi Pyle, Allison Janney ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 Julai 2019.
Nak tahu apakah kesudahan nasib kumpulan remaja tersebut? Jom jadi orang pertama menonton MA bersama Remaja dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah dibawah dan korang berpeluang memenangi sepasang tiket percuma di tayangan perdana nanti.
Menangi tiket wayang perdana Remaja x MA
Tarikh: 23 Julai 2019
Masa: 9.00 malam
Lokasi: MBO Starling
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasanya ini kali pertama #WayangRemaja bakal membawa korang untuk menonton tayangan perdana filem Hindi, Laal Singh Chaddha yang akan ditayangkan pada 11 Ogos ini di seluruh pawagam tanah air.
Merupakan remake kepada filem Forrest Gump, filem adaptasi versi hindi ini dibintangi oleh pelakon terkenal Aamir Khan, Kareena Kapoor Khan, Naga Chaitanya Akkineni dan Mona Singh. Menjalani penggambaran di lebih 100 lokasi seluruh India, Laal Singh Chaddha memaparkan peristiwa bersejarah India melalui perspektif Laal Singh Chaddha, seorang lelaki dungu yang mempunyai pemahaman tentang emosi.
Laal Singh Chaddha merupakan filem komedi drama yang diarahkan oleh Advait Chandan dan diterbitkan oleh Aamir Khan Production bersama Viacom18 Studios. Difahamkan, filem ini mengalami beberapa perubahan dengan penulisnya, Atul Kulkarni menghabiskan 10 tahun pertama untuk mengadaptasi skrip dan 10 tahun lagi membeli hak adaptasi filem.
Aamir Khan akhirnya berjaya membeli hak filem itu pada awal 2018 dengan bantuan penerbit dan pengarah yang berpangkalan di Los Angeles, Radhika Chaudhari.
Ingin tahu sama ada filem Laal Singh Chaddha ini mampu menyaingi Forrest Gump atau tidak? Jom bersama-sama Remaja menonton tayangan perdana bagi adaptasi ini.
Tarikh: 10 Ogos 2022 Masa: 8.15 malam Lokasi: TGV 1 Utama
Kami ingin memberikan sepasang tiket percuma dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah di bawah. Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang bagi memudahkan urusan penebusan tiket.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!